Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 31 Mei 2012

Kembara Solo di China: Profesor Buta Huruf (Bhg 3/3: Menjalin Hubungan)

Sebelum saya berangkat ke China ramai yang memberi pandangan. Ada yang negatif. Ada yang positif. Mana satu yang harus saya percayai? Saya mengambil sikap - Lihat sendiri. Alami sendiri.

Setiap manusia punya nota yang berbeza untuk dicatatkan dalam dairi kembaranya. "Jomlah ushar"  nota kembara saya yang menarik yang telah saya  alami  pada minggu pertama, kedua dan ketiga di negara Tembok Besar ini.


Hari ke-5: Menerima Undangan Makan Malam bersama Menteri



Hari ini saya menerima undangan makan malam daripada Puan Fatimah yang bekerja di Kedutaan Malaysia Beijing. Saya belum pernah bersua dengan Puan Fatimah. Cuma saya berhubung dengannya melalui emel dan telefon sahaja. Saya memperolehi contact Puan Fatimah melalui Sayang dan Kak Gi yang sekarang ini bertugas di Kedutaan Malaysia di Sweden. Ingat tak Sayang dan Kak Gi? Mereka adalah sahabat lama saya. Merekalah yang membawa saya mengembara dan berhari raya korban di Vietnam tahun lepas. Kalau lupa lihat pautannya di sini.

Saya terima undangan Makan Malam di Kedutaan Malaysia di Beijing itu kerana saya tidak ada sebarang acara pada hari itu. Puan Fatimah beritahu saya supaya saya naik teksi sahaja. Senang. Dia lalu menyuruh jurucakap Kedutaan Malaysia, menulis alamat Kedutaan dalam tulisan Cina dan menghantarkannya ke dalam telefon bimbit saya. Tetapi saya hendak naik keretapi subway, sebab saya nak belajar cara naik subway. Sampai bila nak naik teksi, bukan?

Saya tanyakan kepada Jingling cara untuk ke Kedutaan Malaysia itu dengan subway. Mengetahui saya akan ke Kedutaan Malaysia secara bersendirian, Jingling susah hati. Jingling menyuruh pelajarnya Mawar untuk menemani saya ke Kedutaan. Saya memohon kebenaran Puan Fatimah untuk membawa Mawar bersama ke majlis rasmi itu.

Setelah memakai pakaian rasmi, saya dan Mawarpun pergi menaiki subway. Saya rasa pakaian rasmi saya itu nampak pelik dari kaca mata orang China. Sebab saya perasan mereka pandang-pandang saya ketika saya menaiki subway. Tapi pada orang Malaysia, pakaian saya itu biasa aje. Alah busana muslimah ke pejabat.

Itulah pertama kali saya naik subway di China. Mawar yang bawakan.

Pertama kali menaiki subway di Beijing dalam perjalanan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing

Bangunan di persekitaran Kedutaan di Beijing

Kedutaan Malaysia di Daerah Chaoyang, Beijing. Kedutaan ini letaknya satu daerah dengan rumah saya.


Sampai di Kedutaan saya dan Mawar disambut dengan baik oleh Puan Fatimah. Saya tidak perlu menunjukkan pasport saya pada pengawal untuk masuk kerana Puan Fatmah yang menjemput saya. Saya berbual seketika dengan Puan Fatimah. Oleh kerana dia yang menguruskan majlis Makan Malam itu, dia sangat sibuk. Saya amat memahaminya. Saya biarkan dia melaksanakan tanggungjawabnya. Dia kemudian menyuruh saya mengambil tempat duduk di sebelah meja VIP.

Di malam itu saya tidak menyangka akan bertemu dengan ramai siswa Melayu. Mereka belajar di Universiti Beiyu dan Beiwai, Beijing. Semua mereka belajar bahasa China. Mereka ditaja oleh KPM dan MARA.

Majlis Makan Malam dengan Menteri Dalam Negeri dan pelajar-pelajar Malaysia di Beijing

Malam itu saya dapat ramai kawan. Tidakklah saya kesunyian. Mawar juga dapat ramai kawan. Mawar mendapat perhatian ramai orang kerana dia orang China yang fasih berbahasa Melayu. Manakala pelajar-pelajar Melayu pula sedang belajar bahasa Cina. Memang ada kerasian. Kebanyakan mereka menyuruh saya mengambil Mawar sebagai anak angkat. Bagus juga cadangan mereka itu, kan?

Majlis makan malam itu dihoskan dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Lee Chee Leong. Kami dapat makan sedap-sedap: satay, mee, nasi, udang, ayam dan macam-macam lagi. Dato' Lee seorang yang peramah. Selepas beliau makan di meja VIP, beliau datang duduk berbual dengan kami. Kamipun mengambil gambar bersama-samanya.



Dato' Lee Chee Leong (duduk di tengah)

Gadis yang berbaju biru itulah Mawar. Mawar bergambar dengan Dato' Lee Chee Leong (gambar sebelah kiri). Mawar pelajar bahasa Melayu bergambar dengan Ros pelajar  bahasa China (gambar sebelah kanan).


