Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dah lama rasanya tak berblogging...bukan pasal apa...ini disebabkan blogspot di China ni macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Tetapi alhamdulillah sekarang saya kembali semula setelah masalah itu saya dah dapat selesaikan. Jadi maaflah kalau ada rakan-rakan yang menulis komen tapi lambat saya balas. Sebenarnya saya selesaikan masalah ini dengan membayar perkhidmatan untuk mengakses laman web yang disekat di China ni.
Selamat Menyambut Ramadhan! Hari ini kami di China dah mula berpuasa.
Kembali semula kisah saya di Beijing yang tertunggak sekian lama.
Tidak lengkap ke Bejing tanpa menjejakkan kaki
ke Tembok Besar. Pepatah China mengatakan bahawa bukan lelaki sejati namanya
kalau tidak pernah menjejakkan kaki ke Tembok Besar ini. Rasa tercabar?
Saya telah sampai ke sini pada hujung Mei 2012! Yeay!
Yang membanggakan saya, saya pergi sendiri. DIY
Great Wall! Maksudnya saya pergi tak payah guna ejen pelancongan. Saya pergi sendiri
naik keretapi! Dalam buta huruf dan tak tahu cakap China ni saya dah berjaya
sampai! BESTNYA!!!
Selalunya saya Kembara Solo di Negara Tembok
Besar ni. Tapi kali ini saya pergi berdua dengan anak saudara saya Fatihah (bukan nama sebenar). Dia
baru sampai dari Ipoh, datang melawat saya. Anak saudara saya ni berusia 19 tahun.
Kami bertolak awal pagi dari rumah. Kami menaiki
subway laluan Batong. Kemudian tukar ke laluan 1, ke Fuxingmen. Kemudian tukar
ke Laluan 2 untuk ke Xizhimen.
Kemudian kami jalan kaki ke stesen keretapi
Utara Beijing. Di sinilah stesen keretapi ke Tembok Besar itu. Senang saja kami cari stesen ini, ikut arahan anak panah sahaja. Kami keluar ikut Laluan 13. Terus jumpa Stesen keretapi Utara Beijing (Beijing North Sation) tak jauh dari situ.
Kemudian kamipun belilah tiket. Mula-mula pergi ke
kaunter 1. Tapi lepas dah beratur mereka suruh pergi ke kaunter lain pula. Apabila saya tanya
di mana nak beli tiket ke Badaling (setesen terdekat dengan Tembok Besar), penjual tiket tu hentam cakap China. Saya beritahu dia saya tak tahu cakap China. Tapi dia teeruusss cakap China, berjela-jela pulak tu. Dia tunjuk-tunjukan jari ke arah kaunter penerangan. Maksudnya, dia suruh kami tanya
kaunter penerangan. Kami pun pergilah ke kaunter penerangan yang kami sangka penyelamat kami. Tapi kaunter penerangan pun dua kali lima, sepatah bahasa Inggerispun dia tak tahu. Masalah,
betul.
Kamipun agak-agak sajalah hendak ke kaunter mana. Tak lama kemudian kami
nampak ramai orang mula beratur termasuk Mat Salleh di kaunter 7 dan 8. Kemudian kami dengar pengumuman dalam bahasa China. Yang saya faham cuma "Badaling! Badaling!" Jadi saya agak inilah tempat beli tiket ke Badaling. Saya dan anak saudara sayapun beratur beli tiket. Harga tiket keretapi murah sangat-sangat, 6yuan (RM3) sahaja untuk pergi
ke Badaling.
Lepas beli tiket, kamipun masuk ke ruangan menunggu
dalam stesen dan terus beratur. Walaupun pintu platform belum dibuka orang
sudah ramai beratur. Kami ni kira beratur dalam barisan depan jugaklah. Kami
menunggu di platform 6, untuk naik keretapi S209.
Lama juga kami beratur, dalam 45 minit. Setelah
itu, keretapipun sampai. Lalu pagar platform dibuka. Sebaik-baik sahaja
pagar dibuka, kami lihat orang berlari meluru ke arah keretapi. Kamipun turut lari.
Takut tak dapat tempat duduk. Jenuh berdiri sejam lebih nanti.
Kamipun masuk ke dalam kererapi dan cari tempat duduk. Cepat-cepat cari. Akhirnya kami dapat tempat duduk. Macam main musical chair pulak.
Perjalanan memakan masa sejam 18 minit ke Badaling. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan kebun, kampung, gunung-ganang dan rumah-rumah petani. Menarik!
Setelah
sampai di Badaling, kamipun turun dan berjalan kaki menuju ke Tembok Besar. Kami ikut orang ramai. Semua dalam keretapi tadi hendak ke Tembok Besar. Kami berjalan lebih kurang dalam 800 meter. Tak jauh.
