Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman



Ahad, 16 Disember 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING #13: Lorong Sutera & Pasar Mutiara (Silk Street & Pearl Market) di Yonganli dan Masjid Dongsi

Sekiranya anda tiada masa di Beijing dan ingin membeli-belah dengan mudah dan setempat pergilah ke Silk Street & Pearl Market (Lorong Sutera & Pasar Mutiara). Walaupun namanya Lorong Sutera, namun bukan sutera sahaja yang dijual. Di pusat membeli-belah ini terdapat pakaian, tembikar, pinggan mangkuk, teko, teh, kamera, barang kenang-kenangan dan macam-macam lagi. 

Pasaraya ini ada 6 tingkat.  
Tingkat bawah tanah: Beg, kasut, barangan kulit, topi, CD, KFC
Tingkat 1: Pakaian, Cafe, Kaunter Penerangan
Tingkat 2: Pakaian, Pakaian Kanak-kanak, Permainan, Pengurup Wang
Tingkat 3: Cenderamata, barangan elektronik, kain sutera, tali leher, skaf, teh, tembikar
Tingkat 4: Cermin mata, jam, seni kerajinan tangan, alat tulis, barangan sukan
Tingkat 5: Barangan kemas, mutiara, farmasi

Anda mungkin terkejut kerana barang-barang yang dijual di sini tiada tanda harga dan harga yang diletakkan adalah tinggi. Setiap kedai meletakkan harga yang berlainan untuk barangan yang sama. Untuk membeli-belah di sini, kita perlu pandai tawar. 

 
Tingkat 1 Lorong Sutera & Pasar Mutiara


 

Tips Tawar-Menawar


1. Tawarlah 70 peratus


Nasihat saya - tawarlah 70 peratus daripada harga yang diletakkan. Apabila peniaga enggan menerima harga yang kita minta mereka akan minta kita naikkan harganya. Kemudian daripada situ perlahan-lahan kita naikkan sehingga 50 peratus kurang daripada harga yang diberikan kepada kita tadi. Kalau peniaga enggan menerima harga itu, terus beredar saja dari situ. Jangan tunjukkan yang kita berminat dengan barangan yang dijual itu. Kalau peniaga itu rasa rugi dia akan biarkan kita pergi. Tetapi kalau dia dapat sedikit untung dia akan panggil kita semula dan menerima harga yang kita minta.

 

2. Hati Kena Kering


Kalau peniaga rasa rugi dia akan suruh kita keluar dari kedainya. Tentu kita tak suka apabila peniaga berkata dengan kurang asam kepada kita,  “Quickly go! Quickly go!”  Ada peniaga yang menghempaskan kalkulator mereka kerana tidak senang dengan harga yang kita minta. Ada peniaga yang marah-marah dengan harga yang kita minta. Jangan pedulikan reaksi mereka. Hati kita kena kering. Kerana hati mereka lebih kering, lebih kaudu dari hati kita  ha ha ha…

Ada  peniaga yang tidak suka kita menawar terlalu rendah tetapi mereka jual juga, kemudian dengan muka sedihnya meminta kita beri duit Malaysia sebagai souvenir. Ingatlah ini pun scam. Jadi kalau 10 orang Malaysia bagi dia RM1 setiap hari, dalam sebulan dia boleh dapat RM300 (600 yuan), wooi banyak tu! Lepas dah dia bayar sewa rumah.

3. Guna kalkulator


Jangan risau kalalu tak tahu cakap China. Guna saja mesin kira (calculator) atau tulis di kertas.

4. Cakap Melayu atau Inggeris


Ada juga peniaga di sini yang tahu cakap Melayu. Mereka tahu bilangan 1 hingga 100 dan tahu jenis-jenis warna dalam bahasa Melayu. Ramai juga yang tahu cakap Inggeris. Peniaga biasanya berdiri di pintu kedai dan mengajak kita masuk ke kedainya. Mereka biasanya mudah mengenali kita orang Malaysia lalu bercakap Melayu, "Tengok dulu. Tengok dulu. Murah. Murah!"


Apakah Yang Boleh Dibeli?


Silk Market ini dekat dengan rumah saya. Satu daerah di Chaoyang. Oleh kerana saya selalu ke sini ada 4 tempat yang saya cadangkan  untuk anda singgah membeli:


Inilah Kevin, tuan punya kedai cermin mata ni.

