Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 24 Mac 2014

"Tang Mana Makan Sedap Kat Penang?" (2)

"Tang mana makan sedap kat Penang?" Soalan ini ditanya lagi pada saya. Pada entri lalu saya telah beritahu anda jawapannya. Sila lihat siri lepas di sini. Tapi takkan itu sahaja, kan. Katakan Penang ini "syurga makanan", mestilah ada banyak lagi tempat makan sedap, kan?

Kali ini saya tambah lagi tempat makan sedap kat Penang. Sebabnya ada berlambak!

1. Penang Char Koay Teow


Penang terkenal dengan Koay Teow. Tak sah kalau saya tidak senaraikan Char Koay Teow dalam blog ini.  Ramai juga pembaca blog ini yang tanya saya, "Koay Teow, tang mana yang sedap?"

Ini jawapanya: Ada banyak, tak tau nak habaq, tetapi saya cadangkan TIGA (3) tempat ini, sebab rasanya...Pergh!!! Ho Liao!

a) Bob Char Keow Teow  dan Koew Teow Kerang, di Jalan Akuarium, Gelugor

 


Koew Teow Kerang yang dimasak Bob, harga  RM3.00

Koew Teow Kerang masakan Bob ialah koew teow yang digoreng kering dan diletakkan tauge, kucai, telur, kerang dan kicap serta ramuan lain yang Bob sahaja yang tahu. Memang ho liao! Makan pula panas-panas. Memang meleleh ayak lioq!


Gerai ini dibuka selepas 5.00 petang. Amat mudah mencari gerai ini kerana letaknya tepi jalan di Jalan Akuarium, Gelugor, betul-betul di hadapan Quaters Tentera Laut.

Senyum saja bila kami tangkap gambar Bob tengah goreng Koew Teow


b) An Penang Char Koay Teow, di Gelugor


An Penang Char Koay Teow ini pun sedap...malahan yang paling paling saya suka ..... Tabik spring kat An!!!

An Penang Char Koay Teow mengandungi koay teow, tauge, kucai, udang dan anda boleh pilih untuk digoreng basah atau kering. Hampa mintaklah yang special.

"Bro, kasi Char Koew Teow Special punya, teluq mata kerebau taghoh ataih!"

Char Koay Teow Special - RM6.00

Koay Teow Udang RM3.50

Bila hampa pekena panas-panas PERGHH! KAW KAW punya! Mak mertua lalupun hampa tak nampak!

An tengah masak char koay teow untuk saya

Gerai ini dibuka selepas 10.00 malam. Letaknya di Gelugor juga. Tidak berjauhan dengan Jalan Akuarium tadi. Ia terletak di antara Tokong Hindu dan Masjid Jamek Sungai Gelugor. Amat mudah dilihat dari jalanraya (Jalan Sultan Azlan Shah).


c) Mady Penang Char Koay Teow, di  Batu Feringghi




Kalau anda ke Batu Feringghi pada waktu malam carilah gerai Mady Penang Char Koay Teow. Keow Teow Mady pun sedap juga. Letaknya gerai Mady ini ialah sebelum memasuki kawasan pasar malam Batu Feringghi yang berdekatan dengan The Ship - Steak House. Sebelum anda sampai ke kawasan Pasar Malam dan The Ship ini, sekiranya anda datang dari Tanjung (atau Georgetown), anda pasti nampak setesen Petronas di sebelah kiri, tetapi sebelum anda melepasi Petronas, masuklah ke lorong kiri untuk ke gerai Mady.

Bila disebut Char Koay Teow, ini bermakna ia digoreng basah dan berkuah. Ini istilah orang Melayu di sini. Tapi walaubagaimanapun boleh juga minta digoreng kering tanpa kuah. Harganya di antara RM3.50-4.00.


