Berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal di Beijing selama 4 musim ini, saya turunkan beberapa tips untuk rujukan anda yang ingin ke Beijing.
1) Musim Bunga (awal April hingga hujung Mei)
Musim bunga di Beijing berlaku sangat pendek iaitu pada awal April hinggalah hujung Mei. Siangnya sederhana panas, berangin dan kering. Menjelang petang suhunya menurun sedikit tetapi tidaklah terlalu sejuk ~ sedang-sedang sahaja. Purata suhu bagi bulan April ialah 14°C manakala bulan Mei pula ialah 20°C.
Tetapi udara di Beijing sentiasa berjerebu disebabkan oleh pencemaran asap dari kilang, kenderaan dan ribut pasir. Bagi mereka yang mengidap lelah dan resedung cuaca begini mungkin tidak begitu selesa buat anda. Untuk mengatasi masalah ini, hendaklah memakai mask (topeng muka) untuk mengelakkan daripada menghidu udara yang tercemar ini.
Pada musim ini banyak bunga berkembangan dan kita boleh lihat bunga-bunga ini di tepi-tepi jalan. Antara bunga yang kelihatan ialah bunga iris, azalea dan mawar. Manakala untuk melihat bunga tulip anda perlu mencarinya di taman-taman.
Udara yang berjerebu begini kelihatan setiap hari di Beijing. Pada musim bunga, bunga mawar kembang mekar di sana-sini. (Gambar menunjukkan mawar menghiasi kawasan Stadium Sarang Burung di Beijing) |
Bunga iris yang tumbuh di merata tempat pada musim bunga di Beijing |
Bunga ini tumbuh liar di tepi-tepi jalan di Beijing pada musim bunga |
Orang ramai berpakaian ringkas dan nipis ketika melawat Tembok Besar pada musim bunga |
Pakaian yang sesuai untuk dipakai pada waktu tengahari dan petang pada musim bunga ini ialah t-shirt berlengan panjang dengan seluar panjang. Manakala pada lewat petang dan malam apabila suhu menurun, selain memakai t-shirt berlengan panjang eloklah memakai sehelai jaket nipis atau sweater nipis untuk memanaskan badan.
Jangan lupa menyapu losyen pelembap pada kulit kerana udaranya kering.
Jangan lupa menyapu losyen pelembap pada kulit kerana udaranya kering.
Oleh kerana cuaca yang sederhana panas/sederhana sejuk dan sedang-sedang sahaja, tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati ialah taman-taman seperti Summer Palace, Behai Park, World Park, Zazhuyuan Park, Zoo Beijing, Tembok Besar, Kota Larangan (Forbidden City) dan Tianamen Square. Untuk membeli-belah di kawasan terbuka juga sesuai seperti di Wangfujing dan Qianmen.
2) Musim Panas (awal Jun hingga pertengahan September)
Musim Panas di Beijing adalah panjang dan panas. Ia berlaku pada awal Jun hingga pertengahan September. Cuacanya hampir sama dengan Malaysia, namun siangnya lebih panjang daripada malam.
Purata suhu pada bulan Jun ialah 24°C. Pada bulan Julai purata suhunya 26°C. Bulan Julai adalah bulan yang paling banyak hujan dan yang paling panas. Pada bulan September pula purata suhunya ialah 25°C. Pada bulan September hujan juga kerap berlaku.
Pokok pine pada musim panas di Beijing |
Anak saya memakai t-shirt dan berseluar kain kapas ketika musim panas di luar Kota Larangan Beijing |
Pakaian yang sesuai ialah pakaian nipis yang biasa kita pakai di Malaysia. Ketika berada di dalam bilik, kipas atau penyaman udara eloklah dipasang supaya tidak terlalu panas.
Oleh kerana cuacanya panas di siang hari, maka eloklah melawat tempat-tempat tertutup seperti di dalam bangunan, muzium dan masjid. Membeli-belah di bangunan tertutup seperti di Yonganli juga sesuai.
Taman-taman yang sesuai dilawati ialah Summer Palace dan Taman Buluh Ungu (Zazhuyuan Park) kerana pada musim ini terdapat banyak bunga teratai di tasik dan banyak aktiviti mendayung serta menaiki bot dilakukan. Gunalah payung untuk menahan diri dari terik matahari dan dibasahi hujan. Pakailah kacamata hitam dan sapulah losyen UV protection (sun block) pada kulit yang sensitif pada cahaya matahari terik.
