Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Selasa, 6 Januari 2015

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (18): Hari-hari Terakhir di Osaka

Assalamualaikum para pembaca blog NotaKembara. Rindu saya tak?

T entu ramai yang ternanti-nanti kemunculan entri baru dari saya. Maklumlah saya menyepi seketika. Ini disebabkan saya terlalu sibuk dengan tugas sehingga tidak sempat untuk mengemaskini blog.

Baiklah, entri kali ini, ingin saya sambung cerita kembara saya di Osaka Jepun yang masih berbaki. Antaranya ialah aktiviti membeli-belah, meninggalkan rumah di Mikuni, ke lapangan terbang Kansai pada awal pagi dan kembali ke Pulau Pinang.

A) Membeli-belah di Osaka


Oleh kerana Osaka bandaraya besar sudah tentu banyak pilihan untuk 'kaki shopping'. Tetapi disebabkan masa kami di Osaka adalah singkat sahaja, jadi kami hanya sempat membeli-belah di beberapa tempat berdekatan dengan stesen Osaka seperti di bangunan Yodobashi. Di sini kami melihat pasaraya yang menjual pelbagai barangan.

Kami pergi melihat barangan elektronik seperti kamera, video, speaker, jam tangan, permainan dan barangan pengembaraan di sebuah pasaraya. Harga barangan elektronik, jam dan kamera buatan Jepun jauh lebih murah daripada di Malaysia. Sangat seronok melihat barang-barang elektronik berjenama terkenal dijual dengan murah di sini.

Bangunan Yodobashi ini terletak di hadapan stesen Osaka
Permainan dan jam tangan buatan Jepun yang murah juga terdapat di sini

Barangan elektronik yang terdapat di dalam bangunan Yodobashi seperti keyboard, pemain muzik, stereo, turn table, speaker dan skrin tayangan terdapat dengan banyak di kompleks membeli-belah ini.
Kamera buatan Jepun berjenama Nikon dan GoPro boleh dibeli dengan harga murah di sini
Terdapat pelbagai jenis barangan untuk si pengembara.
Buku manga ini kami beli dengan harga murah di kedai di dalam stesen Osaka

B) Meninggalkan Rumah di Mikuni


Yanushi (tuan rumah) yang peramah 
Bilik tidur kami yang kami tinggalkan sebelum subuh
Ruang tamu rumah yang kami tinggalkan sebelum subuh

Pada hari terakhir di Osaka, kami keluar sebelum matahari terbit. Ini disebabkan kami harus mengejar keretapi, bas dan kapalterbang pagi untuk pulang ke Malaysia. Ketika itu yanushi (tuan rumah) masih belum bangun. Walau bagaimanapun kami telahpun mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada yanushi sebelum tidur semalam. 

Pada pagi itu, kami terharu kerana kami dapati yanushi telahpun meninggalkan sebuah kad di atas kaunter kepada kami bertulis, "Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah kami". Kamipun meninggalkan kunci rumah di kaunter dan menutup pintu rumah dengan senyap-senyap.

Nota yang ditinggalkan oleh yanushi untuk kami di kaunter
Rumah ini kami tinggalkan pada awal-awal pagi.
Paip air di stesen keretapi Mikuni

Dari rumah kami di Mikuni, kami menaiki keretapi ke Osaka dan kemudiannya mengambil Airport Limousine (bas) menuju ke lapangan terbang Kansai.

Stesen Osaka
Airport Limousine dari Osaka ke Lapangan terbang Kansai
Pejabat amazaon.com ini terdapat di tepi jalan dalam perjalanan ke lapangan terbang Kansai


Pemandangan dari tingkap limousine ke lapangan terbang Kansai
Airport Limousine yang kami naiki sampai tepat pada waktunya di Lapangan terbang Kansai
Fridge magnet yang kami beli di Lapangan Terbang Kansai
Komik Manga ini dibeli di Lapangan terbang Kansai oleh anak saya seorang penggemar manga


C) Hati Tertinggal di Kansai


Kami menaiki kapalterbang MAS untuk pulang ke tanahair. Di dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan Jepun yang enak.