Boleh order koay teow goreng kering
Boleh juga char koay  teow (yang basah)


2. Makanan Thai


a) Somtam, Khenom Chiin, Ruam Mit dan Khao Nyiaow Ma Muang di Tesco Sungai Dua (sebelah USM)

 

Somtam disediakan dan-dan itu juga setelah dipesan

Bagi anda yang suka makan makanan Thai yang authentic datanglah ke gerai yang menjual makanan Thai ini di food court Tesco Sungai Dua (bersebelahan dengan USM). Dimasak oleh orang Siam. Halal.

Orderlah Somtam.  Somtam iaitu sejenis salad atau Kerabu Thai. Dan-dan tu jugak depa buat. Depa orang Siam. Mai dari Yala. Cakappun Siam. Tapi cakap Melayupun depa boleh.

Somtam elok dimakan kalau sedang diet. Harganya RM5.00

Somtam mengandungi hirisan betik muda, kacang panjang, lobak merah, tomato, mangga, kacang tanah, udang kering, perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cili padi. Rasanya: Masam-manis-pedas, betiknya rangup...Mmm...exotic!

Kemudian pesan juga Khenom Chiin iaitu bihun berkuah lemak bercampur ikan kisar serta daun selasih. Macam laksa. Bila bihun dan kuahnya masuk tekak: Pergh!! Lazat! Boleh juga makan Somtam tadi dengan Khenom Chiin ....pergh...pure heaven!

Ruam Mit (RM3.00),  Somtam (RM5.00) dan Khenom Chiin (RM4.00)

Lengkapi hidangan anda dengan pembasuh mulut yang dipanggil Ruam Mit iaitu campuran sengkuang cina, buah nipah, cendol, lengkung, santan dan ketulan ais. Rasanya: Perghh!!! Sempoi!

Khao Nyiaow Ma Muang, RM5.00

Kalau suka pulut dan mangga, orderlah Khao Nyiaow Ma Muang. Ia dibuat daripada pulut yang dikukus, dicampur gula, hirisan mangga masak yang segar dan dituang dengan santan pekat bergaram. Rasanya lemak berkrim mmmmm!!!! Sempoi habis!

 

 

b) Pak Hussin Tomyam, di Sungai Ara


Makanlah Tomyam Udang atau Tomyam Campur bersama dengan nasi putih di Pak Hussin Tomyam. Rasa dia mmmm....ADA KICK!

Tomyam Campur

Selain itu anda boleh menikmati masakan Thai yang lain seperti Siakap Tiga Rasa, Ayam Pakapauu, Nasi Goreng Ayam Masak Pedas, Kerabu Mangga, Nasi Padprik, Nasi Pattaya dan macam-macam lagi.  Anda boleh order berasingan atau set.

Pak Hussin Tomyam di sudut Jalan Bayan dan Lorong Sungai Ara

Tempat makan ini letaknya di sudut Jalan Bayan dan Lorong Sungai Ara, Kampong Tersusun Sungai Ara.



3. Nasi Lemuni


 a) Nasi Lemuni, di Astaka Bukit Jambul


Dapatkan Nasi Lemuni sedap untuk sarapan pagi di Astaka Bukit Jambul yang letaknya di belakang Hotel Vistana dan bersebelahan dengan Restoren Kayu Nasi Kandar. Jangan datang pada hari Isnin kerana ia ditutup.

Nasi Lemuni yang dicampur dengan daun lemuni dan rempah ratus
Nasi Lemak Kukus pun ada


b) Nasi Lemuni, di Astaka Taman Tun Sardon


Untuk Nasi Lemuni  yang dibungkus dengan daun pisang datanglah ke Astaka Taman Tun Sardon bersebelahan pasar, pada waktu pagi/sarapan.

Di Astaka ini ada macam-macam makanan dan kuih-muih untuk sarapan. Ada nasi goreng, nasi lemak, roti canai, capati, mee goreng, koew teow goreng, apom, moi, mee sup dan macam-macam lagilah. Sambil makan anda boleh mendengar nyanyian "live" dari penyanyi golongan istimewa yang mempunyai suara yang merdu dan nyaring.  Belilah hasil anyaman mereka atau hulurkan sumbangan.