1. Cermin mata


Belilah cermin mata di Kevin Optical di Tingkat 4. 

Saya dan keluarga pernah membuat cermin mata di sini. Harganya amat murah dan cepat siapnya. Ia boleh siap dalam masa 10 minit. Sepasang cermin mata (termasuk power) boleh dibeli dengan harga 160-200 yuan (RM80-100). 

Cermin mata progressive lenses (no-line bifocals) pula berharga 275 yuan (RM 137.50) dan ia siap dalam masa 4 jam. 

Harga cermin mata boleh ditawar. 

Peniaga di sini boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Tuan punya kedai ini iaitu Kevin dan adik perempuannya pun sudah kenal saya sebab saya selalu bawa kawan datang ke sini.


 

 

 

 

 

2. Alas Meja, Cadar dan Pembalut Kotak Tisu


Kedai Jamelah menjual alas meja, cadar dan pembalut kotak tisu. Letaknya di Tingkat 3. Harganya boleh ditawar dan murah pula. 

Saya sering ke sini membawa kawan-kawan dan keluarga saya. Kami dapat membeli alas meja dengan harga 10 yuan (RM5), pembalut kotak tisu 5 yuan (RM2.50) dan cadar/quilt saiz King dengan harga 160 yuan (RM80). 

Inilah Jamelah. Jamelah pandai cakap Melayu.


Jamelah orang Islam. Yang menariknya kami cakap Melayu dengannya! Dan diapun cakap Melayu dengan kita! Dia pick-up bahasa Melayu melalui pembeli-pembeli Melayu yang selalu datang ke kedainya.


3. Cenderamata 

 
Pelbagai jenis magnet peti sejuk


 
Fridge magnet boleh dibeli dengan harga yang murah di sini. Paling murah 10yuan (RM5) untuk 3 buah.

Sepit


Sepit boleh dibeli dengan harga 20yuan (RM10) sekotak.

Seramik

Teko, cawan dan barangan seramik banyak terdapat di sini. Teko seperti dalam gambar berharga 30yuan (RM15). 

 

 4.  Kain Sutera 

 
Kain sutera ini berharga 65-85yuan semeter


China terkenal dengan kain sutera. Mereka mempunyai kualiti sutera yang paling tinggi. Walaupun banyak negara mengeluarkan sutera, namun sutera China masih di kedudukan teratas. Mereka telah lama menyembunyikan rahsia sutera dari dunia luar. 

Kain sutera paling murah yang boleh dibeli di pasaraya ini ialah 65yuan (RM32.50) semeter. Tetapi ia agak nipis dan perlu menggunakan liner apabila membuat baju. Yang tebal sedikit berharga 85 yuan (RM 42.50) semeter malah beratus-ratus yuan pun ada.


T-Shirt

 
Pakaian sutera di Yonganli


Pakaian di sini terlalu mahal. Kebanyakan baju berharga sekurang-kurangnya 100 yuan (RM50). Tetapi t-shirt yang bertulis Beijing di hadapannya itu, boleh dibeli dengan harga 20 yuan (RM10) sehelai.

 

Kedai Tersorok


Tetapi kalau anda tak suka tawar menawar, pergilah ke bahagian belakang (bawah tanah/basement) yang agak tersorok. Kalau anda masuk ikut pintu B dari stesen subway, anda akan nampak kedai menjual barang-barang cenderamata di situ. Tetapi ada sebuah lorong di sebelah kiri. Masukklah lorong itu dan anda perlu naik tangga. Ia agak tersorok. Di sini kurang pembeli yang lalu lalang, jadi peniaga tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan mudah untuk mendapat harga yang kita minta. Terdapat beberapa buah kedai yang meletakkan harga tetap dan anda tak perlu tawar menawar. Di kedai-kedai tersorok ini kami pernah membeli kerongsang (brooch), tali pinggang kulit, sepit, cenderamata dan jam tangan. 


Masjid Dongsi


Semasa membeli-belah dan apabila masuk waktu solat anda boleh solat di Masjid Dongsi. Ia letaknya berdekatan dengan stesen keretapi bawah tanah Dongsi di laluan 5. Inilah masjid yang paling hampir dengan Silk Street & Pearl Market ini.

