Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 9 Jun 2014

Vietnam Lagi (7): Syoknya Membeli-belah!

Ho Chi Minh biasanya dikaitkan dengan 'syurga membeli-belah' bagi orang Malaysia. Ini disebabkan kita boleh membeli dengan harga jauh lebih murah daripada yang kita perolehi di Malaysia. Macam-macam pilihan: daripada baju kurung, jubah, telekung, t-shirt, kemeja, kain ela, tudung, kasut, hiasan rumah sehinggalah cenderamata. Peniaga pula kebanyakannya boleh berbahasa Melayu dan meletakkan harga barang dalam ringgit. Syoknya shopping

Apa yang syoknya? Jom tengok di mana saya membeli-belah...

1. Cenderamata dan Kekacang di Butterfly


Cenderamata boleh didapati di kedai-kedai di pinggir jalan seperti di Butterfly. Alamatnya (kalau tak silap saya) ialah 87 Mac Thi Buoi St., Ben Nghe W., Dist.1, Ho Chi Minh city. Kedai ini dibuka dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kedai Butterfly menjual pelbagai cenderamata

Lukisan tentang keindahan Vietnam dan masyarakatnya di kedai Butterfly
T-shirt Hard Rock Cafe tiruan boleh dibeli dengan harga RM15.00 di Butterfly
Kotak-kotak kecil yang dihiasi dengan wanita Vietnam berpakaian ao dai di Butterfly

Hasil kraftangan Vietnam di Butterfly

Di tingkat atas Butterfly terdapat kekacang, gula-gula dan kudapan. Kita boleh duduk dan merasanya. Tapi kalau ragu-ragu dengan kehalalannya, janganlah cuba.

Kekacang dan kuih-muih kering di tingkat atas Butterfly.

2. Baju Kurung, Jubah dan Blaus di Truc Xinh/MSM Fashion


Pelbagai jenis baju kurung, jubah dan blaus terdapat di kedai-kedai sekitar Ho Chi Minh. Misalnya di Truc Xinh yang beralamat di 96A Nam Ky Khoi Nghia Street, Dist 1, HCMC. Anggaran harga sepasang baju jenis ini adalah di antara RM40 hinggalah ke RM64.

Kedai Truc Xinh ini menjual pakaian untuk muslimah
Baju kurung yang dihiasi dengan manik dan sulaman di Truc Xinh
Pelbagai jenis jubah di Truc Xinh
Baju kurung di MSM Fashion Co. Ltd
Harga pakaian yang dijual di MSM Fashion Co. Ltd
Baju kurung, jubah, kain pasang di MSM Fashion Co. Ltd

3.  Telekung di MSM Fashion Co. Ltd.


Pelbagai jenis telekung boleh dipilih: yang berwarna putih, hijau, biru, hitam, kuning, merah, merah jambu dan macam-macam warna kegemaran. Yang bersulam atau yang kosong pun ada. Yang dibuat daripada kain kapas, lycra atau polyester juga boleh dibeli. Ia berharga anggaran RM25 hinggalah RM50 bergantung kepada jenis kain, sulaman atau kosong.

Kedai-kedai yang menjual telekung boleh didapati di MSM Fashion Co. Ltd, No.10, Road No.3, Tran Trong Cung Street, Tan Thuan Dong Ward, District 7, HCMC.


Telekung pelbagai warna dan sulaman di MSM Fashion Co. Ltd

 

4. Kain Ela/Kain Pasang di Kedai Mou So' Ka Riem (Zaymah)


Kain Ela atau Kain Pasang boleh didapati dengan banyak di kedai-kedai berdekatan dengan Pasar Ben Tanh seperti di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah), 44 Nguyen An Ninh Q.1, HCMC (bersebelahan Hotel Blessing 1). Harga sepasang kain kapas (4 meter, bidang 40) adalah RM25.  Sutera Vietnam pula boleh didapati dengan harga RM45 sepasang.

Ada juga kedai yang menjual kain ela/kain pasang dan terus menerima tempahan baju atau seluar dalam masa sehari. Sehelai jubah boleh ditempah dan siap dijahit dalam masa sehari dengan harga RM60 (termasuk harga kain dan upah menjahit). Seronoknya saya melihat kawan saya menunjukkan kepada saya jubah yang sudah siap dijahit dalam masa sehari.

Memilih kain pasang yang dilambakkan di atas lantai di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah).

