B
ersusah-susah itu kadang-kadang menyeronokkan. Untuk itu kami sengaja naik keretapi, monorel dan berjalan kaki. Backpack kami ini adalah satu misi pencarian dan nikmat penderitaan kerana sengaja bersusah-susah.
Hari ini Jumaat. Pencarian kami hari ini ialah masjid. Kami rancang hendak solat Jumaat di mana-mana masjid di Osaka. Saya serahkan kepada anak saya untuk pilih masjid mana. Ada beberapa masjid di Osaka. Kami cari masjid yang belum (mungkin jarang) disebut-sebut oleh blogger, supaya boleh menambah senarai masjid yang boleh dikunjungi kepada mereka yang berminat melawat masjid.
Pada pagi Jumaat itu kami tidaklah tergesa-gesa. Kami memasak di rumah dahulu. Makan-makan. Rileks-rileks dahulu. Pukul 9.30 pagi baru kami keluar rumah. Yanushi kami sudah berpesan supaya membawa payung kerana katanya hari akan hujan. Pada mulanya kami malas hendak mengheret payung ke sana ke mari, tetapi setelah disuruh beberapa kali, kamipun mencapai payung lutsinar (transparent) yang terletak di tangga rumah inapan kami.
Kami menaiki dua buah keretapi untuk ke masjid. Ini disebabkan kami perlu menukar laluan keretapi. Masjid ini letaknya di Toyokawa.
Naik Keretapi dari Mikuni ke Umeda
Oleh kerana rumah kami di Mikuni, sudah tentu kami menaiki keretapi dari Mikuni. Kami ke stesen Umeda dahulu.
Tiket dari Mikuni ke Umeda berharga 190 yen |
Dalam keretapi Hankyu dari Mikuni ke Umeda. |
Sungai bersih dan lebar ini kami lalui ketika menaiki keretapi |
Naik Keretapi dari Umeda ke Stesen #19 (Hankyu Kyoto Line)
Dari Umeda, kami ke stesen #19 pula. Menaiki keretapi sudah tidak menjadi masalah kami walaupun mesin tiket bertulis Jepun. Ini disebabkan ia mudah difahami.
Mesin membeli tiket |
Tiket dari Umeda |
Naik Monorel Laluan Hankyu Kyoto di Stesen #19 ke Toyokawa
Setelah menaiki keretapi, kami naik monorel pula. Monorel ini menggunakan Laluan Hankyu Kyoto yang bermula di stesen #19 menuju ke Toyokawa.
Bilik menunggu bertutup disediakan di stesen #19 (Laluan Hankyu Kyoto) |
Monorel Hankyu Kyoto baru sampai di platform di stesen #19 |
Keadaan dalam monorel Hankyu Kyoto dari stesen #19 ke Toyokawa yang tidak ramai penumpang |
Tiket 330 yen yang kami beli untuk menaiki monorel dari stesen #19 ke Toyokawa |
Di Toyokawa dan Mencari Masjid
Kami sampai sudah tengah hari di Toyokawa. Kamipun berjalan kaki untuk mencari masjid. Kami melalui kedai-kedai, rumah-rumah, bengkel-bengkel kereta dan sawah padi. Yang menarik di sini, sawah padinya terletak di celah-celah pekan, berdekatan pasaraya dan kilang.
Kami cari lagi masjid itu. Nak tanya orang tetapi tidak ada seorang pun lalu-lalang. Mulalah kami melilau dan sesat. Apabila kami berjumpa saja orang tepi jalan kami terus tanya tanpa segan silu. Kami tunjukkan alamatnya. Tunjukkan petanya. Tapi nampaknya orang di situ kesemuanya tidak tahu bahasa Inggeris. Semua tidak dapat menolong kami. Ada yang terus angkat tangan mengalah dan mengeleng-geleng kepala apabila kami mendekati mereka.
Sudah jauh kami berjalan kaki, mujurlah cuaca tidak panas. Tetapi kami masih tidak jumpa-jumpa masjid yang dicari. Waktu sekarang sudah pukul 1.00 petang. Sudah masuk waktu zohor. Mungkin solat Jumaat dilakukan sekarang. Tapi mungkin juga jemaah di sini solat pada pukul 1.30 petang, sebagaimana di Beijing.
