Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 19 Ogos 2019

Tang Mana Makan Sedap Kat Penang (3)


L  ama dah saya tak review pasal makan sedap di Penang. Kali ini teruja sangat nak share satu tempat makan sedap di Penang ni.

Biasanya orang mai Penang pekena nasi kandaq, laksa, mee udang, pasemboq, char kuey teow dan seangkatan dengannya. Kebanyakannya masakan Mamak dan Cina. Tapi bagaimana dengan masakan Melayu? Tang mana nak makan makanan Melayu yang sedap di Penang? Hah...biaq cik habaq kat hampa tempat ni...

Kedai makan ni bernama Sajian D'Cedok. Letaknya di Gelugor, Pulau Pinang.

Kawan-kawan saya dok cerita makanan di kedai D'Cedok ni sedapppp! Saya pun ajak suami dan anak-anak makan di sini.

Apabila kami lihat makanan yang disaji terus kami terliur. Ada ayam goreng kunyit, ayam masak merah, ikan goreng, daging goreng kunyit, rendang ayam, rendang daging, gulai telur puyuh, gulai lemak daging, kelempong goreng, sotong goreng kunyit dan macam-macam makanan Melayu yang sedap-sedap.

Gulai Lemak Ayam  ini membangkitkan selera

Rendang Ayam ini  membuatkan sesiapa saja terliur

Kerabu Taugenya macam masakan nenek di kampung

Melihatkan makanan yang menyelerakan itu, kamipun terus cedok.

Suami saya pilih nasi dengan ikan pari masak asam pedas, ikan bawal tiga rasa dan telur puyuh.

Ikan Bawal Tiga Rasa ini menjadi kegemaran suami saya

Telur Puyuh ini cepat habisnya disambar orang

Suami saya  makan dengan sangat berselera sehingga habis licin sepinggan nasi.

"Sedap sangat," katanya sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangannya.

"Susah nak dapat pari asam pedas sedap macam ni. Parinya tak berbau hanyir dan rasanya segar."

"Ikan bawal tiga rasanya buat saya susah nak tidur malam, teringat-ingatkannya," katanya lagi.

 "Telur puyuh masak pedas ni lemak-lemak manis dan ada sedikit pedas. Sedapnya."


Ayam Goreng Berempah ini sentiasa laris

Anak sulong saya memilih nasi lemak dengan kuah sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang goreng, timun dan ayam goreng berempah.

"Sambalnya sangat sedap, pedas-pedas manis," katanya sambil makan dengan berselera.

"Ikan bilisnya garing dan rangup. Mana tidaknya, ikan bilisnya jenis yang berkualiti tinggi, ikan bilis mata biru," kata anak saya.

"Ayam goreng berempahnya pun sedap, rempah-ratusnya sebati dengan isi daging ayamnya," tambahnya lagi.


Rendang daging dengan pegedil, dilawan pula dengan sayur chap chai...hmmm memang power!!!

Anak bongsu saya pula pilih nasi dengan rendang daging, chap chai dan pegedil.

"Hmmm...sedappnya. Rendang dagingnya powerlah...pegedilnya pula sedap gilerr! Nasi ni bertambah sedap dengan chap chai yang di dalamnya ada kobis bunga, cendawan, carrot dan kobis," katanya.


Chap chai fresh from stove

Saya pula memilih nasi dengan Gulai Lemak Daging, bendi rebus, ulam daun selom dengan sambal belacan dan telur dadar.

Gulai Lemak Daging ini menjadi rebutan pelanggan


Hmmm... sedappp Gulai Lemak Dagingnya...jarang boleh jumpa masakan ni...

Telur dadarnya walaupun sempoi tapi ia tebal dan rasanya sedap....

Sambal belacannya memang meng"ancam"...terasa sedapnya.

Telur dadar yang sempoi tapi sedap

Sambal belacan power!!!

Kemudian kami minum jus tembikai, teh tarik, jus oren dan milo ais bagi melegakan tekak kami yang kehausan.

Kami sangat puashati dengan makanan di sini. Layanannya juga mesra.

Premis Sajian D'Cedok yang bersih membuatkan ia gemar dikunjungi samada untuk makan atau untuk berbincang

Premisnya bersih. Bayarannya berpatutan mengikut harga di pasaran. Berbaloi sangat makan di sini dengan pilihan yang pelbagai serta rasanya lazat.

Beratur memilih makanan


Selain kaum Melayu, Sajian D'Cedok juga dikunjungi oleh kaum Cina

Menu pilihan D'Cedok juga  menjadi kegemaran kaum India

Kedai ini di atas pulau. Ia berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang pertama. Keluar saja dari jambatan, terus ambil susur keluar ke Gelugor/USM. Kedai ini bersebelahan USM dan berdekatan Jalan Bukit Gambir.

Kalau hampa masih tak tau di mana kedai ini. Boleh google dan guna waze.




Alamatnya: Kafeteria Sajian D'Cedok, Centrio Avenue, No. 163-1-20, Jalan Permai, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Buka dari 7.45 pagi hingga 7.00 ptg.

Saya share lokasinya:
https://goo.gl/maps/vchDVoespkJh2XHA8









Mai la try...lepas tu share dengan kawan-kawan.

5 ulasan:

  1. Sedapnya...dah lama tak pi Penang explore makan...Ini kena pergi gak ni...

    BalasPadam
  2. boleh tak buat entry khas "Restoran Masakan Melayu di Penang". Kadang kala saya sebagai orang luar, pening nak cari restoran melayu ... mungkin boleh diketengahkan .. :)

    BalasPadam
  3. dah lama sungguh tak ke Penang. mmg best part makan kalau ke Penang ni.
    Nampak kedai ni pun sungguh2 bersih. food pun tempting..

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...