Kali ini saya tidak menulis tentang kembara saya. Macam mana ok tak?
Sebenarnya saya menerima tulisan kembara dari pembaca kita dari Gopeng iaitu Shalihin Alias. Shalihin mengajak kita ke Gopeng. Ada apa di Gopeng? Jom kita tanya orang Gopeng sendiri.
-------------------------------------------
“Nak
Buat Apa Di Gopeng?”
Oleh: SHALIHIN ALIAS
S
|
etiap insan sudah pasti ada tempat
tinggalnya masing-masing. Kebiasaanya, tempat tinggal seseorang itu ditentukan
dengan tempat asal ibu bapa mereka sebelum mereka berkahwin. Apabila sudah
tinggal di sesuatu kawasan itu dengan tempoh masa yang lama, sudah pasti
seseorang itu biasa dengan keadaan sekeliling. Malahan, boleh menceritakan
tempat-tempat yang menarik di sekitarnya. Disebabkan itu, saya ingin membawa
anda semua mengembara ke Gopeng, Perak untuk mendedahkan tempat-tempat menarik
yang boleh anda lawati.
Perlombongan bijih timah
Sebelum
kita pergi lebih jauh, saya ingin memulakan pengembaraan dengan sejarah Gopeng.
Gopeng ialah sebuah bandar perlombongan bijih timah di negeri Perak pada abad
ke-19. Malah, ia telah dianggap sebagai bandar perlombongan bijih timah yang
paling penting dalam Lembah Kinta sehingga kira-kira tahun 1890. Bandar ini
bermula sebagai sebuah penempatan kecil oleh pendatang Cina berhampiran Kota
Bharu di sekitar kubur Raja Bendahara Alang Iskandar Ibni Raja Ahmad, yang
sebelum ini ketua pentadbir Mukim Teja.
Dari
tahun ke tahun aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan bandar ini telah
beralih dari kedudukan asalnya kepada masa kini, kira-kira 20 kilometer ke
selatan Ipoh, dalam daerah yang baru diwujudkan iaitu Kampar. Seawal yang dapat
dikesan nama Gopeng dicatatkan dalam peta Negeri-negeri Selat iaitu pada tahun
1875 tetapi dieja Gopin. Peta ini disiapkan setahun selepas Perjanjian Pangkor
20 Januari 1874.
Menurut
seorang penulis, AB Tucker dalam majalah ‘Imperial Commerce” menyebut bahawa di
selatan Tapah ada seorang Cina bertopeng mukanya kerana dihinggap penyakit
puru. Si Bopeng ini memiliki lombong bijih timah di daerah Batang Padang. Pada
suatu hari Si Bopeng ini berlawan sabung ayam. Dalam perlawanan ini, Si Bopeng
mempertaruhkan lombongnya dan dia menang dan menerima kawasan perlombongan yang
dikuasai raja tersebut. Akibat kekalahan itu raja tersebut terpaksa berpindah
kira-kira 25 batu ke utara Tapah dengan membuka kawasan perlombongan baru dan
menamakan Gopeng sempena Si Bopeng.
Muzium Gopeng
Pertama,
jom saya bawa ke Muzium Gopeng yang terletak di Jalan Eu Kong. Muzium ini
ditubuhkan bagi mengingati pengasas dewan perubatan Eu Yan Sang. Jalan Eu Kong
ini sebenarnya telah wujud lebih daripada 100 tahun. Pada zaman dahulu, jalan
ini sesak dengan orang ramai, kereta lembu, kereta kuda, basikal roda tiga dan kumpulan
gajah untuk pengangkutan.
Muzium
Gopeng ditubuhkan pada bulan April 2009 dan dimiliki oleh penduduk tempatan.
Semenjak penubuhan muzium ini, lebih daripada 9000 ribu orang telah
mengunjunginya termasuklah saya. Apabila anda melangkah masuk ke dalam muzium,
anda akan melihat dua skrol besar di kedua-dua belah pintu masuk. Peribahasa
yang dinyatakan di dalam dua skrol menggambarkan motif muzium.
Muzium
ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama muzium ini menekankan pada
ilustrasi dan peristiwa-peristiwa sejarah Gopeng. Ia mencatatkan tentang
perkara yang berlaku di Gopeng semasa abad ke-19 dan ke-20. Ia juga mencatatkan
tiga kaum yang terdapat di Gopeng hidup dalam harmoni menjangkau 150 tahun. Hal
ini membuktikan bahawa Gopeng telah menjadi daerah yang sangat terkenal,
terutamanya Lembah Kinta antara yang terbanyak menghasilkan bijih timah di
dunia. Pada masa itu, lombong bijih timah yang terkenal telah dimiliki oleh
"Osborne & Chappel". Di samping itu, lombong bijih timah cina
dimulakan oleh Encik Eu Kong dan anaknya, Encik Eu Tong Sen, yang bertahan sehingga
abad ke-20.
Bahagian
kedua pula, lebih tertumpu kepada koleksi barangan antik. Muzium ini telah
mempamerkan lebih daripada 800 keping barang-barang antik dan dikelaskan kepada
32 kategori. Walaupun barangan antik ini tidak begitu menarik tetapi nilai sentimental
yang berharga menyebabkan kita harus menghargainya. Oleh itu, ia harus
dipelihara untuk tatapan dan pengetahuan generasi masa hadapan.
