Profesor buta huruf? Kalau buta huruf bagaimana jadi Profesor? Profesor Serbataktaulah tu. Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan saya.
"Sayalah Profesor Buta Huruf tu. Sayalah Profesor Serbataktau tu! Adoi!"
Itulah perasaan saya apabila pertama kali melangkahkan kaki saya di negara Tembok Besar. Apa tidaknya segalanya dalam tulisan China. Sepatah harampun saya tak tahu. Barulah saya tahu langit tinggi ke rendah.
"Sayalah Profesor Buta Huruf tu. Sayalah Profesor Serbataktau tu! Adoi!"
Itulah perasaan saya apabila pertama kali melangkahkan kaki saya di negara Tembok Besar. Apa tidaknya segalanya dalam tulisan China. Sepatah harampun saya tak tahu. Barulah saya tahu langit tinggi ke rendah.
Saya ke sini sebagai Visiting Scholar : melakukan penyelidikan di Universiti Komunikasi China atau dalam bahasa Inggerisnya Communication University of China (CUC). Letaknya di Dingfuzhuang Dongjie, Daerah Chaoyang, Beijing. Disamping itu saya juga meluangkan masa untuk menyampaikan kuliah/syarahan di Fakulti Filem dan Televisyen, CUC..
Pintu masuk Universiti Komunikasi China (CUC) |
Saya ke sini bersendirian. Ramai yang ragu-ragu bagaimana saya boleh hidup di negara yang kebanyakan orangnya tidak boleh berbahasa Inggeris.
"Wo puk che tau chung wen" (Saya tidak tahu bahasa China).
Itulah yang saya cakapkan kepada orang China di sini apabila mereka mahu berbual dengan saya.
"Wo puk che tau chung wen" (Saya tidak tahu bahasa China) ini sama maksudnya dengan AKU BUTA HURUF. Sebab saya tak boleh membaca tulisan China.
Berada di negara Tembok Besar ini membuatkan saya terpaksa menggunakan bahasa China. Memang tiada cara lain. Pemandu teksi, peniaga, pelajar, ramai yang tidak tahu bahasa Inggeris. Jadi bagaimana caranya sehingga saya selamat sampai ke destinasi dan dapat pula mencari tempat tinggal?
"Wo puk che tau chung wen" (Saya tidak tahu bahasa China).
Itulah yang saya cakapkan kepada orang China di sini apabila mereka mahu berbual dengan saya.
"Wo puk che tau chung wen" (Saya tidak tahu bahasa China) ini sama maksudnya dengan AKU BUTA HURUF. Sebab saya tak boleh membaca tulisan China.
Berada di negara Tembok Besar ini membuatkan saya terpaksa menggunakan bahasa China. Memang tiada cara lain. Pemandu teksi, peniaga, pelajar, ramai yang tidak tahu bahasa Inggeris. Jadi bagaimana caranya sehingga saya selamat sampai ke destinasi dan dapat pula mencari tempat tinggal?
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam entri yang lepas, saya telah melakukan persiapan. Antaranya menghubungi orang-orang tertentu di China sebelum saya sampai. Ternyata, semuanya berjalan lancar. Jingling terutamanya telah banyak membantu segala urusan saya di China.
Hari ke-1: Dari KLIA ke Peking
Penerbangan saya dari KLIA ditangguhkan. Penerbangan MAS itu sepatutnya bertolak pada pukul 12.25 selepas tengahmalam pada 8 Mei 2012, tetapi saya dimaklumkan oleh agensi Ansari Murni bahawa kapalterbang ke Beijing malam itu "DELAY", ia ditunda ke pukul 6.00 pagi. Alamak! Delay yang memang amat amat lewat. Tentu saya kena LEPAK di KLIA sampai bosan gila.
Apabila saya sampai di KLIA dari Pulau Pinang saya terdengar suara seorang pegawai MAS berkata untuk menarik perhatian, "Beijing! Beijing!" Sayapun terus mara ke arahnya dan memaklumkan yang saya hendak ke Beijing tetapi penerbangan lewat. Pegawai itu menyuruh saya ikut dia. Kemudian datang beberapa orang lagi. Dia memaklumkan akan kelewatan itu dan kami diberi penginapan percuma. Lalu kami dibawa menaiki jeep menuju ke Hotel Pan Pacific yang terletak di dalam KLIA. Itulah pertama kali saya naik jeep di dalam lapangan terbang dan menginap di hotel di KLIA. Kami bergurau kepada pemandu jeep itu supaya berhati-hati jangan sampai melanggar botol-botol minyak wangi yang ada banyak di dalam lapangan terbang itu. Walaupun bau badan kita wangi, hati kita sakit sebab kena bayar banyak gantirugi kalau terlanggar.