Kami teruskan pencarian kami. Baca panduan. Baca alamat. Baca peta. Pusing. Patah balik. Masuk lorong. Keluar balik. Fuh!!! :(
Kami teruskan pencarian kami. Baca panduan. Baca alamat. Baca peta. Pusing. Patah balik. Masuk lorong. Keluar balik. Fuh!!! :(
Sawah padi ini di tepi jalan raya dan bersebelahan dengan kilang dan pasaraya |
Pasaraya yang kami lalui ini penuh dengan iklan dan warnanya amat terang dan menyakitkan mata |
Kami lalu kawasan rumah-rumah |
Kaki kami sudah terasa lenguh tetapi kami masih tidak jumpa masjid yang dicari. Kemudian kami melalui jalan berbukit berdekatan dengan kawasan perumahan. Tak ada seorang pun orang yang lalu lalang di situ. Kami mengharapkan dapat melihat orang Islam menuju ke masjid. Tetapi hampa.
Kamipun melalui kawasan rumah-rumah. Anak saya berjalan mendahului saya. Saya merasa kepenatan, jadi saya berjalan perlahan-lahan di belakang anak saya. Tiba-tiba kami berselisih dengan dua orang budak lelaki berusia sekitar 13-15 tahun. Mereka memakai seragam sekolah. Rupa parasnya seperti orang Islam. Kulit mereka sawo matang. Mereka menegur saya yang membuat saya terkejut gembira.
"Assalamualaikum," sapa salah seorang daripada mereka.
"Waalaikumusalam," jawab saya gembira.
"We are Indonesians. Are you looking for the mosque?" tekanya.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, sudah tentu saya menjawab, "Yes!"
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, sudah tentu saya menjawab, "Yes!"
"Where is it?" tanya saya.
"Over there! It is not far from here. We just came from there," beritahu mereka sambil menunding jari ke arah sebuah rumah di belakang lorong.
"Have they finished the prayer?" tanya saya.
"There are still people in there, " jawabnya
"Terima kasih," kata saya dengan gembira.
"Sama-sama, " jawab mereka.
Tak sangka kami berjumpa dengan budak Indonesia di sini. Mungkin mereka tinggal berdekatan. Kedua-dua budak Indonesia itu telah menunjukkan masjid yang kami cari. Alangkah lega dan bersyukurnya kami. Kami pun berjalan pantas supaya tidak terlewat.
Menemui Masjid di Toyokawa
Sempatkah kami solat Jumaat? Kami jalan pantas-pantas.
Jalan masuk ke masjid |
Kami sudah mula nampak masjid itu |
Inilah masjid yang kami cari |
Inilah nama masjid ini |
Pintu masuk masjid di sebelah kiri. Bilik kecil di hadapan ini ialah bilik mengambil wudu. |
Kami bergegas menuju ke masjid dan apabila kami sampai, kami lihat dua orang lelaki sedang keluar dari masjid. Orang lelaki itu memberitahu saya yang tempat solat wanita di tingkat atas. Katanya jemaah sedang membaca doa. Solat Jumaat sudah selesai. Rasa terkilan juga kerana kami terlepas solat Jumaat.
Kami cepat-cepat mengambil wudu dan solat zuhur. Saya solat di tingkat atas. Anak saya di tingkat bawah.
Bunga-bunga yang ditanam di luar masjid |
Tempat solat wanita di tingkat atas |
Setelah selesai solat, anak saya memberi tahu saya yang Imam menunggu saya. Saya pun turun ke tingkat bawah dan bertemu dengan Imam. Katanya dia harus pergi segera ke Kobe kerana dia bekerja di sana.
Saya sempat berbual-bual dengan Imam itu yang berasal dari Mesir. Katanya dia hanya datang ke masjid ini pada hari Jumaat dan Sabtu disebabkan dia tinggal di Kobe. Dia menjemput kami datang ke masjid lagi pada keesokan hari kerana ada kelas agama. Kami memberitahunya bahawa kami akan meninggalkan Osaka esok hari.