Nasi Lemuni ini hanya RM1.50 sahaja
Golongan Istimewa yang menghiburkan pengunjung Astaka Taman Tun Sardon

4. Laksa

 

Laksa pun terkenal di Penang. Tak sah kalau saya tak senaraikan laksa dalam blog saya ni.

a) Laksa Janggus, di Kampung Perlis, Balik Pulau


Gerai Laksa Janggus letaknya di halaman rumah kampung

Untuk menikmati laksa yang sedap di Penang ini, pergilah ke Kampung Perlis, Balik Pulau. Di sini ada gerai yang menjual laksa yang dikenali dengan Laksa Janggus.
 

Ramai orang beratur untuk membeli dan membayar Laksa Janggus

Ketika saya pergi baru-baru ini iaitu pada pukul 5.30 petang, hari Khamis, orang ramai di situ sedang makan. Kemudian saya pergi hari Ahad, 5.00 petang...mak oii...lagi ramai orang. Di sini juga ada jual pisang goreng...nak beli pisang goreng ni pun kena beratur panjang.

Gerai laksa ini di halaman rumah dan asalnya ia dijual di bawah pokok janggus.


Laksa Janggus, resepi istimewa - RM3.50 semangkuk

Rasa laksa ini memang sedap, kaw kaw punya! Tak tau nak habaq macam mana sedapnya...hampa kena pi sendiri...try sendiri...baru tau!


5. Nasi Kandar


Nasi Kandar berasal dari Penang. Cukup terkenal. Asalnya ia dijual secara berkandar. Itu sebab ia dipanggil Nasi Kandar atau Nasi Kandaq mengikut loghat Penang.


a) Nasi Kandar Subaidah, di USM



Beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Kandar Subdaidah USM. Tengok beratur sampai dua barisan.

Di dalam kampus USM ada sebuah restoren Nasi Kandaq iaitu Nai Kandar Subaidah. Kalau anda datang tengahari, memang ramai sangat orang beratur panjang untuk mendapatkan Nasi Kandaq.


Nasi Kandaq, lauk ikan keli dan gulai timun, kuah campur - RM3.50


Macam-macam pilihan lauk Nasi Kandaq ada di sini seperti daging, ayam goreng, ikan, kambing, kobis, bayam, terung, timun dan macam-macam lagi. 

Restoren ini mempunyai bentuk yang menarik dan bersih. Ia ada dua tingkat. Di bahagian atas, bentuknya seperti sebuah cafe atau Bistro, dipanggil Subaidah Bistro.


Roti Tisu, Roti Canai, Roti Puri, vadei pun ada

 

b) Nasi Kandar Kampong Melayu, di Flat Kampong Melayu Air Itam


Nasi Kandaq Kampong Melayu ini amat popular di kalangan penduduk tempatan. Kalau hampa mau pekena sepinggan dua, hampa kena pi pagi-pagi.  Kalau hampa pi lambat, hampa melepas.


Orang...tu dia...punyalah ramai beratuq..

Nasi Kandaq di sini memang ori! Dimasak oleh tukang masak Penang. Sempoi saja nasi kandaq kat sini! Hampa mintalah yang sempoi-sempoi sudahlah. Macam ni, "Mamu, taruk teluq, daging, bendi, kuah campuq!"

Orang yang bungkus bawa balikpun suka order yang macam ini.

Bila makan, rasanya: Pergh! SEMPOI! Sehingga menjilat jari pinggan :)


Nasi Kandaq lauk teluq, daging, bendi dan kuah campuq, RM3.80, Teh Tarik RM1.00

Penuh - Orang ramai tak kira bangsa sarapan dengan Nasi Kandaq Kampong Melayu. Ketika ini 9.30 pagi, hari Sabtu.
Roti canaipun ada

Nasi Kandaq Kampong Melayu ini letaknya di Flat Kampong Melayu, Air Hitam, tingkat bawah sekali, di kawasan pasar pagi.