Kelewatan itu membuatkan saya dapat mengenali orang yang ke destinasi yang sama dengan saya. Kami diberi makan malam. Sambil menunggu makan malam saya ditemani oleh seorang General Manager dan ahli perniagaan yang bekerja di Tianjin, China, namanya Encik Heng. Dia peramah dan baik. Dia memberi saya nombor dan alamatnya untuk dihubungi. Kami berkenalan dan berbual daripada satu topik ke satu topik.
MAS menyediakan Hotel Pan Pacific kepada semua penumpang ke Beijing malam itu |
Semasa penerbangan ke Beijing keesokannya, ditakdirkan Encik Heng duduk di kerusi belakang saya. Jadi dia banyak berkomunikasi dengan saya sepanjang perjalanan. Persahabat baru dan mesra terjalin. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu?
Saya sampai ke Beijing pada 12.10 tengahari dan masuk melalui Imigresen. Terus pegawai di situ menegur saya, "Ni Hau!" Saya pun "test"lah bahasa Cinaku yang ala-ala peringkat lebih rendah daripada TADIKA. "Wo hen hau! Xie. Xie!" Tapi dia faham...he he he...Kira oklah tu!
Lapangan Terbang Peking |
Jingling yang selama ini membantu urusan saya ke China adalah seorang guru di CUC. Dia tidak dapat mengambil saya kerana waktu saya sampai dia sedang memberi kuliah. Jadi saya pergi sendiri dan cari teksi. Saya tunjukkan alamat tempat tinggal saya di Dingfuzhang Dongjie di Daerah Chaoyang dalam tulisan Cina. Ditulis oleh Jingling dan Chanson dalam telefon bimbit saya dan diberikan kepada saya minggu lepas. Tambangnya 100 yuan (RM50) menurut pekerja yang menjaga teksi keluar masuk di situ.
Sayapun di hantar ke alamat itu. Jingling sudah beritahu saya cara-cara untuk menaiki teksi, bas atau subway. Tetapi saya pilih teksi disebabkan saya bawa banyak beg. Jingling sudah beritahu saya tambang teksinya antara 80 ke 100 yuan.
Sayapun di hantar ke alamat itu. Jingling sudah beritahu saya cara-cara untuk menaiki teksi, bas atau subway. Tetapi saya pilih teksi disebabkan saya bawa banyak beg. Jingling sudah beritahu saya tambang teksinya antara 80 ke 100 yuan.
Di sinilah teksi itu turunkan saya |
Orang di situ cakap Cina belaka. Nasib baiklah ada seorang lelaki itu tahu bahasa Inggeris. Lalu dia bantu saya terjemahkan tulisan-tulisan yang ada di situ. Dia kata saya berada di Beijing University. Bila dia sebut saja Beijing University, saya fikir saya dah tersalah tempat!
"Aku dah jauh ni. Teksi tu dah turunkan aku entah di mana? Adoi!"
Lalu saya tunjukkan alamat saya dalam tulisan Cina kepadanya, dia kata saya di tempat yang betul. Semua tulisan pada bangunan yang ada di situ saya tanya pada lelaki itu.
Diapun terjemahkan, "This errr Human Resource err Human Resource Marketing!." That ..Train Station...University Train Station!" "Over there errr Media University."
Setelah soal jawab dengan lelaki itu, selidik menyelidiki, SMS dengan Jingling, akhirnya Jinglingpun sampai. Jingling melambai-lambai tangannya pada saya dari jauh. Dia datang memakai payung kerana hari itu cuaca panas.
Rupa-rupanya apartment saya di hadapan lagi. Pemandu teksi itu turunkan saya kurang 200m dari apartment saya. Jinglingpun ucapkan terima kasih kepada lelaki yang menolong menterjemahkan tulisan-tulisan Cina yang ada di situ. Itulah pertama kali saya berjumpa dengan Jingling, muda orangnya dalam 20-an. Sangka saya Jingling ini berumur dalam lingkungan 35 dan rambutnya sedikit kerinting. Tetapi ternyata semua tekaan saya meleset. Saya tanyakan pada Jingling tentang Beijing University. Katanya nama lama CUC ialah Beijing Institute. Oh patutlah...baru saya faham.
Oleh kerana beg saya banyak dan berat, kami naik teksi lagi. Tambangnya Jingling bayar. Saya nak bayar dia kata biar dia bayar. Jinglingpun bawa saya ke aparment yang dia telah tempah awal. Dia yang dahulukan duitnya. Aparment ini saya sewa sementara untuk empat hari. Nanti Jingling akan bawa saya cari rumah yang lebih murah dan sesuai dengan saya. Jingling tunjukkan resit sewa apartment itu yang telah didahulukan dengan duitnya. Dia kemudian memberi saya kunci, menerangkan alat-alat yang boleh digunakan di aparment itu, memberi saya kad subway, kad membeli makanan di kantin, mengaktifkan kad telefon saya dan segala-galanya. Memang saya puji sikap Jingling. Memang patut dicontohi!