Hari ke-7 & 8: Menjalin hubungan yang erat dengan rakan-rakan  China Islam di Beijing


Tiga orang sahabat Muslim saya di China. Arafat (bertudung hitam) adalah keturunan Uyghur, Sofea (berkaca mata) adalah keturunan Hui Hui dan Zulfia (berbaju merah jambu) adalah berketurunan Uyghur.


Hari-hari berikutnya saya menjalin hubungan erat dengan rakan-rakan China yang seagama dengan saya seperti Mahmud dan Arafat. Pertemuan kami ialah di restoren halal di CUC. Dari situ saya mengenali lebih ramai orang Islam. Saya juga menerima pertolongan dari mereka. Ada yang menawarkan pertolongan untuk mencari basikal second hand untuk saya.

Tea seed, serbuk pencuci dari tumbuh-tumbuhan ini boleh digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk dan rambut. Ia dihadiahkan oleh Arafat kepadaku.


Arafat memberi saya hadiah dan membantu saya membeli barang-barang dan makanan halal berdekatan dengan CUC. Saya amat bersyukur kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka.

"Pertemuan kita ini telah diatur oleh Allah," kata Arafat.

Kata-kata yang sama telah diucapkan Mahmud padaku minggu lepas. Alhamdulillah.

Mahmud adalah lelaki Islam pertama yang saya kenali di China dan Arafat adalah wanita Islam pertama yang saya kenali di China. Kedua-dua mereka amat saya hargai.

Roti nan halal ini dimasak oleh orang Uyghur menggunakan resepi asli Uyghur.  Dibelikan oleh Arafat untuk saya di Restoren Makam 12

Restoren Makam 12
Arafat membawa saya ke restoren halal Makam 12 bersebelahan dengan CUC. Yang kami kesali walaupun restoren ini halal dan terdapat ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, kami dapat lihat orang  minum arak di dalamnya.

Minggu Ke-2: Pertemuan dengan Profesor Guan Ling di Fakulti Sinema dan Televisyen, Communication University of China


Tanpa diminta atau disuruh, Jingling telah membuatkan temujanji saya dengan Profesor Guan Ling. Profesor Guan Ling adalah orang yang bertanggungjawab mengundang saya ke Communication University of China (CUC). Tanpa keizinan beliau saya tidak mungkin berada di negara Tembok Besar ini untuk 9 bulan. 

Pertemuan itu diadakan pada minggu kedua kerana Profesor Guang Ling baru pulang dari luar negara. Profesor Guan Ling ialah Timbalan Dekan bagi Fakulti Sinema dan Televisyen di Universiti Komunikasi China (CUC). Kelihatannya Profesor Guang Ling adalah seorang yang amat sibuk.

Oleh kerana saya BUTA HURUF maka Jingling menemani saya dalam pertemuan itu. Sudah tentulah Jingling yang menjadi penterjemah saya dalam perbincangan saya dengan Profesor Guan Ling. Profesor Guan Ling kemudiannya memperkenalkan saya dengan Profesor Chou dan pensyarah lain di fakultinya. Oleh kerana Jingling ada mesyuarat di fakutlinya, maka dia tinggalkan saya bersama Profesor Guan Ling.

Pertemuan dan perbincangan dengan Profesor Guan Ling di Fakulti Sinema dan Televisyen di Universiti Komunikasi China (CUC). Profesor Guan Ling ialah wanita yang memakai kot hitam dalam gambar ini


Kemudian saya dibawa oleh Profesor Guan Ling ke studio penggambaran. Di sini saya dapat menyaksikan projek yang dilakukan oleh siswa di Fakulti Sinema dan Televisyen di CUC. Saya beruntung pada hari itu kerana saya dapat menyaksikan pertunjukan fesyen dan rakaman televisyen.











Minggu ke-3: Pertemuan dengan Profesor Lee, Profesor Zhang dan Profesor Lee  Zuo Wen di Fakulti Bahasa Asing di Communication University of China


Hari ini saya dipertemukan dengan Profesor Lee. Profesor Lee adalah pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Melayu di CUC. Beliau adalah bekas wartawan penyiaran di Radio Antarabangsa China. Setelah bersara daripada menjadi wartawan, perkhidmatannya diperlukan di CUC kerana kefasihannya berbahasa Melayu. Kami berbual-bual dalam bahasa Melayu.

Kemudian saya diperkenalkan kepada seorang rakyat China bernama Izati yang baru pulang dari Singapura kerana bertugas sebagai wartawan di cawangan Radio Antarabangsa China di Singapura.

Kemudiannya saya dipekenalkan juga kepada Profesor Zhang yang juga pensyarah bahasa Melayu di CUC. Kemudiannya saya dibawa masuk ke dalam dewan kuliah Bahasa Melayu dan diperkenalkan oleh Jingling kepada pelajar-pelajar China yang mengambil Sarjana Muda Bahasa Melayu. Setelah memberi sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar itu, kamipun bergambar beramai-ramai.