Tapi kalau hampa terlepas makan pagi di sini, hampa pilah ke Desa Mawar, Air Hitam. Saya tak pernah pi Desa Mawar. Cuma ada pembaca blog ini yang habaq.



6) Nasi Campur


a) Nasi Campur Man Apom, di Gelugor


Gerai NasiCampur Man Apom biasa-biasa saja, tapi....Perghh!


Untuk makan tengahari, datanglah makan Nasi Campur Man Apom. Nasi Campur Man Apom ini sudah bertahun-tahun di Gelugor. Gerainya tepi jalan, bawah pokok, depan deretan kedai, berdekatan dengan Pejabat Pos Gelugor. Nampak macam biasa-biasa saja gerai ini. Tapi lauk-pauknya PERGH terbaik, sampai menjilat jari siku. :)

Antara menu yang ada untuk makan tengahari di Man Apom


Lauk-pauknya pelbagai jenis. Antaranya gulai nangka, dalca, gulai daging, daging kurma, ayam goreng, hati ayam goreng, ikan kering goreng, ulam-ulaman, sambal belacan, kelempung goreng, sambal tumis sotong, sambal tumis petai, telur dadar, rendang, sup daging,  acar timun, tauge goreng,  kobis goreng, pajeri terung, pajeri nenas dan macam-macam lagi.  Saya selalu makan di sini.

Man Apom kata, "Tak sedap beritahu kami, sedap beritahulah kawan."


Itulah saja jawapan kepada soalan, "Tang mana makan sedap kat Penang?" untuk siri ke-2. Kalau saya jumpa lagi yang sedap-sedap, nanti saya habaq kat hampa.

55 ulasan:

  1. Bangganya ada org dok promosi makanan dr Penang... telioq la dok tengok mcm2 ada. walaupun lbh 20 taun dok merantau di Lembah Kelang, Penang ttp di hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan dok terlioq terlioq Mohd Nadzir ...mailah pekena, tak kan tak balik Penang kot :)

      Padam
    2. penang most wanted yoooo....hahaha...terbaekkkkk

      Padam
  2. nasi lamuni tu memang sedap..tak ada tempat lain jual..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr Aishah,
      Dah pernah makan nasi lemuni di sini ke?

      Padam
    2. Kat sungai pinang astaka taman sri pinang lagi sedap dan murah...tu yang ori dah berbelas tahun diorang meniaga.rm1.20 je pastu nasi jelas nampak kaler dan ada sambal nyuk lagi.

      Padam
    3. Sambal nyuk tu favourite saya :)

      Padam
  3. Ya Allah, somtam dengan pulut mangga tu memanggil2 la!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mailah sini, kali ni kalau datang saya belanja Ren, no worries.

      Padam
  4. wa wa wa wa wa wa koleksi kew tiau... sedapnyer !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zura Lee pun suka koay teow ya...mmm memang sedap.

      Padam
  5. aduhai prof..terliur saya..slupp. hehe. saya suka makanan negeri saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai Zila, jangan terliur terliur... jom pekena...saya belanja :)

      Padam
  6. pergh... terbaekkkk larh.. lapor char kuey tiow lak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Char Kuey Teow tu mesti! He he he

      Padam
  7. baru2 ni saya naik jambatan ke2 penang...sampai ke seberang pukul 1.30tgh..saya cari tempat makan yg berhampiran semua tutup....at last saya makan nasi ayam sebelum sampai balik pulau..walaupun tak sedap tapi lapar punya pasal saya telan je...apa2 pun tq for the info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di atas pulau, Jambatan ke-2 letaknya di Batu Maung, di situ ada tempat makan sedap - Pen Mutiara, ada saya ceritakan dalam entri "Tang Mana Makan Sedap Kat Penang?" bahagian 1 yang lalu.

