Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 9 Ogos 2012

KEMBARA SOLO KE XI'AN [2]: Youth Hostel Paling Menarik Yang Pernah Saya Inapi

K ali ini saya pilih Youth Hostel (walaupun aku Otai he.. he.. he..). Saya suka tinggal di Youth Hostel sebab ia lebih santai. Biasanya ia ada banyak kemudahan untuk pengembara berbajet dan lebih mesra. Bayarannya juga tidaklah mahal. Youth Hostel yang saya duduki di Xi'an amat COOL! Menarik! Hostel beginilah yang saya cari-cari. Bersetingkan rumah tradisional China, ia mempunyai courtyard, di kelilingi tembok dan berpintu gerbang meniru senibina purba!

Nama Youth Hostel ini ialah Xian Qixian (7 Sages) Youth Hostel. Saya buat tempahan hostel ini melalui hostelbookers.com. Saya memilih hostel ini kerana tertarik dengan setting hostel ini dan telah membaca review dalam Trip Advisor yang rata-rata menyukai hostel ini.

Sebagaimana yang dijanjikan dalam entri lalu di sini saya kongsikan gambar-gambar Youth Hostel yang saya inapi di Xi'an baru-baru ini.





Hostel ini tidaklah jauh sangat daripada stesen keretapi Xi'an dan stesen bas Shaanxi,  kira-kira 10 minit berjalan kaki. Tambang menaiki bas cuma 1 yuan (RM0.50). Murah kan! Tempat ini juga tidak jauh dari pusat bandar. Tidak juga jauh dari Lorong Muslim (Muslim Street), kira-kira 30 minit berjalan kaki.

Kedai runcit, pasar dan restoren makanan halal juga banyak terdapat di kawasan berdekatan dengan hostel ini.





Saya pilih bilik untuk 2 orang walaupun saya solo. Mereka tidak ada bilik untuk satu orang. Yang ada bilik untuk 2, 3 dan 6 orang. Saya tidak mahu berkongsi bilik dengan orang lain sebabnya pada masa itu bulan Ramadhan. Kalau berkongsi bilik dengan orang lain tentu susah nak bangun bersahur dan solat. Tentu mengganggu orang lain. 

Bilik saya selesa dan bersih. Sangat privasi. Sangat sempoi. Satu malam saya cuma bayar lebih kurang 179 yuan (RM89). Saya kena bayar untuk 2 orang, walaupun menginap seorang.

Bilik disediakan dengan penghawa dingin, heater, lampu tidur, flat screen tv, selipar, tuala, penyangkut baju, ubat nyamuk (pun ada he.. he..), cerek elektrik (senang masak mee segera he..he..), gelas dan pengering rambut. Peti sejuk, almari, sabun dan syampu tidak disediakan.



 





Ia di dalam kawasan courtyard atau halaman tradisional China yang mempunyai taman, pokok-pokok bunga dan teratai di dalam pasu bertakung air dan tanglung merah bergantungan di luar bilik. Rasa unik dan authentic. Tidak rasa seperti menginap di hotel.






Bilik membasuh pakaian dengan mesin-mesin basuh disediakan. Kita cuma masukkan duit siling ke dalam lubang mesin 10 yuan (RM5) untuk sekali basuhan. Penyidai kain juga disediakan dan kita boleh jemur kain kita di luar.

Tempat berehat, bermain snooker, meja ping pong dan basikal (sewa) disediakan.

Cafetaria, wi-fi dan flat screen tv yang besar juga disediakan.









Kita boleh check-in bila-bila masa. Stor menyimpan beg/barang disediakan dengan percuma. Perkhidmatan di kaunter juga mesra, mereka berbahasa Inggeris, sedia membuat tempahan tiket keretapi dan tempat penginapan kita seterusnya di tempat lain.

Semasa pertama kali datang, mereka menunggu, mengambil saya di stesen keretapi Xi'an dan membawa saya ke hostel ini. Perkhidmatan ini percuma.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan melawat tempat-tempat menarik di Xi'an. Bagi saya tak perlu guna perkhidmatan itu kerana kita boleh buat sendiri.

