S
aya backpack lagi tetapi kali ini tanpa sesiapa menemani saya. Kawan-kawan dan ahli keluarga tidak dapat menemani saya kerana mereka komited dengan hal masing-masing. Jadi terkontang-kantinglah saya sendirian di China ini.
Pada mulanya saya ingin ke Guilin dan Kunming menaiki keretapi, tetapi tiketnya kehabisan kerana orang China sibuk bercuti menyambut Tahun Baru China. Cuma tinggal tiket ke Shanghai.
Pada mulanya saya ingin ke Guilin dan Kunming menaiki keretapi, tetapi tiketnya kehabisan kerana orang China sibuk bercuti menyambut Tahun Baru China. Cuma tinggal tiket ke Shanghai.
Sebenarnya saya tidaklah suka sangat ke kota metropolitan yang sibuk. Saya lebih menyenangi suasana kedesaan dan pedalaman. Tapi apakan daya, tiada pilihan. Untuk mengelakkan kebosanan dan kesunyian, saya menggalas beg dan menaiki keretapi berkelajuan tinggi ke Shanghai.
Persediaan Sebelum Berangkat
Debaran mengembara secara solo ini amat terasa. Ini disebabkan saya tidak pernah ke Shanghai. Menurut maklumat daripada kawan-kawan China saya, Shanghai lebih sibuk daripada Beijing dan kadar jenayahnya tinggi. Sistem pengangkutan awamnya juga berbeza. Oleh kerana saya masih 'buta huruf' dan masih tidak tahu cakap China, kawan-kawan saya juga risau. Kalau mereka risau, saya lebih-lebih lagi.
Maka ramai yang membantu saya. Ada yang membantu membeli tiket. Ada yang mencetak peta dan menyemak alamat destinasi dalam tulisan China. Ada yang memberi panduan. Hotel telah saya tempah melalui agoda.com. Maklumat mengenai cara-cara menaiki keretapi di Shanghai telah saya perolehi melalui laman web. Jadi saya sudah buat persediaan yang cukup.
Ramai yang mencadangkan saya supaya tidak perlu lama di Shanghai kerana ia hanyalah sebuah kota metropolitan, tidak banyak peninggalan sejarah seperti di Beijing dan kebanyakan orang ke sana untuk membeli-belah. Sedangkan saya bukan "shopping queen". Jadi saya merancang untuk ke sana cuma 5 hari, walaupun sebenarnya saya boleh tinggal lebih lama daripada itu.
Tahukah anda bahawa sangkaan mereka itu sebenarnya tidaklah benar? Apabila saya berada di Shanghai saya amat menyukai Shanghai dan saya menyesal tidak tinggal lebih lama di sana. Mengapa terjadi begitu? Untuk mengetahuinya ikutlah Naramas Aman Backpack Solo ke Shanghai dalam entri-entri seterusnya yang menjanjikan pelbagi kisah kembara dan destinasi menarik.
Menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi (High-Speed Train) dari Beijing ke Shanghai
Pintu masuk ke keretapi
Perjalanan ke Shanghai dari Beijing bermula di stesen keretapi Beijing Selatan. Tidak ada masalah menaiki keretapi berkelajuan tinggi kerana maklumat di papan tanda stesen amat mudah dibaca. Saya juga pernah ke stesen ini beberapa kali semasa kembara ke Tianjin dan Jinan. Di stesen ini saya sempat membeli beberapa buku roti halal untuk dijadikan bekalan.
Di dalam keretapi, tempat duduknya selesa dan banyak kemudahan disediakan. Di dalamnya ada skrin tv, kantin dan air panas. Berita baik: Tandasnya bersih dengan tisu dan sinki disediakan. Sebuah lagi sinki dan cermin disediakan di luar tandas. Sentiasa ada sahaja tukang cuci datang mengutip sampah dan pekerja menolak troli menjual makanan dan minuman. Merokok di dalam keretapi tidak dibenarkan. Ini yang saya suka. Keretapi berkelajuan tinggi ini bergerak dalam kelajuan 305 km sejam. Laju, bukan? Keadaan di dalam keretapi ini sama dengan keretapi semasa saya ke Tianjin, Jinan dan Haerbin dahulu.