Saya meminta kebenaran Imam untuk mengambil gambar di dalam masjid itu. Imam membenarkan. Hati saya merasa sayu dan sedih kerana masjid itu agak sepi. Kurang jemaah dan kurang terurus. Namun jauh di sudut hati, saya bersyukur kerana ada insan yang membina masjid di sini dan Islam masih boleh diamalkan di Jepun. Semoga Islam dapat disebarluaskan di Jepun.
Ruang solat lelaki |
Imam masjid ini berasal dari Mesir |
Oleh kerana sudah tengahari, perut kami pun dah mula nyanyi lagi "Chotto mate kudasai". Kamipun tanya Imam, "Di mana restoren halal?" Imam itu memberitahu kami bahawa berdekatan dengan stesen keretapi terdapat restoren yang menghidangkan makanan halal, diusahakan oleh orang Nepal. Nama restoren itu Sagun.
Mendengarkan itu, kamipun mencari restoren tersebut.
Kami jumpa restoren itu, tetapi di dinding bahagain luar restoren itu tidak ada logo halal atau tanda-tanda menggambarkan restoren itu untuk orang Islam. Yang kami lihat adalah gambar-gambar arak dan gajah. Oleh kerana ragu-ragu, kamipun meninggalkan restoren itu.
Mencari Restoren Halal
Kami jumpa restoren itu, tetapi di dinding bahagain luar restoren itu tidak ada logo halal atau tanda-tanda menggambarkan restoren itu untuk orang Islam. Yang kami lihat adalah gambar-gambar arak dan gajah. Oleh kerana ragu-ragu, kamipun meninggalkan restoren itu.
Restoren Sagun yang ini diusahakan oleh orang Nepal |
Disamping makanan, arak turut dijual di sini |
Hiasan gajah di dinding bahagian luar restoren Sagun |
Lepak di Stesen Monorel Toyokawa
Kami kemudiannya ke stesen Monorel Toyokawa. Kami duduk di kerusi yang disediakan di stesen monorel. Di sini kami makan biskut yang kami bawa dari rumah.
Setelah mengisi perut, kamipun menaiki monorel untuk ke Kota Osaka (Osaka Castle). Untuk itu kami menukar laluan di beberapa stesen termasuklah stesen Umeda.
Monorel dari Saito-nishi menuju ke stesen monorel Toyokawa |
Jalan ini menuju ke Islamic Centre Osaka. Diambil dari stesen monorel Toyokawa |
Landasan monorel |
Monorel yang kami naiki sampai dari Saito-nishi |
Sebelum ini kami bertanya pegawai yang bekerja di stesen keretapi Hankyu tentang Osaka Castle. Tetapi pegawai itu tidak tahu. Saya merasa hairan kerana dia tidak tahu Osaka Castle yang menjadi ikon Osaka. Saya berulang kali menyebut "Osaka Castle, Osaka Castle". Pegawai itu pun mengikut sebutan saya, "Osaka Castle? Castle? Castle...?" berulang kali dia menyebutnya tetapi katanya dia tidak tahu.
Saya amat tak berpuas hati kerana dia tidak tahu Osaka Castle yang terkenal itu. Saya lalu mencari gambar Osaka Castle yang terdapat di dalam beg saya. Setelah menemuinya sayapun menunjukkan gambar itu padanya. Sebaik-baik dia melihat gambar Osaka Castle...dia lalu berkata, "Castero!"
Pertama kali mendengar perkataan Castle bertukar menjadi Castero membuatkan saya nak tergelak. Tapi saya tahan...."Oh Castero! Patutlah dia tak faham. Kena cakap dalam telor Jepun rupa-rupanya...Osaka Castero..." kik kik kik :D
Osaka Castero...Osaka Castero...
Dapatkah kami menemui Osaka Castero? Temui saya dan anak saya dalam entri akan datang.
Dapatkah kami menemui Osaka Castero? Temui saya dan anak saya dalam entri akan datang.
Tunggu ya.....akan saya ceritakan.
