Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Memaparkan catatan dengan label JEPUN - Nara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JEPUN - Nara. Papar semua catatan

Selasa, 6 Januari 2015

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (18): Hari-hari Terakhir di Osaka

Assalamualaikum para pembaca blog NotaKembara. Rindu saya tak?

T entu ramai yang ternanti-nanti kemunculan entri baru dari saya. Maklumlah saya menyepi seketika. Ini disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugas sehingga tidak sempat untuk mengemaskini blog.

Baiklah, entri kali ini, ingin saya sambung cerita kembara saya di Osaka Jepun yang masih berbaki. Antaranya ialah aktiviti membeli-belah, meninggalkan rumah di Mikuni, ke lapangan terbang Kansai pada awal pagi dan kembali ke Pulau Pinang.

A) Membeli-belah di Osaka


Oleh kerana Osaka bandaraya besar sudah tentu banyak pilihan untuk 'kaki shopping'. Tetapi disebabkan masa kami di Osaka adalah singkat sahaja, jadi kami hanya sempat membeli-belah di beberapa tempat berdekatan dengan stesen Osaka seperti di bangunan Yodobashi. Di sini kami melihat pasaraya yang menjual pelbagai barangan.

Kami pergi melihat barangan elektronik seperti kamera, video, speaker, jam tangan, permainan dan barangan pengembaraan di sebuah pasaraya. Harga barangan elektronik, jam dan kamera buatan Jepun jauh lebih murah daripada di Malaysia. Sangat seronok melihat barang-barang elektronik berjenama terkenal dijual dengan murah di sini.

Bangunan Yodobashi ini terletak di hadapan stesen Osaka
Permainan dan jam tangan buatan Jepun yang murah juga terdapat di sini

Barangan elektronik yang terdapat di dalam bangunan Yodobashi seperti keyboard, pemain muzik, stereo, turn table, speaker dan skrin tayangan terdapat dengan banyak di kompleks membeli-belah ini.
Kamera buatan Jepun berjenama Nikon dan GoPro boleh dibeli dengan harga murah di sini
Terdapat pelbagai jenis barangan untuk si pengembara.
Buku manga ini kami beli dengan harga murah di kedai di dalam stesen Osaka

B) Meninggalkan Rumah di Mikuni


Yanushi (tuan rumah) yang peramah 
Bilik tidur kami yang kami tinggalkan sebelum subuh
Ruang tamu rumah yang kami tinggalkan sebelum subuh

Pada hari terakhir di Osaka, kami keluar sebelum matahari terbit. Ini disebabkan kami harus mengejar keretapi, bas dan kapalterbang pagi untuk pulang ke Malaysia. Ketika itu yanushi (tuan rumah) masih belum bangun. Walau bagaimanapun kami telahpun mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada yanushi sebelum tidur semalam. 

Pada pagi itu, kami terharu kerana kami dapati yanushi telahpun meninggalkan sebuah kad di atas kaunter kepada kami bertulis, "Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah kami". Kamipun meninggalkan kunci rumah di kaunter dan menutup pintu rumah dengan senyap-senyap.

Nota yang ditinggalkan oleh yanushi untuk kami di kaunter
Rumah ini kami tinggalkan pada awal-awal pagi.
Paip air di stesen keretapi Mikuni

Dari rumah kami di Mikuni, kami menaiki keretapi ke Osaka dan kemudiannya mengambil Airport Limousine (bas) menuju ke lapangan terbang Kansai.

Stesen Osaka
Airport Limousine dari Osaka ke Lapangan terbang Kansai
Pejabat amazaon.com ini terdapat di tepi jalan dalam perjalanan ke lapangan terbang Kansai


Pemandangan dari tingkap limousine ke lapangan terbang Kansai
Airport Limousine yang kami naiki sampai tepat pada waktunya di Lapangan terbang Kansai
Fridge magnet yang kami beli di Lapangan Terbang Kansai
Komik Manga ini dibeli di Lapangan terbang Kansai oleh anak saya seorang penggemar manga

C) Hati Tertinggal di Kansai


Kami menaiki kapalterbang MAS untuk pulang ke tanahair. Di dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan Jepun yang enak.

Dalam kabin MAS kelas ekonomi
Makanan Jepun yang enak dihidangkan
Kapalterbang MAS mendarat di Pulau Pinang

Kami masih tidak puas berjalan-jalan di Kansai Jepun. Mengapakah kenangan manis sentiasa terasa cepat berlalu?

