Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Jumaat, 3 Ogos 2012

TEMPAT MENARIK DI BEIJING #9: World Park, Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 Minit

Pernahkah anda membaca atau mendengar tajuk novel "Around the World in Eighty days?" Novel ini sudah lama diterbitkan - 1873. Sangat klasik. Pada mula-mula saya baca itu saya budak sekolah lagi. Pada masa itu, mengelilingi dunia dalam 80 hari adalah sesuatu keistimewaan. Pada hari ini ia adalah kebiasaan. 

Di negara China semua perkara mustahil boleh berlaku. Malah lebih hebat daripada itu. Di Beijing kita boleh "Around the World in 80 minutes"! Aku dah lakukan!

Senang! Pergi sahaja ke World Park! Di sini kita boleh pergi ke Paris, Amsterdam, Athens, Washington D.C, Pisa, Jepun, Mesir, Mexico, Sydney, Moscow dan kotaraya-kotaraya terkenal di dunia dalam masa sesingkat 80 minit. Tak percaya? Tengoklah gambar yang telah aku rakamkan.

Sekejap saya ada di Paris. Sebentar kemudian di London. Kemudian di Athens. Lepas tu di Amsterdam, kemudian di Amerika...semuanya saya lakukan dalam masa 80 minit!











Saya ke sini bersama dengan anak saudara saya. Anak saudara saya sudah jemu melihat bangunan-bangunan purba China. Dia mahu sedikit kelainan. Saya pula ke sini kerana pernah menonton filem China bertajuk World Park yang setingnya di sini dan menceritakan tentang kepayahan orang muda China mencari penghidupan di Beijing. Jadi kamipun ke sinilah. 

Kawasan ini luas. Cuaca pada hari itu panas. Jadi perlu berpayung. Ada kedai jual cenderamata, tandas dan taman-taman untuk berehat dan sesuai untuk solat.

Pada pandangan saya World Park ini hanya dunia angan-angan. Tiada yang nyata. Bangunan-bangunannya tiruan, palsu. Yang nampak real hanya Eiffel Tower, Paris. Ramai pasangan pengantin membuat photo shoot di situ. Tapi anak saudara saya suka ke tempat ini. Baginya amat menarik. Katanya, "Kenapa Malaysia tak buat macam ni ek?"



Cara pergi:


Ambil subway Laluan 1, kemudian turun di Military Museum. Kemudian ambil shuttle bus. Tambangnya 0.40yuan (RM0.20 sen). Turun di Beijing West Railway Station.

Atau ambil bas nombor 320, tambangnya 2 yuan (RM1), turun di Beijing West Railway Station.

Kagum...Beijing West Railway Station yang tersergam indah

Kedai produk halal di Beijing West Railway Station


Apabila sampai di Beijing West Railway Station yang besar dan indah itu masuklah ke laluan 9 yang letaknya di bawah tanah.

Laluan 9 di Beijing West Railway Station. Kena turun tangga.

Naiklah keretapi subway yang bersih dan cantik di Laluan 9. Orang tak ramai.




Gambar dalam subway laluan 9. Gambar ini saya ambil ketika pulang dari World Park. Pertama kali saya lihat tiada orang dalam subway di Beijing..


Ambil keretapi bawah tanah (subway) laluan 9 dan turun di Guogongzhuang. Keluar ikut pintu D.


Apabila saya keluar sahaja dari Stesen subway Guogongzhuang ini sudah menanti beberapa beng beng dan teksi. Semuanya menerpa ke arah saya memujuk untuk menaiki kenderaan mereka.

 

Setelah sampai di situ, ambil beng beng (beca bermotor), tambang cuma 6 yuan (RM3) atau kalau suka jalan kaki, boleh jalan kaki kira-kira 20-30 minit ke World Park. Daripada stesen Guogongzhuang. tadi, berjalanlah terus ke hadapan. Di kiri kanan ada kawasan perumahan mewah. Anda akan lihat World Park itu berhadapan dengan kawasan perumahan Beijing International Garden.