Tetapi sebelum saya meninggalkan entri ini buat sementara waktu, silalah tonton video yang kami tangkap di Osaka...tengok tau jangan tak tengok :)
...bersambung
...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (17): Menyapa Osaka Castle di dalam Hujan
Baca kisah sebelumnya di bawah ini:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (14): Dari Kyoto ke Osaka dan Mencari Rumah Untuk Bermalam
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka
Video Kembara Kami Di Osaka
Tetapi sebelum saya meninggalkan entri ini buat sementara waktu, silalah tonton video yang kami tangkap di Osaka...tengok tau jangan tak tengok :)
...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (17): Menyapa Osaka Castle di dalam Hujan
Baca kisah sebelumnya di bawah ini:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (14): Dari Kyoto ke Osaka dan Mencari Rumah Untuk Bermalam
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka
Kelakar betul bunyi castle dalam nihongo. Memang terlalu banyak perkataan Inggeris yang telah di bahasa Jepunkan. Lagu Jepun yang popular, Revival yang di nyanyikan oleh Mayumi Itsuwa jadi ribaibaru... Jauh betul lari bunyinya...
BalasPadamMemang kelakar bunyi Castle jadi Castero, Revival jadi ribaibaru.. ha ha ha.. Nasib baik nama Mie dan nama saya ada dalam sebutan nihingo...kalau tidak entah apa-apa bunyinya..
PadamHaah betullah... nama kita memang sempurna jika disebut dalam nihongo...
PadamMinasan sugoi desu ne.. gigih betul mencari mosuku tu... alhamdulillah jumpa. Tapi memang terasa sayu sekali. Anatano musuko no bideo wa taihen omoshirokatta...
Watashitachiha mosuku o mitsuketa koto ni hijō ni manzoku shite iru...Betulke nihingo saya ni? Jenuh juga nak menjawabnya he he he...bantai je ni...he..he..he..
PadamBetul tu, sayu tengok masjid yang sepi.
Betul ke video anak saya tu lawak? :D
sangt travel nk mncari masjid tersebut.. yapi alhamdulillah dapat jumpa jgk
BalasPadamJumpa masjid tu tapi terlepas solat Jumaat.
Padambudak indonesia pun dah speaking london.
BalasPadamagak2 boleh tak lagi berbahasa Indonesia?
Budak-budak Indonesia yang berada di luar negara Indonesia memang fasih berbahasa Inggeris. Oleh kerana tidak sempat berkenalan, saya tidak pasti mereka boleh berbahasa Indonesia atau tidak.
Padammencabar betul prof nak cari masjid di OSaka tu..alhamdulillah jumpa budak2 indonesia tu kan..kalau JM baca entri ni pun masih fail nk cari masjid tu uhuhh
BalasPadamkenapa lah imam tu rekomen restoran Sagun tu..kalau JM pun was was nk masuk
menarik video ni prof..ingatkan mat salleh mana yg berckp rupanya anak prof ye..DAEDbAK!!!!
Betul tu JM, budak-budak Indonesia tu menamatkan pencarian kami.
PadamTak pasti pula sebabnya imam itu rekomen restoren itu. Mungkin ini saja restoren yang ada di kawasan itu.
Anak sayalah yang buat video tu...ha..ha..ha..:D
cantiknya bunga pink kat masjid tu,
BalasPadamsawah padi mereka memang sempoi kan
tanam tepi bangunan jer
senang nak manage agaknya :)
Cantik bunga tu, kan? Terutama warna dan bentuknya yang macam loceng.
PadamBetul sempoi sawah padi mereka sebab di tepi-tepi bangunan, kedai dan jalan raya je.
Saya teringat bila husband bekerja dengan Panasonic dulu, beliau dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat di Panasonic Jepun. Katanya kilang itu di tengah2 kampung dan dikelilingi sawah padi. Tersenyum2 kami bila dia bercerita.
BalasPadamAgaknya dah tak ada kampung di Jepun disebabkan kemajuan mereka. Konsep kampung mereka berbeza dengan kita :)
PadamDua kali ulang tengok video tu....saya cari ada tak di dalamnya cara-cara nak beli tiket keretapi.
BalasPadamSaya yang agak kuat makan ni..bimbang miss soru jika ke sana.
....siri ke-17 ditunggu.