Daripada stesen subway Yonganli, ambil subway laluan 1 dan turun di perhentian kedua iaitu stesen Dongdan, kemudian ambil subway laluan 5 dan turun di perhentian kedua iaitu stesen Dongsi. Apabila anda keluar dari pintu stesen itu pergilah ke sebelah kanan. Anda akan nampak kedai Holiland. Masjid itu letaknya di sebelah belakang kedai ini iaitu di  Dongsi South Street. Amat dekat sekali dengan stesen subway Dongsi.

Masjid Dongsi letaknya hampir dengan stesen keretapi bawah tanah Dongsi

Kalau anda hendak bawa pulang barang-barang dari Beijing, bolehlah membeli-belah di Silk Street and Pearl Market ini. Namun begitu kedai makanan halal tidak ada berdekatan dengan pusat membeli-belah ini.


Cara pergi (ke Lorong Sutera & Pasar Mutiara):


Naik subway ke Laluan 1 dan turun di Yonganli. Keluar ikut pintu A. Pasaraya Silk Street ini bersambung dengan stesen subway Yonganli (di bawah satu bumbung). Jadi kita tidak perlu keluar bangunan. Kita tidaklah terkena panas matahari di musim panas atau kesejukan di musim sejuk.


39 ulasan:

  1. Dr, pengalaman shoping di sini memang memberikan pengalaman pada sy. Saya jadi takut nak membeli sebab sikap peniaga2 di sana yang suka memaksa membeli barangan mereka wah hal kita bertanya harga sahaja & rasa x puas hati dengan harga yang diberikan. Saya hanya membeli pakaian untuk anak2 saudara sahaja. Niat hati nak cari cadar untuk majlis perkahwinan sy, tapi x sanggup & x lalu nak gaduh2 dgn peniaga kat situ dalam nak tawar-menawar. X suker suasana beli-belah macam tu.
    Tapi saya x pergi plak bahagian kedai tersorok tu. Sy dan tunang(kini suami) perasan ada tangga turun ke bawah tapi x tergerak hati nak turun. Lagipun mood nak shoping x spoil sebabkan cara mereka berurus niaga. Peniaga Malaysia, jangan buat macam tu yer. Be nice ok!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Faridah,
    Memang ramai peniaga yang memaksa kita membeli dengan harga yang terlampau tinggi. Sekali kita masuk ke kedai tu dia akan tahan kita supaya beli. Saya pun macam Faridah juga tidak suka dengan cara mereka berniaga. Tetapi disebabkan saya selalu ke situ, saya dah tahu kedai mana yang ok dan tidak agresif.

    Kita bertuah kerana peniaga Malaysia tidak agresif macam mereka.

    BalasPadam
  3. Hebat puan Jamelah tu, belajar BM melalui pelanggan saja.
    Kalau ikut semua entry NA, kat Beijing ni agak banyak juga masjid...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Saya pun kagum dengan Jamelah ni, tak pernah ke Malaysia pun, tapi boleh cakap Melayu. Dia bukan saja boleh cakap Melayu, kalau ada pelanggan Russia masuk kedainya dia cakap Russia, kalau pelanggan Itali masuk dia cakap Itali. Itulah strategi perniagaan yang patut kita contohi.

      Ya, memang banyak masjid di Beijing ni, cuma saya saja yang tak sempat nak pergi ke kesemua masjid tu.

      Padam
  4. assalamualaikum akak! teringat pulak trip sy pegi beijing dlu. pengalaman paling best bila shoppingla. perghh! ade sorang amoy ni siap baling kalkulator lagi sbb taknak kasik harga yg sy nak tu. so, sy blah jela. tak sampai 20 langkah, dia panggil balik. senyum kat bibir ni takleh nak tahan2 lagi dah. senyum melebar je bila patah balik. hahaha. seronok yang amatttt!!! nak pegi lagi. sy suka collect polo tshirts. kat sana sy beli dlu dlm rm15/helai. mmg sgt murah plus kain dia tebal dan kaler x luntur. mmg puas hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumusalam John/Danny,
      Akak dah baca entri John ke Beijing tu. Memang kelakar dan akak boleh bayangkan betapa happynya John masa dapat beli dengan harga yang diminta. Memang kena buat macam John tu. Pedulikan amoi tu baling kalkulator, itu cuma lakonan Opera China saja tu he he he...Anak akakpun pandai tawar macam John, selalu dia dapat harga murah-murah, dia pun suka shopping kat situ...Tak macam akak, akak tak pandai tawar..

