Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 23 Jun 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (4): Selesa di Rumah Tradisional Jepun| Guesthouse Nara Backpackers, Nara

Apabila kami dibawa masuk ke dalam rumah, kami merasa sangat gembira kerana kami telah mencapai impian untuk tinggal di dalam rumah tradisional Jepun. Rumah yang diberi nama Guesthouse Nara Backpackers ini sudah berusia 100 tahun. 

Tetapi sebelum itu kena buka kasut dahulu dan letakkan di dalam getabako (rak kasut) di genkan (bahagian masuk pintu depan).

Setelah itu kami dijemput duduk di bahagian tengah rumah yang mempunyai zataku (meja rendah). Kami duduk beralaskan zabuton (kusyen). Di dalam ruangan tengah ini terdapat rak buku, majalah, perhiasan dan lampu. Bilik ini menghadap sebuah taman. Sangat cantik suasana di dalamnya kerana ada pencahyaaan semula jadi masuk melalui pintu kertas yang dipanggil shoji. Saya rasa macam dalam drama Oshin

Setelah itu kami di bawa melawat bilik air dan tandas serta peraturan menggunakannya. Kemudian masuk ke dapur. Tuan rumah menunjukkan cara menggunakan dapur dan pinggan mangkuk yang boleh digunakan serta bahan-bahan masakan yang diberikan percuma.

Setelah itu kami masuk ke dalam bilik. Kami berjalan perlahan-lahan di atas lantai rumah itu yang dibuat daripada papan kerana ia berbunyi. Kami sangat gembira melihat bilik kami yang comel dengan pintu gelungsur yang mempunyai kertas yang dipanggil shoji itu. Tuan rumah menunjukkan cara menggunakan shoji di dalam bilik itu dan cara menyelaknya. Bilik kami itu ditutup dengan tikar tatami (dibuat daripada rumput) dan menghadap sebuah taman. Sangat indah.

Jom kita melawat masuk ke dalam rumah tradisional Jepun yang sudah berusia 100 tahun ini.


Rōka ialah laluan untuk ke bilik dari ruang tengah. Lantainya papan.

 

Bilik Tidur



Bilik tidur kami adalah jenis private room. Bilik itu kecil tetapi mempunyai tiga ruang. Bahagian depan, tengah dan belakang. Bahagian depan tempat meletak beg, menggantung pakaian dan menyimpan barang-barang. Bahagian tengah tempat letak perhiasan dan terdapat tingkap kertas yang membenarkan cahaya semula jadi masuk dan kelihatan lutsinar. Di bahagian belakang adalah tempat tidur. Di situ hanya dibentangkan tikar tatami dan tilam, bantal dan gebar. Tilam itu berlipat dan akan dibuka bila kami hendak tidur. Ubat nyamuk yang menggunakan bateri dan kipas angin juga disediakan.

Di bilik itu ada pintu dan tingkap yang berjaring kayu serta ditutup dengan kertas shoji yang nipis tetapi kuat. Selama ini saya hairan bagaimana kertas dijadikan dinding pintu dan tingkap di rumah tradisional Jepun. Barulah saya faham bahawa walaupun kertas itu nipis, ia kuat. Walau bagaimanapun, kami sangat berhati-hati membuka pintu dan tingkap supaya kertas itu tidak koyak. Tak boleh kasar-kasar. Pintu gelungsur itu boleh ditolak ke kiri dan ke kanan, dan boleh dikunci atau diselak dengan kayu kecil. 


Ruang depan bilik ini dipisahkan dengan pintu gelungsur yang dibuat dari wood lattice dan kertas shoji. Di sini ialah tempat meletak pakaian dan beg. Ada almari di dinding bahagian kanan. Lantainya ditutupi dengan tatami.
Ini ialah ruang tengah di dalam bilik. Ruang ini mempunyai hiasan, tingkap kertas dan lantainya dilapikkan dengan tatami
Bahagian belakang ialah tempat tidur. Ia menghadap taman, mempunyai tingkap kertas dan pintu gelungsur (shoji). Tilam, bantal dan gebar diletakkan di atas lantai yang berlapikkan tatami. Bahagian kanan bilik ini terdapat tempat hiasan.

