Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 10 Disember 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING # 11: Pasar Antik Panjiayuan |Pasar Antik Terbesar di Asia

Pernahkan anda ke pasar antik yang besar dan banyak barangan antik? Di mana tu? Di Lorong Kulit Pulau Pinang? Di Bandar Melaka? Di Sukothai, Thailand? Saya pernah. Tetapi saya tidak pernah lagi ke pasar antik seluas yang saya pernah kunjungi di Beijing - Pasar Antik Panjiayuan. Inilah pasar antik paling besar, paling ramai pengunjung dan paling banyak barangan antik di China! Mungkin paling besar di Asia? 

Di pasar antik ini terdapat pelbagai pilihan. Luas kawasan ini lebih kurang 4 ekar. Dibahagi-bahagikan kepada barisan A dan B. Ada beratus-ratus gerai dan kedai. Ia dibuka setiap hari pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Di hari Sabtu dan Ahad ia dibuka seawal 4.30 pagi dan tutup pada 4.30 petang. Elok pergi hari Sabtu dan Ahad sebab lebih ramai peniaga melambakkan barangan antik di atas tanah.

Buku-buku dan majalah dalam bahasa Inggeris dan China dilambakkan


Ada lorong untuk buku-buku. Ada lorong untuk lukisan. Ada lorong untuk perabut, batu-batu, patung-patung, tembikar, wayang kulit China, sempua, lampu, kamera, radio, jam, peralatan dapur, permaidani, setem, duit, peralatan tentera Komunis, pedang dan macam-macam lagi. 

Anda gila antik? Kalau anda gila antik macam saya, pasti teruja untuk ke sini, kan?

Seperti biasa saya datang solo. Tetapi itu pertama kali. Kali kedua dan ketiga dengan keluarga saya. 

Anak-anak saya tertarik dengan peralatan media antik


Pasar Antik Panjiayuan ini amat popular di China. Dan ia dekat dengan tempat saya tinggal di Beijing, satu daerah dengan kawasan rumah saya - Daerah Chaoyang. Di sini saya amat teruja, terpukau dan tak tahu nak kata apa lagi. Senang cerita, tengok sajalah gambar ni:


Tembikar daripada pelbagai saiz, bentuk, corak, warna dan jenis terdapat beribu-ribu di sini.

Tanglung dan lampu yang cantik membuatkan saya gila


Patung wayang kulit China ni memang unik.


Membelek dan meneliti ketulenan barangan antik itu memakan masa. Duduk saja di bangku, tak payah bertinggung lama-lama.




Sempua macam ni, lama dah tak tengok? Kat Malaysia ada jual lagi tak?


Jam zaman baraoque pun ada. Rasa macam nak beli je.

Tawar menawar dilakukan dengan menggunakan kalkulator


Bagaimana? Teruja?


Cara Pergi:

Ada dua cara:

 

Cara 1: 

Ambil subway Laluan 10 dan turun di stesen Jinsong, keluar ikut pintu D, bergerak ke arah kanan, jalan kaki kira-kira 10-15 minit, selepas Jambatan Panjiayuan anda akan nampak Jalan Panjiayuan dan Pasar antik itu. Tertulis di gerbang pasar itu 18 Huaweili, Panjiayuan Flea Market.




Cara 2: 

Ambil subway Laluan 1 dan turun di Guamao, keluar ikut pintu C, ambil bas nombor 28/34/368/674/802, turun di Huaweili (selepas Jambatan Panjiayuan).

12 ulasan:

  1. saya suka untuk amek gambar barangan antik tapi bukanlah penggemar untuk kumpul barangan antik. hehehe. lama tak nampak akak, mana menghilangkan diri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam John/Danny/Kaki Berangan,
      Akakpun ambil gambar je, belinya tidak. Akak lama tak blogging sebab sibuk dengan tugas. Lepas tu bercuti ke Acheh dan Pulau Jawa, jadi tak sempat on line...he he he

      Padam
  2. SAlam Yong

    Seluas 4 ekar ? mak ooiii...jenuh nak tawaf seluruh kawasan tu....banyak ker Yong borong ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong Aku Seorang Pengembara,
      Memang luas, lenguh jugak kaki tawaf..belinya tidak, jamu mata je...anak-anak saya beli barang yang kecil-kecil je: jam dan sarung tangan besi...Saya minat yang besor-besor tu, tapi macam mana nak bawa balik Malaysia? :(

      Padam
  3. Akak, saya dan suami saya amat suka pegi ke pasar2 mcm ni, peluang mengambil gambar adalah sangat best, walaupun sya bukanlah pengumpul brg antik..tp tak kisah la.. heheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chawanna Na,
      Akak jamu mata je, barang antik yang akak minat tu berat-berat, payah nak bawa balik Malaysia...

      Tentu Chawanna Na boleh dapat syot yang cantik-cantik kalau ambil gambar di sini, kan.

      Padam
  4. Salam Naramas...hi mcm ni peberet spot Nekcik ni...bukanlah pengumpul barang antik tegar...tapi dari gambar gambar ni..tak mustahil akan tergoda satu atau 2!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nekcik,
      Kalau minat, Nekcik kena datang sini, cari barang-barang yang unik...saya geramkan mikrofon dolu-dolu, radio antik, mesin jahit lama, dapur semawor, tapi tak berani nak beli..harganya mahal juga dan saya tak reti tawar.

      Padam
  5. Asalam NA,
    Mungkin NA boleh jadi pembekal barangan antik di Malaysia. Dah ramai yang minat tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Mie,
      Jadi pembekal barangan antik di Malaysia? Wah tu kena modal besar tu..

      Padam
  6. Salam akak, besarnya pasar antik ni, tak habis rasanya kalau 1 hari nak round...

    BalasPadam
  7. Salam Orga,
    Memang besar pasar antik ni, yang terbesar di China, malahan ada yang kata terbesar di China. Kalau Orga minat barangan antik memang sehari tak cukup, maklumlah kena belek betul-betul, takut terbeli yang palsu, kan? Tapi kalau tak mahu beli pun tak apa, jamu mata je. Kalau setakat jamu mata boleh habis 1 round dalam sejam dua :)

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...