S
etelah Surabya dan Bandung kami melebarkan sayap ke Yogyakarta pula. Perjalanan kami di Pulau Jawa ini adalah satu pengalaman menimba ilmu. Ini adalah pertama kali kami sekeluarga berpeluang menjejakkan kaki di Yogya.
Yogyakarta menurut beberapa sumber adalah nama dalam bahasa Sanskrit yang diambil dari nama kota dalam epik Ramayana iaitu Ayodhya manakala 'kerta' bermaksud makmur. Dalam sebutan harian, Yogyakarta disebut Jogja. Banyak sejarah terdapat di Jogja dan ia terpamer melalui bangunan dan sosio budaya masyarakatnya.
Terdapat banyak pusat seni dan budaya di Jogja. Garin Nugroho iaitu sutradara filem terkenal Indonesia berasal dari Jogjakarta. Antara filem beliau yang saya minati ialah Daun Di Atas Bantal, Rindu Kami Padamu dan Cinta Dalam Sepotong Roti.
Jogja juga adalah kota Pariwisata iaitu ia adalah pusat pelancongan utama Indonesia selepas Bali.
 |
| Peta lukis batik |
Jangan marah kalau saya katakan bahawa ekskursi kami sekeluarga di Yogyakarta ini adalah GRATIS! Percuma lagi! He he he. Seronok, kan? Mengapa gratis memanjang ni? Ini kerana saya mempunyai pelajar dari Pulau Jawa yang dahulunya belajar di Malaysia, tetapi kini sudah bekerja di Indonesia. Demi meraikan kehadiran saya dan keluarga saya yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jawa ini mereka telah membuat jadual lawatan yang menarik untuk kami. Semuanya mereka sediakan. Kami tidak perlu fikir-fikirkan. Oleh kerana mereka sibuk bekerja dan tidak dapat bercuti untuk menemani kami, mereka sediakan pemandu wisatanya sekali. Tengok betapa bagusnya budi pekerti orang Jawa ini, mereka tidak lupa mengenang guru mereka.
 |
| Lion Air yang kami naiki dari Bandung ke Yogyakarta |
Untuk ke kota bernuansa sejarah, budaya dan wisata ini kami menaiki Lion Air dari Bandung ke Surabaya. Lion Air inipun mereka dah siap tempah dan bayarkan tambangnya sekali. Kalau kami tempah sendiri dari Malaysia agar sukar. Terma dan syaratnya agak memeningkan kepala juga. Kami berangkat pada pukul 14.30 dan sampai 15.30. Dari atas kapalterbang kami sudah dapat melihat tapak-tapak candi di sekitar kawasan kami mendarat itu yang telah dibina beratus-ratus tahun dahulu.
 |
| Sampai di Jogja |
 |
| Iklan cokolat buatan Jogja yang terdapat di lapangan terbang |
 |
| Menanti bagasi |
Mas Totok sambut kami di lapangan terbang. Mas Totok menyangka kami tidak sampai kerana kami keluar dari lapangan terbang itu agak lewat. Ini disebabkan kami menunggu beg kami sampai dan kemudiannya solat di musala di situ.
Mas Totok menceritakan banyak tentang sejarah Yogyakarta, penglestarian bahasa Sanskrit dan hubungan di antara orang Malaysia dan Jawa. Mas Totok banyak menggunakan bahasa Melayu apabila berbual dengan kami kerana beliau sering ke Malaysia. Banyak ilmu yang kami dapat dari Mas Totok. Lagi satu ilmu yang kami dapat daripada Mas Totok ialah beberapa petua memasak. Rupa-rupanya Mas Totok ini pandai memasak! Kepandaian memasak beliau diketahui dalam kalangan orang yang rapat dengannya sehinggalah beliau pernah diundang memasak kenduri kahwin di Johor, Malaysia. Kagum!
 |
| Mas Totok mahir tentang sejarah Jojgjakarta dan juga pandai memasak |
Jamu Selera di Yogya
Semasa di Yogjakarta kami makan malam dan tengahari di dua buah restoren iaitu:
a) Resto Sekar Kedhaton
b) Rumah Makan Duta Minang
Di Duta Minang sudah tentulah masakan Padang dihidangkan. Ia sesuai dengan selera kami. Ini disebabkan masakan Minang ini banyak persamaan dengan masakan tradisional Perak. Lagipun jiran kami di Perak ialah orang Minang, jadi sejak kecil tekak kami sudah biasa makan makanan tradisional Minang.