Kenangan indah di Kansai membuatkan hati kami masih tertinggal di Kansai walaupun telah berhari-hari pulang. Kami bercita-cita untuk kembali lagi ke Jepun.

D) Bajet


Tentu ramai yang ingin mengetahui perbelanjaan saya dan anak saya di Jepun. Berikut adalah anggaran perbelanjaan saya (untuk seorang) selama 7 hari di Kansai. Jadi untuk 2 orang perbelanjaannya didarab 2.


PERBELANJAAN DI NARA, KYOTO & OSAKA
(UNTUK SEORANG)

RM
Tambang Kapalterbang MAS 
(Penang-Kansai, Kansai-Penang)
1,500.00
Tambang Keretapi dan Bas
500.00
Sewa Rumah
580.00
Makan & Minum
 300.00
Membeli-belah
  500.00
Muzium
  100.00
Sewa Basikal
    15.00
JUMLAH
3,495.00


E) 3 Video Di Nara dan Kyoto 


Semasa 7 hari di Nara, Kyoto dan Osaka kami sempat merakam video perjalanan kami di sana. Ada di antaranya telah saya tunjukkan dalam entri yang lepas-lepas, Namun ada 3 lagi video yang belum saya kongsikan dengan anda. Untuk menyaksikannya sila klik di bawah ini:

a) Video #1: tentang rumah tradisional Jepun kami di Nara, rusa yang berkeliaran di Nara, kuil-kuil, pekan tua Naramachi, pekan Nara dan perjalanan menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto.




b) Video #2: tentang aktiviti kami membeli air tin di vending machine di tepi jalan di Nara





c) Video #3: tentang kembara kami di Kyoto. Di dalam video ini anda boleh menyaksikan pemandangan sawah padi di tengah-tengah pekan, rumah-rumah di Kyoto,  rumah tradisional Jepun yang kami inapi di Kyoto, perjalanan menaiki keretapi, menaiki bas ke Arashiyama, keindahan hutan buluh Arashiayama, pekan Arashiyama dan sungai di Arashiyama.




Kepada semua pembaca NotaKembara Naramas Aman saya ucapkan "Domo arigato gozaimashita" kerana mengikuti kembara saya di Jepun.

Selamat Tahun Baru! Akemashite omedeto gozaimasu!

Baca kisah sebelumnya di bawah ini:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (14): Dari Kyoto ke Osaka dan Mencari Rumah Untuk Bermalam
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka 
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (16): Menjejak Masjid di Osaka
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (17): Menyapa Osaka Castle di dalam Hujan


Sabtu, 5 Julai 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (7): Naik Keretapi Dari Nara ke Kitaoji, Kyoto

Hari ini saya dan anak saya meninggalkan rumah tradisional Jepun Guesthouse Nara Backpackers yang telah memberi kami tempat yang selesa, penuh kejepunan dan kemesraan. Pengalaman berharga yang tak dapat kami lupakan.

Rumah tradisional Jepun kami di Nara

Tetapi sebelum meninggalkan rumah itu pada pukul 10.00 pagi, saya buat tuna sandwich dahulu untuk bekalan makan tengahari. Setelah mengucapkan "Arigato" dan "Sayonara"  kepada tuan rumah, kamipun menggalas beg menuju ke stesen keretapi Kintetsu Nara. Kali ini kami hendak ke Kyoto pula. Dalam perjalanan jalan kaki ke stesen itu, kami melalui kawasan perumahan dan kedai-kedai. Sempat juga kami bergambar kali terakhir di Nara.

Keserasian Naramas dengan Nara. Seperti biasa muka saya kaburkan demi mengekalkan identiti kesamaran.

Terkial-kial Membeli Tiket Di Stesen Kintetsu Nara


Kami berjalan dengan slow and steady sebab kami tak terburu-buru. Kami ada banyak masa. Sambil jalan sambil tengok-tengok suasana. Kalau ada yang menarik hati kami, kami berhenti, tangkap gambar. Maklumlah kunjungan pertama di bumi Nippon, mestilah first impression itu lebih bermakna.

Disebabkan kami jalan slow and steady, kami sampai ke stesen keretapi Kintetsu Nara dalam masa 20 minit.