      Padam
    2. sy actually malu gak nak tawar2 ni akak. tp sbb tour guide kami tu yg ajar mcm mana nak tawar. sy mcm berani skit. mmg rasa seronokkkkk sangat2! tp tu la, kalo byk duit lg, mmg confirm byk lg aksi2 yg best. biasalah, mula mcm takut2 nak tawar sbb rasa mcm dh murah dh. tp sebenarnya boleh dpt lagi murah. hehehe. bila teringat balik time naik bas tu, sy org last naik bas. sume org tepuk. hahahah johan shopping katanya! akak dh balik beijing balik ke ni?

      Padam
    3. Tawar kat sini kena tawar gila-gila. Hati betul-betul kena kering. Harga yang dia orang letak melampau-lampau. Dia orang tahu kita tourist, masa tulah dia orang nak ketuk kepala kita. Sebenarnya kita boleh dapat harga lebih murah daripada tu. Ya, akak ingat lagi cerita John yang semua orang tepuk tangan bila John naik bas...he he he...Akak kat Malaysia sekarang ni, ada urusan kat sini, lagipun akak kena keluar China untuk renew multiple entry visa akak, hujung bulan ni akak balik semula ke Beijing.

      Padam
  5. setuju dengan mie, hebat sungguh puan jamelah tu...kita yang rata-rata cina dengan india kiri kanan, tak reti pulak cakap cina dengan tamil, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orga,
      Kalau nak maju dan berjaya memang patut kita buat macam Jamelah tu, lebih banyak bahasa yang kita tahu lebih baik, tapi kita ni selalunya malas (termasuklah saya).

      Padam
  6. bestnye!!! mmg kene kering hati ke? sy pantang kalo peniaga marah sy... mmg sedih and mati mood nak shopping...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zette,
      Memang kena kering hati membeli di sini. Orang yang lembut hatinya memang tak suka kalau peniaga marah-marah. Cara orang China berniaga di sini memang macam tu, agak agresif dan kasar, cuma ada beberapa peniaga yang lembut dan manis muka macam Jamelah dan Kevin dalam gambar di atas.

      Tetapi ada juga orang yang suka membeli di sini macam John dan anak saya. Saya selalu suruh anak saya yang tawarkan, dia selalu tawar 80-90 peratus dari harga yang diletakkan dan dia akan ikat harga yang dia hendak itu tanpa berganjak-ganjak, misalanya kalau harga diletakkan peniaga ialah 100 yuan, anak saya minta 10 yuan je dan dia tak akan naikkan walaupun 1 yuan, kemudian dia takut-takut peniaga tu dengan mengatakan dia boleh dapat harga yang lebih rendah di kedai lain, lepas tu dia keluar, baru dua tiga langkah keluar kedai, peniaga akan panggil dia balik, selalunya dia dapat beli dengan harga yang dia hendak he he he. Itu sebab dia seronok membeli di sini.

      Jadi kalau peniaga marah-marah, pekakkan telinga. Yang nak bagi dia duit, kita kan? Walaupun mereka rugi sikit dengan menjual kepada kita, tapi mereka boleh dapat cover balik melalui pembeli lain. Jadi peniaga di sini macam main game "lihat siapa yang kena!"

      Padam
  7. Wahhhh Rambang Mata nak shopping!!!!
    Cantik-cantek la kain kat situ kan... yang FM tu pon lawa! Teruja tengok.


    Terima kasih bagi tips!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Janggel/Rain,
    Mata memang mudah rambang bila shopping tempat besar-besar ni. Kena hati-hati sikit beli baju/kain sutera, takut terbeli kemeja lelaki buat daripada sutera...jatuh haramlah pulak kalau pakai. FM pula ada macam-macam design, lawa-lawa belaka..ada bentuk can opener, bentuk pasu, etc. FM dari provinsi lain di China ni pun ada, misalnya FM terracota warrior dari Xian pun ada dijual di sini.

