Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Rabu, 11 Oktober 2017

Umrah 2017| Makan-makan di Mekah


W  alaupun pakej umrah kami menyediakan makanan 3 kali sehari, namun saya dan suami saya sempat juga makan di kedai-kedai makan yang terdapat di sekitar Masjidil Haram.



Ais Krim Mekah



Ais krim vanilla bercampur ais krim mangga ini hanya 5 rial sahaja


Kami suka ais krim Mekah yang dijual di tepi jalan di hadapan Al Safwah Towers. Ada ais krim vanilla, ada ais krim mangga, cokolat dan strawberi. Rasanya sangat lembut dan sedap. Setiap kali ke Mekah, pasti kami memakannya.



Kedai ais krim Alasema ini letaknya di tepi jalan bersebelahan dengan Al Safwah Towers


Apabila  kami berjalan kaki pulang dari Masjidil Haram untuk menuju ke hotel, kami sering singgah membeli ais krim di situ. Kami duduk di batu berdekatan dengan gerai jual ais krim itu sambil memakan ais krim.


Roti Canai, Murtabak dan Gulai Kari Kambing


Sepupu saya yang bekerja di Mekah membelanja saya dan suami makan

Bertemu saudara mara di Mekah adalah satu kegembiraan.

Saya sempat bertemu sepupu saya yang bekerja di syarikat keretapi di Mekah.  Beliau bekerja secara kontrak setiap tahun dan hanya pada musim haji sahaja. Dia sudah berada di Mekah pada bulan Jun 2017 dan akan pulang semula ke Malaysia pada bulan Oktober 2017.  Sepupu saya bertugas menguruskan pekerja-pekerja di syarikat itu. Gajinya dibiayai oleh kerjaan Arab Saudi dan amat lumayan sekali pendapatannya. 




Pertemuan kami ini diadakan di menara kompleks membeli-belah di hadapan Masjidil Haram di Malaysian Restaurant


Roti canai, murtabak dan gulai kari kambing yang kami makan 

Semasa pertemuan dengan sepupu saya ini, kami makan roti canai dan murtabak dengan dicicahkan dengan gulai kari kambing.

Sangat sedap rasanya.


Jus avocado dan ais krim Baskin Robbins

Nasi Mandy



Nasi mandy dan ayam panggang


Nasi mandy adalah makanan orang Arab. Ia seperti nasi briyani dan dimakan dengan ayam, atau daging, atau kambing panggang.  Nasi mandy mudah didapati di kedai-kedai makan di  Mekah. Rasanya sangat 'mild', kalau saya hendakkan lebih 'spicy' saya tambah kuah daging ke atasnya. 


Gulai daging


Makan nasi mandy cara Arab di sebuah restoren di Mekah




Kebab



Kebab, udang dan ikan untuk dimakan bersama nasi atau roti pita


Kebab adalah daging kisar yang bercampur rempah ratus dan dikepalkan menjadi bebola dan dicucukkan pada batang buluh. Ia biasanya dimakan dengan nasi putih atau roti pita.

Sehidang kebab dengan nasi berharga di antara 23 rial hingga 25 rial.



Kofta


Telur, daging, kentang dan sayur-sayuran yang dicampurkan ke dalam hidangan makanan


Kofta adalah daging kisar yang dicampur dengan rempah ratus dan dibentukkan menjadi bebola. Ia digoreng, bakar atau direbus. Sehidang kofta dengan nasi berharga di antara 23 rial hingga 25 rial.




Shawarma



Harga shawarma mengikut saiz

Shawarma adalah ayam atau daging panggang yang dicampurkan dengan rempah ratus lalu dibungkus di dalam roti pita. Ia biasanya dicampurkan dengan sayur-sayuran segar yang dicincang seperti tomato, timun, daun salad, jeruk timun dan lada. Ia elok dimakan ketika masih panas kerana kalau sudah sejuk, rotinya liat.  Harganya antara 5 rial hingga 10 rial.


Burung merpati di kaki lima

Shawarma mudah didapati di kedai-kedai sepanjang jalan dari Masjidil Haram ke tempat penginapan

Saya dan suami sering membeli shawarma apabila lalu di kedai tepi jalan semasa pulang ke hotel selepas solat asar.


Jus Mangga, Jus Delima dan Laban



Dapatkan jus dan laban ini di pasaraya Ben Dawood atau di kedai-kedai runcit di Mekah


Jus yang sedap dan tidak tidak saya tinggalkan semasa berada di Mekah ialah jus mangga. Jus mangga ini sangat pekat dan rasa mangga aslinya masih terasa.

Jus delima juga saya suka. Tetapi saya pasti memilih jus delima yang berjenama Nadec kerana ia sangat manis. Jus delima jenama Nadec lebih mudah didapati di Madinah berbanding di Mekah. Jus delima yang berjenama selain Nadec mempunyai rasa masam. 

Laban adalah sejenis dadih Arab yang selalu saya makan kerana ia baik untuk kesihatan terutama ketika diserang batuk selsema ketika musim panas terik di Mekah. Ia mempunyai rasa masam masam manis dan berlemak. Apabila meminumnya ia menurunkan suhu badan dan meningkatkan ketahanan sistem badan terhadap serangan bakteria.


Susu Unta dan Daging Unta



Susu unta yang diisikan ke dalam botol dan dijual segar di ladang unta

Unta di ladangnya

Saya berpeluang memakan daging unta dan minum susu unta di Mekah. Susu unta didapati dengan membelinya di ladang unta. Rasanya sangat sedap dan baik untuk kesihatan.

Begitulah antara makanan yang saya sering makan apabila berada di Mekah. Anda pula bagaimana?

Baca juga:
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 4) : Orang Melayu Mekah
Naik Haji (3): Umrah, Ziarah dan Membeli-belah Pada Musim Haji di Mekah

...bersambung

5 ulasan:

  1. Kalau di Turki kofta disebut kofte... antara makanan popular di sana dan bentuknya lebih leper...

    Jus mangga di Mekan memang sangat mengancam... macam tiada campuran air..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kofte/kofta tu macam meatball kan? Jus mangga di Mekah memang pekat.

      Padam
  2. Assalamualaikum Puan,

    melihat kepada N3 di blog puan ini, teringin lagi rasanya untuk pergi lagi ke Masjidil Haram & Masjidil Nabawi bersama isteri......

    Kini TV Al_hijrah malam ada menyiarkan keadaan di Masjidl Haram sewaktu Solat Asar.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Pesona. Semoga Allah menjemput Pesona dan isteri lagi ke Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.

      Syukurlah TV Al Hijrah siarkan Masjidil Haram sewaktu solat Asar. Terubat juga rindu di hati apabila menontonnya. Terasa tenang di jiwa melihat Kaabah, kan?

      Padam
  3. Alhamdulillah tahniah dapat ke mekah sekali lagi.Kofta tu tak pernah makan..baru tau..macam meatball kot ye puan..jus mangga pekat kat mekah memang menggiurkan..hihi.

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...