Saya memakai blaus nipis dan jeans di Tembok Besar China pada musim panas |
Payung menjadi pilihan ketika melawat Kota Larangan di musim panas kerana matahari sangat terik |
3) Musim Luruh (pertengahan September hingga hujung Oktober)
Musim luruh di Beijing adalah sejuk dan nyaman. Musimnya singkat. Ia bermula pada pertengahan September dan berakhir pada hujung Oktober.
Purata suhu pada bulan September ialah 20°C dan pada bulan Oktober ialah 13°C.
Musim luruh adalah musim yang paling digemari oleh kebanyakan orang China kerana ribut pasir tiada dan udaranya nyaman.
Minggu pertama Oktober adalah cuti umum dengan dimulakan dengan Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober. Ramai pelancong tempatan dari segenap pelosok negeri China datang ke Beijing sehingga tempat lawatan menjadi sesak terutamanya di Tiananmen Square. Kesesakan ini berlaku sehari sebelum Hari Kebangsaan, pada Hari Kebangsaan dan sehari selepasnya. Kalau anda tidak sukakan kesesakan orang ramai cuba elakkan melawat Tiananmen Square pada hari-hari tersebut.
Tiananmen Square pada musim luruh dihiasi dengan lanskap indah sempena menyambut Hari Kebangsaan China |
Tembok Besar China pada awal musim luruh. Kelihatan daun-daun di sini sedang menguning. Ia akan bertukar warna menjadi merah pada pertengahan musim luruh. |
Oleh kerana cuacanya yang nyaman kesemua tempat tarikan utama Beijing sesuai untuk dilawati pada musim luruh. Kawasan yang paling ramai pengunjung pada ketika ini ialah Tiananmen Square, Kota Larangan dan Tembok Besar.
Satu pesta yang diadakan setiap kali musim luruh di Beijing ialah Pesta Daun Merah. Pesta Daun Merah diadakan di Bukit Wangi atau lebih dikenali dengan Fragrant Hills. Ketika ini daun-daun hijau bertukar menjadi merah. Anda juga boleh menyaksikan daun-daun merah di kawasan Tembok Besar China di Badaling.
Pakaian yang sesuai dipakai pada musim luruh di Beijing ialah baju lengan panjang (sehelai), sweater (sehelai) atau jaket nipis. Namun begitu pakailah jaket tebal pada malam hari kerana suhu menurun dengan mendadak pada malam hari terutama pada hujung Oktober. Sapulah losyen pelembap pada kulit kerana udaranya kering.
Pakaian yang sesuai dipakai pada musim luruh di Beijing ialah baju lengan panjang (sehelai), sweater (sehelai) atau jaket nipis. Namun begitu pakailah jaket tebal pada malam hari kerana suhu menurun dengan mendadak pada malam hari terutama pada hujung Oktober. Sapulah losyen pelembap pada kulit kerana udaranya kering.
Orang ramai memasuki Fragrant Hills pada musim luruh untuk menyaksikan Pesta Daun Merah |
Fragrant Hills pada awal musim luruh. Kelihatan daun-daun di sini mula berubah warna dari hijau - kuning - jingga - merah. |
Pakailah t-shirt lengan panjang dua lapis, seluar panjang dan sneakers seperti kawan saya Adi Putra ketika berjalan-jalan di musim luruh di Fragrant Hills, Beijing |
4) Musim Sejuk (awal November hingga hujung Mac)
Musim Sejuk di Beijing adalah panjang dan terlampau sejuk. Ia bermula pada awal November sehinggalah hujung Mac. Udaranya kering. Ketika ini angin dan ribut pasir dari gurun di utara China terbang ke Beijing dan membuatkan udara menjadi berdebu.
Purata suhu pada bulan November ialah 5°C. Bekalan haba panas ke rumah-rumah dan bangunan awam mula dibekalkan oleh pemerintah China pada pertengahan November.
Kita boleh saksikan bangunan yang dibina khas oleh pemerintah China untuk membakar bahan api bagi bekalan haba panas ini. Ia mudah dicam melalui asap yang berkepul-kepul keluar melalui serombong asap. Sila KLIK DI SINI untuk melihat bangunan pembakaran bahan api.
Kita boleh saksikan bangunan yang dibina khas oleh pemerintah China untuk membakar bahan api bagi bekalan haba panas ini. Ia mudah dicam melalui asap yang berkepul-kepul keluar melalui serombong asap. Sila KLIK DI SINI untuk melihat bangunan pembakaran bahan api.
