Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Sabtu, 31 Mei 2014

Vietnam Lagi (6): Restoren Makanan Halal

 
Malam nanti saya akan berada di dalam kapalterbang MAS. MH 52 akan membawa saya ke sebuah tempat yang belum pernah saya kunjungi. Doakan penerbangan MH 52 selamat, ya?

Ce kome teka, saya nak backpack ke mana? Saya bagi clue sikit: negara ini sebuah negara besar dan maju, pernah menjajah negara kita, pemimpin negara kita pernah meletakkan dasar supaya kita mencontohi negara ini ....??? Ce teka, ce teka!

Saya backpack berdua je. Seminggu saya di sana, insyaAllah. 

Adakah blog ini akan bersawang selama seminggu? Oh tidak! Untuk mengelakkan ini berlaku, di sini saya tinggalkan anda dengan entri tentang Vietnam yang belum habis saya ceritakan lagi. Jom baca sampai habis :)

____________________

 

Vietnam Lagi (6): Restoren Makanan Halal

 
S ekarang ini restoren halal banyak terdapat di sekitar Ho Chi Minh. Semasa saya di sana baru-baru ini saya telah makan di beberapa buah restoren, antaranya ialah:

 

a) Restoren Serai 


Restoren Serai letaknya di belakang pasar Ben Tanh. Alamatnya: 22 Thu Khoa Huan St, Ben Tanh, Ho Chi Minh City.

Restoren ini menyajikan masakan Malaysia seperti Ikan Goreng, Sayur Campur, Tomyam dan Ayam Goreng. Kita juga boleh memesan menu masakan tradisional Vietnam seperti Pho.

Restoren Serai ini letaknya di belakang Pasar Ben Tanh

Makan malam di Restoren Serai


Pho adalah masakan tradisional Vietnam seperti mee sup. Anda kena cuba.
Ulam-ulaman yang dimakan bersama Pho

Oleh kerana saya suka mencuba masakan tempatan, saya telah memesan Pho untuk makan tengahari. Rasanya boleh tahan sedapnya. Tetapi Pho paling sedap yang pernah saya makan di Ho Chi Minh dimasak di gerai tepi jalan sahaja. Saya pernah ceritakan dalam entri saya pada 2011 di SINI.


 

b) Kasim Baba's Prata House


Sekiranya anda ingin makan roti canai, anda boleh makan di Kasim Baba's Prata House. Restoren ini letaknya di hadapan Restoren Serai yang saya nyatakan tadi. Tetapi saya sendiri belum mencubanya kerana ketika itu saya telah kenyang. Jadi anda boleh cuba sendiri dan beritahu saya.

Kasim Baba berniaga pada waktu malam

c) Restoren Quan An


Restoren ini letaknya di kawasan Masjid Cholon Jamial, 641 Nguyen Trai St, 5th District, 11th Ward, Ho Chi Minh City.

Restoren ini menyediakan masakan yang amat sedap terutamanya tomyam, telur dadar, sayur goreng campur dan kari ikan. Saya cadangkan anda makan di sini.

Masjid Cholon Jamial

Menara Masjid Cholon Jamial

Pintu masuk kawasan Masjid Cholon Jamial. Restoren Quan An di sebelah kiri pintu ini.

Di dalam restoren Quan An. Ada pokok yang tumbuh di dalam restoren ini.
Sajian enak di Quan An

d) Saigon Green House

 

Saigon Green House letaknya di  96A Nam Ky Khoi Nghia, Dist 1, Hoh Chi Minh City. Ia dimiliki oleh orang Melayu Champ. Restorennya bersih dan setingnya kemas. Restoren ini menyediakan masakan Melayu seperti Ikan Goreng Masam Manis, Telur Dadar, Sup Sayur, Tauge Goreng dan Ayam Goreng.

Saigon Green House juga menyediakan menu lain seperti yang tercatat dalam laman webnya: http://halalsaigongreenhouse.com/menu/

Saigon Green House letaknya di atas Truc Xinh

Jus tembikai

Ikan Goreng Masam Manis

Sajian makan malam di Saigon Green House

e) Masjid Jami'ul Muslimin


Masjid Jami'ul Muslimin letaknya di 49, Trinh Hoai Duc, My Tho. Di sini ada restoren yang menyajikan masakan Malaysia seperti Ikan Goreng Kerabu Mangga, Sambal Tumis Udang, Sup Ikan Bercampur Nenas, Ayam Goreng dan Sayur Campur dengan Sotong.


Di luar kawasan Masjid Jami'ul Muslimin
Masjid ini mempunyai kedai makan
Sajian makan tengahari kami: Sup Ikan Bercampur Nenas, Sambal Udang dan Ikan Goreng Kerabu Mangga

Di luar Masjid Jami'ul Muslimin ada kedai menjual air tebu

Tersenyum je makcik ini apabila saya tangkap gambarnya


Kalau anda ke Vietnam nanti, bolehlah cuba makan di tempat-tempat yang saya senaraikan di sini. Kemudian beritahu saya, pengalaman anda.

 

 

Restoren Halal Yang Lain



Semasa kunjungan saya yang pertama ke Ho Chi Minh saya makan di restoren halal yang lain. Saya pernah ceritakan dalam entri pada tahun 2011. Untuk restoren halal yang lain itu sila lihat di


Vietnam: Selera Halal Satay House
 



37 ulasan:

  1. Have fun akak di Negara Matahari Terbit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai! Pandai! John memang pandai teka :)

      Padam
  2. Wah bestnya pergi Nippon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang lain dah berkurun ke Nippon, saya baru nak pi :)

      Padam
  3. Jeles betul dgn semua org..bukak blog geng kaki jalan semuanya ke jepun..salah satu tempat idaman norh tu..nak pegi jugakkk... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya dah sampai ke Jepun. Hari ini hari ke-2 saya di Jepun. Tak mengapa Norh, satu hari nanti Norh pun boleh sampai ke Jepun.