    BalasPadam
  9. Salam,

    Saya sudah lama jatuh hati dengan china. wlpun orang2nya tak mesra alam langsung, wlpun tempatnya selalu sesak. tapi saya tetap sukakan china. rasanya terlalu banyak tempat di sana yang saya nak pergi!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam PM,
      Selamat datang ke blog ini & terima kasih kerana meninggalkan ulasan. Negeri China ni memang besar dan setiap provinsi ada keunikan masing-masing. Kalau nak jelajah kesemuanya memang memakan masa yang lama. Walaupun orang di sini terlalu ramai dan sesak tempatnya, tetapi ramai yang baik-baik dan suka menolong. Orang Islam pun ramai dan mereka cepat mesra dengan kita orang Islam.
      Ikutilah blog saya untuk mengetahui lebih banyak tentang China. InsyaAllah tak lama lagi saya akan ceritakan tentang kembara saya ke Kashgar dan Urumqi :).

      Padam
  10. As salam .saya merancang menginap di sun world hotel pada 5,6,7,8,9/4 akan datang. Adakah lokasinya baik dan berdekatan dengan tempat yg Prof cerita dlm blog (silk n pearl market .harap dapat Prof contact pd email saya.tq

    BalasPadam
  11. As salam .saya merancang menginap di sun world hotel pada 5,6,7,8,9/4 akan datang. Adakah lokasinya baik dan berdekatan dengan tempat yg Prof cerita dlm blog (silk n pearl market .harap dapat Prof contact pd email saya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yan,
      Adakah Sun World Hotel itu di Dengshikou St? Sekiranya ya, maka ia adalah hotel yang berdekatan dengan tarikan utama Beijing seperti Tianamen Square, Forbidden City, Wangfujing, Istana Musim Panas, Silk and Pearl Market di Yonganli dan lain-lain lagi. Stesen keretapi bawah tanah (subway) yang berhampiran dengan hotel itu ialah Dengshikou di Line 5. Daripada Dengshikou turunlah di stesen berikutnya iaitu Dongdan. Kemudian tukar ke Line 1, menuju ke Yonganli yang cuma 2 stesen dari Dongdan. Di setiap stesen, keretapi akan berhenti kira-kira 2 minit. Jadi jumlah stesen yang dilalui dari Dengshikou ke Yonganli ialah 3 stesen sahaja yang memakan masa kira-kira 6 minit sahaja. Tiketnya cuma 2 yuan (RM1) sekali masuk/keluar. Murah sangat sangat kan? Silk & Pearl Market tu sebelah stesen Yonganli sahaja, di bawah bumbung yang sama. Lepas tu keluarlah dari stesen Yonganli itu dan masukkan tiket ke dalam mesin semasa keluar. Untuk masuk balik ke stesen, beli lagi tiket 2 yuan untuk balik semula ke stesen Dengshikou.

      Sila rujuk peta subway ini bagi memudahkan perjalanan Yan:

      http://www.exploremetro.com/static/pdf/en/beijing.pdf

      Masjid Dongsi yang saya sebut dalam entri ini juga dekat sangat dengan stesen subway Dengshikou iaitu satu stesen sahaja dari situ. Apabila naik keretapi dari Stesen Dengshikou, turunlah di Stesen Dongsi.(2 minit je). Masjid itu pula sebelah kanan stesen aje, beberapa tapak sahaja dari situ.

      Padam
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Amsyahril,
      Terima kasih di atas maklumat tersebut. InsyaAllah kalau sudah tiba waktunya dan rezekinya saya hubungi pihak tuan. Saya belum lagi sampai ke Padang dan Bukit Tinggi.

      Padam
  13. Assalamualaikum Puan....Insya Allah...saya akan ke Beijing Nov ini.....rasanya tips diatas mungkin dapat membantu saya masa shopping....saya memang x berkenan kalau peniaga yang suka marah pelanggan..hehe...tapi shopping tu hobi saya....rasanya boleh gunapakai tips diatas...terimakasih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Di harap Rozita dapat menggunakan entri ini sebagai panduan. Ada juga beberapa orang pembaca (follower) yang menulis emel kepada saya dan memaklumkan yang mereka menggunakan panduan ini semasa membeli-belah di tempat ini. Mereka pergi ke kedai-kedai yang saya nyatakan di atas, bertemu dengan peniaga-peniaga ini dan menawar sebagaimana yang saya cadangkan.

