Hari-hari berikutnya di Beijing, saya masih buta huruf. Masih tidak tahu membaca tulisan China. Tidak tahu bercakap China.
Hari ketiga di Beijing saya harus mendapatkan tempat tinggal lain. Yang lebih selesa tetapi murah untuk 9 bulan lagi. Sekiranya tidak dapat rumah yang saya inginkan, maka bilik aparment yang saya sewa sekarang perlu dilanjutkan sehingga 3 hari lagi.
Masalah saya di apartment sekarang ini: bilik air dan tandasnya satu. Ia perlu dikongsi dengan 7-8 orang. Jadi tandas itu mudah kotor. Kadang-kadang apabila saya rasa nak terkucil, saya terpaksa menahannya apabila ada orang yang sedang menggunakannya.
Orang yang menyewa di apartment itu kebiasaannya menyewa untuk dua tiga hari sahaja. Selalu orang baru masuk. Untuk keselamatan saya kena pastikan bilik saya sentiasa berkunci, walaupun untuk ke tandas atau ke dapur.
Jingling berjanji akan mencari rumah sewa bersama saya selepas pukul 12.30 tengahhari. Kami berjanji akan bertemu di restoren halal di Communication University of China (CUC) yang saya kunjungi semalam. Jadi, hari ini saya pergilah makan tengahari dahulu di restoren halal itu. Tapi hari ini saya lihat lebih ramai orang Islam di situ. Pelbagai rupa dan warna kulit.
Hari ketiga di Beijing saya harus mendapatkan tempat tinggal lain. Yang lebih selesa tetapi murah untuk 9 bulan lagi. Sekiranya tidak dapat rumah yang saya inginkan, maka bilik aparment yang saya sewa sekarang perlu dilanjutkan sehingga 3 hari lagi.
Masalah saya di apartment sekarang ini: bilik air dan tandasnya satu. Ia perlu dikongsi dengan 7-8 orang. Jadi tandas itu mudah kotor. Kadang-kadang apabila saya rasa nak terkucil, saya terpaksa menahannya apabila ada orang yang sedang menggunakannya.
Orang yang menyewa di apartment itu kebiasaannya menyewa untuk dua tiga hari sahaja. Selalu orang baru masuk. Untuk keselamatan saya kena pastikan bilik saya sentiasa berkunci, walaupun untuk ke tandas atau ke dapur.
Hari ke-3: Mencari Rumah Sewa di China
Jingling berjanji akan mencari rumah sewa bersama saya selepas pukul 12.30 tengahhari. Kami berjanji akan bertemu di restoren halal di Communication University of China (CUC) yang saya kunjungi semalam. Jadi, hari ini saya pergilah makan tengahari dahulu di restoren halal itu. Tapi hari ini saya lihat lebih ramai orang Islam di situ. Pelbagai rupa dan warna kulit.
Pengunjung Islam pelbagai warna kulit datang makan di restoren halal di dalam kampus CUC |
Pengunjung Muslim di restoren halal kampus CUC |
Sedang saya makan, gadis itu datang hampir dengan saya untuk menceduk sup yang letaknya bersebelahan dengan meja saya. Semasa menceduk sup itu dia ternampak saya. Dia kelihatan sangat gembira melihat saya. Dia senyum pada saya dan memberi salam. Sayapun gembira apabila dia menegur saya. Dia lalu duduk makan bersama saya. Kamipun berkenalan. Namanya Arafat, orang keturunan Uyghur dari daerah Xinjiang.
Uyghur adalah etnik Islam yang terdapat ramai di Xinjiang. Mereka mempunyai budaya yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Rupa paras mereka seperti orang Caucasian, berhidung mancung dan berkulit putih.
Arafat mengambil Sarjana (Master) dalam bidang Digital Art di CUC. Arafat boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Kamipun bercerita dan wujud kemesraan di antara kami. Dia meminta nombor telefon saya dan saya mengambil nombor telefonnya. Pertemuan ini amat bermakna bagi saya kerana dialah wanita Islam pertama yang saya kenali di negara Tembok Besar ini.
Kenangan yang bergitu bermakna berkenalan dengan wanita Muslim pertama yang saya temui di negara Tembok Besar, China |
Sebentar kemudian Jingling datang. Sayapun berpisah dengan Arafat. Jingling datang membawa saya mencari rumah sewa.
