Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 13 Julai 2012

Dari Pulau Pinang ke Pantai Timur Bhg 3/3: Hutan Belum


P erjalanan pulang ke Pulau Mutiara dari Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kota Baharu dan Rantau Panjang) diteruskan. Kali ini melalui negeri Perak. Setiap kali melalui lebuhraya Timur-Barat ini saya pasti terpukau dengan keindahan hutan dan tasiknya yang luas saujana mata memandang. 



Dahulu pada tahun 1980an, kawasan ini adalah kawasan hitam - kawasan yang sentiasa dikawal oleh tentera disebabkan kegiatan pengganas komunis yang aktif. Setiap kali ke Kota Bahru melalui Jeli saya pasti nampak pondok keselamatan ini. Anggota tentera yang bertugas di sini memberhentikan kita sekiranya jalan ditutup disebabkan perintah berkurung (curfew). Tetapi fenomena itu sudah tiada lagi setelah Komunis menyerah kalah pada akhir tahun 1980an. Kini ia hanya tinggal kenangan sahaja dan tercatat dalam dokumen Sejarah Malaysia..



 

Papantanda Unik



Yang menarik dalam perjalanan pulang merentas jalan di Perak, yang bersempadan dengan Kelantan dan Thailand ini, ialah melihat papantanda-papantanda yang unik. Papantanda seperti gajah dan kijang amat menarik hati saya. Ini menggambarkan kawasan hutan di Hulu Perak ini masih mempunyai binatang-binatang liar. Binatang-binantang ini boleh melintas jalan dengan tiba-tiba dan kita dikehendaki berhati-hati. 



Saya amat-amat berharap ada gajah yang melintas di situ. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Menurut rakan saya yang memandu sepanjang perjalanan itu, gajah-gajah itu akan keluar dari hutan sekiranya hari hujan. Dia tidak mahu melihat gajah-gajah itu kerana pada padangannya ia amat merbahaya, takut dipijak dan mungkin terpaksa tersadai di jalan entah berapa lama. 


Oleh kerana tiada seekorpun binatang itu lalu saya cuma mengambil gambar papantanda sahaja. Inipun sudah cukup bermakna.



Hutan Belum (Royal Belum)


Yang menjadi kebanggan saya adalah Hutan Belum yang masih dipelihara. Hutan Belum ini telah diwartakan oleh Sultan Perak sebagai sebuah hutan simpan/Hutan Negeri yang dipelihara. Ini bermakna sebarang aktiviti penebangan pokok dan pemburuan binatang di dalam hutan ini adalah satu jenayah. 

Sempena dengan Tahun Melawat Perak 2012, pelbagai aktiviti diadakan bagai menarik minat pelancong dalam dan luar negara seperti berkemah, jungle trekking, memancing, berkelah, melihat aktiviti kehidupan orang Asli, menaiki bot, meninjau binatang liar dan melihat burung. Saya mengetahu info ini ketika menonton promosinya di televisyen dengan Maher Zain sebagai selebriti dalam prmosi itu.

Hutan Belum terletak di utara Perak, di Banjaran Titiwangsa dan sebahagiannya di kelilingi air tasik.

http://belumoutdoor.files.wordpress.com/2010/11/royalbelummap.jpg


Di sini saya ingin mencadangkan supaya Hutan Belum patut menerima pengiktirafkan  UNESCO sebagai satu Warisan Dunia. 

 

Lima (5 ) sebab Hutan Belum patut menerima pengiktirafan UNESCO:


  1. Hutan Belum adalah hutan hujan tertua di dunia malahan lebih tua dari Hutan Amazon di Amerika Selatan dan Kongo, Afrika.  Ia berusia lebih 150 juta tahun dan keluasannya ialah 4 kali ganda Singapura. 
  2. Hutan Belum mempunyai spesis flora dan fauna yang amat kaya yang tiada terdapat di tempat lain. Antaranya ialah 10 spesis burung enggang (enggang belantara dan enggang koning), gajah, badak Sumatra, rusa, seladang, beruang madu, babi hutan dan harimau belang. Kesemua binatang ini adalah binatang terancam.
  3. Hutan Belum mempunyai 3,000 spesis berbunga yang unik iaitu rafflesia Kerrii (paling besar), rafflesia Kantolii dan spesies terbaru, rafflesia Azlanii (yang diambil sempena nama Sultan Perak). Juga spesis terancam. Disamping itu 168 spesies rama-rama, 64 spesies paku-pakis, 51 spesies siput, 23 spesies ular dan 21 spesies cicak di hutan Belum-Temenggor ini.
  4. Hutan Belum masih dihuni oleh orang Asli dari suku Jahai dan Temiar yang mengamalkan cara hidup tradisional.
  5. Hutan Belum mempunyai tadahan air utama bagi Semenanjung Malaysia. Tasik Temenggor menjadi habitat ikan-ikan Toman, Kelah, Sebarau, Tenggalan dan Baung. Juga spesis terancam. 
Spesis berbunga yang terdapat di Hutan Belum
Banjaran Titiwangsa dan Hutan Belum