Apabila menghampiri stesen itu, kami lihat ada beberapa orang lelaki berpakaian tradisional petani ~ berbaju serba hitam, bertudung saji, memegang tasbih dan mangkuk. Saya terpinga-pinga kerana orang lelaki ini berdiri tercegat di kawasan pintu masuk sambil memegang mangkuk dan tasbih. Kalau di Malaysia, orang macam ini kita panggil peminta sedekah. Tapi di Jepun, saya tak tahu, mereka ini siapa? Siapa tahu? Kalau tahu beri pencerahan pada saya, ya.

Ada dua orang lelaki berdiri memakai pakaian tradisional petani di hadapan stesen Kintetsu Nara. Di tangan kanannya ada seutas tasbih dan di tangan kirinya ada sebuah mangkuk. Seorang lagi memegang buluh panjang dengan loceng di hujungnya. Kami tak pasti siapa? Peminta sedekahkah? Pemungut derma untuk kuilkah?
Oh si pengemis muda...Apa rahsiamu? Apakah maksudmu itu?  Tentu ada sesuatu. Apakah yang kau cari dariku? 

Apabila sampai di setesen keretapi Kintetsu Nara, kamipun mencari laluan ke Kitaoji di Kyoto. Kenapa ke Kitaoji?

Kitaoji ialah tempat kami akan menginap selama dua hari. Kami akan menginap di sebuah rumah. Saya sangat teruja untuk menginap di rumah itu.

Untuk tidak membuang masa kami terus ke kaunter informasi yang ada di situ.  Sentiasa ada pegawai melayan sesiapa sahaja yang datang bertanya. Setiap pertanyaan dijawab dengan baik serta diberikan peta. Layanan begini membuatkan kami tidak segan silu bertanya. Pegawai itu menyuruh kami ke tingkat bawah tanah untuk ke Kitaoji. Perjalanannya amat mudah. Straight je, tak perlu tukar keretapi. Perjalanan memakan masa kira-kira 35 minit. Melalui 35 stesen.

Kamipun turun dengan lif dan terus menemui platform ke Kitaoji.  Kami perlu membeli tiket di mesin tiket. Tetapi apabila kami ke mesin itu, semuanya tulis Jepun. Garu kepala lagi. Sebab kami buta huruf. Kami cuba tekan butang-butang yang ada di mesin itu. Tapi tak menjadi. 

"Senang kerja kita tanya je pegawai tiket tu, " kata saya pada anak saya sambil menunding jari ke arah pegawai keretapi wanita yang berdiri dekat dengan pintu masuk terminal.

Anak saya  pun mendekati pegawai tiket yang ada di situ dan meminta pertolongannya.


Pegawai tiket di stesen membantu kami membeli tiket menggunakan mesin yang bertulis Jepun

Setelah mendapatkan tiket dengan bantuan pegawai tiket tadi, kamipun menaiki keretapi ke Kitaoji. Kami tak perlu menunggu lama. Dalam 3 minit keretapi pun sampai.


Perjalanan Keretapi dari Nara ke Kitaoji


Melihat stesen-stesen yang kami lalui ke Kitaoji melalui peta Ada 35 perhentian stesen. Dalam keretapi penumpang tidak ramai. Penumpang asyik melayan gadget masing-masing, tanpa mempedulikan kami.

Di dalam keretapi penumpang tidaklah ramai. Banyak tempat kosong. Orang Jepun kebanyakannya buat hal masing-masing apabila mereka duduk di dalam keretapi. Mereka tidak mempedulikan kami dan orang lain. Ini berbeza dengan pengalaman saya semasa menaiki keretapi di Beijing. Biasanya orang China memerhati saya dan menegur saya. Ini disebabkan mereka hairan melihat saya bertudung ketika musim panas. Tetapi tidak di Jepun. Orangnya asyik melayan gadget masing-masing.

Seperkara lagi, saya tertarik dengan sikap pegawai keretapi yang bertugas di dalam keretapi. Dia berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak. Pada setiap pintu gerabak, dia tunduk hormat (hampir rukuk macam dalam solat) pada penumpang. Dia melakukannya berulang kali. Kalau ada sepuluh gerabak dengan dua pintu dia akan tunduk 20 kali. Hmm...saya hairan bercampur kagum...Walaupun dia tunduk banyak kali, tak seorang pun penumpang Jepun di dalam keretapi itu pedulikan dia. Masing-masing melayan gadget di tangan, macam pegawai itu tak wujud langsung.