Dalam perjalanan menuju ke Shanghai saya dapati pemandangan menuju ke selatan itu amat indah. Banyak ladang-ladang, tasik-tasik dan rumah-rumah petani yang memanjakan mata saya. Ketika itu musim sejuk (Januari 2013). Jadi saya dapat melihat salji dalam pelbagai tahap, bermula dengan salji tebal, kemudian semakin menipis dan akhirnya tiada. Kalau kita melihat peta China, Shanghai letaknya di sebelah kanan peta dan di bawah Beijing.
Dalam perjalanan menuju ke Shanghai saya dapati pemandangan menuju ke selatan itu amat indah. Banyak ladang-ladang, tasik-tasik dan rumah-rumah petani yang memanjakan mata saya. Ketika itu musim sejuk (Januari 2013). Jadi saya dapat melihat salji dalam pelbagai tahap, bermula dengan salji tebal, kemudian semakin menipis dan akhirnya tiada. Kalau kita melihat peta China, Shanghai letaknya di sebelah kanan peta dan di bawah Beijing.
Salji dalam perjalanan dari Beijing ke Shanghai |
Keindahan pemandangan ini diabadikan dari tingkap keretapi yang bergerak dalam kepantasan 305 km sejam |
Kawasan perkampungan tani dalam perjalanan ke Shanghai. Apabila hampir tiba di Shanghai salji tiada. |
Yang duduk di sebelah saya ialah seorang wanita berusia lewat 20-an. Dia bekerja sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat alam sekitar di Shanghai. Mula-mula dia bercakap dengan saya dalam bahasa China tetapi setelah melihat saya terkebil-kebil dan blur diapun bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris. Katanya guru bahasa Inggerisnya dari Malaysia.
Mengetahui saya kembara solo beliau menganggap saya seorang yang berani. Tetapi saya menyatakan bahawa saya sebenarnya takut dan amat berdebar-debar kerana masalah bahasa. Dia lalu mengajar saya beberapa perkataan China yang mudah. Beginilah saya belajar cakap China, main kutip di jalan-jalan je. Tapi jangan ikut cara saya tau. Lebih baik pergi kelas.
Sampai di Shanghai
Mesin membeli tiket keretapi bawah tanah di Shanghai |
Stesen Century Avenue adalah interlink ke Laluan 4 |
Apabila kami sampai di Shanghai wanita itu menunjukkan saya cara membeli tiket keretapi bawah tanah dan menemani saya menaiki keretapi sehinggalah saya sampai ke stesen pertukaran (interlink) yang hampir dengan hotel saya. Benarlah orang China memang suka menolong orang. Sikap begini patut kita contohi.
Mencari Hotel di Shanghai
Naza Youth Hotel ialah hotel yang saya tempah. Amatlah mudah untuk mencari hotel ini kerana peta saya bawa dan maklumatnya telah saya perolehi melalui Tripadvisor.com. Saya berpendapat komen dan ulasan dalam Tripadvisor.com amat berguna. Semasa saya turun di stesen Laluan 4, saya terus menjumpai jalan menuju ke hotel.
Dalam beberpa langkah berjalan kaki saya nampak sebuah restoren halal. Ini membuatkan saya gembira kerana di dalam internet tidak dimaklumkan tentang restoren halal ini. Ini disebabkan kebanyakan pengulas dan penulis blog kembara adalah orang Barat.
Gembiranya apabila terjumpa restoren halal |
Hah tu dia Naza Youth Hotel! Dah nampak dari restoren halal tadi |
Digigit Anjing Semasa Check-in di Hotel
Pintu masuk Naza Youth Hotel |
Hotel yang saya inapi ini murah aje. 140 yuan (RM70) semalam dengan sebuah katil di dalam sebuah bilik. Saya meletakkan beg saya di lantai depan kaunter check-in. Ketika check-in, saya terasa kaki seluar saya ditarik-tarik. Apabila saya melihat ke bawah saya dapati ada seekor anjing kecil menggigit kaki seluar saya dan menarik-nariknya. Saya terkejut. Saya lalu menghentak-hentakkan kaki saya supaya anjing itu lari. Kemudian saya letakkan kaki saya di atas bangku yang ada di situ supaya anjing itu tak dapat gigit kaki saya. Setelah anjing itu lari saya meneruskan lagi urusan check-in yang belum selesai. Tetapi saya dapati anjing itu tadi menggigit tali pemegang beg saya pula seperti memakan tulang yang sedap. Ishh ...apa anjing ni? Sayapun cepat-cepat memberitahu pekerja yang ada di situ supaya mengambil anjingnya yang memakan pemegang beg saya.
