Saya gemar menonton teater atau persembahan kebudayaan. Di Bali, saya telah menonton Kecak. Di Surabaya, saya telah menonton persembahan Angklung. Di Vietnam pula bagaimana?
Terdapat pelbagai cerita yang menggambarkan kehidupan masyarakat Vietnam seperti bercucuk tanam, mandi sungai, bermain, bersawah, melesung dan lain-lain lagi. Pergerakan patung-patung itu kadang kala lucu. Walaupun kami tidak faham sepatah haram kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Vietnam, kami masih terlopong. Ini disebabkan kadang-kadang mereka menggunakan kesan khas seperti api yang menyembur keluar dari mulut naga. Fantastik!
|
Petani menanam padi di dalam sawah |
|
Petani dan kerbau |
|
Pari-pari sedang menari di dalam air |
|
Raja menaiki tongkang di atas air |
|
Api tersembur dari mulut naga |
|
Dalang-dalang yang menggerakkan patung muncul dari belakang tabir apabila persembahan selesai |
Pada akhir cerita barulah saya tahu bahawa patung-patung itu digerakkan oleh dalang. Dalang-dalang itu muncul dari dalam kolam air dan berdiri di dalam air separas punggung untuk memberi penghormatan kepada penonton. Mereka kemudiannya menyelam ke dalam air, melambaikan tangan dari dalam air dan hilang di balik set rumah. Semua penonton tepuk tangan. Kami semua rasa sangat gembira.
Cruise Malam
Setelah selesai menonton teater tradisional Vietnam Patung Air itu, kami ke Sungai Siagon untuk menaiki Cruise Malam. Cruise Malam itu mempunyai tiga tingkat dan ramai orang di dalamnya. Kami menaiki tingkat kedua dan duduk di kerusi yang disediakan. Kami dihidangkan dengan air teh panas dan buah-buahan tempatan.
|
Cruise malam yang kami naiki |
|
Orang ramai di meja makan di dalam cruise |
|
Buah-buahan yang dihidangkan kepada kami |
Saya ke kepala cruise untuk melihat pemandangan Sungai Saigon dan kota Ho Chi Minh pada waktu malam. Cuaca di Ho Chi Minh panas ketika itu, angin pula tidak bertiup walaupun kami berada di atas sungai luas. Saya kemudiannya pergi ke kepala cruise dan berdiri di situ. Barulah saya dapat merasakan sedikit tiupan angin Sungai Saigon yang perlahan.
Saya dapat melihat pemandangan kota Ho Chi Minh di pinggir tebing pada waktu malam. Ketika itu juga saya mendengar muzik dimainkan oleh sekumpulan muzik yang duduk di tengah-tengah dek cruise. Lagu yang mereka mainkan ketika itu ialah "Sakura". Nasib baik bukan lagu Celine Dion "My Heart Will Go On" dalam filem Titanic. Kalau tidak berangan jadi Jack dan Rose,"I lap U, U lap me...U jump I jump..." he he he...
|
Kapal-kapal berlabuh di Sungai Saigon |
|
Cruise ini dihiasi lampu-lampu dan belayar di Sungai Siagon |
|
Pemandangan tebing Sungai Saigon pada waktu malam |
|
Banyak cruise menyediakan khidmat makan malam sambil belayar santai di Sungai Saigon |
Selesai persembahan muzik "Sakura", saya terdengar muzik lain
dimainkan pula. Saya perhantikan ramai orang berkerumun. Sayapun turut
serta ke arah orang ramai yang berkerumun itu. Rupa-rupanya mereka
menyaksikan persembahan kehandalan seorang perempuan menatang lilin dan gelas menggunakan mulut.
|
Persembahan yang mendebarkan |
|
Aksi kemahiran di atas cruise |
|
Mengambil bunga dengan mulut dengan cara melentikkan badan |
|
Kota Ho Chi Minh di waktu malam yang saya ambil dari dalam cruise |
Puas juga kami belayar makan angin pada waktu malam di Sungai Saigon. Lebih kurang sejam lamanya pesiaran malam itu belayar. Setelah "kembung" makan angin malam Sungai Saigon kamipun pulang ke hotel dengan gembira .
...bersambung
Puas hati dapat tgk water puppet... Sedapnya buah2 tu.
BalasPadamYa, puas hati sebab tak pernah tengok teater macam ini sebelum ini. Ceritanya mudah difahami dan menyeronokkan.
PadamHanya buah-buahan saja yang kami boleh makan di dalam cruise tu.
menarik aktiviti atas cruise
BalasPadamMenarik! Setiap tingkat cruise itu ada persembahan yang berbeza. Bila saya turun ke tingkat bawah mereka ada band. Masa tu mereka tengah main lagu Santana.
Padamwah saya mmg suka dgn pertunjukan kebudayaan...dah ada di Ho Chi Minh juga ye...menariknya...teringin nak pergi jugak nanti ni...hehehehe
BalasPadamBolehlah nanti DJ tengok persembahan kebudayaan mereka pada waktu malam selepas membeli-belah atau melawat tempat lain di siang hari.
PadamProf : kat mana nak dpt pakej tuk tengok teater dan naik cruise tu yek..biasa org pegi HCM ni jarang nk strori dorang pegi 2 tempat ni
BalasPadamJM,
PadamPakej itu ada disediakan dengan bayaran RM70 untuk kedua-dua persembahan dan cruise. Ada kad diberikan pada saya hari tu, tapi di mana saya letakkan kad tu pun saya dah tak ingat...insyaAllah kalau saya jumpa kad tu saya bagi tahu JM. Biasanya orang mengaitkan Ho Chi Minh ini dengan "shopping" tetapi sebenarnya boleh juga tengok teater dan naik cruise :). Ini memberi pengalaman berbeza buat kami.
Kita boleh tempah dihotel tak pakej ini? Menarik kalsu anzk2 dapat teatertu
PadamKami tempah melalui agen pelancongan/tourist guide bukan di hotel.
PadamPentasnya nampak kecil sangat. Yang di Hanoi pentasnya besar dan penggerak puppetnya juga agak ramai. Memang amat menarik persembahannya...
BalasPadamOh ye ke? Rupa-rupanya yang di Hanoi lebih hebat dan menarik. Bagus juga dapat tahu perbezaan ini. Terima kasih Mie :)
PadamMie dah balik jalan-jalan ye?
ada makanan halal ke di cruise mekong tu
BalasPadamFauzialaqsa,
PadamYang dalam entri ini cruise Sungai Saigon bukan Mekong. :) Tak ada makanan halal di cruise ini, agaknya...sayapun tak pasti. Kami cuma makan buah-buahan dan minum teh je.
iyalah prof...nekcik pernah tngok puppetshow hanoi..nnti gi HCM nekcik nak tengok lagi..
BalasPadambest lho cruise tu...akan cuba mlayari titancik tu nnti..but i won't jump..takuut
Wah Nekcik pun suka Water Puppet tu dan cruise. Yalah buat apa nak terjun..You jump, I won't jump he he he..
Padamcantiknya cruise..prof pegi ni ikut tour ke??
BalasPadamYa, saya pergi dgn Wilayah Utara Travel, milik kawan saya.
PadamAlhamdulilah.info yang bermanafaat buat saya yang hendak berkunjung ke saigon
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membacanya dan memberi ulasan.
Padam