Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Memaparkan catatan dengan label EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) - Abu Dhabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) - Abu Dhabi. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

Abu Dhabi: Makanan Mahal atau Murah?

Untuk memilih makan pagi, tengahari atau malam saya mencari makanan yang sesuai dengan selera saya. Restoren yang terdapat di kota Abu Dhabi ini kebanyakannya adalah milik orang keturunan Pakistan. Jadi untuk sarapan saya memilih untuk makan roti prata berkuah kurma kambing atau kadang-kadang puri berkuahkan kari ayam serta segelas teh susu. Teh susu di sini dihidang dengan gelas yang separuh penuh. Sehidang sarapan begini berharga 4 dirham.

Pernah juga saya mencuba makan nasi beriani di sebuah restoren orang Pakistan dengan lauk ayam. Tapi saya tak habis memakannya kerana terlalu banyak, ia sesuai untuk makan dua atau tiga orang. Habislah duit poket saya 18 dirham dengan secawan teh.


Kedai macam ini banyak di sekitar hotel tempat saya duduk tu. Kedai ini tak berapa jauh dengan pesisir pantai dan tak jauh juga dengan Hotel Sheraton, hotel mewah tu.
Abu Dhabi Breakfast
 

Tengoklah gambar di atas. Inilah yang saya makan untuk sarapan pagi pada hari pertama saya di sana. Ini namanya Abu Dhabi Breakfast. Punyalah mahal. Selepas ini saya tidaklah makan makanan ni lagi..mula-mula tu saja nak cuba.

Nasi Beriani Pakistan


Nasi Beriani Pakistan selalu saya makan bersama ayam, tairu dan sayur. Nasi ini saya beli di kedai nasi beriani. Sedap memang sedap..tapi mak oii...punyle banyak...tak habis saya makan seorang. Saya tapau bawa balik.

Pizza Hut

Kalau nak makan makanan segera Amerika, boleh saja. Ada di mana-mana.

Cinnabon

Cinnabon yang selalu ada roti cinnamon roll yang sedap itu pun ada di sini. Tapi ni gerenti mahal. Kalau tak ada 40-50 dirham jangan masuk.

atau KFC
Kedai ni kedai orang Pakistan. Inilah tempat saya sarapan dan makan tengahari

Tapi saya tak suka sangat makan makanan omputih tu. Tekak saya tekak kari, tekak pedas jugak. 

Kedai kecil milik Pakistanlah tempat saya sarapan dan makan tengahari. Letaknya tak jauh dari hotel saya duduk tu.  Sebab ini kedai Pakistan, jadi tentulah nasi beriani, roti canai dan roti prata dihidangkan. Memang sedap. Sentiasa ada orang makan di sini. Tapi masa saya tangkap gambar ni orang tak ada. Sebab tulah saya tangkap gambar ni. Sebab saya segan jugaklah kalau ambil gambar orang depan-depan tanpa kebenaran. Takut dia orang marah kat saya. 

Jadi makan di kedai Pakistan murah berbanding dengan tempat lain. Sekali makan kita bayar 4-6 dirham.

Makanan mahal atau murah di Abu Dhabi itu bolehlah dipilih mengikut selera dan bajet masing-masing.

...bersambung

Isnin, 12 Disember 2011

Abu Dhabi: Lembaga Tak Berkepala


Lembaga tak berkepala? Di mana? Betulkah?





Lembaga tak berkepala ada di sini. Terkejutkah? Tentunya tidak kerana ini adalah kesenian arca orang Arab di Abu Dhabi. Arca ini dapat dilihat di Pusat Asas Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi, letaknya di tengah-tengah kota Abu Dhabi. Tidak jauh. Saya cuma berjalan kaki dari hotel saya ke sini.

Arca tak berkepala
Arca ini dipamerkan di galeri dalam bangunan ini. Arca ukiran tempatan ini menarik minat saya kerana ia tidak berkepala. Inilah arca hasil ukiran orang Islam. Anda boleh agak mengapa ia tak berkepala?

Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi

Bagi saya yang mengembara keseorangan melawat Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi ini bagaikan membawa saya ke zaman silam dalam hikayat termasyur Alfu Laila Wal Laila (Hikayat 1001 Malam). 