Pekerja di situ lalu mengangkat dan mendokong anjing itu. Anjing itu kecil dan comel. Jenis poodle. Ia tidak garang malahan seronok dibuat main. Tetapi yang membuatkan saya tidak senang ialah anjing itu telah menggigit kaki seluar saya dan tali pemegang beg saya. Najis, kan? Alamak lecehnya! Macam mana saya nak buat ni?
Bilik dalam Naza Youth Hotel |
Isi perut dululah. Sayapun masuk ke restoren halal yang saya nampak selang dua buah kedai dari hotel ini. Saya minta lam mien (mee tarik). Macam biasa peniaga Hui bertanyakan yang saya datang dari mana, buat apa kat sini dan sebagainya. Dalam bahasa China yang pelat Melayu ni sayapun jawablah soalan-soalan lazim itu.
Lihatlah kemahiran peniaga Muslim ini membuat lam mien. Dalam masa 5 minit dah siap. |
Sedap tak? Nak tahu cubalah... |
Setelah makan lam mien sayapun merayau-rayau lagi sehingga ke stesen keretapi bawah tanah di Laluan 4. Di situ ada sebuah taman kecil dan saya nampak ada tanah. Tetapi ia agak gelap dan tidak berlampu. Dalam kegelapan itu saya bismillah lalu mengorek sedikit tanah dan membawanya ke hotel. Lalu saya samak seluar dan beg saya. Itulah pertama kali saya samak seluar. Tak pernah dibuat. Sebelum ini saya pernah samak beg, peti sejuk, lantai rumah, dapur dan pinggan mangkuk semasa saya tinggal di Australia, Amerika dan Beijing, tapi belum pernah samak pakaian.
Hotel ini saya suka kerana selesa, murah, berdekatan dengan restoren halal dan beberapa langkah saja ke stesen subway. Tetapi ada pula dua ekor anjing dibela di dalamnya. Ini yang tak syok. Keberadaan anjing di dalam hotel ini membuatkan saya terganggu ketika melalui ruangan lobi. Apabila anjing-anjing itu nampak saya masuk ke ruangan lobi itu, mereka pun berlari-lari menerkam ke arah saya. Mereka nak main dengan saya. Saya suruh penjaga kaunter di situ ambil anjing itu. Leceh betul! Saya juga tidak dapat menggunakan internet yang ada di lobi itu kerana malas untuk menyamak kaki seluar saya lagi kalau digigit anjing itu lagi.
Stesen subway Laluan 4 |
Besok saya akan melihat-lihat kota metropolitan Shanghai. Amat menarik! Kalau ingin tahu sejauhmana ia menarik, teruskan menemani Naramas Aman Backpack Solo ke Shanghai dalam entri akan datang. Teman saya ya, saya sorang-sorang ni! Saya takut anjing.
...bersambung
Baca kisah seterusnya "Backpack Solo ke Shanghai (2)" DI SINI
Salam Yong
BalasPadamTegelak keme baca entry Yong kali ni....melompat menenggek atas bangku yer....orang yang ada kat situ tak gelakkan ker ?
Musim cuti deme mudah pulak dapat tiket yer ?
Pedas tak mee kuah tu ?
Salam kembali Yong ASP,
PadamHe he he ...Seorangpun tak kesian kat kume, gelakpun tidak, malahan heran bebenor dema nengokkan kume takutkan anjin.
Tiket ke Shanghai mudah dapat, sebab ada banyak, perjalanan keretapi setiap 30 minit satu.
Mee tu tak pedas langsung. Kume tambah cili yang disediakan dalam botol atas meja.
nkak selalu juga berada dalam situasi diminati oleh anjing,agak merimaskan dlm keadaan kita bermusafir.A
BalasPadamSalam Kak Mahh,
PadamKak Mahhpun diminati anjing? Memang merimaskan. Nasib baik bawa seluar spare. Dapat jumpa tanah.
Wah NA ke Shanghai pulak ye... Bagus2, sebab Insya Allah saya akan ke sana pd minggu akhir bulan Mac. Lodging pun sudah di booking, juga di laluan empat...