Kain pasang daripada sutera Vietnam di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah)
Kain pasang daripada kapas dengan pelbagai corak di Shop Mou So' Ka Riem (Zaymah)
Kain pasang yang dijual di Pasar Ben Tanh dan baju boleh dijahit dalam masa sehari

 

5. Macam-macam Ada di Pasar Ben Tanh


Pasar Ben Tanh adalah pasar yang menjual pelbagai jenis barangan kegemaran kita daripada pakaian, kain pasang, cenderamata, beg, makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan hiasan rumah.  Pasar ini amat terkenal dan sentiasa dipenuhi orang ramai. Namun begitu kita perlu berhati-hati membeli di sini kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk "menyembelih" kita. Jadi kenalah pandai menawar dan jangan membeli dalam keadaan tergesa-gesa.

Alamat: Simpang Le Loi, Ham Nghi, Tran Hung Dao Avenues dan Le Lai Street.

Pintu masuk Pasar Ben Tanh
Hiasan dinding

Memilih cadar

Penat membeli-belah, boleh berehat dengan minum air kelapa


6. Pakaian Bermutu dan Cenderamata di Hard Rock Cafe


Kaum Adam tentu gembira dapat membeli-belah di Hard Rock Cafe (HRC) di Ho Chi Minh kerana terdapat pelbagai jenis t-shirt, topi dan seluar jeans bermutu baik. Namun begitu HRC di sini hanya menerima matawang dong dan Amerika sahaja.

Alamat: 39 Lê Duẩn, Bến Nghé; Ho Chi Minh City, Vietnam (terletak di Kumho Asiana Plaza).

Gitar Eric Clapton yang menghiasi halaman depan Hard Rock Cafe di Ho Chi Minh

Hard Rock Cafe di Kumho Asiana Plaza HCM ini amat mudah dilihat dari jalan raya
Bahagian depan HRC Ho Chi Minh, di sebelah kiri dan turun ke basement adalah cafe

Di dalam HRC
T-shirt dan topi HRC yang bermutu tinggi
Fridge magnet, rantai kunci, lencana dan rantai HRC Ho Ci Minh. Fridge magnet ini berharga RM75.00! Mahal, kan?


7. Cenderamata, Beg dan Pakaian di Tebing Sungai Mekong/My Tho


Membeli-belah di tebing Sungai Mekong dan My Tho amat menyeronokkan kerana kita boleh membeli barang-barang, pakaian dan cenderamata jauh lebih murah daripada di Pasar Ben Tanh. Saya sudah menceritakan tentang ini dalam entri yang lalu. Sila klik di SINI dan  SINI.

Fridge Magnet, pakaian dan cenderamata di tebing Sungai Mekong
Beg kulit yang dibuat di Pulau Unicorn My Tho

Jadi, kalau anda tiada idea hendak beli apa di Ho Chi Minh dan ingin merasa keseronokan membeli-belah di HCM, bolehlah rujuk entri ini. :)


28 ulasan:

  1. Betul tu Prof..mmg seronok shopping di HCM nih...semua nak borong sbb murah terutama baju ready made dan telekung...sediakan duit je kan..hai tak sabar rasa nya trip JM next year utk ke sini. Nak try terjah kedai kain yg PROF kongsi kat sini pulak :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM boleh borong banyak baju siap dan kain pasang di HCMC lepas tu jual di Malaysia. Ramai orang Malaysia ke sana semata-mata shopping je... Kedai kain yang saya sebut dalam entri ini memang best, kita boleh lepak, duduk bersila dan pilih kain yang dilambak-lambakkan.

      Padam
  2. Betul tu JM... simpan duit bebanyak utk trip tu biar puas hati shopping. Trip saya yang lepas tu pun ada singgah di kedai msm tu.. kalau kedai ala2 butik tu sedap sikit kita nk memilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah kumpul duit banyak mesti best shopping, kalau tidak putih mata tengok orang lain shopping, kan Cheq Sue.
      Di MSM, Cheq Sue beli telekung ke baju?

      Padam
    2. saya beli telekung kain jersey tu je prof...kalau baju siap ni banyak pulak nak keta oter kalau beli. inci tak cukup la katakan...

      Padam
    3. Kalau gitu beli kain ela terus suruh dia jahitkan baju dalam masa sehari.

      Padam
  3. wah terus saya excited tgk macam-macam benda best nak shopping di sana...padan laaa orang Malaysia ramai ke sana bershopping....hehehe amboi si JM tu ntah kali ke berapa dah tuuu pi ke Ho Chi Minh....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang patut kita excited tengok macam-macam ada, murah-murah pulak tu... JM lebih expert dari saya dalam bab shopping menyopping di HCMC ni :)

      Padam
  4. Wah ini boleh jadi contoh utk trip akan dtg... Semua wanita punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki punya pun ada...lebih-lebih lagi Hard Rock Cafe tu...amat sesuai untuk kaum Adam.