      Padam
    2. penang memang food paradise..tringat dlu2

      Padam
    3. Ya, betul tu Zulhilmi. Tentu Zulhilmi ada kenangan manis di Penang :)

      Padam
  8. salam kak Na,saya akan stay di.golden sand shang rila batu feringgi..
    1.char k.teow maja tu selepas dr golden sand ker? sebelah kiri atau kanan.sbb sepanjang jalan tu penuh kedai dan pasar malam tak perasan.
    2.tempat mee udang teluk kemur tu agak2 dr batu feringgi berapa lama.jauh tak.sbb kami naik teksi dr hotel.
    3.mee sotong tu kat mana?
    4.selain padang kota lama ada tempat lain macam padang kota lama ke?
    5.tak silap saya ada 2 tesco..yg jual somtam ni dekat tesco yg mana ya?

    ni kunjungan ke2 saya ke penang.last time x berapa enjoy penang food bcoz x berapa tahu tempat.hopefully tis time nk pegi try semua food.dan this time jugak bring my family from.singapore tubyg nk explore kat penang..haha sori ka na panjang betul cerita n pertanyaan yana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yana,
      1. Char Koew Teow Madi tu selepas Golden Sand. Sebelah kiri jalan sebelum pasar malam tu. Simpang sebelum Petronas.
      2. Teluk Kumbar tu lebih kurang 40-50minit dari Batu Feringghi, bergantung kepada keadaan traffic.
      3. Sotong kangkong ada di Jalan Akuarium, Gelugor. Ada juga di Gurney Drive.
      4. Selain Padang Kota Lama, ada berdekatan dengan Queensbay Mall, tepi pantai, nampak Jambatan Pulau Pinang, dekat round about. Ada seafood sedap di situ.
      5. TESCO sebelah USM ada somtam.
      Enjoy!

      Padam
  9. terima kasih untuk 2 entry makanan kat penang ni...kami 1st time ke penang hujung bulan ni.. harapnya sempat la menyinggah semua tempat yang ada tertulis tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga Rozita dapat jumpa makanan yang sedap dan sesuai dengan selera.
      Juga jangan lupa baca entri saya tentang tempat makan sedap di Penang siri pertama ye.

      Padam
  10. Assalammualaikum & salam kenal
    Good info and good job!
    Jom visit blog saya http://sihat-cantikmulus.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Noorfadzilah.
      Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Ya, saya sudah melawat blog Noorfadzilah. Banyak produk kesihatan. Usaha yang baik tu :)

      Padam
  11. Sedang bercuti disini, tgk blog ni pulak.. Sedapnya .. Terliur tgk semuanya . Huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti di Pulau Pinang dan selamat menikmati juadah yang pelbagai di sini :)

      Padam
  12. Thank you for sharing.. memang best2 makan kat Penang nie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. CeritaMama suka makan apa di Penang?

      Padam
  13. Tqs prof..sya gnakn utk rujukan sya ketika bercuti di Penang...mmg mabeles char kuew tiau AN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Mrs Maharis dah cuba makan char koew teow An tu ye! Jadi Mrs pun setuju keo teow tu sedap kan. :)

      Padam
  14. Hujung bulan sebelas nak bercuti d Penang pula..mmg cari tpt mkn sedap2..anak2 mmg kaki mkn..ada cdgan homestay tak kalau ada yg berkolam mandi ok gak..masalahnya kalau dah ada kolam jawab tak berjln la..asyik lyn mereka mandi kolam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak homestay di Penang ni. Merata-rata. Tak tahu nak cakap yang mana sesuai sebab tak pernah duduk. Homestay yang ada kolam rasanya tak ada. Kalau yang ada kolam tu, tentulah hotel.

      Padam
    2. Kalau di mainland area bandar perda ad homestay yg ada kolam renang.. Area kondo mutiara.. Mudah-mudahan dapat membantu..

      Padam
  15. npe pasembur x tersenarai...????
    pdhl pasembur pown populr gak selain nsik kndr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu Nora, pasembur sangat popular. Saya telah ceritakan tentang pasembur dan telah saya senaraikan dalam bahagian pertama: "Tang Mana Makan Sedap Kat Penang".