Malam itu saya makan serunding daging yang saya beli di Pasar Siti Khadijah, Kota Baru minggu lepas.
Malam pertama di Beijing saya tidur lena.
Hari ke-2: Makan Tengahari Pertama di Negara Tembok Besar
Jingling kata ada restoren halal di CUC. Pada pagi ini saya keluar dari apartment saya mencari restoren halal di CUC. Jingling ada kuliah sepanjang hari, jadi dia tidak dapat menemani saya hari itu.
Sedang saya mencari-cari restoren halal itu, tiba-tiba seorang anak muda memberi salam pada saya. Saya jawab dan terus saya tanya, "Are you a Muslim?" Terus dia angguk. Saya gembira kerana menemui orang Islam yang pertama di Beijing. Saya bertanyakan dia di mana restoren halal itu, ternyata dia juga ingin ke sana. Lalu dia membawa saya ke situ.
Namanya Mahmud Chen Chen. Dia orang Islam dari Xian, iaitu kawasan penduduk Islam di China. Dia seorang siswa Intrepretasi di Beijing International Studies University bersebelahan dengan CUC. Dia juga baik orangnya. Dia yang bayarkan makan tengahhari pertama saya di Beijing. Dia yang angkat hidangan untuk saya dan mengambil sudu. Dia mengangkat tangan berdoa sebelum dan selepas makan.
Kata Mahmud, "Pertemuan saya dengannya diatur oleh Allah."
Satu kemesraan wujud di antara kami. Pertemuan ini amat berharga bagi saya. Alhamdulillah!
Namanya Mahmud Chen Chen. Dia orang Islam dari Xian, iaitu kawasan penduduk Islam di China. Dia seorang siswa Intrepretasi di Beijing International Studies University bersebelahan dengan CUC. Dia juga baik orangnya. Dia yang bayarkan makan tengahhari pertama saya di Beijing. Dia yang angkat hidangan untuk saya dan mengambil sudu. Dia mengangkat tangan berdoa sebelum dan selepas makan.
Kata Mahmud, "Pertemuan saya dengannya diatur oleh Allah."
Satu kemesraan wujud di antara kami. Pertemuan ini amat berharga bagi saya. Alhamdulillah!
nilah restoren halal dalam kampus CUC. Kelihatan tulisan Lailahailallah Muhammad Rasulullah pada papan tanda. Yang berbaju kuning itulah Mahmud. |
Hidangan tengahari pertama saya di China. Cuma 4.50 yuan (RM2.25) |
Makanan tengahari Mahmud |
Tukang masak Muslim |
Kakak imi tersenyum apabila diambil gambarny |
Sijil di sebelah kiri menjelaskan cara penyembelihan dan penyediaan makanan halal |
Restoren ini bersih lagi halal |
Selepas makan tengahari saya dan Mahmud pun berpisah untuk melaksanakan tugas masing-masing. Selepas itu saya berjalan-jalan di sekitar kampus dan melihat fakulti yang ada di situ.
Ketika hendak keluar dari Fakulti Anima itu saya dihalang
oleh sekumpulan koir yang sedang menyanyi di pintu masuk fakulti itu. Sayapun
duduk menunggu sebentar. Selepas menunggu sebentar sayapun mencelah-celah
antara mereka untuk keluar. Sayapun duduk di bangku di bawah pokok lalu
menyaksikan mereka menyanyi. Sempoinya mereka menyanyi, di atas tangga di
pintu masuk fakulti aje!
Setelah melihat mereka menyanyi saya pergi berjalan-jalan
lagi di sekitar kampus. Saya lihat ada lagi kumpulan koir sedang menyanyi di
atas tangga. Kali ini ada 3 kumpulan. Mengapa mereka menyanyi di situ ek?
Mereka menyambut pembesar datang kot?
Malam ke-2 di Beijing, saya tidur lena. Hari esok ada banyak
urusan. Urusan paling penting: CARI rumah sewa untuk 9 bulan. Boleh dapat dalam
sehari ke? Untuk mengetahui jawapannya, ikutilah kembara saya di negara Tembok
Besar pada entri akan datang.
..bersambung
..bersambung
Alhamdulillah, nampaknya semua berjalan lancar dan menyebelahi puan. Semoga begitulah hendaknya di hari2 seterusnya...