BalasPadamSalam Mie,
PadamMie pun nak ke Shanghai? Bagus tu. Di laluan empat kalau turun di Dalian Road ada dua tiga buah hotel, di situlah hotel yang saya duduk hari itu. Laluan 4 juga tak jauh dengan laluan 2, dekat dengan semua tarikan utama. Makanan halalpun mudah.
inilah yang saya nak dengar, mukadimah akak adalah suspen sikit, tak sangka lepas tu menarik pulak. kalau bahaya, saya pun tak nak pergi shanghai jugak, hehe...kalau berdua lah, tapi kalau solo, bantai jer mana-mana pun. apalah diorang ni, suka-suka hati jer lepaskan anjing. nasib baik jenis kecik-kecik, kalau besar-besar, bahaya jugak tu..
BalasPadamSalam Orga,
PadamMula-mula tu macam-macam orang cerita pasal Shanghai yang tak berapa menyeronokkan. Tetapi taste seseorang itu berbeza-beza, kan? Rupa-rupanya Shanghai BEST! Bila dah rasa best, jalan seorang-seorang pulak tu mulalah teringat orang yang tersayang tak ada untuk nikmati keseronokan tu bersama. Kalau ada rezeki dan masa, rasanya nak datang lagi bersama orang yang tersayang :)
Tulah anjing-anjing tu duduk berkampung kat hotel tu..salah satu bilik hotel tu, tempat tidur anjing-anjing tu...Apalah dia orang ni, dia orang ingat semua orang suka anjing ke?
Ai bilalah pulak sy nak mengembara ke china ni, baca n3 kak yong, mcm dah berada di sana jer....
BalasPadamSalam Kayrol,
PadamKalau dah ada impian tu, insyaAllah sampaillah tu :)
Terkejut saya kak bile akak kata ade benda tarik2 kaki seluar hahahaha..jenuh pulak la nk cari tanah nk samak. Mee tarik tu nampak mcm sedap je. Kalau shanghai ni mcm best saya pun teringin nk pegi
BalasPadamChawanna Na,
PadamAda juga hotel di China yang bela anjing di dalamnya. Memang jenuh nak cari tanah, sebab tak sangka ada anjing di hotel. Masa seluar akak kena gigit anjing tu teringat pulak sejenis sabun tanah yang digunakan untuk samak, ada dijual di pasaran. Elok untuk dibawa travel.
Lam mien memang sedap. Chawanna kena cuba kalau ke China. Don't miss it. Ada macam-macam jenis lam mein. Ada yang diletak sup, ada yang digoreng, etc. Shanghai BEST. Dalam entri akan datang akak akan ceritakan lebih lanjut. :)
Pernah ada pengalaman digigit dan gesel2 anjing comel2 ni jugak hehe
BalasPadamSaya selalu bawak sabun taharah esp ke negara yang yg mempunyai kebarangkalian menyamak adalah tinggi.
Salam Fird,
PadamFirdpun pernah kena digigit anjing?
Haah...sabuh Taharah! Bagus Fird bawa sabun tu, sebab handy. Cari tanah, korek tanah di tempat orang satu kerja pulak. Silap-silap kena tangkap. Di Penang, kedai mana ada jual sabun tu ek?
prof..
BalasPadamnasib bek anjing kecik..kalo yang sebesar org tu..jenuh plak nak samak satu badan..hahaha..gurau jer prof.
Mee tu nampak cam mee bandung..hahaha. Sure sedap sebab mee yang dibuat dengan tangan..teringin nk makan mee yang camgitu.
Salam Zila,
PadamTulah nasib baik anjing tu kecil macam kucing, kalau tidak nak masuk hotel itupun gerun.
Mee tu sedap sangat. Rupa je macam mee Bandung tapi rasanya lain. Kat mana-mana sahaja di China ni kalau ada mee tarik buat dengan tangan, on the spot, memang sedap.
Berbanding dengan mee kuning Malaysia, ia diletakkan air abu di dalamnya, jadi ia ada bau dan kalau makan, perut saya selalu berangin. Mee tarik tak berangin pun.
Assalamualaikum kak...
BalasPadamTerima kasih sebab share info yang menarik nie...
InshaaAllah saya dan kawan2 akan ke Shanghai hujung May nanti...
Nak tanya suhu dekat sana time hujung May macam mana ea? takut salah bawa baju pulak nanti..hehe..
InshaaAllah akan bertolak ke sana 22 May - 26 May 2013... Terima kasih ya.. :)
Waalaikumusalam Ana,
PadamTerima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan.