      Padam
  4. eh prof..nekcik blom sampai lagi ke jepang...bila ye..wallahuualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun hari ini baru betul-betul pijak bumi Jepun. Nekcik nanti pun boleh sampai, insyaAllah..

      Padam
  5. Alaaaa dorang dh jawab, Jm nk jawab jugak lah Prof ke Jepun kan nanti ambik pic cantik2 spt pic mknan ni tgk pun dh terliur. Betul tu mmg byk restoran halal di hcm cuma sediakan duit je sbb harga agak mahal.
    In sha allah semogs prof rnjoy d sana dan selamat kembali ye aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM tentu dah tahu saya nak ke mana, kan. Hari ini hari ke-2 saya di Nara. Sampai-sampai je di Nara terus nampak Nara Park dah rusa berkeliaran dengan banyaknya. Alhamdulillah tercapai juga hasrat.
      Terima kasih kerana mendoakan saya JM.

      Padam
  6. Assalamualaikum kak
    Seronoknya akak dah pergi banyak negara
    enjoy baca blog ni dan gambo nya pun cantik sangat
    tak sabar nak baca entry jepun nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumuslam Tihara,
      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan tinggalkan ulasan. InsyaAllah kalau balik nanti saya akan ceritakan pengalaman menarik saya di Jepun.

      Padam
  7. Tak sabar menunggu info dari Jepun....ke Osaka..Tokyo..Yokohama
    Selamat melancong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah berada di Nara. Lepas ini ke Kyoto dan Osaka. Alhamdulillah. Tokyo dan Yokohama, belum lagi ada rezeki ke sana.

      Padam
  8. bestnya makanan..kalau saya ada rezeki ke sana nanti..senang la nak..boleh refer blog prof

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam-macam pilihan. Zila boleh cuba masakan tempatan seperti pho yg sedap tu.

      Padam
    2. Secara ringkas apa rahsia prof pilih Nara,Kyoto & Osaka....tanya sebab skrg AAsia sdg offer untuk 2015...nanti blh terus booking untuk program 2015.
      Selamat menikmati bumi Allah.

      Padam
    3. Jangan percaya sangat pada tanda HALAL masa di HCM terutama penjual roti perancis ala-kebab berhampiran Kedai Hjh Basiroh dan penjaja berbasikal yang menjual kopi ais.
      Info untuk rakan-rakan sebab saya dah terkena.
      Maaf Prof kerana menumpang info di sini.

      Padam
    4. Puan Nasa,
      Saya pilih Nara, Kyoto & Osaka sebab saya tak pernah ke Jepun. Jadi saya tak kisah ke mana asalkan di Jepun. Kebetulan ketika ini tiket MAS lebih murah daripada Air Asia.
      Tentang tanda halal yg meragukan di HCM tu, eloklah kita berhati-hati & dengarlah nasihat Puan Nasa. Saya harap pembaca membaca nasihat berguna ni.

      Padam
  9. salam puan, nak tanya sikit, ni lari daripada tajuk he he he... adakah blog 'yong suka kuning' tu ada lah puan.. tolong jawab dengan jujur ye he he he.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bannister Road,
      Yong suka kuning tu bukan saya...Ini Yong yang suka hijau tau...tak caya ce tengok warna blog ni..warna temanya hijau kan?

      Padam
  10. Balasan
    1. Kalau gi nanti tak perlulah risau nak makan di mana. Mungkin Taikoi jumpa yg lebih bagus lagi.

      Padam
  11. sangat menarik.. bila agaknya berkesempatan ke luar negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah Bro dapat ke luar negara tak lama lagi. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah segala urusan.

      Padam
  12. yang negara sis nak pergi jepun kan..based on klue..matahari terbit n menjajah ngara kita he..he..
    wah banyaknya mkanan halai di sana..jadi snang la para pelancong muslim nak dpatkan mkanan halai.. tanpa was2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu Sobri. Saya sekarang sudah di Jepun.
      Di HCM ada banyak restoren halal, mudahlah kita ke sana.

      Padam
  13. Terima kasih sebab bagi list ni. senang le nak google nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah Ren bawa geng makan di sini. Kena cuba juga makanan tradisional Vietnam.

      Padam
  14. Prof p jepang ye..hehe. .. selmt mengembara!! Mknan halal mmg bnyk kat hcm kan? Kira x lapaq la klu p sana...hehe. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ke Jepang! Alhamdulillah selamat dah mengembara di Jepang. Hari ini baru balik.
      Di HCM mudah nak cari makanan halal. Tak perlu berlapar. Tetapi di Jepang tu amat sukar, kena bawa bekal ke mana-mana pergi.

      Padam
    2. Haahla.. ada org suka jap food tp saya rasa, not to my liking. ..hihihi... ank saya dok tnya... knp nasik mereka sticky. . Anyeay, bila nk start entry jpn? Nk baca neh...

      Padam
    3. Ha saya suka juga masakan Jepun ni, tapi yang halalnya susah dicari dan harganya mahal sangat. Jadi masak sendirilah. Bawa periuk belanga segala. Nanti saya ceritakan pengalaman di Jepun, tak lama lagi insyaAllah,

      Padam
  15. Kampung Pandan sebuah restoran disahkan Halal di bandar Ho Chi Minh yang menghidangkan pelbagai masakan tradisional Asia dan roti canai segar. Chef utama adalah Malaysia
    Lebih maklumat: www.kampungpandan.com
    address: 53 Thu Khoa Huan jalan, District 1, Bandar Ho Chi Minh
    (di sini adalah pemilik Kasim Baba Prata House juga)

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...