Assalamualaikum para pembaca blog NotaKembara. Rindu saya tak?
T entu ramai yang ternanti-nanti kemunculan entri baru dari saya. Maklumlah saya menyepi seketika. Ini disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugas sehingga tidak sempat untuk mengemaskini blog.
Baiklah, entri kali ini, ingin saya sambung cerita kembara saya di Osaka Jepun yang masih berbaki. Antaranya ialah aktiviti membeli-belah, meninggalkan rumah di Mikuni, ke lapangan terbang Kansai pada awal pagi dan kembali ke Pulau Pinang.
A) Membeli-belah di Osaka
Oleh kerana Osaka bandaraya besar sudah tentu banyak pilihan untuk 'kaki shopping'. Tetapi disebabkan masa kami di Osaka adalah singkat sahaja, jadi kami hanya sempat membeli-belah di beberapa tempat berdekatan dengan stesen Osaka seperti di bangunan Yodobashi. Di sini kami melihat pasaraya yang menjual pelbagai barangan.
Kami pergi melihat barangan elektronik seperti kamera, video, speaker, jam tangan, permainan dan barangan pengembaraan di sebuah pasaraya. Harga barangan elektronik, jam dan kamera buatan Jepun jauh lebih murah daripada di Malaysia. Sangat seronok melihat barang-barang elektronik berjenama terkenal dijual dengan murah di sini.
Kami pergi melihat barangan elektronik seperti kamera, video, speaker, jam tangan, permainan dan barangan pengembaraan di sebuah pasaraya. Harga barangan elektronik, jam dan kamera buatan Jepun jauh lebih murah daripada di Malaysia. Sangat seronok melihat barang-barang elektronik berjenama terkenal dijual dengan murah di sini.
![]() |
| Permainan dan jam tangan buatan Jepun yang murah juga terdapat di sini |
![]() |
| Barangan elektronik yang terdapat di dalam bangunan Yodobashi seperti keyboard, pemain muzik, stereo, turn table, speaker dan skrin tayangan terdapat dengan banyak di kompleks membeli-belah ini. |
![]() |
| Kamera buatan Jepun berjenama Nikon dan GoPro boleh dibeli dengan harga murah di sini |
![]() |
| Terdapat pelbagai jenis barangan untuk si pengembara. |
![]() |
| Buku manga ini kami beli dengan harga murah di kedai di dalam stesen Osaka |
B) Meninggalkan Rumah di Mikuni
![]() |
| Yanushi (tuan rumah) yang peramah |
![]() |
| Ruang tamu rumah yang kami tinggalkan sebelum subuh |
Pada hari terakhir di Osaka, kami keluar sebelum matahari terbit. Ini disebabkan kami harus mengejar keretapi, bas dan kapalterbang pagi untuk pulang ke Malaysia. Ketika itu yanushi (tuan rumah) masih belum bangun. Walau bagaimanapun kami telahpun mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada yanushi sebelum tidur semalam.
Pada pagi itu, kami terharu kerana kami dapati yanushi telahpun meninggalkan sebuah kad di atas kaunter kepada kami bertulis, "Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah kami". Kamipun meninggalkan kunci rumah di kaunter dan menutup pintu rumah dengan senyap-senyap.
![]() |
| Nota yang ditinggalkan oleh yanushi untuk kami di kaunter |
![]() |
| Rumah ini kami tinggalkan pada awal-awal pagi. |
![]() |
| Paip air di stesen keretapi Mikuni |
Dari rumah kami di Mikuni, kami menaiki keretapi ke Osaka dan kemudiannya mengambil Airport Limousine (bas) menuju ke lapangan terbang Kansai.
![]() |
| Stesen Osaka |
![]() |
| Airport Limousine dari Osaka ke Lapangan terbang Kansai |
![]() |
| Pejabat amazaon.com ini terdapat di tepi jalan dalam perjalanan ke lapangan terbang Kansai |
![]() |
| Pemandangan dari tingkap limousine ke lapangan terbang Kansai |
![]() |
| Airport Limousine yang kami naiki sampai tepat pada waktunya di Lapangan terbang Kansai |
![]() |
| Fridge magnet yang kami beli di Lapangan Terbang Kansai |
![]() |
| Komik Manga ini dibeli di Lapangan terbang Kansai oleh anak saya seorang penggemar manga |
C) Hati Tertinggal di Kansai
Kami menaiki kapalterbang MAS untuk pulang ke tanahair. Di dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan Jepun yang enak.
![]() |
| Dalam kabin MAS kelas ekonomi |
![]() |
| Makanan Jepun yang enak dihidangkan |
![]() |
| Kapalterbang MAS mendarat di Pulau Pinang |
Kami masih tidak puas berjalan-jalan di Kansai Jepun. Mengapakah kenangan manis sentiasa terasa cepat berlalu?
Kenangan indah di Kansai membuatkan hati kami masih tertinggal di Kansai walaupun telah berhari-hari pulang. Kami bercita-cita untuk kembali lagi ke Jepun.
D) Bajet
Tentu ramai yang ingin mengetahui perbelanjaan saya dan anak saya di Jepun. Berikut adalah anggaran perbelanjaan saya (untuk seorang) selama 7 hari di Kansai. Jadi untuk 2 orang perbelanjaannya didarab 2.
PERBELANJAAN DI
NARA, KYOTO & OSAKA
(UNTUK SEORANG)
|
RM
|
Tambang Kapalterbang MAS
(Penang-Kansai, Kansai-Penang)
|
1,500.00
|
Tambang Keretapi dan Bas
|
500.00
|
Sewa Rumah
|
580.00
|
Makan & Minum
|
300.00
|
Membeli-belah
|
500.00
|
Muzium
|
100.00
|
Sewa Basikal
|
15.00
|
JUMLAH
|
3,495.00
|
E) 3 Video Di Nara dan Kyoto
Semasa 7 hari di Nara, Kyoto dan Osaka kami sempat merakam video perjalanan kami di sana. Ada di antaranya telah saya tunjukkan dalam entri yang lepas-lepas, Namun ada 3 lagi video yang belum saya kongsikan dengan anda. Untuk menyaksikannya sila klik di bawah ini:
a) Video #1: tentang rumah tradisional Jepun kami di Nara, rusa yang berkeliaran di Nara, kuil-kuil, pekan tua Naramachi, pekan Nara dan perjalanan menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto.
b) Video #2: tentang aktiviti kami membeli air tin di vending machine di tepi jalan di Nara
c) Video #3: tentang kembara kami di Kyoto. Di dalam video ini anda boleh menyaksikan pemandangan sawah padi di tengah-tengah pekan, rumah-rumah di Kyoto, rumah tradisional Jepun yang kami inapi di Kyoto, perjalanan menaiki keretapi, menaiki bas ke Arashiyama, keindahan hutan buluh Arashiayama, pekan Arashiyama dan sungai di Arashiyama.
Kepada semua pembaca NotaKembara Naramas Aman saya ucapkan "Domo arigato gozaimashita" kerana mengikuti kembara saya di Jepun.
Selamat Tahun Baru! Akemashite omedeto gozaimasu!
Baca kisah sebelumnya di bawah ini:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (14): Dari Kyoto ke Osaka dan Mencari Rumah Untuk Bermalam
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (16): Menjejak Masjid di Osaka
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (17): Menyapa Osaka Castle di dalam Hujan
























