Dalam kabin MAS kelas ekonomi
Makanan Jepun yang enak dihidangkan
Kapalterbang MAS mendarat di Pulau Pinang

Kami masih tidak puas berjalan-jalan di Kansai Jepun. Mengapakah kenangan manis sentiasa terasa cepat berlalu?

Kenangan indah di Kansai membuatkan hati kami masih tertinggal di Kansai walaupun telah berhari-hari pulang. Kami bercita-cita untuk kembali lagi ke Jepun.

D) Bajet


Tentu ramai yang ingin mengetahui perbelanjaan saya dan anak saya di Jepun. Berikut adalah anggaran perbelanjaan saya (untuk seorang) selama 7 hari di Kansai. Jadi untuk 2 orang perbelanjaannya didarab 2.


PERBELANJAAN DI NARA, KYOTO & OSAKA
(UNTUK SEORANG)

RM
Tambang Kapalterbang MAS 
(Penang-Kansai, Kansai-Penang)
1,500.00
Tambang Keretapi dan Bas
500.00
Sewa Rumah
580.00
Makan & Minum
 300.00
Membeli-belah
  500.00
Muzium
  100.00
Sewa Basikal
    15.00
JUMLAH
3,495.00


E) 3 Video Di Nara dan Kyoto 


Semasa 7 hari di Nara, Kyoto dan Osaka kami sempat merakam video perjalanan kami di sana. Ada di antaranya telah saya tunjukkan dalam entri yang lepas-lepas, Namun ada 3 lagi video yang belum saya kongsikan dengan anda. Untuk menyaksikannya sila klik di bawah ini:

a) Video #1: tentang rumah tradisional Jepun kami di Nara, rusa yang berkeliaran di Nara, kuil-kuil, pekan tua Naramachi, pekan Nara dan perjalanan menaiki keretapi dari Nara ke Kyoto.




b) Video #2: tentang aktiviti kami membeli air tin di vending machine di tepi jalan di Nara





c) Video #3: tentang kembara kami di Kyoto. Di dalam video ini anda boleh menyaksikan pemandangan sawah padi di tengah-tengah pekan, rumah-rumah di Kyoto,  rumah tradisional Jepun yang kami inapi di Kyoto, perjalanan menaiki keretapi, menaiki bas ke Arashiyama, keindahan hutan buluh Arashiayama, pekan Arashiyama dan sungai di Arashiyama.




Kepada semua pembaca NotaKembara Naramas Aman saya ucapkan "Domo arigato gozaimashita" kerana mengikuti kembara saya di Jepun.

Selamat Tahun Baru! Akemashite omedeto gozaimasu!

42 ulasan:

  1. Salam prof...lma x dngr cerita... sejam lalu saya blogwalking kt blog prof, masih lg entry lma..tiba2 tngk kt dashboard sudah ada yg baru...:) saya hr tu dpt berada di Nara kejap aje....😢😢... salah satu sebab ternaik jr local line...kikiki... sampai oji, die pusing balik... nasib baik kmi prasan.... jd 1 stop ja rugi... patotla lembab sngt train tu, rupanya local line... every stop pon die berhenti...hehe... tp suka sngt dngn deer tu sumer..ramah tamah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica,
      Maafkan saya kerana lama tak hantar cerita kembara di sini. Ini disebabkan saya terlalu sibuk kerja.

      Wah Farikica dah sampai Nara. Tentu seronok di Nara. Dapat pula main dengan rusa ramah tamah tu. Nanti saya baca blog Farikica pula. Nampak macam dah keluar cerita Jepun he he he.