Amaran kepada yang tidak suka anjing: Di sini ada seekor anjing yang diperlihara tetapi jangan risau kerana anjing ini jinak, tidak menyalak dan tidak menganggu.

Saya seronok menginap di sini. Kalau datang ke Xi'an lagi saya akan pastikan yang saya dapat menginap di tempat ini.

Bagaimana dengan anda? Pernahkah anda menginap di tempat macam ni? Kalau pernah kongsilah di ruangan ulasan di bawah ini.

...bersambung...

Baca kisah kembara selepas ini: 

Baca kisah sebelumnya di bawah ini:


10 ulasan:

  1. Nak tanya kalau di Beijing ada tak hostel yang lebih kurang macam ni? dekat dgn MRT station area Chao Yang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenalan Mohd Nizam,
      Terima kasih tanya soalan itu. Sebenarnya saya tidaklah berapa tahu sangat tentang hostel yang macam ni di Beijing ni, walaupun saya sekarang tinggal di Chaoyang District, Beijing. Tapi cuba Nizam tengok hostel ini 1)Lanting International Youth Hostel (Chaoyang District), 2) Double Happiness Courtyard Hotel (Dongcheng District), Dongcheng letak dekat dgn Forbidden City. Kedua-duanya ada courtyard, mirip hostel yg saya duduk di Xian. Cuba baca review daripada org yg pernah duduk di sini. Mungkin sesuai dgn citarasa Nizam. :)

      Padam
  2. Assalammualaikum Naramas,

    Saya lama dah tak online, jadi banyak yang tertinggal... Xian memang menarik dan semakin moden. Tengok keadaan tempat tingg tu pun dah tahu, tentu kawasan penduduk Islam tak lupa untuk dikunjungi kan terutama Grand mosque nya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam AndaQue,
      Welcome back! Lama tak dengar cerita. Rindu pula dgn komen2 AndaQue. Kalau tertinggal entri2 yg lepas, boleh baca balik, tak basi lagi..he he he.. masih panas lagi. Ya, tempat org Islam itulah yg utama sekali dalam kembara saya ke Xian. Kisah yg itu akan saya ceritakan dlm entri akan datang. Tunggu tau! :)

      Padam
  3. Salam Ramadhan Yong

    Baguih maklumat ni Yong. Senang nanti nak ke sana...sambung cerita Yong...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadhan kepada ASP Yong juga :),
      Baguih? Alhamdulillah. Kalau Yong nak pergi Xian boleh terai nginap di sini kan..insyaallah teman sambung ceghita Xian, lagi syok lagi best...jangan tak nyinggah ke blog ni pulak yek ...

      Padam
  4. Thank kak yong review kak yong ttg hostel ni, buatkkan kami terasa nak tinggal sama disini nanti bila berkunjung ke xian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kayrol kerana sudi luangkan masa menulis ulasan di sini.

      Kak Yong harap Kayrol dapat layanan istimewa dan pengalaman lagi best kalau nginap di hostel ini :)

      Padam
  5. Naramas Aman..Xian ini dalam wishlist Nekcik..bila?? tak taulah lagi..sebab teringin nak rasa ugama islam budaya asing..lagi makanan mereka yang halal..
    Dulu Nekcik selalu pikir kalau cina atau kafir ni mesti kotor serba serbi..tapi bila kita berada di negara mereka..mereka jauh lebih bersih dari negara kita..dari hotel..toilets..dan jalanraya..malu kita!!
    sebab itu kita kena berjalan ke tempat orang!!
    Kita nampak Islam di negara kafir..ust hassan din

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nekcik, saya setuju! Kadang-kadang saya kesal dengan sikap kita yang nama sahaja Islam tapi amalan tidak mencerminkan Islam. Kadang-kadang ada orang kafir yg lebih baik budi pekertinya daripada org Islam. Orang di China ramai yang saya temui mempunyai budi pekerti yang mulia yang patut dijadikan tauladan.

      Semoga Nekcik dapat sampai ke Xian suatu hari nanti.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.