Bergambar dengan siswa dan pensyarah bahasa Melayu di Communication University of China


Saya kemudiannya diundang oleh Profesor Lee Zuo Wen iaitu Dekan Fakulti Bahasa Asing di CUC untuk makan tengahari di sebuah restoren yang ditempah halal.

Dapatlah saya melihat adat budaya orang China makan. Terdapat pelabagai makanan dihidangkan. Ia dihidang secara course by course. Kebanyakannya saya tidak pernah makan, antaranya susu goreng dan itik panggang. Ini adalah masakan tradisional Beijing. Saya dapat menyaksikan bahawa mereka suka memberi ucapan penghormatan di antara satu sama lain dan melaga-lagkan gelas. Air minumnya cuma jus oren dan teh China. Saya rasa amat dihormati ketika itu kerana mereka memahami saya orang Islam.

Bersama-sama diundang ialah Presiden Parti CUC. Barulah saya mengetahui bahawa di China di setiap universiti ada parti politik, tidak seperti di Malaysia, parti politik tidak dibenarkan di kampus.

Keledek rebus yang digubah indah

Buah-buahan yang dihias indah sebagai pencuci mulut

Ini adalah susu goreng. Ia adalah susu yang disalut dengan tepung dan digoreng. Ia dimakan dengan susu pekat.

President Parti CUC sebagai salah seorang tetamu terhormat .
Ucapan dan melagakan gelas ketika makan adalah satu penghormatan

Peking Duck ialah makanan tradisional Beijing


Minggu ke-3: Mencari Bahan Masakan Halal di China


Keinginan untuk memasak makanan sendiri memuncak. Tetapi saya ragu-ragu dengan kandungan bahan makanan yang dijual di sini. Arafat, wanita Islam China yang pertama saya kenali di sini kata, makanan di sini amat meragukan. Orang di sini kebanyakannya tidak beragama dan mereka berani mencampurkan pelbagai bahan haram dalam makanan walaupun susu segar.

Setiap kali saya hendak membeli bahan untuk memasak, saya membaca kandungan bahan makanan itu. Malangnya saya tidak boleh membacanya. Saya BUTA HURUF. Semuanya dalam tulisan China.


Mahmud pemuda China Muslim yang pertama saya temui di sini, sekarang menjadi sahabat saya, sudah memberitahu saya sebutan "babi" dan tulisannya dalam bahasa China.

Saya juga bertanyakan siswi jurusan Bahasa Cina di Universiti Beiyu yang saya kenali semasa majlis Makan Malam di Kedutaan tempoh hari. Kamilah adalah orangnya. Dia memberitahu saya yang susu jenama Yi Li halal. Tapi bungkusannya, tak adapun logo halal atau tulisan HALAL dalam jawi. Rupa-rupanya halal dalam bahasa China disebut lain dan ada tulisannya.


Sekarang saya sudah tahu membaca tulisan halal dalam bahasa China dan sudah memasak sendiri.  Sayapun sudah dapat menikmati aiskerim, coklat dan biskut yang dibuat di China kerana saya sudah sedikit CELIK!

Apakah saya masih meraba-raba dan perlu sentiasa dituntun kerana buta huruf di China? Ikutilah Kembara Solo saya di negara Tembok Besar dalam entri akan datang.


6 ulasan:

  1. Prof,

    Adalah 1 kelebihan jika kita tahu mandrin (eh..betul ke org china ckp mandrin). Kawan saya belajar business study ada ambil subject mandrin..everytime gi kedai cina beli stationary dia akan speaking mandrin dengan tokey tu..dan kitaorg dapat discount..hehe.

    Prof akan jelajah 1 negara China ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila,
      Mengetahui bahasa asing memang banyak kelebihan. Belajarlah apa sahaja bahasa, pasti berguna. Memang betul kata Zila tu, kalau pandai cakap bahasa Cina, kita boleh dapat harga murah masa beli barang :) Bapa saya pandai cakap Hokkien, bila beli barang di kedai Cina, dia selalu dapat harga murah.

      Di China ni, bahasa Mandarin disebut bahasa China (Chungwen).

      InsyaAllah, saya akan jelajah beberapa negeri di China, tapi nak jelajah 1 negara tu bukannya senang, kan.

      Padam
  2. Wahhh syok baca entry ni...seronok rasanya dapat mengalami pengalaman kehidupan macam awak di Beijing ni...buta huruf??? jangan risau akan menjadi celik dan semakin terang nanti... malah lebih terang drp penduduk tempatan. Jaga diri baik2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih terang dpd penduduk tempatan? he he he...Tak tahulah bagaimana untuk mencapai sampai ke tahap itu..Mudah-mudahan saya semakin celik sebagaimana doa AndaQue :)

      Padam
  3. kak boleh share tak tulisan halal dalam china.takut gak nanti saya nak ke sana jenuh teraba2.takkan nak mkn serunding dgn ikan bilis 24jam.ngeee

    BalasPadam
  4. eKa,
    Tulisan cina halal tu ada, tapi computer saya ni tak boleh taip tulisan Cina, insyaAllah kalau saya dapat ambil gambarnya saya akan share kat blog ni...serunding dan ikan bilis, telur tu hari2 saya makan kat sini he he he

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.