      Padam
  2. Tq Prof for sharing..insyaallah nanti bila ada rejeki kembara jepang boleh lah rujuk kat prof ye
    Not bad jugak belanja ke kesana ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nekcik, terima kasih kerana sudi baca blog kembara Jepang saya. Nanti rujuk le blog ni kalau Nekcik nak ke sana.
      Belanja di sana agak sederhana, kerana tambang kapal terbang MAS murah. Kami dapat berjimat dengan membawa makanan dari Malaysia, masak sendiri dan tinggal di rumah orang Jepun.

      Padam
  3. wah lama tak de update kat blog ni..hehehe alih2 dah sampai penghujung trip jepang rupanya....hehehe bestnya dpt host yang baik mcm tu kan....hehehe rindu plak nak ke jepang nih saya....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. DJ perasan ya saya lama tak update blog...Alamak malunya...
      Host di Jepun semuanya baik-baik belaka. Lain kali kalau ke Jepun, nak lagi tinggal dengan dia orang.

      Padam
  4. Terima kasih Prof...blog anda banyak membantu kembara saya ke Jepun baru-baru ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Nanti saya baca blog Khairuddin ke Jepun pula.

      Padam
  5. Wah lama betul NA menghilang... rasa macam tertinggal kat NARA pulak... hehe

    Semua orang bercerita pasal kembara di Nippon... saya entah bila nak mengulang semula... Jom Nekcik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lama menyepi..sebab terlalu sibuk...tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat juga saya mengembara...tapi di mana? Nantikan ceritanya ya...:)

      Mie dah terror pasal Nippon...kalau Mie ke Nippon kali ini tentu boleh tulis dari perspektif orang yang berpengalaman lama di Nippon...saya melopong je lah....

      Padam
  6. Terima kasih berkongsi pengalaman diJepun ... Bagi saya, Jepun memang unik dari segala aspect ... suka sangat !

    Terima kasih Prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar, banyak keunikan ada di Jepun. Sdra Ghazali yang pernah berada di Jepun tentu lebih memahaminya.

      Padam
  7. terima kasih prof, artikel prof banyak membantu saya... rasa nak pegi lagi ke jepun... x puas jalan kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jepun sebuah negara yang besar. Tentu kita tak habis jelajah negaranya kalau pergi dalam masa yang singkat,

      Padam
  8. Kene bawa pitih lebih ni beli gajet murah2 kat sana...mmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau suka shopping kenalah bawa duit lebih sikit. Tapi saya suka jalan-jalan je.

      Padam
  9. Lama menunggu penutup trip japan Prof Na

    Osaka memang best ! rindu nak pergi Japan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maafkan saya Cik Cerita sebab buat Cik tertunggu-tunggu. Saya sibuk dengan kerja di Universiti. Tetapi baru sekarang ada masa nak update.

      Padam
  10. belanjanya agak tinggi ke Jepun...kena menyimpan dan bawa bekal byk2 dr malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya currency dah turun, jadi bolehlah jalan-jalan di Jepun. Saya setuju, kalau bawa bekal banyak-banyak dari Malaysia boleh jimat banyak. Saya pun buat begitu.

      Padam
  11. Salam Kak NA, lamanya saya tak singgah blog akak. Sorry la sebab agak busy untuk berbelog (tapi buat benda lain rajin pulak hehehe).
    Entry jepun dah sampai 18, nanti saya korek satu satu.

    Osaka memang best kalau nak shopping, cumanya kene la sediakan ongkos yg mencukupi ye dak? hiks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedar tak sedar dah 18 entri pasal Jepun..tapi entri Ren pasal Jepun lagi banyak. Saya banyak rujuk blog Ren sebelum ke Jepun. Terima kasih ya.

      Tapi currency Jepun dah turun, bolehlah shopping dan jalan-jalan lagi ke sana.

      Padam
    2. Heheh entry saya pendek je kak NA. Takpe as long saya dapat membantu sedikit sebanyak alhamdulillah. Itulah gunanya catatan perjalanan kite ye tak? Heheh.