Dalam video tak sempat nak buat cara membeli tiket, cuma sempat ambil gambar pegun sahaja. Ada juga saya ceritakan cara membelinya dalam entri-entri lepas. Tapi Puan Nasa jangan risau, tanya saja pegawai yang bertugas di stesen untuk membantu.
PadamKena sentiasa bawa bekal makanan atau mee segera ke mana-mana di Jepun, makanan halal memang susah dicari.
Siri ke-17 akan menyusul tak lama lagi :)
Akhirnya smpai juga ke masjid osaka.... sawah pd tu comel la... kt tepi2 jln aje kan? Berkali2 ank prof ingtkan train station tu besar... risau plok saya ni...hehe... saya pon bnyk terbca, berpintu2 exit mereka eh? Lg mencabar dr seoul neh...
PadamAlhamdulillah sampai juga akhirnya ke masjid yang dicari. Sawah padi di sana comel-comel dan petaknya tidak banyak. Ini disebabkan ia di celah-celah bandar dan di tepi-tepi jalanraya. Memang sangat besar stesen di Osaka, tetapi jangan risau kerana papan tanda terdapat di mana-mana dan mudah dibaca.
Padamkelakar cerita pasal osaka castle tu kak. kalau saya mesti saya dah tak boleh tahan. mesti dah gelak depan dia.
BalasPadamBaru saya tahu bahawa banyak bahasa Inggeris telah dijepunkan he he he...
PadamSaya juga pernah menjumpai kesulitan yang sama ketika di Porto. Syukurlah di sana saya berjumpa dengan muslim Bangladesh dan ditunjukkan lokasi masjid. Sama seperti di Osaka, di Porto pun masjid menempati bangunan rumah biasa.
BalasPadamTentu bentuk dan suasana masjid di negara-negara bukan diperintahi Islam amat berbeza. Walau apa keadaannya kita bersyukur dengan usaha mereka yang menegakkan syiar Islam.
PadamMesti dah pandai berbahasa Jepun sekarang ?
BalasPadamSaya masih belum boleh berbahasa Jepun. Saya hanya di sana seminggu...lainlah bertahun-tahun he he he ...
PadamHaha castero patut la x paham. Org2 kat sana nmpk sgt peramah kan..
BalasPadamBtw kami baru post pasal trip 8 hari di Melbourne & Tasmania. Kalau ada masa jemput singgah di www.thetravelling3o.com :)
Memang tidak sangka "castero" ialah sebutan yang betul bagi orang Jepun untuk "castle". Orang di sana peramah dan suka menghulurkan bantuan.
PadamInsya Allah akan singgah dan baca.
Sebenarnya orang Jepun tak boleh sebut huruf L. Semua yang huruf L jadi R.
BalasPadamSama juga dengan "Lost and Found'. Kita kena sebut 'Rosto ando Foundo", baru mereka faham dan membantu kita untuk tunjuk tempat tu.
Dan, kalau tak silap saya, untuk dapat lesen buka restoren di Jepun, salah satu syaratnya ialah kena jual arak. Sebab itulah, restoren yang halal pun ada jual arak untuk patuh pada undang-undang mereka.
Kelakar bunyinya apabila huruf L jadi R....:D
PadamOh patutlah begitu...walaupun restoren halal, mereka masih menjual arak. Di beberapa negara Barat juga begitu...arak adalah menu utama. Tanpanya perniagaan tidak dapat dijalankan
Seronokan bila jumpa masjid especially tmpat mcm jepun nie :D
BalasPadamMemang seronok...susah nak cari disebabkan bilangan orang Islam di Jepun sangat sedikit.
Padamrindu la... Rasa nak pergi je lagi....
BalasPadamSaya pun :)
PadamAssalamualaikum wr.wb.
BalasPadam...mana perginya tuan rumah ni?? Dah lama menunggu sambungan siri ke-16.
...moga sentiasa dikurniakan Allah keselamatan dan kesihatan.
Waalaikumusalam Puan Nasa,
PadamTuan rumah masih ada, cuma terlalu sibuk dengan tugas di universiti. InsyaAllah akan disambung cerita selanjutnya.
Aamiin.
Terima kasih kerana masih sabar menunggu.