BalasPadamMie,
PadamAlhamdulillah, kita merancang Tuhan menentukan. Alhamdulillah berkat doa Mie dan rakan-rakan kembara.
ok dh abes baca...alhamdulillah. mcm2 perkara baik yg terjadik kt akak. doa org musafir mmg makbul kan? hehe.
BalasPadammcm seronok je tgk dorang rehearse utk koir tu. wlpn x fhm bahasa dorang kan.
akak duk kat area central beijing ke? i mean...dr pusat bandar?
Danny/John,
PadamMemang betul kata Danny, doa org musafir makbul, memang ada dalam hadis :) Alhamdulillah, hendaknya baik saja untuk hari-hari yang akan datang.
Seronok juga tengok koir secara tak sengaja tu. Memang tak fahampun apa makna lagu yg dia org nyanyi tu. Tapi syok tengok, happening betul kampus ni.
Saya duduk di luar daripada pusat bandar, kira-kira sejam naik subway. Tapi saya belum lagi ke pusat bandar.
wahhh... lengkap takda yang mis...dah rasa saya pulak yang berada disana...mudah2an dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan murah untuk 9 bulan yang akan datang tu...apartment jugak ker?
BalasPadamAndaQue,
PadamTerima kasih baca kembara saya dgn lengkap :). Ya mudah-mudahan dpt tempat tinggal yg lebih selesa utk 9 bln akan datang...kisahnya akan saya ceritakan dlm entri akan datang, tengah karang cerita dan pilih gambar :)
Ambil masa pun tak pa tak kan lari gunung dikejar... hehe terus 9 bulan Raya tak balik lah kut ya....
PadamAndaQue,
PadamTahun ni nak raya di China. Anak-anak dan kawan-kawan nak join raya di sini, insyaAllah.
salam, seronok baca cara penulisan Puan :))
BalasPadamDaya,
BalasPadamAssalamualaikum. Selamat Berkunjung ke Nota Kembara. Janganlah serik, datanglah lagi ya :)
assalamualaikum,
BalasPadamdah panjang rupanya cerita akak di beijing. byk dah yg sy ketinggalan ni. sibuk sikit sekarang ni. camne kak, update blog pakai proxy ape? minta maaf ye kak sbb mgkin cara installation proxy yg sy bagi haritu agak mengelirukan tp sy rasa mgkin akak dah takde masalah nak access ke blogspot dah skrg. kat china skrg sgt panas ke? sy hrp semua urusan di sana berjalan dgn baik. muhammad tu hensem tak? hehehe =P
take care kak =)
Fatt,
PadamWaalaikumusalam. Ya, sudah 3 minggu saya di Beijing. Ada banyak cerita nak kongsi.
Pada mulanya memang saya download proxy yang Fatt bagi tu. Tapi cuba berkali-kali tak jadi. Kemudian anak saya bagi saya proxy spotflux. Download pun senang. Terus boleh guna. Ramai pelajar Malaysia di sini guna vpn, tapi apabila saya cuba di tempat saya tak boleh. Mungkin juga saya tak pandai, pasal tu le tak jadi...he he he..Tapi tak apa, spotflux pun okay, cuma slow sikit.
Di Beijing sekarang dalam peralihan dari musim bunga ke musim panas. Kadang-kadang cuaca panas, tetapi kelmarin, semalam dan hari ini nyaman, cuaca tidak begitu panas :)
Mahmud tu handsome jugak, baik dan sopan santun orangnya. Gambar dia ada di atas, yang pakai baju kuning depan restoren halal tu :)
serononoknya... cerita la lagi... saya pun sekiranya diizinkan insyaallah ke beijing bln 12 ni.tu yg tgh kumpul2 maklumat. saya backpacking.. agak2 selamat tak kak
BalasPadamSalam kenalan eKa,
BalasPadamTerima kasih kr mengikuti blog saya. Maaf lambat balas kerana di China ni blogspot kena block. Kadang2 ada kadang2 tak ada, hari ini ok pulak...:) Tapi jangan serik baca blog saya ya...
Nak backpack ke China :). InsyaAllah selamat kalau kena cara..InsyaAllah saya akan bagi tips dlm blog ini.
Assalamualaikum.. Kak, sy suka baca blog kakak. Suami sy ke Beijing, jadi rasa rindu n nak taw sgt ttg Beijing. Bila sy tbaca blog kak nie, terus tbayang2 jak suami kat great wall dll. Mahalnya barang2 kat cina kak.. sedikit risau ttg keadaan suami sy d sana.. apa2 pun terima kasih atas info akak. see u..
BalasPadamWaalaikumusalam,
PadamTerima kasih kerana baca blog ni.
Lamakah suami di Beijing? Sebenarnya barang-barang tidak mahal di China. Semoga suami puan selamat di sana.