Rendang ayam, rendang sapi, terong masak berlado, gulai lemak sotong, ikan berlado, kangkong goreng dihidang dengan banyak di Rumah Makan masakan Padang ini. Tapi kami sudah pesan awal-awal pada Mas Totok jangan dihidangkan banyak-banyak. Tak larat hendak memakan semuanya. Di hari-hari biasa kami makan nasi dengan dua jenis lauk sahaja sama ada ikan atau daging dan sayur. Kami rasa sedih dan membazir sahaja kalau makanan yang dihidang terlalu banyak. Tetapi inilah kebiasaan yang dilakukan oleh semua Rumah Makan Minang/Padang di serata Indonesia. Penuh makanan satu meja, sedangkan bilangan orang yang memakannya cuma dua tiga orang sahaja.
 |
| Hidangan mewah Duta Minang |
 |
| Alamat Duta Minang |
Candi-candi Warisan
Terdapat banyak candi di Jogjakarta. Ada yang sudah runtuh dan sedang dibaikpulih untuk dijadikan tarikan pelancongan. Antara candi yang terkenal dan mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Warisan Dunia ialah Prambanan dan Borobudur.
a) Prambanan
Prambanan adalah candi Hindu tetapi sekarang ia tidak digunakan
lagi. Ia telah beberapa kali rosak dan dibaikpulih. Ini disebabkan oleh gempa bumi yang sering melanda di Jogja. Tetapi kami tidaklah
masuk ke dalam candi itu, hanya melihat dari luar. Sebenarnya kami
sekeluarga tidak suka melawat tempat-tempat begini. Setiap kali kami
melihat tempat ibadat orang kafir, kami lihat suasana di situ gelap dan
suram. Ia membuatkan perasaan kami gelisah dan hendak cepat-cepat sahaja
beredar dari situ. Mas Totok juga tidak menggalakkan kami masuk kerana
sebagai orang Islam kita tidak seharusnya berbuat demikian. Kami amat memuji sikap Mas Totok ini yang walaupun
bekerja sebagai pemandu pelancong yang membawa pelancong ke candi beliau memegang teguh ajaran
Islam dan memahami batas-batas seseorang Muslim.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata dalam sanad yang sahih:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadat orang kafir semasa perayaan mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka ketika itu."
 |
Runtuhan candi Prambanan. Walaupun ada sebahagian candi ini rosak dan runtuh serta tidak digunakan namun pada hari-hari tertentu ada orang Hindu datang ke situ untuk meraikan acara keagamaan.
|
 |
| Jiwa kami menjadi keruh, muram dan resah-gelisah melihat kuil lalu segera meninggalkan tempat ini |
 |
| Kedai ole-ole Jogjakarta di kawasan Wisata Candi Prambanan. Tetapi hati-hati banyak pakaian dan fridge magnet di sini mempunyai gambar candi yang tidak boleh dipakai/diguna oleh orang Islam. |
b) Borobudur
Borobudur adalah candi Hindu/Buddha yang telah ditinggalkan. Ia tidak lagi digunakan sebagai kuil untuk acara keagamaan Hindu/Buddha tetapi dijadikan warisan untuk diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang bahawa agama Hindu/Buddha pernah bertapak di Pulau Jawa ini.
Terdapat terlalu banyak candi-candi yang berbentuk loceng di sini. Ini membuat saya lebih mengerti bahawa Islam amat melarang kita menyimpan loceng di rumah kerana ia adalah alat ibadat orang kafir.
