Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 18 Januari 2016

D'Jamuan Homestay di Kuala Kangsar

Sekiranya anda ke Kuala Kangsar samada untuk bercuti, balik kampung atau menghadiri kenduri kahwin dan anda tidak ada tempat untuk menginap, janganlah susah hati. Terdapat sebuah homestay yang letaknya berdekatan dengan pekan Kuala Kangsar iaitu D'Jamuan Homestay.  Saya sendiri telah tiga kali menginap di homestay ini dan mendapati ia sangat selesa dan harganya amat berpatutan.



D'Jamuan Homestay

Homestay ini menghadap jalan raya. Di sebelah kanan ialah Jambatan Iskandar.

Saya memilih sebuah bilik kerana ketika itu saya bermalam dengan suami saya. Bilik sewanya dilengkapi:
1) katil (queen size)
2) pemanas air / cerek
3) aircond
4) bilik air
5) peti sejuk
6) tv

Bilik yang saya inapi di D'Jamuan Homestay

Sterika dan ironing board disediakan 

Rumah disediakan untuk mereka yang datang berkeluarga

Tetapi sekiranya anda datang bersama keluarga, anda boleh menyewa rumah yang disediakan. Setiap rumah dilengkapi:
1) 3 bilik tidur (katil queen size)
2) 2 bilik air
3) ruang tamu yang selesa
4) pemanas air / cerek
5) peti sejuk
6) seterika
7) aircond
8) tv 


Kedai yang ada di hadapan homestay

Pasar mini ini menjual macam-macam keperluan harian

Di sekeliling homestay ini terdapat banyak kemudahan seperti kedai runcit dan kedai makan. 

Restoren ini mudah dikunjungi

Saya cadangkan anda ke Restoren D'Jamuan kerana di sini mereka menyediakan juadah yang enak seperti nasi lemak, mee kari, nasi ayam penyet, gulai tempoyak dan macam-macam lagi. Homestay ini letaknya di Jamuan iaitu sebelah Jambatan Iskandar, Kuala Kangsar.


Nasi lemak dan air limau kasturi asam boi ini sungguh sedap dimakan waktu sarapan di Restoren D'Jamuan
Mee kari Restoren D'Jamuan yang saya makan waktu tengahari. Sedap.
Kuih-muih juga boleh didapati di restoren ini
Speciality di sini ialah Nasi Ayam Penyet. Nasi Ayam Penyet ini amat sesuai untuk makan malam atau tengahari. Sungguh sedap.

Suasana kampung di D'Jamuan Homestay





Kita boleh berehat di balkoni homestay dan melihat suasana hijau

Suasana sekeliling yang terdapat rumah-rumah kampung, Sungai Perak dan pokok-pokok boleh membuatkan rehat anda tenang. Untuk keluar melawat juga tidak susah kerana ia letaknya berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di Kuala Kangsar seperti Istana Kuning, Istana Bukit Candan, Masjid Ubudiah, Malay College Kuala Kangsar, Jambatan Victoria dan macam-macam lagi. 


Jambatan Victoria berdekatan dengan D'Jamuan Homestay


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Haslina di talian 017-5067726 @ 017-5404612

Ahad, 10 Januari 2016

Restoren Makanan Cina Muslim | Mohd Chan Abdullah

K alau saya ke Kuala Lumpur dan diketahui oleh kenalan saya yang tinggal di sana, mereka selalunya mahu berjumpa saya. Selalunya pertemuan diadakan di restoren.

Baru-baru ini mereka bawa saya makan malam di sebuah restoren Cina Muslim yang terletak di Taman Melawati.

"Sedap juga!" kata mereka yang cadangkan itu.

"Apa yang sedap itu?" 

Jom tengok!

Inilah restoren yang dimaksudkan. Letaknya di Taman Melawati
Dalam restoren Mohd Chan Abdullah - Makanan Cina Muslim

Saya pun meneliti menu yang diberikan. Macam-macam pilihan dari minuman, makanan laut, itik panggang, nasi, sup, mee sehinggalah kepada snek.

Sirap Bandung Cincau, Ribena Laici, Limau Asam Boi, Kedondong Asam Boi.....

Terdapat pelbagai menu dari set nasi, mee, makanan laut, sayur-sayuran, daging, sup dan snek

Makanan lautnya pula membangkitkan selera ~ Ada Kam Heong Lala, Seong Tong Lala, Homemade Yam Ring Masak 'Koh Boh', Ketam Masak Kam Heong, Sotong Merah Masak 'Kong Boh', Stim Siakap Cheong Zheng, Udang Goh Jin Special...aahhh macam-macam yang belum pernah saya cuba.

Nasinya pula ada macam-macam : Ada Nasi Ayam Mohd Chan Abdullah, Nasi Ayam BBQ, Nasi Itik, Nasi Goreng Nenas, Nasi Goreng Kam Heong, Nasi Goreng Yong Chow...hmm yumm yumm...


Meenya pula dari Mee Kari, Sizzling Yee Mee, Loh Mee Sup, Wantan Mee Roasted Itik, Kantonis Ying Yong, Claypot Yee Mee....sehingga saya pun tak tahu nak memilih yang mana satu.

Ambil short cut...tanya pada yang pernah makan di sini.

"Apa yang sedap di sini?" tanya saya.

"Cantonese Yee Mee dia sedap," kata yang pernah makan di sini.

Atas cadangannya saya pun order.

Saya memilih Shang Har Cantonese Yee Mee dengan udang galah bersaiz kecil dan minum Limau Asam Boi

Shang Har Cantonese Yee Mee dengan udang galah bersaiz kecil ialah RM18.00 kalau pilih udang galah bersaiz besar harganya RM32.

Apabila dihidangkan Shang Har Cantonese Yee Mee itu, ia nampak amat menyelerakan.  Apabila disuap ke mulut, rasanya tidak mengecewakan. Inilah pertama kali saya memakannya.

Ada yang memilih Hokkien Mee. Apabila dihidangkan, ternyata Hokkien Mee itu amat menyelerakan dan menyesal pula saya tak order.

Hokkien Mee ini membuat saya terliur

Ada pula memilih pau. Ini pun sedap.

Pau gebu

Begitulah makan malam di Restoren Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Pernahkah anda makan di sini? Kalau pernah, sila kongsikan pengalaman anda makan di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...