Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 23 Disember 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING #15: Panda Gergasi dan Tapir Malaya di Zoo Beijing


P
anda sering saya dengar, tapi belum pernah melihatnya secara hidup-hidup dan nyata di hadapan mata. Untuk melihat binatang yang berbulu gebu dan hampir pupus ini, maka saya dan keluarga saya ke Zoo Beijing.


Tempat yang menjadi tarikan di Beijing ini selalu sahaja dikunjungi ramai. Ternyata pelancong tempatanlah yang memenuhi zoo ini dan menyumbang kepada kesesakan. Perkhidmatan kaunter dan papantanda di sini pun tidak mesra pelancong luar. Orang China sahaja sudah memenuhi setiap inci zoo ini, maka fasal  itulah mereka tak kisah langsung pada kita orang luar ni. Fasal itulah brosur dan papan tandanya tulis China belaka. Penjual tiketnya pun tak tahu bahasa Inggeris sepatah haram. Jadi bersabar sajalah.

Untuk melihat panda kami perlu membayar tiket kombo berharga 20 yuan (RM10). Tiket kombo ialah tiket untuk tengok panda dan binatang-bintang lain. Kalau hendak tengok panda sahaja, bayarannya kurang sedikit.

Jom tengok panda yang kami tengok tu.



Panda Gergasi (Giant Panda)

 

Panda Gergasi ini dikurung di dalam sangkar kaca.

Panda adalah binatang unik di China. Ia suka hidup dalam rumpun buluh. Suka bersendirian. Di zoo ini ia dipanggil giant panda. Terdapat sangkar pameran bagi panda-panda ini. Ada yang dikurung di dalam sangkar kaca dan ada yang dikurung di dalam pagar kayu yang terbuka (tanpa cermin). Kita hanya dapat melihat panda-panda ini dari luar sangkar dan tidak dapat menyentuhnya. Ada seekor panda besar di kandang terbuka tanpa cermin. Manakala ada dua ekor panda kecil di dalam kandang cermin. Tak banyak. Mungkin dah pupus. Susah bela agaknya.

Sungguh seronok melihat panda ini makan daun-daun dan batang-batang buluh. 

Panda ini duduk di atas batu. Dua kakinya di kangkangkan. Dua tangan mengangkat batang buluh dan disuapkan batang buluh itu ke mulutnya. 

Penjaga zoo sekali sekala mencampakkan batang dan daun buluh ke dalam sangkar itu melalui pintu. Maka sebab itu panda itu duduk menunggu depan pintu. Sesekali panda ini berjalan-jalan di dalam sangkar. Tergelek-gelek. Punggung panda itu kejap ke kiri kejap ke kanan. Lenggang Mak Minah. 

Kepala panda yang berbulu putih gebu itu ditunduk-tundukkan mencari-cari daun. Hidungnya dikembang-kempiskan. Mulutnya mengumat-ngamit. Sedap benar nampaknya dia makan daun tu. Tak tersusukkah sembilu buluh dalam usus panda ni? Buluh bukankah tajam? Tak lukakah mulutnya? Hairan juga. Itulah kekuasaan Allah, gigi panda ini lebih tajam daripada buluh. Tak henti-henti panda itu makan. Makan. Makan. Makan. Kami gelihati melihat gelagatnya. 


Panda mempunyai gigi yang kuat

 


 

Tapir Malaya


Tapir Malaya ini jinak dan suka disentuh

Selain daripada panda, kami berpeluang melihat Tapir Malaya. Sudah tentu Tapir Malaya ini  berasal dari Malaysia, kan? Tetapi sudah jadi warganegara China. Orang China memanggilnya "Malai Mao". Hanya terdapat seekor sahaja Tapir Malaya itu di Zoo Beijing. Kesian. Tentu tapir ni sunyi, kan?