Manakala bulan Disember suhunya menurun di bawah 0°C dan purata suhunya ialah -2°C. Salji turun tidak menentu. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang seminggu 3-4 kali, kadang-kadang sebulan 2 kali...
Pada bulan Januari suhunya paling sejuk dengan purata suhunya ialah -4°C. Namun begitu suhu di Beijing boleh turun tersangat melampau sehingga -17°C atau -20°C pada bulan Januari. Oleh kerana musim sejuknya panjang dan terlalu sejuk, air sungai, tasik dan parit menjadi beku.
Pada bulan Februari suhunya pula semakin meningkat dengan purata suhunya ialah -1°C dan semakin meningkat lagi pada bulan March dengan purata suhunya ialah 6°C.
Pada bulan Januari suhunya paling sejuk dengan purata suhunya ialah -4°C. Namun begitu suhu di Beijing boleh turun tersangat melampau sehingga -17°C atau -20°C pada bulan Januari. Oleh kerana musim sejuknya panjang dan terlalu sejuk, air sungai, tasik dan parit menjadi beku.
Pada bulan Februari suhunya pula semakin meningkat dengan purata suhunya ialah -1°C dan semakin meningkat lagi pada bulan March dengan purata suhunya ialah 6°C.
Salji sedang turun di kampus Universiti Komunikasi China di Beijing |
Selepas salji turun di kampus Universiti Komunikasi China di Beijing |
Air parit menjadi beku pada musim sejuk di Beijing |
Tembok Besar China kurang dikunjungi ramai pada musim sejuk |
Tasik di kampus Universiti Peking ini beku ketika musim sejuk dan dijadikan tempat bermain ice skating |
Oleh kerana cuaca terlalu sejuk adalah sesuai melawat tempat-tempat di dalam bangunan seperti muzium dan tempat membeli-belah.
Tempat-tempat yang sesuai untuk bermain ski ialah di Stadium Nasional (Stadium Sarang Burung), tasik beku di kampus Peking University, Badaling Ski Resort (di kawasanTembok Besar China) dan Qiabao Skiing Dome.
Apakah pakaian yang sesuai dipakai pada musim sejuk di Beijing? Untuk itu, saya akan jawap pertanyaan ini dalam entri akan datang.
...bersambung
Musim yang sesuai untuk lawat Bejing ?
BalasPadamMusim yang sesuai untuk melawat Beijing bergantung kepada kehendak dan keperluan seseorang. Bagi mereka yang sukakan cuaca yang sederhana panas, bolehlah datang pada musim bunga tetapi perlulah bertarung dengan jerebu. Bagi mereka yang suka bermain dengan salji, bolehlah datang ketika musim sejuk tetapi perlu bertarung dengan cuaca yang terlalu sejuk. Bagi saya, saya lebih suka musim luruh kerana udaranya sederhana sejuk, kurang jerebu, tidak panas dan berpakaian tidak perlu tebal.
PadamAlamak... tahan ke saya di Beijing nanti...
BalasPadamBila Mie nak ke Beijing?
PadamMie tak tahan panas ke sejuk?
ehem eheeem PLM hehehe
PadamTahun ni kot PLM nak pi.
PadamPengalaman ke Beijing dgn agent sangat teruk..the holiday was spoilt sebab 80% time pergi kedai wajib yg membosankan dan penuh penipuan! serik
BalasPadamPergi sendiri macam saya, lebih puas. Kita boleh pilih tempat yang kita minati dan lakukan aktiviti yang kita minati sahaja.
Padammaksud puan macam mana? puan berjalan di sana sendiri dengan mengunakan public transport atau sewa kereta? mcm mana dengan arah tuju? sbb saya akan ke sana tahun depan tanpa mengunakna ajen pelancongan..
PadamMohd Zulhilmi mungkin baru membaca blog ini. Saya berada di China selama 9 bulan. Selama saya di sana, saya menulis blog kembara saya dari saya. Saya berjalan di China sendiri dengan menggunakan keretapi, bas, beng beng dan basikal. Kadang-kadang saya ada kawan. Sila baca entri-entri saya itu untuk mengetahui cara saya mengembara. Lihat menu di atas dan carilah tajuk "KEMBARA ASIA TIMUR" - CHINA
PadamPuan masih berada di Beijing sekarang ini?
PadamSaya sudah tidak tinggal di Beijing sekarang.
PadamSalam... Nmpknya musim luruh terbaik utk ke Beijing ya prof....