Apabila tingkap gelungsur bilik dibuka ternampak tingkap itu berjaring dan kelihatan pokok-pokok bunga di taman.


Bilik Menghadap Taman


Di luar pintu bilik tidur terdapat taman Jepun. Cantiknya! Di belakang taman saya boleh melihat bilik orang lain. Gembiranya saya melihat suasana indah dan nyaman itu. Oleh kerana bilik itu di hujung ia amat privasi dan sunyi. Kami terlalu gembira mendapat bilik Jepun yang selesa lalu terus membentang tilam di atas tikar tatami, berbaring merenung siling bilik dan lampu sambil menghayati keindahan bilik tradisional Jepun itu dengan perasaan puas. Saya seronok menginap di rumah tradisional Jepun ini dan rasa tak payah keluar-keluar. Tidur sampai berdengkur...kruk...kruk..kruk.....dan mimpikan Oshin.

Taman ini betul-betul di hadapan pintu bilik tidur.

Ulat bulu yang hidup di taman itu
Ruang luar bilik tidur

Bahagian luar rumah



Bilik Air dan Tandas


Bilik mandi ada dua iaitu bilik mandi tradisional Jepun dan bilik mandi modern yang diletakkan berasingan di bahagian belakang dapur. Bilik mandi dipanggil ofuro. Ofuro letaknya berjauhan dengan bilik tidur.  Di dalam ofuro terdapat tab mandi, paip air hujan, paip panjang (sesuai untuk ambil wudhu), bangku dan peralatan mandi. Sebelum memasuki ofuro, ada ruang untuk menyalin pakaian dan disediakan bakul pakaian serta penyangkut.

Tandas ada dua iaitu di sebelah bilik air dan bersebelahan dengan bilik tidur. Terdapat selipar disediakan di dalam tandas. Kita perlu meletakkan selipar itu menghadap ke dalam setiap kali keluar. Terdapat paip air dan sinki di bahagian atas tangki tandas. Air dari paip itu keluar apabila tandas diflush. Di tepi tandas terdapat rak untuk meletakkan kertas tandas dan arang kayu (barangkali untuk menyerap bau).

Terdapat sinki untuk membasuh muka, menggosok gigi dan membasuh tangan di luar ofuro dan tandas. Semuanya di dalam ruang yang berasingan.

Pintu gelungsur shoji menutupi bilik mandi ini

Ofuro ialah bilik mandi yang boleh digunakan untuk membasuh
Sinki di luar bilik air dan tandas

Lihat paip dan sinki pada tangki tandas.


 

Dapur


Memasak di dapur. Gambar bawah paling kanan ialah tuan rumah (berdiri menghadap kamera)

Kami juga dibenarkan memasak dengan menggunakan dapur gas atau mikrowave. Air panas juga disediakan. Kami boleh menggunakan pinggan mangkuk, periuk belanga dan peralatan memasak seperti gula, garam, teh, kopi dan sebagainya.

Saya memasak nasi di dapur menggunakan periuk, pinggan mangkuk dan sudu yang saya bawa dari Malaysia kerana saya tidak mahu mencampur-adukkan peralatan memasak saya dengan orang lain.

Dapur itu bersih dan kemas dengan sinki yang luas serta tong sampah kitar semula disediakan. Peti sejuk juga disediakan. Kami boleh duduk makan-makan sambil menonton tv atau menggunakan komputer yang ada di situ. Kadang-kadang tuan rumah dan tetamu lain turut menggunakan dapur pada masa yang sama. Di sini kami mengambil kesempatan berkenalan dan berbual-bual. Ada macam-macam orang dari pelbagai negara yang duduk di situ, backpack macam saya juga.

Ada juga yang cuba merasa masakan saya. Pada hari itu saya memasak kari ayam dalam tin ~ jenama Yeos ~ yang saya bawa dari Malaysia. Tuan rumah kata, "Oishii!" (sedap). Saya nak ketawa kerana itu kerja senang ~ panaskan aje! Kesedapan itu dipuji-puji lagi melalui tulisan emel yang dikirimkan kepada saya setelah saya balik Malaya :) he he he

Ada kalanya saya memasak spaghetti bolognese dengan sosnya juga saya bawa dari Malaysia. Sos kering itu dalam paket yang sudah siap. Cuma saya menambah sayur-sayuran, bawang, tomato dan cendawan yang saya beli di pasar di Naramachi. Ini pun kerja senang je...semua ready made. Cuma saya menambah sayur-sayur segar Jepun sahaja. Tapi orang Jepun kata, "Oishii!"