Tapir ini kelihatan sungguh comel dan unik. Yang menyeronokkan anak-anak saya dapat menyentuh dan mengosok-gosok kepala Tapir Malaya yang manja dan mesra itu  Rasa nak bawa balik. Nak bagi dia taraf bumiputra...he he he... Jauhnya sampai ke negeri China nak tepok Tapir. Padahal Zoo Taiping pun ada....tapi rasanya tapir di tempat kita tak boleh dipegang, kan?


Taman dalam Zoo Beijing


Tenang dengan deruan air jeram

Zoo ini amat luas dan kita perlu berjalan kaki. Apabila kami penat berjalan kaki, kami duduk berehat di bangku di hadapan air terjun di dalam taman yang terdapat di situ. Rasa sungguh nyaman mendengar deruan air terjun itu. Cuaca pula tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Just nice. Ngam ngam je.

Kedai-kedai cenderamata, tandas dan perkhidmatan mengambil gambar bersama-sama binatang juga terdapat di sini.


Binatang Lain


Selain daripada itu terdapat binatang-binatang lain di Zoo Beijing seperti monyet, kuda, keldai, rusa, pelanduk, lembu, burung, zirafah dan lain-lain lagi. Telatah binatang-binatang ini amat menggelikan hati kami.

Binatang-binatang lain

Kalau kalian sukakan binatang, datanglah ke Zoo Beijing. Mungkin pengalaman kalian lebih menarik daripadaku.


 


Cara Pergi


Ambil subway laluan 4 dan turun di stesen Beijing Zoo, keluar ikut pintu A. Anda akan nampak papantanda menuju ke Beijing Zoo dan jalan kaki saja lebih kurang 3-5 minit.


10 ulasan:

  1. Salam Yong

    Keme siap beli buku panda Yong, ciut2 gambor deme...punye ler semangat nak pegi tengok panda depan mata di Sichuan nanti...bila nak pegi nye tu tak tau lah lagi....verangan jer dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Ini mesti minat bebenor dan geram pada Panda. Agaknya tidurpun peluk anak patung panda he he he...berangan ke Sichuan nak tengok panda tak mengapa...insyaAllah suatu hari nanti akan tertunai impian itu :)

      Padam
  2. Buluh tua pun dibedalnya, ingatkan panda makan rebung je...

    Biasalah tu kalau kat negara sendiri tak kesah pun dengan zoo, tapi kat tempat orang terhegeh2 kita masuk... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mie,
      Buluh yang keras dan tajam tu pun dibedalnya. Ini disebabkan giginya kuat dan tajam. Kalau panda gigit kita, matilah kita agaknya.

      Memang dah jadi adat manusia ni, yang di luar tu sanggup bersusah payah pergi, tapi yang di depan mata haram tak dipedulikan. Tapi sekurang-kurangnya kita berbangga kita ada Tapir, spesis terancam, China tak ada, kan?

      Padam
  3. Wah bestnya kak yong, boleh tgk panda secara life.....Sebelum ni tgk panda kat TV jer lagi satu tgk Kunfu Panda, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kayrol,
      Alhamdulillah.

      Kayrol tengok panda kat TV dan filem ye...Saya pun gitu. Dah tua-tua gini baru dapat tengok panda, life.

      Padam
  4. eh...panda makan buluh?bukan dia makan noodle sup ker, siap ada secret resepi lagi, heheh...samalah dengan saya, tak pernah lagi tengok panda secara live, huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orga,
      Panda makan noodle soup dengan sirap bandung ha ha ha..

      Suatu hari nanti Orga akan dapat juga tengok panda secara life. Siap main papan gelungsur dengan panda tu sekali :D

      Padam
  5. Prof,

    Kalo tak salah sy, kat china ada blood lake air panas kalo xsalah..sy tengok dlm tv sekali lalu jer..search dlm google xkuar pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila,
      Mungkin yang Zila maksudkan itu Blood Pond Hot Spring of Beppu di Jepun.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...