BalasPadamSalam Putri.
PadamYa, musim luruh lebih sesuai untuk semua orang sebab panas sangat tidak, sejuk sangat pun tidak - just nice. Baju tak payah pakai tebal-tebal. Berjalan-jalan di luar pun tak cepat penat.
Assalam, alhamdulilah Allah SWT telah izinkan saya menjejakkan kaki ke Beijing pada musim sejuk, memang satu pengalaman yang mendewasakan saya kerana cuaca dua negara yang cukup berbeza. Pernah saya komen pada blog Prof, saya tidak mungkin ke sana lagi, tetapi bila membaca tulisan Prof kali ini membuatkan saya berazam mahu kesana lagi tika musim bunga & musim luruh! Pasti mengujakan Prof suasana ketika kedua musim ini ya.
BalasPadamWaalaikumusalam Nanie,
PadamCuaca musim sejuk di Beijing memang teramat sejuk dan kering. Tak ramai yang sukakan cuaca begini. Boleh cuba datang di lain musim. Saya sarankan Nanie pergi pada musim luruh kerana ia lebih sesuai untuk kebanyakan orang. Kita tak perlu memakai baju tebal atau berlapis-lapis, kalau berjalan kaki tak berpeluh-peluh, udara pun kurang berjerebu.
best jugak musim sejuk kat Beijing ni.
BalasPadamNampaknya Cik Cerita pernah berada di Beijing pada musim sejuk dan menyukainya :) Main salji tak?
PadamSaya bru blik DRI Beijing skrg musim sejuk memg sejuk Sgt smpi malas nak kluar berjln elok LA kite GI musim bunga bln 3 tahun depan sy GI lagi
PadamWow, seronoknya.
PadamPendek sgt musim luruhnya ya
BalasPadamHarga hotel mungkin mahal tak?
Ya, pendek musim luruhnya, Nana tron.
PadamOleh kerana orang ramai datang ke Beijing pada musim luruh, harga hotel lebih mahal. Berbanding dengan musim sejuk yang mana orang kurang datang ke Beijing, harga hotel dan tiket kapal terbang murah.
teringin nak pergi beijing.. tak tau bila
BalasPadamBoleh...bila-bila senang :)
Padamdulu plan nak ke Beijing tapi tiket mahal sbb plan last minute.. jadinya ke Hangzhou.. tp itupun daaaa trketar2 tahan sejuk.. paling rendah ada -1 kot kat hangzhou.. tp salji x ada huurm..
BalasPadamKalau nak tengok dan pegang salji kena ke bahagian utara China. Beijing salah satunya. Bulan Disember dan Januari kerap ada salji.
Padamkami akan ke beijing insyaAllah tahun depan.rasanya hotel mana yg paling sesuai utk group kecil kami yg seramai 8 org.kami juga tidak menggunakan travel agent.
BalasPadamTerdapat banyak hotel bajet hingga hotel mewah di Beijing. Seelok-eloknya carilah hotel yang berdekatan dengan stesen keretapi seperti di Laluan 1 dan 2. Tiananmen yang terletak di Laluan 1 mempunyai tempat sejarah menarik untuk dilawati. Wangfujing dan Xidan di Laluan 1 mempunyai tempat untuk membeli-belah. Manakala Dongsi yang terletak di Laluan 2 mempunyai masjid.
PadamGood entry :) , nxt week sy nk gerak beijing. boleh tak suggest apa losyen yg okay selain vaseline? awak ada ckp sana ada jual losyen yg sesuai utk weather dia. blh tau tak mana nak beli dkt sana?
BalasPadamUntuk jawapan itu Madihah kena baca entri berikutnya.
PadamTeringin pergi beijing musim salji.. Tp nanti da ade anak.. Kalau bby bole ke stay kat musim salji ya?
BalasPadamInsyaAllah boleh.
PadamSalam.sy ber3 akan ke beijing akhir bln 3 ni..boleh x tn suggest hostel yg strategik utk kami..tq
PadamCarilah hostel yang berdekatan dengan stesen subway.
PadamSaya pergi ke Beijing 12MAC Hingga 18MAC 2016, Betul ke musim sejuk encik?
BalasPadamSaya pergi ke Beijing 12MAC Hingga 18MAC 2016, Betul ke musim sejuk encik?
BalasPadamKak Mai, kenapa panggil saya encik? Saya kan ke perempuan.
PadamYa, Mac masih bulan sejuk di Beijing.