Lihat pegawai keretapi (uniform biru) yang sedang tunduk hormat pada penumpang dekat pintu gerabak itu, dialah yang saya maksudkan. Tapi penumpang Jepun tak pedulikan dia. Cuma saya dan anak saya sahaja yang perhatikan dia.

Dalam perjalanan menuju Kitaoji kami melalui pemandangan sawah padi, kampung-kampung dan pekan-pekan. Indah pemandangannya.

Sawah padi yang saya lihat dari keretapi, dari Nara ke Kitaoji
Padi baru ditanam pada musim panas
Sungai yang saya ambil dari dalam keretapi yang bergerak dari Nara ke Kitaoji
Kawasan perumahan
Sawah padi di sini kelihatan sistematik dan terjaga baik
Kebun-kebuh sayur berdekatan dengan sawah padi. Rumah pula di tengah-tengah sawah

Semua pemandangan ini membuatkan saya teringat filem Jepun bertajuk Tengoku to Jigoku yang diterjemahkan kepada "High & Low", arahan pengarah filem terkenal Jepun iaitu Akira Kurosawa. Anda pernah tengok filem ini tak? Filem ini menarik hati saya. Ia telah dibuat pada tahun 1963.

Filem ini mengisahkan seorang pengusaha kilang kasut yang kaya, lakonan hebat Toshiro Mifune. Pengusaha kilang ini mengalami masalah dalam perniagaannya dan memerlukan wang untuk membaikpulih perniagaannya. Dalam usaha untuk mengumpulkan wang itu, tiba-tiba anaknya yang berumur 8 tahun dicolek. Dia dipaksa membayar tebusan yang bernilai amat tinggi, sama nilai dengan wang yang diperlukannya untuk memperbaiki perniagaannya. Jadi dia menghadapi dilema: untuk menyelamatkan anaknya atau syarikatnya?

Dalam keadaan yang cemas, beliau pun berkorban demi keselamatan anaknya. Dia sanggup perniagaannya merundum. Tetapi tiba-tiba anaknya muncul. Ini menggembirakannya. Jadi siapakah yang dicolek? 

Rupa-rupanya budak yang dicolek itu ialah anak pemandunya yang tinggal bersama mereka. Pencolek tersilap colek. Pemandu yang miskin itu pula merayu supaya pengusaha kaya yang juga majikannya itu membayar wang tebusan itu demi menyelamatkan anaknya. Jadi adakah pengusaha kaya itu sanggup membayar tebusan itu untuk selamatkan anak orang lain? 

Dipendekkan cerita, pengusaha kaya itu akhirnya membayar tebusan itu, walaupun budak yang dicolek itu bukan anaknya. Untuk membayar tebusan itu, peniaga kaya ini mesti menaiki keretapi. Keretapi itu melalui kampung-kampung dan sawah padi macam yang saya lihat dalam perjalanan ke Kitaoji itu. Dia perlu mencampakkan wang tebusan itu melalui tingkap keretapi setelah melihat budak yang dicolek itu berdiri di sebuah kebun dan sawah di tepi jalan keretapi itu...

Ok, dah cukup ringkasan cerita ini. Kalau berminat nak tahu cerita suspens ini, tengok sendiri, ya?


Babak cemas dalam filem High & Low. Inilah Tashiro Mifune yang cemas untuk mencampakkan wang tebusan melalui tingkap keretapi. (Image from: http://www.npr.org/)
Ini ialah babak ketika Tashiro Mifune meninjau budak yang kena colek itu dari tingkap keretapi. Budak itu berdiri di kawasan pertanian dekat jalan keretapi sama macam yang saya lihat dalam perjalanan saya ke Kitaoji. (Image from  http://filmsnoir.net/)

Sama tak pemandangan dalam filem itu dengan pemandangan yang saya lihat dalam perjalanan saya ke Kitaoji? Cer tengok gambar-gambar di atas? Sama, kan?

Itulah bahananya menonton banyak sangat filem Jepun. Di mana-mana saya pergi di Jepun ni, saya mulalah teringatkan filem itulah, filem inilah, anime itulah, anime inilah... :(

Tetapi filem High & Low itu ada moral yang boleh kita fikirkan. Adakah kita sanggup berkorban demi orang lain atau kita hanya mementingkan diri sendiri?