Kami ke pejabat ejen sewa rumah HOME LINK. Di situ kami bertanyakan tentang rumah satu bilik untuk disewakan. Pekerja di kaunter Home Link memberitahu kami ada dua buah rumah yang boleh saya sewakan berdekatan dengan CUC. Dia menunjukkan gambar rumah itu di dalam komputer. Nampak cantik. Ada bilik luas. Ada dapur. Fully furnished. Sewanya RMB2,400 (RM1,200) sebulan. Kamipun mahu mellihat rumah itu. Setelah bertanyakan, "Bolehkah saya menyewanya untuk 9 bulan?", ejen itupun menelefon tuan rumahnya. Tuan rumah itu kata dia tidak menerima kontrak sewaan selama 9 bulan, kontrak sewaannya ialah setahun. Oleh kerana itu maka kamipun tak jadilah tengok rumah itu. Manakala rumah sewa yang lagi satu, hanya boleh dilihat selepas pukul 5 petang.
Jingling sedang menelefon tuan punya rumah untuk melihat rumah yang bakal disewa |
Kemudian Jingling menelefon seseorang. Kemudian dia memberitahu saya bahawa tuan rumahnya membenarkan saya sewa 9 bulan. Saya boleh cuba tinggal 3 bulan dahulu, sekiranya tidak suka boleh cari tempat lain, tetapi kalau suka boleh sambung 3 bulan lagi. Tetapi bayarannya mesti dibayar 3 bulan sekali. Kamipun pergi melihat rumah itu. Sewanya RMB1,000. (RM500) sebulan.
Rumah itu adalah aparment yang tidak jauh dari CUC. Ia adalah unit dua tingkat. Terdapat 4 bilik dalam unit itu. Di tingkat atas ada 2 bilik dan di tingkat bawah ada 2 bilik. Namun semuanya sudah ada penyewa. Mereka semua siswa CUC. Kecuali satu bilik bersebelahan dengan dapur dan bilik air. Saya berkongsi bilik air itu dengan seorang lagi. Tuan rumah itupun juga membenarkan saya memasak. Jingling telah menjelaskan kepada tuan rumah itu bahawa saya orang Islam dan ada makanan yang tidak boleh dibawa masuk ke rumah. Maka dia hanya membenarkan saya seorang sahaja memasak dan menggunakan dapur itu.
Jingling menjelaskan kondisi sewaan dan membaca kontrak menyewa kepada saya. Lalu saya setuju dan terus bayar. RMB1,000 (RM500) untuk deposit dan RMB3,000 (RM1,500) untuk sewa 3 bulan. Kontrak pun ditandatangani. Tapi Jingling yang tandatangan kontrak itu untuk saya kerana saya BUTA HURUF, semuanya dalam bahasa Cina.
Kontrak sewa rumah saya dalam bahasa Cina. |
Persekitaran rumah sewa saya |
Apartment di kawasan taman perumahan yang saya sewa |
Aparment ini berdekatan dengan kampus. Unit saya di tingkat paling bawah. |
Dalam aparment sewa saya yang dilengkapi dengan perabut, mesin basuh, microwave, dapur dan peti sejuk |
Bunga-bunga pada akhir musim bunga di Beijing
Oleh kerana ketika ini adalah musim bunga maka banyak bunga-bunga kembang mekar di persekitaran apartment sewa saya. Jiran-jiran saya pula suka memelihara anjing. Terdapat pelbagai jenis anjing yang diperlihara.
Add caption |
Hari ke-4: Membeli-belah Barang Keperluan Rumah di China
Hari ini sibuk pindah keluar dan pindah masuk ke rumah baru. Jingling mengajak pelajarnya seorang siswa Bahasa Melayu bernama Zhu. Zhu dan Jinglingpun membantu saya pindah dan mengangkat barang. Kemudian kamipun pergi ke beberapa tempat untuk membeli-belah barang keperluan rumah seperti pinggan mangkuk, alat-alat membersih, beg plastik untuk buang sampah, tong sampah, barangan mandian, cermin, dll.
Joy City ialah Mall yang paling besar di kawasan tempat tinggal saya. |
Zhu dan Jingling membawa saya membeli-belah di Joy City |
Filem-filem baru ditayangkan di sini |
Durian dari Thailand dijual di Joy City |
Kedai kosmetik di Joy City |
Restoren di Joy City Mall |
Pada waktu petang Jingling tidak dapat menemani saya ke pasar untuk membeli pinggan mangkuk, bantal dan cadar kerana beliau ada urusan lain. Jadi Zhu yang membawa saya ke pasar. Dia yang tanyakan harga dan tawarkan. Zhu fasih berbahasa Melayu. Dia telah belajar bahasa Melayu selama 3 tahun di CUC.
Terdapat banyak kedai untuk membeli barangan keperluan di Chaoyang |
Di sinilah Zhu membawa saya membeli pinggan mangkuk |
Zhu membantu saya menawar harga barang-barang di sini |
Beli bantal, cadar. selimut di sini |
Setelah barang-barang keperluan asas rumah sudah dibeli, Jingling memanggil pelajarnya seorang lagi iaitu Mawar untuk membantu saya dan Zhu mengangkat barang-barang.