Assalamualaikum prof..sy plan akn ke beijing pd buln sept ni.mohon pcerahan dr prof ttg hotel yg plg dkt ngn tpt2 sejrh dan pgangkutan per yg paling mudh digunakan utk ke tempat2 tersebut.tq
PadamPengangkutan yang paling mudah dan cepat dan kerap ialah keretapi. Saya telah menulis tentang ini dalam entri-entri lepas. Sila baca di bawah tajuk "Panduan Menaiki Keretapi Di Beijing (1), (2), (3)."
PadamSeelok-eloknya carilah hotel yang berdekatan dengan stesen keretapi seperti di Laluan 1 dan 2. Tiananmen yang terletak di Laluan 1 mempunyai tempat sejarah menarik untuk dilawati. Wangfujing dan Xidan di Laluan 1 mempunyai tempat untuk membeli-belah. Manakala Dongsi yang terletak di Laluan 2 mempunyai masjid. Terdapat banyak hotel bajet atau mewah untuk Fathilah pilih. Fathilah boleh Google dengan hanya menaip hotel Wangfujing atau Tianmen atau Dongsi atau Xidan.
Jazakallahukhair ats penergn yg details prof
PadamSemoga Fathilah selamat dan seronok di sana :)
PadamMaafkan saya puan.. Tapi di bulan mac ada turun salji ke tidak puan?
BalasPadamKak Mai, sukar untuk sesiapa mengetahui adakah salji akan turun pada bulan Mac atau tidak. Ini disebabkan Mac adalah bulan peralihan daripada musim sejuk kepada musim bunga yang hampir sedikit panas. Suhu puratanya ialah 6 darjah celsius. Jadi dalam keadaan suhu begini adalah sukar untuk salji turun kerana biasanya salji turun apabila suhu menjadi 'minus' atau di bawah 0 darjah celsius. Pada pertengahan Mac juga, haba panas yang dibekalkan/disalurkan oleh pemerintah China diberhentikan.
PadamTerima kasih puan atas info yang sangat bermakna untuk saya.. Saya ke beijing esok 12mac (sabtu) adakah saya perlu membawa pakaian musim sejuk atau tidak perlu? Di sebabkan peralihan ke musim bunga
BalasPadamPerlu bawa pakaian musim sejuk kerana suhunya masih sejuk. terutama waktu malam dan awal pagi, cuma salji sahaja yang kemungkinan sukar untuk turun pada musim peralihan ini.
PadamAssalamualaikum Prof.
BalasPadamSaya & suami bercadang utk bercuti di Beijing pd bulan Disember 2016 nnti.
Segala keperluan utk ke sana belum disediakan dan masih dalam perancangan.
Alhamdulillah bila bc blog ini baru saya & suami dpt sedikit gambaran keadaan cuaca di sana.
Cumanya skrg saya & suami masih tercari2 jenis pakaian yg hendak dipakai apabila ke sana.
Boleh Prof beri sedikit gambaran pakaian yg sesuai dipakai utk berjalan2 dan main ski di sana.
Terima kasih Prof.
Waalaikumusalam Hayati,
PadamSoalan Hayati itu telah terjawab melalui entri saya yang bertajuk
"10 Panduan Pemakaian Musim Sejuk di Beijing". http://nota-kembara.blogspot.my/2015/06/10-panduan-pemakaian-musim-sejuk-di.html
Sila baca entri ini untuk mengetahui jawabannya. Atau klik saja entri berikutnya :)
bagaimana keadaan udara di Beijing pada 26 Feb 2017 sehingga 05 Mac 2017. Masih ada salji atau tidak. Dan pakaian apa yang sesuai untuk dipakai.
BalasPadamUi Lok,
PadamSalji tak menentu turunnya. Mungkin pada tarikh itu ada salji kerana ia masih sejuk, tetapi turunnya bukanlah setiap hari.
Soalan Ui Lok itu telah terjawab melalui entri saya yang bertajuk
"10 Panduan Pemakaian Musim Sejuk di Beijing". http://nota-kembara.blogspot.my/2015/06/10-panduan-pemakaian-musim-sejuk-di.html
Sila baca entri ini untuk mengetahui jawapannya. Atau klik saja entri berikutnya :)
Salamm.. ke beijing perlukan visa tak... saya nak ke beijing bulan 2 nanti x brani bwk anak2 musim sejuk takut anak x tahan dengan cuaca... x pastisejuk tahap mana.. sednagkan di sini kalu aircond saja anak dah selsema... ��
BalasPadamSiti,
PadamUntuk ke Beijing, orang Malaysia perlukan visa.