Ada kalanya orang Jepun yang ada di rumah itu meminta kebenaran mengambil gambar saya, mungkin mereka nampak saya pelik sebab memakai tudung (agaknyalah).


Saya sempat mengemaskini blog saya dan melawat blog rakan-rakan semasa di rumah tradisional Jepun ini. Komputer ini diletakkan di ruang makan (dapur)




Ima (Ruang Tengah/Living Space)



Zabuton (kusyen) dan zataku (meja rendah)

Ima iaitu ruang tengah rumah itu amat sempoi. Ia ada zataku (meja rendah) tanpa kerusi yang menghadap taman. Ima ini hanya boleh digunakan sehingga 11 malam. Kami diminta oleh tuan rumah supaya tidak membuat bising dan perlu bercakap perlahan-lahan selepas 11 malam supaya tidak menganggu jiran tetangga. Lantai rumah tradisional Jepun yang berusia 100 tahun ini berbunyi "krek krek krek.." apabila dipijak. Jadi saya kenalah berjalan perlahan-lahan supaya tidak berbunyi, terutama ketika semua orang sedang tidur.

Ketika saya bangun solat subuh, lagilah kena berhati-hati berjalan. Menggunakan sinki dan tandas juga saya lakukan dengan perlahan-lahan supaya ia tidak berbunyi kuat dan menganggu orang yang sedang tidur nyenyak. Ini disebabkan waktu solat subuh pukul 3.00 pagi!


Bilik Tidur Lain


Pada hari kedua di rumah tradisional Jepun ini, kami berpindah bilik kerana bilik yang kami duduki itu sudah ada orang lain yang booking. Bilik ini juga menarik. Ia mempunya penghawa dingin, double bed, kerusi, meja kecil, lukisan lama dan almari. Dan sudah tentu berlapikkan tikar tatami dan pintunya shoji.

Bilik tidur lain di rumah itu. Inilah bilik untuk malam kedua kami

Bilik ini juga jenis private dan menghadap taman, tetapi tamannya kecil berbanding bilik pada malam pertama

Itulah pengalaman yang amat bermakna bagi kami kerana dapat merasa duduk di rumah tradisional Jepun sebagaimana yang kami lihat dalam filem klasik Akira Kurosawa, Kenji Mizoguchi dan drama popular serta berpengaruh iaitu Oshin.

Drama Jepun Oshin yang berpengaruh dan popular pada tahun 1980an.( Image from http://www.beyondhollywood.com/oshin-2013-movie-review/)

...bersambung                                                                                 ...baca entri akan datang di sini



42 ulasan:

  1. salam
    bestnye dapat duduk rumah macam tuh...
    insya ALLAH kalau ke jepun boleh nginap kat situ jugak laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sukaxplo.
      Nanti je Jepun carilah rumah macam ni. Cari pengalaman baru.

      Padam
  2. alamak bestnya dapat stay rumah tradisional camni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best. Kak Kiah kena cuba kalau belum lagi.

      Padam
  3. Saya pernah menginap di ryokan.ie Japanese style Inn. Di sini kita dimestikan untuk memakai yukata iaitu sejenis pakaian seakan kimono yang memang disediakan disetiap bilik. Ianya sesuai dipakai oleh orang lelaki dan perempuan... menarik sebab nampak macam uniform...

    Mareshia no tabemono tottemo oishii desu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah bestnya Mie dapat menginap di Ryokan. Dapat pulak pakai yukata. Ryokan tu lebih ekslusif dan mahal, kan?

      Teringin juga nak menginap di ryokan, tapi kena pecahkan lagi tabung ayam tu hu hu hu :(

      Hai, Anata no iu toori desu, Mareshia no tebemono tottemo oishii desu. Nippon no tabemono mo hijō ni oishiidesu. Watashi wa hijō ni o sushi ga sukidesu

      Betul ke ni nihongo saya ni?...merapu je he he he....