Wah nak ke Shanghai hujung Mei nanti! Mei adalah bulan yang sesuai untuk melawat Shanghai kerana ketika itu musim bunga dan cuacanya amat sesuai untuk berjalan-jalan. Just nice. Saya tidak pernah ke Shanghai pada musim lain kecuali Musim Sejuk. Cuma saya pernah berada di Beijing pada keempat-empat musim, saya mendapati cuaca Shanghai sedikit panas daripada Beijing.
Suhu di Shanghai adalah antara 16-20 darjah celsius pada musim bunga. Jadi tidaklah sejuk. Macam waktu subuh di kampung di Malaysia je. Tetapi mungkin pada waktu malam/subuh Shanghai sejuk. Jika Ana tidak biasa dengan kesejukan malam Ana boleh memakai jaket/inner yang nipis.
Terima Kasih ya kak untuk infomasi di atas..
PadamTak sabar pula rasanya nak ke sana... :)
Sama-sama Ana. Kalau ada apa-apa pertanyaan, jangan malu untuk bertanya :)
PadamAkak..nak tumpang tanya..
PadamKastam dkt China straight ke?
Ada yang kata sampai kena buka tudung..betul ke?
Ana,
PadamKalau masuk ke China melalu Beijing, kastamnya tidak ketat. Masa saya masuk Beijing dua kali dahulu barang-barang saya langsung tak diperiksa. Tudung pula tidak perlu dibuka.
Yang kena buka tudung ialah semasa masuk ke Urumqi. Peraturan ke Urumqi amat ketat sekali. Saya ada tulis ini dalam entri bertajuk Kembara Jalan Sutera. Iaitu kisah saya di Kashgar dan Urumqi.
Tetapi kalau masuk ke China melalui Shanghai saya tidak pasti, sebab saya ke Shanghai naik keretapi dari Beijing. Tapi saya rasa kastam Shanghai tidak ketat kerana ramai orang asing di sana.
Terima kasih kak untuk infomasi yang diberikan.. :)
PadaminshaaAllah saya dan kawan2 akan touch down dekat Suzhou..
kemudian ke Wuxi then baru ke Shanghai...
Hope sangat kastam kat situ x ketat sangat..masalah juga kalau tudung semua nak di tengok kan..
Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan Ana.
PadamTerima Kasih ya kak.. :)
PadamWah...bestnya...saya dijangka berlepas Januari 2014.
BalasPadamMuhammad Khairuddin Lim,
PadamSelamat datang ke blog ni.
Shanghai memang best. Rasa nak pergi lagi. Januari sesuai ke Shanghai, cuacanya best.
Assalaamu'alaikum
BalasPadamSaya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab ipta akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Hrp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
جزاك الله خيرا
Waalaikumusalam.
PadamKaifa haluka?
Melawat Xian tentu menarik. Saya pernah ke sana pada bulan Ramadhan, melawat masjid purba di Xian, berbuka dengan orang Islam Xian dan berjalan-jalan di kawasan orang Islam tinggal dan berniaga. Sila lihat entri saya tentang Xian.
Kalau anta pandai berbahasa Arab tentu lebih mudah kerana ada seorang lelaki di Masjid purba Xian itu yang tahu berbahasa Arab. Mohon maaf saya tidak ada contact number orang di Xian dan saya tak pernah ke Kunming.
Menariknya kembara anta ke Chiangmai, Tachilek, Myanmar dan Laos. Boleh cerita sikit pengalaman anta?
InsyaAllah, bulan 8 ni saya pergi, tak sabar, tq atas perkongsian, dapat banyak tips kat sini :)
BalasPadamWan Coway pergi dengan siapa? Nanti bolehlah cuba cara saya. Pergilah ke tempat-tempat yang saya dah pergi ini dan mungkin juga Wan ada tempat lain yang lebih menarik.
PadamSalam kak..
BalasPadamlama tak bertanya khabar.
apa khabar?
ke mana agaknya travel akak tahun depan.
saya insyallah nak bawak staffs ke Shanghai.
tgh cari2 info. terjumpa N3 akak. cuma sedih sebab gambar2 di sini semuanya tak dapat saya tengok. kenapa ye?
Assalamualaikum Puan Azian. Alhamdulillah saya sihat. Untuk tahun 2017 ini saya dan suami merancang untuk mengerjakan umrah lagi, insyaAllah.
PadamTerima kasih Puan kerana 'alert'kan saya yang gambar dalam semua entri di Shanghai tak ada. Saya telah semak dan sedang memasukkan semula gambar-gambar yang telah lesap itu.