Tq naramas aman..saya n famili telah 2x p beijing secara sendiri dgn byk mngikuti panduan dr akak naramas..mmg trbaik..saya pergi pertama kali bln nov 2012..nasib saya agk baik dpt pegang salji d great wall..n dec 2013..saya p xda salji..apapn saya ttp suka mlancong d musim sejuk..kerana ada kelainan..dr segi pakaian n udara sejuk..mmg xkn dpt merasa bgi kita yg dok d tropika..
BalasPadamSama-sama Haryati Hamid. Gembira saya mengetahui yang Haryati telah ke Beijing dua kali dan mengikuti panduan yang saya tuliskan. Tentu Haryati sudah mahir selok-belok Beijing pada musim sejuk, kan? :)
Padamtq prof.saya akn bca blog puan just in time akn pergi beijing pd 19 april 17 ni.
BalasPadamSemoga selamat dalam perjalanan
PadamKlu sy pergi ke beijing pada pertengahan mac, puan rasa masih boleh bermain ice skating tak
BalasPadamMac masih musim sejuk di Beijing, namun salji semakin berkurangan turunnya dan tasik beku untuk bermain ice skating mungkin ditutup kerana ais semakin lembut/cair.
PadamMac masih musim sejuk di Beijing, namun salji semakin berkurangan turunnya dan tasik beku untuk bermain ice skating mungkin ditutup kerana ais semakin lembut/cair.
PadamSalam. Saya nak ke beijing dalam 21 disember. Apakah cuaca sejuk di sana teruk ya? Boleh tak melihat salji di beijing tanpa ke ski resort?
BalasPadamTerima kasih.
Nurul Izzatty,
PadamHujung bulan Disember di Beijing sangat sejuk. Kemungkinan salji turun dengan kerap dan boleh dilihat tanpa ke ski resort. Tapi turun atau tidak salji itu semuanya urusan Allah.
Saya bercadang nk ke beijing penghujung january 2018 hingga awal february 2018..ada,kah suhu ketika itu tersangat sejuk & kering?..brp degree biasa nya suhu ketika itu& bagaimana dgn salji di great wall?..apa kah tarikh itu masih ada salji?
BalasPadamBestnya Beijing. Dekat mana ya nak tengok bunga cantik-cantik dekat Beijing?
BalasPadamBunga-bunga cantik itu boleh dilihat pada musim bunga atau musim panas samada di taman-taman atau di tepi-tepi jalan.
PadamEsok saya ke beijing. Tak sabar sangat. Kena bwk baju banyak ke? 😁😁.
BalasPadamTak perlu bawa banyak baju sebab musim sejuk tak berpeluh.
PadamPuan, kalau pegi ke beijing pd 1 November hga 6 November masih musim luruh ke?
BalasPadamDah masuk musim sejuk. Waktu rasmi musim sejuk bermula 15 November. Pada masa ini kerajaan China sudah mula memasang/memasukkan suhu heater ke rumah-rumah.
PadamLps bc baru nampak jelas sikit..TQVM. Taksabar pulak nk pi Beijing Mac 2020...moga dpermudahkan
BalasPadamAamiin.
PadamTq prof
BalasPadamTerima kasih kerana merujuk blog ini.
PadamPuan,InsyaAllah 30 Nov 2019 saya dan keluarga akan ke Beijing.Tq dapat banyak tips drp puan dn rakan-rakan yang respond.Tapi dihati nie tetap rasa risau takut tk tahan sejuk.
BalasPadamSelamat berangkat.
PadamBuat persediaan rapi semoga semuanya selamat.
WOW. Terima kasih upload post 4 musim di Beijing, banyak membantu saya nak buat planning ke pelancongan Beijing. Nak tanya la, makanan halal senang dapat tak? Walaupun China bukan negara muslim, tp dengar kata ramai kawan muslim singgah di China.
BalasPadamRiki,
PadamMakanan halal sangat senang didapati di Beijing. Penduduk Islam ramai di China. Di mana-mana Riki pergi boleh nampak mereka. Baca panduan yang telah saya berikan di dalam entri bertajuk PANDUAN UNTUK UMAT ISLAM DI BEIJING. Ini pautannya http://nota-kembara.blogspot.com/2012/12/panduan-untuk-umat-islam-di-beijing.html
Menariknya blog ni
BalasPadamSemoga Intan terus mengikuti blog saya ini.
Padam