S
aya mengidam lamien ~ makanan orang China-Muslim di China. Lamien bermaksud mee tarik. Saya pernah tinggal di Beijing China selama 9 bulan dan selama itu hampir setiap hari saya makan lamien.
(Bagi anda yang ketinggalan mengikuti kehidupan dan kembara saya selama 9 bulan di China bolehlah imbas kembali entri berkaitan dengannya yang saya tulis dalam blog ini. Kesemua entri itu saya poskan langsung dari China. Sila klik DI SINI).
Istimewanya lamien ini disebabkan ia dibuat serta-merta di restoren selepas kita 'order' dan mesti dihidangkan panas-panas dan segar-segar. Ini yang membuatkan ia sedap. Tambahan pula, lamien mahir dibuat dan dimasak oleh orang etnik Hui iaitu orang China-Muslim.
Apabila mengidam makanan yang biasa kita makan di luar negara, apa yang perlu kita buat? Nak buat sendiri tak tahu. Nak ke Beijing semata-mata makan lamien, rasanya tak berbaloi. Di Malaysia boleh tak dapat lamien ini?
Saya dah dengar yang lamien boleh didapati di Sungai Besi. Tapi bilalah nak ke sananya? Saya tinggal di Penang.
Jadi baru-baru ini saya ke Kuala Lumpur kerana bertugas. Selepas bertugas, saya keluar makan malam dan mencari restoren yang menyediakan lamien ini. Saya minta student saya Nafishah bawakan. Nak tahu di mana? Jom ikut saya.
![]() |
| Nafishah dan keluarganya membawa saya ke Restoren Mee Tarik Warisan Asli di Sungai Besi. Orang masih belum ramai lagi semasa kami sampai pada pukul 8.30 malam. |
Kami sampai di restoren ini kira-kira pukul 8.30 malam. Nama restoren itu ialah Mee Tarik Warisan Asli. Letaknya tidak jauh dari stesen LRT Sungai Besi. Ia terletak di deretan kedai-kedai tidak jauh dari Pizza Hut dan Bank Muamalat.
Ketika kami sampai, orang belum ramai lagi. Tetapi lama kelamaan selepas solat isyak, orang semakin ramai memenuhi restoren itu.
![]() |
| Orang mulai ramai selepas 9.00 malam |
Restoren ini luas dan menggunakan dua buah kedai. Apabila saya duduk di kerusi yang disediakan, saya terus nampak menu yang dipaparkan di dinding restoren sebagaimana biasa saya lihat di China.
![]() |
| Gambar ini diletakkan pada dinding Restoren Mee Tarik Warisan Asli |
![]() |
| Gambar cara mee tarik dibuat diletakkan di dinding restoren |
Seorang pelayan perempuan beretnik Hui datang ke meja kami dan mengambil 'order'. Gaya pelayan ini berpakaian dan bertudung sama macam orang Hui yang biasa saya lihat di China. Yang mengagumkan saya, dia sudah boleh berbahasa Melayu sedikit-sedikit.
Ketika ini saya teringatkan kenangan saya di China, orang di sana tak tahu bahasa lain selain dari bahasa China. Saya sahaja yang bertungkus-lumus cakap China supaya orang faham saya. Oleh sebab itu saya masih ingat beberapa perkataan China yang sering saya gunakan semasa di China. Di restoren Mee Tarik Warisan Asli ini saya memesan makanan dengan menggunakan bahasa China yang biasa saya guna itu.
Ketika ini saya teringatkan kenangan saya di China, orang di sana tak tahu bahasa lain selain dari bahasa China. Saya sahaja yang bertungkus-lumus cakap China supaya orang faham saya. Oleh sebab itu saya masih ingat beberapa perkataan China yang sering saya gunakan semasa di China. Di restoren Mee Tarik Warisan Asli ini saya memesan makanan dengan menggunakan bahasa China yang biasa saya guna itu.
![]() |
| Pelbagai masakan mee tarik boleh didapati di sini dengan harga di antara RM6.00-9.00 |
![]() |
| Minuman yang ada di restoren ini |
Sambil menunggu makanan siap, kami terlihat pembuat lamien dan ramai tukang masak di dapur. Mereka semua beretnik Hui. Saya pasti mereka ini orang Hui sebab rupa paras dan pakaian mereka sama seperti orang Hui yang saya biasa lihat di serata China. Dapur itu bercermin. Kamipun ke situ dan melihat mereka membuat lamien. Cara mereka buatpun sama macam di China.
![]() |
| Dapur restoren Mee Tarik Warisan Asli di sebalik cermin. Tukang masaknya semua dari China |
![]() |
| Pembuat lamien sedang menarik tepung untuk dijadikan mee tarik |
![]() |
| Lamien yang telah dihasilkan dalam masa 5 minit |
[Untuk melihat cara membuat lamien di China sila lihat entri saya tentangnya DI SINI (Beijing), SINI (Tianjin) dan SINI (Shanghai)].
Tak lama, kira-kira 10 minit kemudian, makanan yang kami 'order' tadipun sampai. Apalagi sayapun menyantapnya dengan penuh berselera. Rasanya? Hmmm sama macam di China. Sedapnya!!!!!! Gembiranya saya. Alhamdulillah.
![]() |
| Niuro lamien (RM6) yang saya makan dengan teh ba bao (RM4) |
![]() |
| Lamien cendawan (RM8) ini pilihan Nafishah |
![]() |
| Lamien ayam (RM8) |
![]() |
| Sekejap je dah habis lamien ni |
Jadi bagi anda yang ingin merasa makan lamien ini bolehlah ke restoren Mee Tarik Warisan Asli di 51A Jalan Tasik Utama 3, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi.
![]() |
| Permohonan sijil halalnya dalam proses |
Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang cerita backpack saya ke Jepun. Sebenarnya cerita backpack ke Jepun belum habis lagi. Ini disebabkan saya terlalu sibuk bertugas di universiti. Maklumlah sidang akademik baru dibuka. Nantikan sambungannya ya... :)