      Sila klik
      http://nota-kembara.blogspot.com/2013/11/tang-mana-makan-sedap-kat-penang.html

      Padam
  16. jangan makan pasembor di padang kota lama , cekik darah ..untuk info shaja

    BalasPadam
  17. Sy tambh 2 pinggan mkn char kuey teow mady..orgnya baik..tq bost..suggestion mmg trbaikkk

    BalasPadam
  18. Kat mna keaw tiaw sup bawa jmbtn Antara may bnk dgn stesen bas glugor .ada lg tak. Memg sedap giler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti yang mana satu yang Not maksudkan...stesen bas Gelugor tu pun sudah tak ada. Adakah May Bank dan "jambatan" yang Not maksudkan itu ialah jejantas di Gelugor?

      Padam
  19. Saya jadi jeles.. sejeles-jelesnya.. Pernah gi Penang, hanya sekali (backpacker). Tak salah tahun 2008 tapi tak jumpa makanan yang sedap-sedap cam ni. InsyaAllah, ada rezeki akan pergi lagi. Baca isi info blog ni, saya rasa sayu, hiba juga terkesima (saya ni cepat touching kot) bila baca kat Nasi Lemuni (Astaka Taman Tun Sardon). Bukan perasaan tu kat makanan hanya bila lihat ada OKU yang berniaga sambil menghibur.. Rasanya kalau ke Penang, saya nak ke sana buat jejak kuliner di Penang. Backpacker ni susah nak bawa barang banyak, jadi ada niat nak memberi sumbangan saja. Nak tanya sikit, mengapa bila saya makan makanan yang dikatakan sedap, rasanya tidak sedap pada saya?? Biasanya begitulah. Selepas makanan lalu kat anak tekak, tak sedap dah... Apapun, nice info dan baik untuk dibuat rujukan oleh para tourist..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ini kalau Syamrin ke Penang bolehlah jejak kuliner dengan menderma sekali.
      Mengapa makanan itu dikatakan sedap pada orang lain tapi tak sedap pada kita?Jawapannya mudah je: setiap orang mempunyai lidah yang berbeza, tekak yang berbeza, perut yang berbeza, latarbelakang yang berbeza. Jadi yang penting kita cuba dan kalau sesuai dengan citarasa kita, maka bolehlah kita ulangi lagi atau rekemen pada orang lain.

      Padam
    2. Betul tu, saya setuju.. Janganlah serius sangat,, Saya kata makanan sana tak sedap bila dah lalu kat anak tekak.. hahaha. Memanglah bila dah lalu anak tekak, semua benda jadi tak sedap tanpa rasa kecuali masih di dalam mulut. Maaf ya.. Gurau-gurau sikit.. Memang saya akan kembali lagi ke Penang tetapi tak tahu bila..

      Padam
    3. Oh ya ke? :D Bergurau tak mengapa. Serius sangat pun tak seronok, kan?

      Padam
  20. Wow.. Info yg bagus Tu Prof.. Sy esok balik Penang.. Terliuq pulak post prof pasai makanan Penang.. Nak kena try Nasi kandaq Kampung Melayu.. Tak penah try.. Info terbaik Prof

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pi try. Tapi kena pi pagi-pagi.

      Padam
  21. We're from Shahran Corner where it is known as An Char Koey Teow would like to thanks for the post and publisity! We're truly happy to heard your positive comment over us. Do come over here again !;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya selalu makan di gerai An :)

      Semoga rezeki An bertambah.

      Padam
  22. mabeles cakotiaw an.. hat ni mmg kelia baq ang..

    BalasPadam
  23. Boleh cuba apom balik station crispy kat bt fringgi.. Kat sana terdapat 32 rasa pelbagai jenis rambang mata nk pilih.. Kawasan berdepan dgn hotel parkroyal n di bawah jejantas holiday inn.. Sila cuba.. Kalu suka boleh dtg lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Siti Norbaiyah atas cadangan itu. Nanti saya cuba, insyaAllah.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...