      Tu la currentcy turun. Duit malaysia pun jatuh huhuhu

      Padam
  12. Salam kenal, seronok baca entri kt blog nie, walaupuan xde kesempatan lagi nak melawat ke sana tp berangan pun jadilah, mane tau jadi kenyataan :) ....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Rose. Terima kasih kerana sudi singgah, baca blog ini dan tinggalkan ulasan. Setiap impian yang jadi kenyataan semuanya bermula dengan angan-angan. Jadi tak salah berangan-angan.
      Saya akan singgah di blog Rose pula, ya...:)

      Padam
  13. Assalamualaikum...baru jumpa blog ni sebab tgh riki2 nk pi sana.InsyaALLAH around end of april sampai early may. nak pi dgn group tp saya bawak baby umur 11 bulan masatu..ok tak kat osaka ? friendly infants x kalau saya naik public transport tp bawak stroller? tq yer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam julie,
      Rasa-rasanya tak ada masalah bawa baby naik transport di Osaka. Stroller mudah dibawa masuk ke dalam keretapi sebab ia rendah, rata dan luas. Saya juga pernah melihat OKU menaiki wheel chair dan dibantu oleh pegawai keretapi di stesen Osaka. Lif juga banyak terdapat di stesen keretapi.

      Bas pula, saya tak pasti sebab belum jumpa lagi orang bawa stroller masuk ke dalam bas. Mungkin juga mereka boleh letakkan platform untuk membolehkan stroller masuk.

      Padam
  14. Nak lena study ni.. banyak betul nak kena fahamkan ni... thanks for sharing kak.

    BalasPadam
  15. alhamdulillah, seronok baca entry jalan-jalan ke Jepun ni
    sia ada video, terima kasih sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ia bermanfaat untuk Tihara :)

      Padam
  16. Saya tak pernah ke osaka lagi.. ( sob., sob.. sobb)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah boleh merancang untuk ke sana :)

      Padam
  17. wah..dah terasa macam kat jepun dah bila tgk vids tu..hehe plg best part yg ada donation button kat vending machine...terbaek!

    overall bajet mmg best dan bajet sgt..hehe thumbs up;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Video tu belum dimasukkan suara...anak saya belum ada masa untuk memasukkan suara dia menceritakan kisah kembara di Jepun dalam video ini.

      Itulah bajet pengembara ciput tak berduit he he he...

      Padam
  18. Assalamualaikum.. Prof., seronoknya baca catatan Prof., tak boleh tinggal macam baca novel bersiri :-) Sy plan nak ke Tokyo-Kyoto-Osaka Mac 2016 tapi hati ada ragu2 antara berani tidak jalan2 Jepun dgn family tanpa travel agen.. Bila baca blog Prof. ni rasa semangat pulak.. Redah saja la no.. tak redah tak tau :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Rahimi...Terima kasih sebab menghayati catatan kembara saya macam baca novel bersiri :). Kenapa nak takut? Saya yang pertama kali backpack ke Jepun sendirian dengan anak saya tidak pernah merasa takut atau gentar sebab kami yakin Jepun maju dan selamat. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Redah je Rahimi..lebih banyak redah lebih banyak belajar :)

      Padam
  19. Salam.boleh share harga2 barang elektronik yg murah disana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sarah Eff,
      Kamera GoPro Hero4 yang dijual di sana boleh didapati dengan harga RM949.435 tetapi di Malaysia harganya RM1,599.00. Namun begitu ada juga barang elektronik yang lebih mahal, misalnya kamera Nikon D7100, di sana harganya RM6,000++, tetapi di Malaysia kita boleh dapat dalam RM4,500. Menurut mereka yang pernah berada di Osaka pada jangka masa yang lama, terdapat tempat-tempat lain yang lebih murah berbanding supermarket yang saya pergi ini. Jadi Sarah bolehlah merayau-rayau ke supermarket lain dan lihatlah perbandingan harga. Sarah perlu juga mahir dengan harga barang-barang elektronik itu di Malaysia dan dapat membandingkannya dengan harga di Jepun.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...