Mencari Rumah di Kitaoji


Pintu keluar subway di Kitaoji

Apabila kami sampai di Kitaoji, kamipun keluar dari stesen mencari rumah yang bakal kami inapi. Kami ikut panduan yang terdapat pada emel yang dikirimkan oleh Hostelworld.com. Katanya rumah itu tak jauh dari stesen Kitaoji. Cuma agak berbelit sedikit jalannya ~ ada banyak simpang, kena lalu kedai basikal, rumah orang dan lorong. Kamipun cari. 

Laluan menuju ke rumah yang kami cari
Kami kena melalui kedai basikal terpakai ini, kemudian belok kanan
Sampah kedai dilonggokkan tepi jalan dengan kemas
Rumah-rumah yang kami lalui
Kawasan letak kereta bersebelahan dengan kawasan perumahan
Kenderaan yang diletakkan di porch 
Lorong dan simpang di kawasan perumahan yang kami lalui

Cari punya cari punya cari....mulalah bingung sebab nama jalan semua dalam tulisan Jepun. Mujurlah cuaca sangat bagus hari itu. Tak panas. Ngam-ngam je. Kalau tidak dah meleleh peluh.

Tiba-tiba seorang pakcik yang sudah berubah penuh di kepala lalu dan menegur kami. Mula-mula dia cakap Jepun. Apabila dia tengok kami terpinga-pinga. Diapun cakap bahasa Inggeris. Kamipun beri alamat rumah itu padanya. Pakcik itupun memberitahu kami cara untuk pergi ke rumah itu. Apabila dia nampak muka seposen kami ni, diapun tanpa diminta membawa kami betul-betul ke lorong rumah itu. Nampaknya dia tahu benar rumah itu. Maklumlah dia tinggal di kawasan perumahan itu. 

Rumah-rumah di sini dua tingkat dan berpagar
Inilah lorong masuk ke rumah yang kami hendak tinggal selama di Kyoto. Saya cam lorong dan rumah ini sebab saya dah lihat dalam internet sebelum ini.

Kamipun masuk ke lorong yang ditunjukkan oleh pakcik itu lalu dia pergi meninggalkan kami. Saya amat familiar dengan lorong rumah ini sebab saya dah tengok gambarnya di internet. Kamipun terus menjumpai rumah yang kami cari.

Apabila kami masuk, kami pun disambut oleh tuan rumah, iaitu seorang lelaki dalam usia 30-an, rambutnya panjang sampai ke punggung, tapi diikat, ala-ala reggae man. Oleh kerana ketika itu masih pagi, kami belum boleh check in lagi. Kena tunggu pukul 3.00 petang. Tapi barang-barang boleh diletakkan dulu di situ.  Tuan rumah memberi kami pilihan bilik: yang depan bilik ada sinki atau double bed? Kami tak kisah asalkan Japanese Style dan duduk atas tatami. 

Setelah meletakkan barang-barang, kamipun keluar merayau-rayau. Ketika itu kami jumpa pakcik tua tadi sekali lagi, tapi kali ini dia naik basikal. Dia pun bertanya khabar kami mengenai rumah kami itu. "Did you find the house? Are you o.k. with the house?" Kagum juga saya dengan pakcik tu. Dia pandai bahasa Inggeris, walaupun dah lanjut usia. Tak macam di China, orang tua begitu, jangan haraplah tahu Bahasa Inggeris.

Inilah pakcik yang bawakan kami ke rumah penginapan kami. Dia pandai bahasa Inggeris
Bunga-bunga yang terdapat di kawasan perumahan itu

Kami kemudian duduk di bangku yang disediakan di depan sebuah kedai. Masa itu sudah waktu makan tengahari. Kamipun makan tuna sandwich yang saya buat dan tapau di Nara tadi.

Kami mecatatkan nombor-nombor bas yang lalu di kawasan tempat kami tinggal di Kitaoji supaya senang naik bas nanti

Kamipun meneruskan rayauan. Ke mana kami merayau? Untuk mengetahuinya, tunggulah entri saya akan datang sebab tempat yang kami pergi ini menarik untuk diketahui.


...bersambung                                                                               
 ...baca entri akan datang di sini