      Padam
  14. Salam.bila bca pengalaman kwn2 di china rasa takut pun ada..rancangan tu ada nk ke sana tapi kena ambil semua pengalaman yg berharga buat panduan.thanks semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Janganlah rasa takut. InsyaAllah selamat. Bacalah panduan yang saya coretkan dalam blog ini, semoga ia berguna.

      Harap dapat beri nama.

      Padam
  15. Assalamualaikum puan.Saya bercadang ke Beijing Nov ini.Sekiranya saya tak tahu naik train, ada transport lain ke?bagaimana dengan makanan halal.Kalau tiada dekat dgn pearl market dan silk st, dimana ada restauran halal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Naik keretapi subway lebih mudah, pantas dan murah berbanding dengan kenderaan awam yang lain. Menaiki bas pula anda kena tahu nombor basnya, naik teksi pula perlu tahu cakap China atau tunjukkan alamat dalam tulisan China. Sebenarnya naik keretapilah yang paling mudah.
      Untuk mencari restoren halal yang paling dekat dengan pasar di Yonganli itu ialah di Communication University of China, Qianmen dan Chaoyangmen. Semua tempat ini mudah dituju dengan menaiki keretapi.

      Padam
  16. Assalamualaikum prof...best pulak bc entry prof..disember ni saya nk ke beijing ( 5D4N)...nk ready la apa2 yg patut..bnyk jg ye yg sy kne beringat.. .sy risau pasal pakaian kat sana..memandangkan disember musim sejuk..-10..brape bnyk bj yg perlu sy bw?tqvm ye...~etta~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Etta,
      Terima kasih kerana sudi baca blog ini, tapi saya harap daftarlah sebagai ahli/rakan saya.

      Baju kena banyak lapis atau cukup tebal, panas dan menahan sejuk. Bilangannya tak perlu banyak kerana cuaca sejuk, badan tak berpeluh, jadi baju yang sama boleh dipakai berulang kali.

      Padam
    2. Tq prof...pnjelasan yg amat berguna utk sy.mcmann nk daftar sbg ahli / followers?
      ~~etta~~

      Padam
    3. Etta,
      Senang je nak daftar sebagai rakan saya/follower. Klik saja icon "Sertai Tapak Ini" yang terdapat pada bahagian atas blog ini dan pastikan Etta ada google account.

      Pengunjung blog ini yang Tanpa Nama akan dipadamkan.

      Padam
  17. As slm admin....sy pun akan kebeijing pd 30 nov 2013 nie...tk byk panduan yg boleh digunakan .. dh jln jauh2 mesti nk juga beli cenderahati utk famili n kwn2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Prasekolah SKAMD,
      Ya, banyak yang boleh dibeli di sini.

      Semoga panduan ini berguna.

      Padam
  18. Akum kak,bleh bg tunjuk jln tak mcm mana nak ke tempat mkanan halal dan shoppinh survenir plg murah..sye tggal di hotel ibis sanyuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ucuk Anje,
      Waalaikumusalam.
      Sanyuan tidak jauh dari Liangmaqiao yang merupakan kawasan kedutaan. Hanya satu stesen sahaja dari Sanyuanqiao, melalui laluan 10. Di sini terdapat banyak kedai-kedai halal berhampiran. Tetapi Ucuk kena berjalan kaki dan mencari. Agak sukar untuk menjelaskannya di sini kerana kedai-kedai itu berselerakan dan perlu melalui banyak lorong-lorong.

      Untuk membeli-belah di Yonganli, Ucuk kena naik subway train dari Sanyuanqiao melalui laluan 10 dan turun di Guomao. Di Guomao tukar ke laluan 1 dan turun di stesen berikutnya iaitu Yonganli. Pasar Sutera yang saya maksudkan di dalam entri ini letaknya dalam bangunan yang sama dengan stesen subway ini. Keluar sahaja pintu A, Ucuk boleh melihat pasar ini.