      Padam
  5. Hari ini ada artikel Sdra Mazidul tentang budak penjual di jalanan yang boleh berbahasa dalam 15 bahasa. NA tak terserempak ke...

    Setuju dengan semua orang, barang2 di HCM City memang jauh lebih murah berbanding tempat kita... Siapa yang kaki bisnes memang boleh buat banyak untung... JM tak nak bisnes ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah budak pandai 15 bahasa! Hebat tu! Tak pulak saya jumpa dia di sana... :(

      Jom kita buat bisnes. Ramai orang dah buat bisnes, untung agaknya.

      Padam
  6. Kali ke-4 ke HCM..masih gagal untuk ke Chu Chi Tunnel..gara-gara shopping!! Saya dah selesai shopping..kawan-kawan pulak belum selesai projek mereka.Baru-baru ni ke Masjid Dong Yu jam 7.30 pagi dan bercadang nak bersarapan di dua buah restoran dekat masjid...tapi hampa sebab mereka buka jam 9.30 pagi.Nak tunggu...kawan-kawan rasa rugi sebab panggilan Ben Thanh terlampau menghantuiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah penagan shopping di HCMC....shopping lebih best daripada segala-galanya....lupa makan sekejap he he he...

      Padam
  7. adoi cantiknye gitar terbalik tu. kalau amik gamba kat situ confirm profil pic FB haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai posing sebelah gitar tu...siapa tak jeles tengok kat FB, kan?

      Padam
  8. Orang lain sampai berkali2 pergi Vietnam.. tajuk pun "vietnam Lagi" bila la ada masa nak ke sana ek huhuu.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah dekat je Time Traveller. Pergi hujung minggu pun tak apa.

      Padam
  9. Bru kesana Ahad lepas..giler sekejap memborong kain cotton kt sana. Ada jugak kami mencari2 HRC tu tapi tak jumpa, tapi sempat ke butik zaymah tu..siap mintak pswod wifi dgn staff kt situ sbb nk upload gmbar n sekaligus berwassap...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Viva pun gila sekejap macam saya memborong kain cotton he he he. Saya seronok membeli di Zaymah sebab kita boleh lepak atas lantai dengan air-cond.

      Tak jumpa HRC kali ini pun tak mengapa, lain kali boleh datang lagi, minta teksi hantarkan.

      Padam
  10. Wah prof .ini mau kena ambik max luggage ni.. haha... shopping sakan... saya suka kotak2 kecik simpan jewellery tu .. comel. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Tak sedar beg beranak he he he....kotak-kotak kecil itu pula dilukis dengan gambar orang perempuan Vietnam berpakaian tradisi, tentu rumah Farikica tambah berseri :)

      Padam
  11. Pemborong Baju Kurung di Vietnam, Borong tudung, baju kurung, telekung, blouse, ... originally from Vietnam. We offer shipping door to door service from Vietnam to your house in Malaysia. For the baju kurung designs and other designs please do not hesitate to contact us:

    Whatsapp: +84.966.194.460
    http://pemborongbajukurungvietnam.blogspot.com => see the baju kurung
    www.MurahBorongVietnam.com => see other stock

    Thank you !

    BalasPadam
  12. tq prof atas perkongsian info....nak ke sana 2 mggu lg...walaupun ni kali ke 3 ke sana, sy masih lg mencari info kedai yg best dan murah2.....byk jg dapat info dlm blog ni. boleh terjah nanti kedai yg prof rekemenkan :):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya Hanizah lebih berpengalaman menerjah kedai-kedai di HCM berbanding saya. :) Ada tak yang Hanizah nak rekemen pada saya?

      Padam
    2. saya ada catatkan pengalaman saya ke sana dan kedai-kedai yg saya kunjungi. mungkin boleh juga dijadikan panduan :)


      http://myhoneyy.blogspot.com/search/label/Bercuti%3A%3AHo%20Chi%20Minh

      Padam
    3. Hanizah, saya dah baca blog Hanizah. Banyak informasi. Ada juga kedai-kedai yang saya belum pergi. Bolehlah terjah kalau pergi lagi.

      Padam
  13. Salam..seronok betul shopping kat sana kan^^
    Nak recommend tourist guide kat sana..Hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...