Pintu masuk World Park ala Disney Land. Sesampai sahaja di sini, gambar saya diambil oleh seorang perempuan. Apabila hendak pulang perempuan itu menunjukkan gambar saya yang diambilnya tadi sudah berada dalam rantai kunci (key chain). Saya pun beli dengan harga 10 yuan (RM5).


Kaunter tiket di World Park


Itulah World Park (Taman Dunia) di Beijing yang boleh memenuhi impian anda mengelilingi dunia dalam masa sesingkat 80 minit. Jangan lupa untuk mengikuti Kembara saya di Beijing dalam entri akan datang.


14 ulasan:

  1. Taman ni seakan-akan Windows of The World di Shenzhen...

    Malaysia pun patut ada satu taman macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mie dengan info mengenai Windows of the World di Shenzen. Saya belum sampai lagi ke situ.

      Mie sependapat dengan anak saudara saya. Malaysia patut buat taman macam ni.

      Memang, semasa kita ke luar negara dan melihat apa yang mereka buat dan negara kita tidak buat, kita selalu bertanyakan, mengapa Malaysia tak buat macam ni kan? Semasa saya ke Sovereign Hill Ballarat, Australia saya tertarik dengan Live Museum mereka iaitu aktiviti melombong emas yang interactive. Saya pun bertanya, bila Malaysia nak buat macam ni? Sedangkan kita ada lombong bijih yang banyak dan ada sejarahnya. Sebenarnya Malaysia patut majukan lagi industri pelancongan. Ambil contoh-contoh dari luar.

      Padam
  2. kalau di Taman Tamadun Islam di Terengganu, ada monumen binaan masjid terkenal dari seluruh dunia. tapi mungkin ramai yang tak tahu, kot..

    menyinggah ke sini & salam ramadhan
    =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anne,
      Salam Ramadhan. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

      Bagusnya Terengganu buat monumen masjid terkenal dari seluruh dunia! Saya belum tengok lagi..Malunya saya ....

      Padam
  3. Iyelah..mcm kat windows of the world...tp di sana banyak replica building...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica pun dah pergi Windows of the World :). Saya saja yg belum :(

      Bangunan di sana ada tak macam World Park ni?

      Padam
  4. MASYALLAHH.. terigin gak.. tapi macam dah berniat tak nak pegi lagi ke Beijing... heee.. Gara2 pengsan 2 kali di Forbidden City.. Tapi INSYALLAH kalau ada umur panjang dan rezeki lebih, boleh mai tempat2 cam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azian Elias,
      Forbidden City tu memang besar dan luas. Kalau cuaca panas membahang memang mudah buat sesiapa saja pengsan. Agaknya Azian kena pilih cuaca yang best macam spring utk datang ke sini :)

      Padam
  5. macam kat aiins world korea pun ada benda2 gini. sekali tgk mmg sama, tp bila g tgk sendiri size dia kecik sket la,heheh.ok la kalu setakat nak berangan dah sampai paris

    BalasPadam
    Balasan
    1. eKa,
      Oh di Korea pun ada macam ni ya?

      Di World Park Beijing nipun macam tu, saiz bangunan2 tu kecik sikit.

      Tapi kita boleh berangan sambut ulangtahun perkahwinan di Paris atau honey moon kali kedua di Venice he he he

      Padam
  6. wahh!!! saya ingat di Shenzhen (window of the world @ WOW) aje ada tempat sebegini.. rupanya di beijing pun ada. menarik2!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM,
      Selamat berkenalan dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Ya, di Beijing pun ada macam WOW Shenzen.

      Padam
  7. salam..berapa harga tiket utk masuk ke world park?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farahida,
      Tiketnya boleh tahan mahal juga harganya dan berbeza mengikut musim: RMB100 (April 20 - October 31), RMB65 (November 1 - April 19).

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...