Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 24 Julai 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING # 7: Istana Musim Panas

I stana Musim Panas (Summer Palace) adalah destinasi kembara saya di Beijing seterusnya.

Kali ini saya tidak sendirian ke sini, ini disebabkan kawan-kawan saya iaitu siswi dari Unviersiti Beiyu mengajak saya ke sana. Kira-kira enam orang semuanya. Ajakan itu saya sambut dengan gembira tambahan pula anak saudara saya baru sampai dari Ipoh, jadi sayapun heretlah dia sama.



Cuaca hari itu amat panas. Oleh kerana tidak membawa payung, kamipun ramai-ramai beli topi yang dijual di kaki lima di kawasan luar Istana Musim Panas. Cuma 10yuan (RM5) sahaja .

Istana Musim Panas ini amatlah besar dan tak boleh habis melawatnya dalam sehari.



Terdapat empat kawasan utama di kawasan Istana Musim Panas ini: Kawasan istana, kawasan tasik, kawasan bukit bahagian depan dan kawasan bukit bahagian belakang.
“Kena datang 3 kali baru habis melawat taman ini,” kata kawan-kawan saya yang sudah datang kali kedua. Kali pertama mereka ke bahagian istana.

Oleh kerana ia sebuah taman yang luas, kami cuma dapat melawat bahagian tasik sahaja pada hari itu.



Di  bahagian tasik Istana Musim Panas ini ada banyak pokok-pokok di pinggir tasik dan bangunan-bangunan bersenibina China purba.


Tasik yang luas di taman ini bernama Tasik Kunming. Pulau yang berada di tengah-tengah Tasik Kunming ini adalah Pulau Nanhu dan ia disambung ke tanah besar oleh sebuah jambatan berbentuk gerbang melengkung.





Pohon-pohon teratai berdaun lebar mencuar dari permukaan air tasik. Bunga-bunga teratai belum lagi berputik kerana ketika itu belum masuk musim panas --penghujung musim bunga.




Untuk ke pulau di tengah-tengah tasik, kita boleh naik feri, bot atau jambatan. Kami pilih bot yang boleh dikayuh dengan kaki. Sungguh gembira rasanya menaiki bot dengan kawan-kawan, sekali-sekala ada juga kami terlanggar bot-bot yang lain. Sambil itu kami sempat ambil gambar dan menikmati suasana taman dengan angin meniup-niup wajah kami. Kami gelihati melihat gelagat Fasha dan Kamilah yang berpura-pura berlagak seperti Jack dan Rose yang mendepangkan tangan di atas dek kapal dalam filem Titanic, tapi tak jadi.

 
Istana Musim Panas ini dahulunya adalah tempat rehat keluarga diraja zaman Maharaja China dalam Dinasti Ching. (Kira-kira pada abad ke-17). Ia dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini.

Ini adalah antara contoh terbaik Taman Diraja China. Ia juga mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai satu Warisan Dunia.


Ramai yang datang untuk bersantai, bersiar-siar dan berehat-rehat. Alunan muzik tradisional China dimainkan oleh pemuzik tempatan  di bawah pokok pinggir tasik memukau setiap pengunjung.


Cuaca yang panas membuatkan tekak kami mengidam aiskrim. Mujurlah ada aiskrim berlogo halal dalam tulisan China dijual di situ.

Apabila tiba waktu solat, kami solat di bahagian belakang tembok di taman itu.


Seharian di Istana Musim Panas mengajar kami untuk mencintai alam. Mungkin saya akan datang lagi untuk melawat bahagian lain di Istana Musim Panas yang indah dan luas ini.

Cara ke sana :

Ambil subway laluan 4, turun di Beigongmen atau turn di Stesen Xiyuan, keluarlah dari stesen itu ikut pintu C, kemudian jalan ke arah Barat.




Pertama kali melihat pondok telefon awam berbentuk bangunan China purba memikat hati saya.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara menarik dan taman-taman yang cantik di China ini. Dalam entri akan datang saya ingin mengajak anda ke taman lain pula. Xai xien!

10 ulasan:

  1. bersyukur sgt jumpa blog prof.byk info yg saya dpt. teruskan blogging !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih eKa kerana setia mengikuti blog saya ni :). Maaf terlambat balas komen eKa kerana saya ke Xian jadi tak dapat berblogging semasa di Xian.

      Padam
  2. Prof,tmpt ni mmg mudah dicari yer.kalu ikut direction prof mmg terus jumpa ye.lama tak nak hala ke barat tu.agak2 berapa meter.bukan apa, kalau mudah saya malas nak gi dgn pakej.jimat duit :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni memang mudah dicari, terutama sekali kalau naik subway. Jalan ke arah Barat tu taklah jauh mana, kira-kira 10 minit jalan kaki gitu.

      Padam
  3. salam..

    masa ke China dulu, miss this place.. gara2 salah makan.. sedihh..nak pegi lagi i m not very sure..tak berminat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azian Elias, Salam kembali :)
      Miss this place? Tak mengapa. Azian sudah menjejakkan kaki ke negeri Chinapun sudah bertuah. Ramai lagi orang yang tidak berpeluang sampai ke China.

      Padam
  4. Berapa tambang utk naik bot di tasik kunming? adakah harga subway di semua stesen adalah sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,
      Tambang naik bot di Tasik Kunming itu tak mahal mana. Saya dah lupa berapa. Masa saya naik tu adik-adik (student) Beiyu yang belanja saya.

      Di Beijing, tiket subway semua sama, 2 yuan (RM1) sahaja untuk sekali masuk tidak kira jauh atau dekat. Ini bermakna kalau keluar dari stesen subway dan nak masuk semula, kena bayar semula 2 yuan. Murah, kan?

      Padam
  5. Salam. Cuma nak ckp rindu sgt ngan tempat ni. Masa pergi dulu time winter, sebesar2 tasik Kunming tu pon boleh beku sepenuhnya. Saya sndiri pon hampir beku jugak sebab suhu negatif ditambah pulak dgn cuaca berangin. Antara tempat cantik wajib pergi kalau ke Beijing ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jcbyakuya.
      Kalau musim panas ramai orang naik bot di tasik tu, tapi kalau musim sejuk dan tasiknya beku, agaknya mereka main ice skating. Cuaca sejuk berangin itu membuatkan pemandangan bertambah cantik. Agaknya inilah yang membuatkan Jcbyakuya merinduinya?

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.