Candi/kuil (dan gereja) ialah salah satu tempat penyekutuan Allah, tempat menyebarkan perkara-perkara syirik dan di dalamnya terdapat loceng sehingga merupakan tempat yang paling jauh daripada keredhaan Allah serta yang paling dijauhi malaikat, sementara syaitan datang menghiasinya.
Abu Huraiah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Loceng itu adalah seruling syaitan." (Hadis sahih ditakhrijkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Malaikat tidak akan menemani sekelompok manusia di tempat yang di dalamnya terdapat anjing atau loceng." (Hadis sahih ditakhrijkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Ummu Salamah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat loceng. Malaikatpun tidak akan mendampingi orang yang di tengah-tengahnya terdapat loceng." (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai)
Di atas bukit terdapat satu bangunan berbentuk loceng yang digunakan untuk pengikut Hindu/Buddha mengelilinginya kerana percaya bahawa ia membawa mereka ke nirvana. Mereka mengeliling bangunan loceng itu mengikut arah jam. "Kita orang Islam jangan mengelilingi bangunan itu ikut arah jam. Begitu juga janganlah kita tawaf," kata pemandu wisata kami yang menggantikan Mas Totok. Kata-katanya itu mencerminkan dia mempunyai pengetahuan Islam yang baik.
Kami hanya melihat candi ini dari luar dan tidak masuk ke dalam bangunannya. Menyedari bahawa melawat candi adalah makruh, dan ia menjadi haram sekiranya ada upacara keagamaan diadakan, kami hanya melihatnya untuk mengetahui senibina purba serta sekadar untuk mengetahui sejarah agama yang pernah bertapak dan berpengaruh di nusantara.
 |
| Karya sutradara Garin Nugroho |
Tugu Yogyakarta
Tugu Yogyakarta adalah mercu tanda kota Yogyakarta. Ketika kami melalui tugu ini yang letaknya di tengah-tengah bulatan jalan (round-about) ia sedang dibaikpulih.
 |
| Tugu Jogja yang sedang direnovasi |
Malioboro
Kilang Batik Rara Djonggrang
Siapa yang tidak mengenali batik. Seni kerajinan tangan ini mudah didapati sekiranya kita berada di Yogyakarta. Ia satu hasil seni yang amat dibanggakan di Indonesia. Tahukah anda bagaimana batik ini dibuat?
Menyaksikan batik dilukis, dicetak, dicanting dan dicelupkan adalah satu pengalaman yang menarik buat kami sekeluarga. Kami dapat saksikan ia di kilang Batik Rara Djonggrang yang terletak di Tirtodipuran No 18.
Terdapat banyak motif batik dipamerkan sebagai pilihan. Terdapat pelbagai nama bagi setiap motif itu seperti Kesumo, Truntum Gurdo, Ceplok Kawung, Delimo Drajad, Pisang Bali, Buntal Melati, Kopi Pecah dan macam-macam lagi. Kebanyakannya bermotifkan alam semulajadi seperti bunga-bungaan, buah-buahan, pohon-pohon dan binatang. Kesemuanya mempunyai makna yang tersendiri. Misalnya Truntum Gurdo adalah motif batik klasik yang mempunyai ciri-ciri burung garuda iaitu sayap, ekor dan kepala. Ia adalah lambang kegagahan.
Bahan-bahan semulajadi dari alam adalah kandungan utama untuk membuat celup dan ini dipamerkan di kilang ini. Kami berpeluang melihat motif batik ini dilakarkan, dicap dan dicanting. Kemudian ia dicelup, dibasuh dan dijemur.
Batik-batik yang sudah siap dijual di bahagian jualan. Kami hanya membeli sehelai dua kain batik untuk dibawa pulang. Istimewanya batik ini ialah ia dilukis/dibuat dengan tangan, motifnya amat unik, warna celupnya tidak luntur dan kainnya halus serta lembut.
 |
| Dilukis |
 |
| Dicap |
 |
| Dicanting |
 |
| Dicelup |
 |
| Disusun diseragam |
 |
| Dipamer, dijual |