Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



[PERIHAL PENULIS]

Blog ini adalah catatan kembara dari lensa dan kacamata seorang wanita. Minat Naramas Aman mengembara bermula sejak kecil apabila beliau sering melihat mat salleh backpack dan hitch-hike di jalan raya di hadapan rumah beliau. Backpack dan hitch-hike melanda di seluruh dunia ketika itu disebabkan oleh pengaruh hippies (1970an). Setiap petang budak perempuan ini menanti mat salleh lalu di hadapan rumahnya dan menyimpan angan-angan untuk mengembara serata dunia.

Setelah dewasa dan berdikari, dengan izin Allah beliau telah menjejakkan kaki ke 21 buah negara. Negara-negara tersebut ialah:
  1. Greece: Athens, Patras
  2. Itali: Bari, Pompei, Rome, Venice
  3. Sepanyol: Barcelona, Madrid, Toledo
  4. Switzerland: Lucern, Geneva
  5. Peranchis: Bordeaux, Paris, Calais
  6. England: London
  7. Cyprus: Larnaka, Limassol, Episkopi, Pafos, Petra tou Romiou
  8. Amerika Syarikat: Ohio, Pennsylvania, New York. Washington DC, Kentucky, West Virginia, Virginia, Tennessee, Alabama, Georgia, Florida, Mississippi, Louisiana, Oklahoma, Texas, Arkansas, Missouri, Maryland, North Carolina, South Carolina, New Jersey, Connecticut, Massachusetts, Delaware, New Hampshire, Vermont, Maine, Rhode Island.
  9. Kanada: Ontario, Quebec, British Colombia
  10. Australia: Melbourne, Sydney, Canberra.
  11. New Zealand: Wellington, Christchurch, Auckland
  12. Arab Saudi: Jeddah, Mekah, Madinah
  13. United Arab Emirates: Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ras al-Khaimah
  14. China: Beijing, Xian, Inner Mongolia, Jinan, Tianjin, Xinjiang, Haerbin, Shanghai 
  15. Vietnam: Hoh Chi Minh
  16. Brunei: Bandar Seri Begawan, Temburong, Seria, Kuala Belait
  17. Singapura: Geylang, Canning Rise
  18. Thailand: Yala, Bangkok, Phitsanulok, Sukhothai, Danok
  19. Indonesia: Medan, Acheh, Surabaya, Madura, Bandung, Jogjakarta, Bali, Lombok, Jakarta
  20. Malaysia: (semua negeri)
  21. Jepun: Nara, Kyoto, Osaka


Naramas Aman pernah tinggal di luar negara lebih lapan tahun: Ameriak Syarikat 4.5 tahun, Australia 3.5 tahun dan China 9 bulan.

Walaupun beliau seorang wanita, beliau pernah mengembara secara solo (backpack) di beberapa negara seperti Kanada, New Zealand, Cyprus, China, Amerika Syarikat dan Singapura. Ini disebabkan oleh minat beliau yang mendalam untuk menimba ilmu dan mengetahui khazanah dunia yang tidak tertulis di dalam buku.

Tujuan catatan beliau ini adalah untuk menyebarkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Semoga catatan beliau ini menjadi iktibar dan panduan kepada yang membacanya.


Biodata Naramas Aman:

Nama Blogger: Naramas Aman @ Rohani Hashim
Profesyen: Profesor Madya
Tempat Tinggal: Pulau Pinang
Asal: Perak
Pendidikan Awal: Kuala Kangsar Perak
Pendidikan Tinggi:  Bachelor Degree, Master, PhD
Gender: Perempuan
Status: Berkahwin dan Mempunyai Anak
Yang Diminati: Mengembara, Menulis, Fotografi, Memasak, Menimba Ilmu, Menghargai barang-barang vintage


Sebarang email boleh dihantar ke: notakembara@yahoo.com