      Padam
    2. Nihongo ga taihen jozu desu ne. Watashi wa nippon no tabemono ga suki dewa arimasen....:)

      Belasah je tu... memang dah lama sangat tinggalkan...

      Doko de nihongo o benkyo shimastaka?

      Padam
    3. Sumimasen, watashi wa nihongo ga heta desuga.

      Watashi wa Nihon no eiga, firumu, bideo, anime o yoku mimasu.
      Betul ke? Bantai je ni.. ha ha ha..

      Padam
    4. NA san, anata wa sugoi desu ne...

      Padam
  4. Memang rumah tradisional Jepang ini sama persis dengan rumah Oshin. jadi ingat film Oshin jaman dulu. Salam kenal Bu Nara. mohon ijin jadi pengikut Blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas Gunadi, selamat berkenalan. Ya, silakan ikutin blog ini. Sangat dialu-alukan.

      Ya, film Oshin lagi shootingnya di rumah jaman dulu, Oshin adalah wanita tabah, kuat dan berjaya sehingga menjadi inspirasi kepada ramai orang. Mas pun nonton film Oshin?

      Padam
    2. ya Bu Nara, saya memang peminat tegar film Oshin, film Orin, film Little House In The Prairie, film Little Misi dan semacamnya. Film yang banyak memberikan infirasi untuk kehidupan.

      Padam
    3. Ternyata film-film yang Mas Gunadi nyatakan ini bagus sekali. Saya juga suka dengan filem-filem itu. Little House on the Prairie ialah filem tentang kegigihan sebuah keluarga peladang di Amerika Syarikat. Tetapi sekarang ini ada sebuah filem yang parodi filem Little House on the Prairie, iaitu Little Mosque on the Prairie, kisah tentang komuniti Islam di Amerika Utara.

      Padam
  5. Authentic nyer prof.... suka saya tngk rumh ni. Dh 100 thn tp masih berdiri tegoh ya? Bnyk ke prog bwak brg2 masak dr msia... ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka masih menjaga rumah lama ini dengan baik. Kini menjadi aset yang penting buat mereka.

      Saya bawa barang memasak yang ringan sahaja seperti satu periuk kecil untuk memasak nasi dan sayur/gulai, 3 batang sudu, 4 batang chopstick, 4 buah tupperware dan cutting board (jenis plastik nipis). 3 paket besar mee segera, 5 tin makanan dalam tin, 6 cawan beras, 4 paket serunding, beberapa ketul roti, chicken stock, 3 paket spaghetti sauce, 1 paket seaweed noodle dan garam. Ini untuk berdua je. Tapi ada berlebihan. Bawang dan sayuran-sayuran saya beli di Nara. Saya menggunakan pisau yang ada di rumah itu, tapi saya samak dulu pisau itu dengan tanah yang ada di taman itu. Saya siap potong sayur-sayuran dan bawang itu banyak-banyak untuk kegunaan pada hari-hari berikutnya selama di Jepun.

      Padam
    2. Zila,
      Hampir habis semuanya yang saya bawa tu. Yang lebih pun taklah banyak mana. Kami banyak masak sendiri sebab kalau beli, kami tak tahu baca/cakap Jepun, takut terbeli yang haram.

      Padam
  6. pengalaman di tempat orang sebeginilah yag dicari . dapat tahu budaya dan cara hidup mereka.
    indahnya pengalaman itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman yang berharga walaupun sekejap. Jadilah untuk "sample" kehidupan masyarakat Jepun.

      Padam
  7. Inilah entry yg sy tertunggu2..hehe. 1 pengalaman yg menarik la prof. Sy pun peminag oshin..walaupun time oshin ada kt tv sy masih kecik, tp sy still leh igt sikit2 cter tu dan suasana cter tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, entri ini khas untuk Zila dan mereka yang meminati cara penginapan begini. Nanti Zila ke Nara boleh duduk di rumah ini.

      Wah, Zila pun minat Oshin macam saya. Tapi kalau saya rindu cerita itu saya tengok youtube. Ada.