Menurut
Phang See Kong, Setiausaha dan Kurator Muzium Gopeng, “Bangunan ini berusia lebih
daripada 127 tahun. Ia dipunyai oleh nenek moyang presiden muzium ini, Bernard
Yaw yang sangat baik dan bermurah hati untuk membolehkan bangunan ini dijadikan
muzium. Saya juga berusaha untuk mengumpul semua gambar-gambar, ilustrasi,
sejarah dan barangan antik untuk dipamerkan di sini”.
“Heritage House”
Kedua,
saya bawa anda ke “Heritage House” yang dipunyai oleh Bendahari Muzium Gopeng,
Wong Kuan Cheong antara penyumbang utama barangan antik di sini. Dia mencari
tempat untuk memaparkan barangan antik yang lain seperti perabot kerana tidak
cukup di Muzium Gopeng.
Jadi, “Heritage House” ditubuhkan bagi menempatkan kayu
keras lama dan papan dari rumah perkampungan yang dirobohkan untuk digunakan
semula sebagai pemulihan papan lantai, tangga, tingkap dan pintu. Panel kayu
yang disertakan dengan ukiran rumit menggambarkan kekayaan dan kemakmuran
terdapat di dinding hadapan bangunan itu. Begitu juga dengan pintu gelongsor bar
kayu menjadi bukti kepada kekayaan pemilik pada masa dahulu.
Aktiviti luar
Seterusnya,
sekiranya anda berminat dengan aktiviti luar Gua Tempurung boleh dijadikan
pilihan untuk anda lawati. Usia Gua Tempurung telah menjangkau 400 juta tahun.
Di sini, anda boleh melihat pembentukan stalagmit, stalaktit dan anak sungai bawah
tanah. Kedalaman gua ini dianggarkan 1.9 kilometer manakala titik tertinggi gua
adalah 120 meter dari tanah. Terdapat dua pintu masuk ke kawasan gua sama ada
dari Gopeng atau perkampungan Gunung Mesah.
Seterusnya,
“Nomad Adventure” juga sebuah syarikat yang menawarkan aktiviti lasak pertama
di Gopeng. Aktiviti sukan berakit mengharungi jeram di sepanjang Sungai Kampar
menjadi tarikan utama pelawat. Ia terletak berhampiran Gua Tempurung dan menawarkan
aktiviti pengembaraan berakit termasuklah “rock climbing”, “abseiling” dan
meneroka gua.
Anda juga boleh memilih “My Gopeng Resort” yang menggalakkan
eko-pelancongan dan pengembaraan. Pelawat boleh berehat sambil menikmati
pemandangan yang hijau dari ketenangan alam semula jadi. Aktiviti-aktiviti
seperti meneroka gua, merentas hutan, melihat bunga Rafflesia dan sebagainya
menjadikan satu pengalaman yang cukup bermakna.
Akhir
sekali, saya berharap perkongsian maklumat mengenai tempat-tempat menarik yang
pernah saya lawati mendapat reaksi yang positif dari anda. Hal ini kerana anda
semua harus datang ke Gopeng untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman yang
tidak mungkin anda dapat seperti di tempat-tempat lain. Bak kata pepatah, belum
cuba, belum tahu.
Salam...belum pergi pergi ke tempat2 yang dicatitkan walaupun saya berasal dari Gunung mesah, Gopeng. Atuk saya telah berpindah ke Slim River dan kami terus tinggal disini. Tetapi sekarang rumah yang ada diSlim River pun sudah tidak ada penghuni.
BalasPadamSalam kembali Zaitun. Nampaknya Zaitun kenalah selalu-selalu balik Gopeng dan Slim River. :)
Padamlalu jer setiap kali balik kampung..nyinggah nye idok jugak...
BalasPadamLepas ni nyinggah-nyinggah le Yong :)
PadamTeruskan usaha :D
BalasPadamTerima kasih :)
Padamsalamsss, kak mieja datang baca kisah digopeng:)
BalasPadamSalam Amiizaa,
PadamTerima kasih kerana sudi baca kisah di Gopeng. Yang lain pun bacalah juga ya. :)
saya ke gopeng dulu, masuk gua tempurung tu..he..he.. ada jugak plan nak river rafting..tp blm tercapai lg hasrat tu...
BalasPadamSaya dah baca entri Farikica ke Gua Tempurung...menarik :)
PadamAda masa saya nak ke sana..tq
BalasPadamTak jauh dengan Tanjung Malim kan?
Padamwah menarik nih...saya cuma pnah sampai Heritage House tu jer kak...next time kalo ke sana lagi, leh try ke Gua Tempurung plak...macam menarik jer....hehehe
BalasPadamSaya sendiri belum lagi sampai ke Heritage House dan Gua Tempurung tu....
PadamTak pernsh pergi gopeng kai. Walaupun dulu belajar kat sri iskandar
BalasPadamKalau cuti nanti bolehlah pergi. :)
PadamPenulis terlupa menyenaraikan Kellie's Castle... tarikan utama berhampiran Gopeng...
BalasPadamMungkin penulis tak pernah pergi ke situ :)
Padam