Apabila sampai di kaki Tembok Besar kamipun beli tiket. Kami pilih
dua cara iaitu menaiki kabel dan kemudian berjalan kaki. Untuk kabel kami bayar
80yuan (RM40) pergi balik, untuk yuran masuk ke Tembok Besar kami kena bayar
45 yuan (RM22.50). Jadi jumlah semuanya 125
yuan (RM62.50).
Kamipun beratur dan menaiki kereta kabel. Seronok. Dari dalam kabel, kami dapat melihat Tembok Besar yang panjang dan megah,
gunung-ganang, jurang dan persekitaran dari arah atas. Cantik.
Setelah sampai di atas, hampir ke kemuncak gunung, kamipun turun dari kereta kabel. Kemudian kami jalan kaki dan mendaki ke
bahagian atas Tembok Besar.
Ramai sungguh orang yang datang, walaupun itu
hari bekerja.
Sudah tentu kami bergambar di sini. Orang China
juga suka meminta kami bergambar dengan mereka. Memang menjadi kebiasan orang
China suka bergambar dengan kami setiap kali kami ke mana-mana di Beijing.
Mungkin pada pandangan mereka kami ini amat berbeza dengan mereka.
Kami amat kagum dengan binaan Tembok Besar ini.
Saujana mata memandang. Warisan terpelihara ini memang hebat.
Waktu sudah tengahari. Cuaca tidaklah panas
sangat. Ketika ini hujung musim bunga. Kami duduk berehat di atas tangga Tembok Besar lalu makan nasi
goreng yang kami masak di rumah pagi tadi. Seronoknya dapat berkelah nasi
goreng di Tembok Besar!
Setelah puas di Tembok Besar kamipun turun.
Kami pun singgah di kedai-kedai membeli-belah. “Luke! Luke!” (sebenarnya "Look! Look!") kata
peniaga-peniaga itu mengajak kami melihat barang-barang jualan mereka. Saya beli
fridge magnet. Harganya tidaklah mahal, 50yuan (RM25) untuk 10 buah, gambar
Tembok Besar. Kemudian saya beli pinggan seramik bentuk Tembok Besar, 30yuan
(RM15). Semuanya saya tawar separuh dari harga yang diletakkan.
Setelah itu kami mengambil wuduk di bilik air
yang letaknya di kaki bukit. Lalu mencari tempat yang sesuai untuk solat. Di belakang tembok, di tepi jalan.
Setelah itu kamipun pergi semula ke stesen
keretapi Badaling. Kami lihat tiang-tiang lampu diukir dengan bentuk Tembok
Besar. Patung pahlawan menaiki kuda pun ada di tepi jalan.
Kami menunggu ia dibuka. Apabila kami tanya pegawai-pegawai
di situ, bila tiket mula dijual, mereka semua balas dengan bahasa China. Kantoi!
Lepas seorang demi seorang keluar dari dalam stesen untuk cuba menjawab soalan
kami. Semuanya tersengih-sengih sebab tak tahu bahasa Inggeris. Semua berusaha untuk menolong tapi tak berdaya. Lama-lama
barulah faham bahawa kaunter tiket akan dibuka pada 5.00 petang. Merekapun ajak
kami masuk dan suruh kami duduk di kerusi. Kamipun menunggu dalam 1.5 jam di
setesen keretapi.
Sambil menunggu itu kami ditegur oleh seorang
lelaki China. Namanya Feng. Kamipun berbual-bual dalam bahasa Inggeris. Feng seorang
siswa dari Peking University. Kemudian dia membantu kami membeli tiket apabila
kaunter tiket dibuka. Sampai sekarang kami masih berkawan dengannya. (Saya tahu
dia nak mengorat anak saudara saya tu he he he)
Setelah tiket diperolehi dan keretapipun sampai.
Kamipun pulang meninggalkan Tembok Besar. Sayup-sayup Tembok Besar itu hilang dari
pandangan kami apabila keretapi bergerak meninggalkan Badaling.
Salam...bukan senang nak ke tembok besar sendiri..he..he..tp NA berjaya jugak ye...syabas..syabas... itulah satu masalah kalau ke china kan..? saya so far x pernah lagik ambik tour melalui agency except for my Beijing trip.. memng x boleh nak survive rasanya tanp TA... ni info yg sngt informative as not so many people go to the Great Wall on their own..who knows may be i want to revisit the Great Wall in the future on my own, this post is definitely a must read!
BalasPadamSalam Farikica. Memang tak sangka juga dapat sampai ke Tembok Besar dengan sendiri. Dengan keadaan orang China yg ramai tak tahu bahasa Inggeris ni memang susah. Saya pun kadang2 hampir give up kalau travel di China ni sendiri. Tapi alhamdulillah so far so good, masalah tu rupa2nya dapat diselesaikan. Ada saja jalan/cara/orang yg dapat membantu menyelesaikannya he he he.
PadamYa kalau Farikica nak ke Tembok Besar sendiri dah tak jadi masalah. Rujuk saja blog ni. InsyaAllah sampai.
Salam Yong
BalasPadamSalam Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa di perantauan. Nanti boleh cerita kisah rakyat tempatan menjalani ibadah berpuasa pulak.