Bangunannya diukir dengan kesenian Islam yang terserlah pada pintu gerbangnya.
Ia dibina dengan lepaan simen dan mozaik warna biru, merah, kuning dan putih

Di dalamnya terdapat Perpustakaan Negara, Arkib Negara, galeri arca, ruang pameran, teater, bilik mesyuarat, bilik kuliah dan kedai kopi.


Di ruang legarnya dipamerkan kesenian  dan khazanah Arab.

 

Ada juga cenderahati dari Thailand, Jepun dan Afrika. 


Inilah pejabat kerajaan yang pertama saya lihat yang boleh dimasuki sesiapa sahaja tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama adalah galeri seni. Sambil menyaksikan hasil seni yang dipamerkan, saya dapat mendengar petikan piano yang dimainkan oleh seorang wanita di tepi tangga.


Diusahakan pertama kali pada tahun 2006, Pusat Penguasa Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi menyajikan Pameran Kesenian  di Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi.

 

Dengan motto “Seratus Peratus Emirat, Seratus Peratus Kraftangan,” tujuan projek ini adalah untuk mengekalkan dan menjaga kesenian Emirat.  


Wanita-wanita Arab dengan memakai abaya (jubah  hitam) dan borga (topeng) boleh kita lihat menganyam sado (benang kapas, bulu biri-biri), teli (sulaman), daun palma dan mengecat inai.

Selama ini saya hanya menyaksikan suasana ini di dalam filem. 

Perabut ruang tamu ini juga dapat dilihat di Pusat Kebudayaan Abu Dhabi.

Kerusi jati ini diukir dengan meletalkan butiran sempua pada tempat duduk dan penyandar. Cenderahati dari China untuk kerajaan Abu Dhabi
Pinggan-pinggan ini adalah hasil orang ramai yang dipertandingkan.
Katil lama dipamerkan di ruang legar Perpustakaan Negara.
Al Shasha—bot tradisional yang dibuat daripada daun palma. Ia diikat dan dianyam tanpa menggunakan paku.
Restoren ini terdapat di dalam bangunan Penguasa Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi ini.
Kita boleh memilih untuk duduk di bahagian luar atau duduk di dalam bilik. Sungguh tenang dan damai di sini.
Penat berjalan-jalan saya pun bersarapan. Sup cendawan panas, cappuccino panas dan roti bakar panas menjadi habuan saya.


...bersambung

Ahad, 11 Disember 2011

Abu Dhabi: Masjid di Celah-celah Kota

Menarik untuk saya kongsi bersama ialah masjid yang terdapat di sekitar kota Abu Dhabi. 

Masjid ini letaknya di celah-celah kota, di sekitar jalan raya yang sibuk.
Masjid ini juga letaknya di celah-celah kota Abu Dhabi berdekatan dengan Istana Hosn.
Masjid ini dibina dengan indah dengan seni bina Islam. Warna lembut, cerah dan sedondon adalah ciri-ciri yang digemari.


Kedudukan di antara sebuah masjid dengan sebuah masjid yang lain adalah amat berdekatan.
Jarak masjid amat berdekatan di antara satu sama lain.
Lagi masjid di kota Abu Dhabi

Ketika saya mendengar azan berkumandang dari sebuah masjid terdengar pula azan berkumandang di masjid lain yang letaknya di seberang jalan sahaja.
Masjid ini dibina di sebelah terminal bas dan di depan Abu Dhabi Mall.
Masjid di tengah kota Abu Dhabi

Begitu banyaknya masjid di kota mewah ini. Amat mudah untuk kita solat.

Masjid di kota Abu Dhabi pada waktu senja
Di celah-celah pusat komersial, ada masjid
Di celah-celah kompleks membeli-belah ini masjid dibina. Lampu yang menghiasi menara masjid ini kelihatan indah apabila matahari terbenam.
Masjid yang tersengam indah ini adalah masjid yang terbesar di Abu Dhabi. Inilah masjid yang ingin sekali saya kunjungi di Abu Dhabi.



Masjid Syeikh Zayed

Masjid Syeikh Zayed

Masjid Syeikh Zayed dilancarkan pada tahun 1998 adalah antara masjid yang terbesar di dunia. Ia terletak berdekatan dengan jambatan Musaffah Abu Dhabi.


Lantainya mamar dari Itali. Permaidaninya dari Parsi dianyam oleh wanita-wanita Iran. 


