Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 7 Jun 2018

Umrah 2017 (Bhg. 8) | Apa Yang Patut Dibeli Di Mekah?

Sudah lama blog ini bersawang. Kisah di tanah sucipun masih ada yang belum diceritakan.  Mungkin ada yang sudah lupakan saya. Janganlah begitu ya. Disebabkan terlalu sibuk, saya terpaksa menumpukan perhatian pada tugas saya itu. Tapi hari ini saya rasa nak kembali menulis, nak  sambung balik kisah di  Tanah Suci.

Kali ini saya nak beri panduan kepada yang hendak membeli-belah di Mekah.

Kedai-kedai yang terdapat di hadapan hotel-hotel sejarak 400 km dari Masjidil Haram


D  i Mekah terdapat banyak kedai dan banyak pilihan. Kedai-kedai itu terdapat di sekeliling Masjidil Haram dan sepanjang jalan menuju hotel-hotel yang berdekatan.

Janganlah anda risau kalau tidak tahu berbahasa Arab. Tawar menawar bukanlah menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga-peniaga di sini sudah mahir berbahasa Melayu.

Jadi, apakah yang patut anda beli di Mekah?


Sejadah


Sejadah patutlah anda beli. Ia boleh dijadikan hadiah, hantaran perkahwinan atau kegunaan sendiri. Kebanyakan sejadah ini dibuat di Turki. Ada juga dari Pakistan dan China. Ada macam-macam corak dan warna. Ada yang berbunga. Ada juga yang mempunyai corak bangunan seperti menara, kubah dan gerbang.  Ada yang dibuat daripada polyester, sutera dan kain baldu.

Harganya dari 20 rial hingga 120 rial bergantung kepada bahan buatannya.



Perhiasan dinding


Kedai ini menjual sejadah dan perhiasan dinding dari 20 rial hingga 100 rial




























Perhiasan dinding atau gegantung yang dibuat daripada kain juga boleh dibeli. Ada yang bergambar masjid, Kaabah dan bertulis ayat-ayat Al-Quran. Harganya antara 25 rial hingga 120 rial bergantung kepada saiz dan bahan buatannya.



Minyak wangi



Minyak wangi mudah didapati di kedai-kedai di hadapan Masjidil Haram


Minyak wangi juga digemari oleh jemaah untuk dibawa pulang.

Kosmetik seperti bedak Arab, celak dan inai juga menjadi kegemaran jemaah wanita.


Tasbih


Tasbih dan batu permata yang dilonggokkan di atas meja di luar Masjid Hudaibiyah


Tasbih daripada pelbagai bahan kayu, biji kurma hingga ke batu permata juga banyak terdapat di kedai-kedai di sekitar Masjidil Haram. Harganya juga berbeza-beza mengikut bilangan biji dan bahan buatannya dari 1 rial hinggalah 100 rial seutas.



Cincin Permata



Cincin dan barang kemas


Cincin dari suasa, perak, emas dan berlian juga boleh didapati di kedai-kedai  di Mekah.



Gum Arabic


Gum Arabic dijual di sini

Gum Arabic digunakan untuk kesihatan dan ia dijual dikedai-kedai yang terdapat di sekitar Masjidil Haram. Ada yang siap dibungkus dan ada juga yang diceduk lalu ditimbang mengikut permintaan. Yang dibungkus berharga 25 rial untuk 100 gram dan yang ditimbang berharga 50 rial sekilogram.



Selipar


Selipar yang dipamerkan di kaki lima kedai

Selipar amat perlu dipakai ketika berjalan kaki di Mekah. Terdapat banyak jenis selipar yang dijual di Mekah dan anda boleh pilih mengikut kesukaan.


Jubah


Pelbagai jenis jubah di pusat membeli-belah di hadapan Masjidil Haram



Jubah juga banyak dijual di Mekah dan kualitinya baik dan harganya juga berbeza-beza mengikut bahannya. Ia berharga di antara 60 rial hingga 2,000 rial.



Kekacang



Buah-buahan kering dan kekacang dijual di atas lori kecil di halaman Masjid Jaaranah

Kalau anda tidak tahu apakah judahan untuk dihidangkan kepada tetamu yang menziarahi anda sebaik-baik sahaja pulang dari Tanah Suci, belilah kacang. Kacang pistachios, kacang kuda, walnut, badam dan biji gajus boleh didapati dengan mudah di Mekah.

Kudapan seperti muruku 


Pelbagai pilihan kacang dan kudapan


Buah-buahan kering


Buah Tin boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Di dalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan dengan nama buah ini, iaitu Surah At-Tin.

Ramai ulamak menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan

Kurma kering boleh didapati dengan banyak di pasar Kakiah

Sejak dari dulu jemaah yang pulang dari Mekah, biasanya membawa pulang buah-buahan kering seperti buah tin, kismis dan kurma. Tidak lengkap rasanya kalau pulang ke tanahair tanpa membawa buah-buah yang menjadi makanan sunnah ini.


Buah-buahan segar



Buah delima dijual di tepi masjid Jaaranah. Buah delima boleh memberi zat dan menyegarkan badan


Buah-buahan segar dan berkhasiat yang patut anda beli ialah delima, peach, anggur, pisang, mangga, ceri, strawberi dan epal.


Gerai buah-buahan di Pasar Kakiah


Pengurup Wang


Kaunter pengurup wang ini terdapat di Kompleks membeli-belah di hadapan pintu No 1 Masjidil Haram


Sekiranya ingin menukar wang ringgit kepada rial anda boleh lakukan di kedai-kedai Money Changer yang terdapat di kompleks membeli-belah di hadapan Masjidil Haram.






10 ulasan:

  1. Selamat berpuasa NA dan family... saya rasa harga barangan di Mekah lebih tinggi berbanding di Madinah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri tak lama lagi kepada Mie dan keluarga. Betul tu Mie, harga barangan di Mekah lebih tinggi berbanding Madinah. Saya banyak beli jubah di Madinah berbanding di Mekah sebab di Madinah harganya lebih murah.

      Padam
  2. bingung mana yang harus dibeli buat oleh-oleh sanak saudara dan handai toulan dirumah,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu bingung masigit. Sanak saudara dan taulan biasanya tidak mementingkan apakah jenis oleh-olehnya, yang penting masigit selamat menjalankan ibadah. Jadi beli saja yang mudah dibawa dan sesuai dengan bajet.

      Padam
  3. Pengalaman saya memang patut shoppinh siap2 di Madinah. Sampai Mekah fokus umrah. Harga barang di Madinah pun lebih murah berbanding Mekah. Betul tak tuan?

    BalasPadam
  4. Bajet brp riyal patut kena bawa yer?
    Duit x byk😢😢

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juliana, kalau nak shopping bajet RM300-500 dah ok, tapi kalau nak shopping sakan sediakan RM1,000 :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.