      Untuk makan halal dan sambil itu membeli-belah yang murah, Ucuk boleh menaiki subway laluan 1 dari Yonganli dan turun di stesen berikutnya iaitu di Jianguomen, kemudian tukar subway laluan 2 dan turun di Qianmen. Di Qianmen, Ucuk akan lihat gerbang tinggi dan deretan kedai, di situ ada banyak tempat makan halal. Tetapi Ucuk perlu berjalan kaki memasuki lorong-lorong sebelah kiri untuk ke kedai-kedai halal itu. Kalau Ucuk berjalan di belakang kawasan deretan kedai ini, Ucuk akan bertemu dengan kawasan kedai lama di Dashilar dan perumahan lama yang dipanggil Hutong. Di sini juga ramai orang Islam dan terdapat kedai-kedai halal dan masjid Qianmen sebagaimana yang saya tuliskan dalam entri mengenai Qianmen & Lorong Dashilar. Sila rujuk entri ini.

      Kalau rajin merayau, cubalah makan di restoren halal yang terdapat di universiti tempat saya bekerja dan tinggal dahulu iaitu di Communication University of China yang letaknya di laluan Batong. Cara pergi: dari Sanyuanqiao ambil laluan 10, turun di Guomao. Kemudian tukar ke laluan 1 dan turun di Sihui. Kemudian tukar subway lagi ke laluan Batong dan turun di Communication Unviersity of China. Kemudian carilah restoren halal di dalam kampus itu.Terdapat juga dua buah restoren halal di luar pagar kampus itu, iaitu di pagar timur dan pagar barat. Untuk mengenali kedai-kedai halal ini sila rujuk entri saya tentang "Panduan untuk Umat Islam di Beijing".

      Rujuklah peta ini untuk menaiki subway train: http://www.exploremetro.com/static/pdf/en/beijing.pdf

      Padam
  19. Assalammualaikum...Kat beijing, university mana yg senang nak wat lawatan??Boleh sertakan nombornya sekali??Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Shadeeq,
      Kebanyakan universiti di Beijing senang dilawati. Saya cadangkan pergi ke Peking University kerana universiti ini yang tertua di Beijing dan banyak sejarah. Kampusnya juga cantik. Saya selalu ke universiti ini untuk berjumpa kawan, bermesyuarat, berbincang dan tengok orang main ice skating atas tasik beku ketika musim sejuk. Di kampus ini juga ada restoren halal, galeri, muzium, pagoda lama dan taman-taman. Kita boleh masuk saja ke dalam kampusnya tanpa meminta kebenaran. Kampusnya gemar dilawati orang ramai. Saya ada letakkan gambar universiti ini di dalam entri berikut:
      i) http://nota-kembara.blogspot.com/2013/03/9-bulan-di-beijing-ku-tinggal-ia-dengan.html
      ii) http://nota-kembara.blogspot.com/2012/10/backpack-ke-mongolia-dalam-permulaan.html

      Satu lagi universiti ialah Communication University of China. Ini juga mudah dimasuki. Walaupun ada pengawal tetapi kita tidak perlu minta kebenaran. Masuk je. Saya pernah bekerja dan tinggal di kampus ini. Di dalamnya ada restoren halal. Saya banyak letakkan gambar universiti ini dalam entri berikut:

      i) http://nota-kembara.blogspot.com/2012/05/kembara-solo-di-china-profesor-buta.html
      ii) http://nota-kembara.blogspot.com/2013/01/huo-guo-atau-hot-pot-makanan-sesuai.html

      Di sebelah Communication University of China ialah Beijing International Studies University. Juga boleh masuk gitu je.

      Lain-lain kampus universiti yang boleh dimasuki dengan mudah ialah BFSU, Beiyu, Beiwai, Sport University dan Forestry University.

      Sila lihat dalam laman web mereka untuk dapatkan no telefon International Office mereka.

      Padam
  20. Assalamualaikum..puan..nak tanye..kitorg ad buat lawatan antarabangsa versi ilmiah dan kemasyarakatan..blh mintak cadangan x tempat2 kat beijing ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Zulli Zulaikha,
      Boleh lawat: Peking University, Masjid Niu Jie, Tembok Besar, Qianmen, Dashilar, Chaoyangmen, Tianamen Square, Forbidden City, dan lain-lain lagi. Tentang aktiviti kemasyarakatan saya tak pasti. Cuba hubungi pertubuhan sukarelawan di Beijing.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.