Masjid Syeikh Zayed
Masjid Syeikh Zayed




Ketika saya berkunjung ke sini, dikatakan pembinaannya akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Kini  dua tahun sudah berlalu. Pastinya masjid ini sudah siap pembinaannya


Sheikh Zayed bin Sultan al-Nahayan adalah presiden UAE yang pertama. Beliau mangkat pada 2004 dan dimakamkan bersebelahan dengan masjid ini. Masjid ini dapat memuatkan sehingga 40,000 jemaah. Oleh kerana binaannya di atas bukit saya dapat melihatnya dari jauh.
Saya mengambil gambar ini dari teksi yang saya naiki dalam perjalanan ke Dubai dari Abu Dhabi.

Di padang pasir juga masjid tetap dibina. Ini ialah padang pasir di antara Abu Dhabi dan Dubai.

Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah dia mengerjakan solat (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk." (Bukhari)

...bersambung

Abu Dhabi: Kota Mewah

Apakah yang boleh kita lakukan di kota mewah ini? Saya pilih untuk merayau-rayau sekeliling kota, menjamu mata melihat bangunan di sekitarnya. Saya kagum dengan senibina Arab ini. Cantik. Mewah. Eksklusif.

Tempat tinggal mewah begini letaknya di tengah-tengah kota Abu Dhabi.



Rumah-rumah di sini bergaya aparment dan villa.



Ia di kelilingi tembok tinggi lambang privasi bagi penghuninya.

Kereta-kereta Jepun, Eropah dan Korea menjadi pilihan. Awas apabila nak melintas jalan, keretanya dipandu di sebelah kiri!

Apartment bertingkat tinggi begini menjadi pilihan.
Awal pagi  di kota Abu Dhabi

Kereta dipandu dengan laju di sini. Parkir juga dibuat secara double parking. Keadaan di jalanraya belum lagi sesak kerana  masih awal pagi.

Pusat membeli-belah letaknya di tengah-tengah kota.
Jalan Hamdan, Abu Dhabi

Pelbagai jenis manusia ada. Kebanyakannya pendatang yang bekerja di sini. Kebanyakannya orang Pakistan, Filipina dan Indonesia. 

Panggung wayang

Kalau cuaca panas masuk saja ke dalam shopping complex. Boleh menonton wayang kalau mahu.

Siling pusat membeli-belah yang cantik

Atau melihat-lihat sahaja lampu pada siling pusat membeli-belah.

Lihat double parking di sini.

Atau singgah di kedai-kedai membeli sebotol dua air atau gula-gula.
Pesisir pantai di Abu Dhabi

Berjalan-jalan di kota Abu Dhabi pada musim sejuk begitu nyaman. Lebih-lebih lagi di sekitar pantainya yang indah dihiasi bunga gebra dan pohon selasih. Memang banyak sekali pohon selasih di taman ini.
Kita boleh berjoging dan mengayuh basikal. Saya pilih untuk berjalan kaki. 

Taman

Kalau lenguh mendongakkan kepala melihat bangunan tinggi, duduk saja di bangku taman yang dibina bawah pohon kurma rendang sambil melihat pancutan air. Atau pulang ke hotel untuk mandi dan berehat.


Inilah ruang dalam hotel tempat saya menginap: Howard Johson Diplomat Hotel. Dapur disediakan sekiranya ingin memasak.

Bilik Hotel Howard Johnson Diplomat yang luas

Ruang bilik tidur yang luas dan selesa. Kalau di Malaysia hotel begini kita boleh sewa RM200-250.00 satu malam, tapi yang ini saya perlu bayar RM600.00. Harga hotel di Abu Dhabi mahal kerana kurang persaingan dengan hotel-hotel lain.

 Keadaan  bilik mandi  Howard Johson Diplomat Hotel.
Tandasnya dua jenis


 Bahagian luar bangunan Howard Johson Diplomat Hotel tempat saya menginap selama di Abu Dhabi.


 Ruang lobi  Howard Johson Diplomat Hotel.


Hotel Sheraton, hotel 5 bintang terletak tidak jauh dari  Howard Johson Diplomat Hotel. Ia terletak di pinggir pantai.
Hospital ini pula berdekatan dengan Sheraton Hotel.


...bersambung