Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 7 Mei 2012

Kembara Solo Ke China: 8 jam Terakhir Sebelum Berangkat

Hari ini 7 Mei 2012 - malam ini saya akan berangkat ke Beijing, Republik Rakyat China. Saya akan menaiki kapalterbang MAS dari Pulau Pinang pada pukul 9.45 malam dan dari KLIA pada 00.25 pagi 8 Mei 2012.  Saya akan sampai di Beijing pada 8 Mei 2012  jam 6.25 pagi.

Saya akan kembali ke tanahair pada Februari 2013, insyaAllah. Tiket untuk pulang ke tanahair sudahpun siap ditempah oleh ejen pelancongan Ansari Murni. Tiket kapalterbang pergi-balik ini yang berharga RM4 ribu lebih dibayar oleh Universiti Sains Malaysia kerana saya ke China sebagai Visiting Scholar/Professor.

Persiapan saat-saat akhir telah saya lakukan. Logistik seperti tempat tinggal, urusan kewangan/perbankan, SIM kad untuk telefon bimbit di China dan menghubungi kenalan di China sudah saya lakukan. Ucapan selamat tinggal dan memohon maaf kepada saudara-mara dan rakan-rakan juga sudah dilakukan. Ringgit sudah saya tukarkan ke Rmb. Barang-barang sudah saya masukkan ke dalam beg. Rumah, kereta dan harta benda saya di Pulau Pinang dan Perak telah saya amanahkan kepada anak-anak saya untuk menjaganya. Tinggal beberapa jam lagi saya akan berangkat.


Ringgit sudah siap saya tukarkan ke Renminbi
Dua minggu lepas ke Kuala Kangsar untuk membeli Labu Sayong untuk saya hadiahkan  kepada Jingling, Profesor Guan dan kenalan yang membantu saya dalam urusan saya di China
Minggu lepas ke Kota Bharu Kelantan dan sempat membeli serunding dan keropok untuk bekalan di China


Malangnya saya dimaklumkan bahawa blogspot tidak boleh diakses di China. Alamak!!! Bagaimana saya hendak mengemaskinikan kembara solo saya selama 9 bulan di sana?

Ada yang mengatakan ada kod rahsia yang perlu kita perolehi untuk mengakses blogspot di China. Ada yang mengatakan bahawa perlu ada perisian khas untuk mengakses blogspot. Tetapi tiada siapa yang tahu kod rahsia itu dan perisian yang perlu saya perolehi. 

Saya mohon kepada rakan-rakan kembara saya supaya memaklumkan kepadaku cara-cara untuk mengakses blogspot di China. Sekiranya kalian tahu tolong emelkan maklumat itu kepada saya ke notakembara@yahoo.com. Tanpa semua ini maka blogspot saya akan sepi selama 9 bulan. Alangkah sedihnya saya kerana saya tidak mahu kehilangan rakan-rakan kembara dan pembaca Nota Kembara. Sesiapa yang tahu cara untuk mengakses blogspot di China tolong maklumkan pada saya. Saya AMAT AMAT memerlukannya.

Sampai jumpa lagi dalam entri akan datang. Doakan keselamatan saya di China dan doakan juga supaya saya dapat mencari jalan mengakses blogspot di China. Wassalam.


14 ulasan:

  1. selamat jalan akak, semoga perjalanan dirahmati-Nya. kalo ade rezeki, insyaALLAH sy akan melawat. amin...

    p/s; psl access blogspot ni. kalo x silap, fatt penah update blog dr sana. mybe die boleh tlg cmne die buat dlu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dengan doa itu. Nanti kalau ke Beijing contact akak ya. Thanks for the suggestion to ask Fatt. Ya saya dah tanya Fatt, harap-harap dia ada jawapannya.

      Padam
    2. sy baru baca komen akak di blog. nanti sy emelkan caranya. tak susah. cuma kena download software proxy tu dulu. selamat jalan kak. kalau sy ke china lagi bleh jumpa. jaga diri baik2 =)

      Padam
    3. Terima kasih Fatt. Saya dah cuba sebagaimana yang fatt bagi tau tu. Tetapi tak boleh akses juga. Kata orang kat sini, ada tempat boleh akses dgn cara tu, ada tempat tak boleh. Malangnya kawasan saya tinggal ni tak boleh akses dgn cara tu.
      Tetapi setelah cuba macam-macam cara, guna proxy lain, alhamduillah dapat. Tetapi kejap ada kejap tak ada.

      Kalau datang ke China beritahulah saya ya!

      Padam
  2. Selamat jalan, semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah seminggu saya di China. Alhamdulillah berkat doa Mie segalanya dipermudahkan Allah.
      Maaf ya, kerana baru hari ini dapat balas ucapan Mie sebab di sini tak boleh akses blogspot. Setelah cuba macam2 cara baru dapat. Itupun kejap ada kejap tak ada.

      Padam
  3. Wahhh dah berangkat dah ya... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar selama 9 bulan di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. AndaQue, saya dah berada di China 7 hari ni. Alhamdulillah berkat doa AndaQue dan rakan2 kembara saya selamat dan semua berjalan lancar.

      Maaf lambat respons sebab di sini tak dapat akses blogspot. Tapi setelah mencuba beberapa cara, akhirnya dapat juga. Saya baru pos entri terbaru semalam. Bacalah berita panas tu!

      Padam
  4. Nanti sy gi sana leh tumpang doktor...hehe. Selamat jalan..jgn lupa update pape special kt blog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila,
      Apa salahnya. Kalau Zila datang adalah kawan saya berbual dan berjalan-jalan.

      Saya ada update kisah di Beijing ini. Baru pos semalam. Paling baru. Bacalahlah entri yang masih panas tu!

      Padam
  5. wah seronok akak yer dapat jenjalan kat sana..lama pulak tu, safe joutney kak...

    BalasPadam
  6. Salam Kayrol,
    Alhamdulillah dah 3 bulan akak di China. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini & memberi ulasan di sini.

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.