Dah ada cable car naik ke atas tu....bestnyer, dapat panjat sampai atas puncak.
Salam kembali ASP Yong,
PadamSelamat menjalani ibadat Ramadhan. InsyaAllah kalau ada kisah menarik di bulan Ramadhan di China ni nanti saya kongsikan di sini.
Ada cable car, kami naik sebab kaki lenguh, banyak berjalan he he he
Good info.. Mana tahu ada rezeki ke Beijing nanti, bolehlah guna cara yg NA gunakan.
BalasPadamSelamat berpuasa di rantauan...
Selamat menjalani ibadat Ramadhan, Mie. Kalau nak kepuasan dan melihat dengan lebih dekat masyarakat dan suasana Tembok Besar China, boleh guna panduan saya ni, insyaAllah sampai.
Padamterbaik la chikkk..haha....
BalasPadamYe ke terbaik? :)
Padamsory lmbt wish...selmt berpuasa
BalasPadamSelamat beribadat di bulan Ramadhan, semoga amalan digandakan :)
PadamSalam Prof.
BalasPadamMacam menarik jer kalo naik cable car. Ade le chance sikit nk ke puncak kot..cable car tu sesak ke (lama ke nak Q) ? sbb banyak blog x tulis psl cable car nie.
selain Bandaling ade lg satu entrance, Mutianyu.. katanya kurang sesak.. ???
komen sikit...
Salam kembali Meor Fawi,
PadamMenarik juga naik cable car ni. Tapi ia naik tak tinggi sangat,sekejap je duduk di dalam cable car tu dah sampai. Kami kena turun di pertengahan bukit Tembok Besar tu, tidak sampai ke kemuncak. Rasa tak puas. Tapi yang menarik tu dapatlah tengok pemandangan dari atas. Masa kami pergi hari itu tak sesak, tak perlu Q lama. Banyak blog tak tulis pasal cable car ni sebab kebanyakan mereka pergi dengan rombongan. Jadi rombongan nak cut cost jadi tak bawa naik cable. Hanya penduduk tempatan dan orang yang tinggal di Beijing saja naik keretapi dan pilih cable car.
Sebenarnya saya sudah ke Tembok Besar ni banyak kali. 4 kali kalau tak silap. Setiap kali pergi saya naik keretapi walaupun ada bas ke sana. Pergi banyak kali tu sebab setiap kali ahli keluarga dan kawan-kawan datang melawat saya, saya mesti bawa mereka ke sini.
Kalau ikut Mutianyu juga boleh, tak sesak menurut kata orang, pemandangannya juga cantik. Tapi saya tak pernah ikut Mutianyu sebab untuk ikut entrance itu kena ada kenderaan sendiri atau naik teksi/bas yang disediakan oleh travel agent. Tidak ada keretapi ke situ.
Pengalaman kami berkunjung ke Greatwall agak adventurous kerana pergi naik keretapi dari stesen keretapi Beijing North Railway Station ke Stesen keretapi Badaling. Apabila balik naik bas sambung-sambung. Selesai mengunjungi Greatwall, tunggu di hentian bas berhampiran, rancangan asal nak naik bas 919路 tapi tiba-tiba muncul pula bas 880路. Saya tanya conductor bas, dia cakap bas 880路 juga lalu di pekan Changping 昌平 jadi kami pun naik. Sampai ke Changping tukar bas, naik pula bas 314路 untuk pergi ke Ming Tomb.
BalasPadamMing Tomb dikenali juga sebagai ChangLing 长陵. Ia terletak di pekan Changping beberapa kilometer northwest of Beijing.
Selesai mengunjungi Ming Tomb, tunggu di hentian bas berhampiran dan naik bas 872路 to get to Hentian Bas DeShengMen 德胜门 yang terletak di tengah Kota Beijing. Kenangan melancung ke Beijing sangat menarik dan sukar untuk dilupakan.
http://beijing4days.blogspot.my/2014/12/four-days-in-beijing_28.html?m=1
.
Menariknya kunjungan Bob ke Greatwall. Sangat adventurous. Bas 919 memang banyak di kaki Greatwall tu, tapi saya tak pernah naik bas ke sana walaupun dah 4 kali saya ke Greatwall, saya tetap pilih keretapi. Bob mungkin boleh berbahasa China, membuatkan Bob dapat ke mana-mana dengan mudah. Syabas Bob!
PadamYa, betul kata Bob, "Kenangan di Beijing sangat menarik dan sukar dilupakan."
Assalam...sy dn fmly akan ke sana inshaAllah mac 2018. Alhamdulillah,bnyk dpt info dr blog ini.terima kasih.
BalasPadamAssalam...sy dn fmly akan ke sana inshaAllah mac 2018. Alhamdulillah,bnyk dpt info dr blog ini.terima kasih.
BalasPadamWaalaikumusalam Ida...semoga selamat dalam perjalanan.
Padam