Mawar fasih berbahasa Melayu. Dia juga belajar bahasa Melayu di CUC selama tiga tahun. Mawar berasal dari Shandong, dia mempunyai nama Cina, tetapi saya diperkenalkan dengannya dengan nama Mawar. Sampai sekarang saya tidak tahu nama Cinanya.
Zhu pula ada nama Melayu juga, iaitu Ismail. Manakala Jingling pula ada nama Melayunya iaitu Melati. Sebenarnya di China apabila seseorang itu belajar bahasa Melayu, mereka mahu dikenali dengan nama Melayu. Terdapat 15 orang pelajar China di CUC yang sedang mempelajari bahasa Melayu. Pensyarah-pensyarahnya adalah orang Cina belaka.
Begitulah saya memulakan penghidupan saya di negara Tembok Besar ini. Dengan keadaan saya yang buta huruf (tidak tahu membaca tulisan Cina dan bercakap Cina) ini, saya berjaya mendapatkan tempat tinggal yang boleh dikatakan murah di Beijing ini, kerana rumah di Beijing memang mahal. Saya juga dapat membeli barang-barang keperluan. Semuanya atas bantuan insan-insan yang berhati emas. Walaupun mereka bukan orang Islam namun sikap, budi bahasa dan bantuan yang dihulurkan patutlah dijadikan contoh kepada orang Islam. Alhamdulillah, semoga Allah membalas kebaikan mereka yang berbuat baik dengan saya. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. Amin.
..bersambung
Syukur Alhamdulillah Dr dah dapat rumah sewa. harap kehidupan di China lebih mudah untuk akan datang..
BalasPadamAlhamdulillah saya dapat sewa rumah atas bantuan kenalan saya di China. Mereka semua baik-baik belaka. Kagum saya. Ya saya juga berharap Allah mempermudahkan urusan saya di sini. :)
PadamLepas ni time free2 boleh la Prof jalan2 jelajah China..bertuahnya boleh stay negara lain dalam masa yang lama. Dulu saya nyaris2 nak kena stay kat China sebab company ada project sana. Baru jer saya cter skit2 kat mak dalam fon...terus nangis2 dah..heheh. Last2 saya terpaksa resign sebab company tu move ke China dan saya tak dapat ikut..sayang buah kepayang...hehe. Saya balik diskas 1 family semua tak bagi pergi..Prof sangan bertuah dapat kesana..boleh luaskan pandangan dan ilmu...
BalasPadamZila,
PadamAlhamdulillah, Allah beri rezeki kepada saya ke China.
Ya, masa free saya jalan-jalan di Beijing. Nanti saya akan kongsi kembara saya tu di blog ni.
Zila, kalau nak ke Beijing pun boleh. Tak berapa jauh pun dgn Msia. Air Asiapun baru buat penerbangan ke Beijing. Sekarang ni tengah promosi. MAS pun tak mahal. Anak saudara saya semalam datang ke Beijing, tambangnya 1,300 lebih je pergi-balik..Cathay Pacific pun ok. Ambillah cuti jalan2 ke sini.
InsyaAllah..kalo ada rezeki saya akan ke sana.
BalasPadamMy travel partner a.k.a my sis dia xsuka travel ke negara yang susah nak communicate..target asyik nak ke negara owang puteh..hehe.
Zila,
PadamNegara omputih pun ada yang tak tahu cakap orang putih. Contoh: Itali :)
Di Beijing ini sebenarnya tidaklah susah sangat nak communicate dengan orangnya..Datanglah ke Beijing, insyaAllah kita boleh jumpa :)
baiknya jingling , mawar dan zue tu.... rasa cam nak berkawan dgn derang...ada ke di kalangan derang yg buat tour guide...
BalasPadameKa,
BalasPadamMemang mereka tu baik-baik orangnya…patut dibuat kawan..Mungkin dia orang tak minat jadi tourist guide kot…
Alhamdulillah seronok baca kesah perjlnan n kembara prof ke serata belahan dunia ini dgn se Izin ALLAH,Bagi sy ingin jua terasa nk mengembara tpi apa kn daya masa x mengizinkn,Hanya ALLAH je berserah takdir,apa2 pun semuga prof bahagia dunia akhirat.
BalasPadamMenuju Senja,
PadamKesemua ini adalah izin dan rezeki dari Allah swt. Semoga perkongsian kembara saya ini memberi manafaat kepada pembaca.
Terima kasih kerana doakan saya begitu.
Assalamualaikum prob saya nk ke Beijing bulan hadapan .. Boleh saya dapatkan contact no prob sebagai rujukan di Sana nanti.saya mencari hotel utk menginap selama 4 malam.. Ini email saya sharifuddinninasyahida@gmail.com
BalasPadam