Orang Asli Jahai di Hutan Belum


Dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang  saya sempat singgah di Pulau Banding di kawasan Hutan Belum ini. Sambil melihat-lihat pemandangan yang indah itu saya berjumpa dengan sebuah keluarga orang Asli Jahai lalu saya berbual-bual dengan mereka. Mereka sekeluarga sedang menunggu bot untuk membawa mereka pulang ke Hutan Belum yang letakknya di seberang tasik Pulau Banding.

Daripada perbualan yang singkat itu dapatlah saya memahami sedikit corak kehidupan dan pemikiran mereka. Saya dapat merasai perbezaan cara kehidupan kita dengan kehidupan mereka. Kita dengan dunia IT dan digitalnya tetapi mereka masih hidup di dalam hutan dan enggan keluar dari hutan walaupun untuk bersekolah. 

Menurut lelaki Jahai itu, mereka tidak mahu meninggalkan Hutan Belum kerana sekiranya mereka berbuat demikian, mereka akan dimarahi oleh roh nenek moyang mereka. Mereka diamanahkan untuk menjaga Hutan Belum itu dan jangan sekali-kali meninggalkannya. Sekiranya ditinggalkan akan berlaku malapetaka pada mereka. Menurut lelaki Jahai itu juga, dia hanya bekerja bercucuk tanam seperti menanam jagung dan padi huma, namun pertaniannya itu kerap musnah kerana dirosakkan oleh gajah dan beruk.


Bot dan feri yang digunakan oleh orang Asli Jahai untuk menyeberangi Tasik Banding ke Hutan Belum
Keluarga orang Asli suku Jahai yang aku temui di Pulau Banding dekat Royal Belum

Waktu menggembirakan amat pantas, sekejap saja masa untuk pulang sudah tiba. Masa sungguh mencemburui saya. Sedang saya rancak berbual dengan Pak Jahai, rakan sepejabat saya datang setelah melilau mencari saya. "Oh rupa-rupanya di sini melekatnya", katanya. Kawanku itu seolah-olah tidak dapat berkompromi dengan saya untuk menambah masa kerana dia juga perlu sampai ke Pulau Mutiara sebelum tirai hari itu berlabuh. Saya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Pak Jahai. Anak-anak kecilnya tersipu-sipu malu dan tidak mengucapkan walaupun sepatah perkataan.

Rakan saya itu kemudian menunjukkan saya tempat penyelidikan ikan kelah dan toman yang dilakukan oleh penyelidik USM. Dia memaklumkan kepada saya bahawa sekiranya ingin melakukan ekskursi ke Hutan Belum dan Tasik Temenggor boleh berhubung dengan mereka.

Melihatkan iklan chalet yang terdapat di persekitaran tasik dan Royal Belum memancing minat saya untuk menerokai dan menerjah hutan ini bersama keluarga saya. Barangkali boleh dijadikan destinasi Hari Pertemuan Keluarga kami pada tahun akan datang. 

Sama-samalah kita memelihara Hutan Belum yang belum musnah dek kerakusan manusia materialistik. Kembara saya dari Pulau Mutiara (Pulau Pinang) ke Tanah Serendah Sekebun Bunga (Kelantan) ingin melabuhkan tirainya. Jumpa lagi.


6 ulasan:

  1. Saya pernah lalu jalan ni..tp waktu malam..agak mengerikan jugak bile terpikir gajah kerbau nak lintas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica,
      Waktu malam memang mengerikan, tambahan pula jalannya berliku-liku, binatang liar ada berdekatan, hutan di sekeliling. Lebih baik lalu waktu siang, kan.

      Padam
  2. Saya belum pernah sekalipun melalui jalan Gerik ke Jeli ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie kena cuba lalu. Boleh tengok keindahan alam semulajadi. Tasik Banding tu memang cantik. Should never miss it. :)

      Padam
  3. kampung saya,tp byk yg xtau,sbb dah lama kat KL,blk pun masa raya je,tp sgt ttarik dgn masjid beijing 2,insyallh blk nnt cuba ruangkan masa kesana!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaza alis,
      Ambillah cuti lama sikit. Tentu seronok dapat teroka keindahan alam semulajadi dan senibina di negara kita. Boleh juga merehatkan minda.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.