      Padam
  8. wahhh ngangaaa je saya baca post nih...kagumnya ngan rumah berusia 100 thn ni...n exactly mengingatkan sy pada oshin wpun dah lama cerita tu dan dah ingat2 lupa...wahhh sangat mendamaikan jiwa sungguh laaa penginapan ni...wah semua makanan akak masak org jepun suka ni...mesti sedap tuu...hehehe =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. DJ pun minat Oshin dan suka rumah macam ini? Sama macam saya :) Memang sangat mendamaikan duduk di rumah ini,

      Kalau DJ masak pun MESTI orang Jepun pun kata sedap. Pasal makanan tu dah siap (ready made) dari kilang, cuma panaskan je. :)

      Padam
  9. Bila baca siri 4 ni...timbul rasa risau...macam mn nak bawa anak ke rumah macam tu...nanti bila hari siang habis tingkap pintu berlubang!!!
    Agak2 berapa bajet untuk backpacker ciput untuk ke sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Nasa,
      Budak-budak bawah umur 10 atau 12 tahun tak dibenarkan menginap di rumah ini.

      Nanti saya akan buat satu entri untuk bajet saya selama 6 hari di sana. Sebab saya pergi tiga tempat: Nara, Kyoto dan Osaka. InsyaAllah.

      Padam
  10. Jelez sama prof dpt merasai tdo d rumah traditional ni mmg ada kelainan barulah rasa seperti berada d jepun kan klau tdo hotel seperti d msia je :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Manis,
      Sengaja nak merasa tinggal di rumah tradisional. Teringin sangat nak tarik pintu shoji dan tidur atas tatami sejak dulu.

      Padam
  11. wah seronoknya dapat rasa macam mana tinggal di rumah tradisional jepun. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ini hanya tengok di tv saja. Kali ini syukur dapat merasa tidur, mandi, membasuh dan memasak di rumah tradisional Jepun.

      Padam
  12. bestnya....rumah tu..suka saya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best rumah ni. Rumah ini sesuai dengan cara kehidupan kita, sebab ciri-ciri kemelayuan itu ada seperti tidur di atas lantai, lantai bertikar dan buka kasut dalam rumah.

      Padam
  13. Balasan
    1. Kawasan itu sunyi, taman hijau terbentang di depan bilik tidur dan semua penghuni tidak membuat bising. Memang damai dan tenang.

      Padam
  14. masyaallah canttiknya prof...kalau ada rezeki terpijak..ingin jugak nak merasa dok kat sini...nanti boleh rujuk blog prof....insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nekcik,
      InsyaAllah boleh pergi, sebab sewanya taklah mahal mana.

      Padam
  15. Ya Allah lawanya taman tu. Bangun pagi je terus dapat lihat tumbuhan hijau tenang hati, damai fikiran. One day nak merasa duduk rumah tradisional Jepun ni. Kitorang sempat duduk kat ryokan je. Tidur atas tatami, sungguh selesa nak berguling2. Dalam tradisional rumah tu, toilet tetap moden kan. Saya kagum part kena susun atur selipar kat toilet tu. Xpernah dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taman tu memang buat saya leka. Sambil baring di atas tatami, buka pintu shoji, lepas tu mengiring menghadap taman, sejuk mata memandang kehijauan.

      Kalau Bibie duduk di ryokan, itu lagi hebat. Ryokan lebih mahal dan ekslusif. Kimono dan makanan disediakan, kan? Tandasnya modern, tetapi paip di atas tangki tandas tu klasik. Dalam setiap toilet disediakan selipar, selipar tu pulak menghadap ke dalam, jadi apabila kita masuk, kita terus sarungkan kaki kita, tapi bila keluar, kita kena kalihkan balik selipar tu...memang pada mula tu tak biasa, rasa leceh sikit. Tapi kalau hari-hari buat dah tak kisah dah. Beginilah caranya orang Jepun amalkan kekemasan rumah mereka.

      Padam
  16. Baca balik. Saya suka ima.. Cantik sungguh cara prof tangkap gambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca balik...baca 100 kali pun tak apa he he he :) lagi saya suka...

      Ya ke cantik saya tangkap gambar? Thank you :)

      Padam
  17. bestnya lahai...sy pon prefer GH kalau travel...lebih murah kalo nak compare dgn hotel.

    rajinnya masak bagai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sai, Guest House lebih murah daripada hotel. Lebih mudah memasak sendiri kalau berada di Jepun sebab makanan halal susah dicari.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...