Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 15 Mei 2015

Indahnya Stong

Entri kali ini memaparkan hasil tulisan pembaca blog ini iaitu Nur Fadhilah. Beliau mempunyai pengalaman menarik ketika mendaki Gunong Stong.

* * * * * * * * * *


Indahnya Stong

oleh Nur Fadhilah binti Ismadi

B 
erlatar belakangkan Air Terjun yang tertinggi di Asia Tenggara telah menjadikan Banjaran Gunong Stong sebagai sebuah destinasi rekreasi yang strategik. Tidak hairanlah jika kawasan ini mendapat kunjungan yang hebat dari segenap lapisan masyarakat tidak kira dalam negara mahupun dari luar negara.

Gunong Stong yang berada pada ketinggian 1433 meter merupakan puncak tertinggi di Kelantan seterusnya merupakan lokasi air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun yang terdapat di Banjaran Gunong Stong ini mempunyai tujuh lapisan air terjun. Air Terjun Jelawang merupakan air terjun yang paling tinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter dari aras laut.

Gunong Stong dihubungkan dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli dengan jalinan jalan raya yang baik. Manakala melalui jalan keretapi, Perhentian Dabong sebagai pintu masuk yang utama. Jarak Kota Bharu ke Gunong Stong ialah sejauh 50 kilometer melalui jalan Jeli. Tetapi bagi pengunjung dari arah Kuala Lumpur pula bolehlah melalui Bandar Gua Musang yang jaraknya untuk sampai ke destinasi ialah sekitar 70 kilometer.


Kemudahan 



Gunung Stong ini lebih tertumpu kepada pendakian gunung. Selain daripada itu, ada juga golongan yang mengambil peluang untuk berkhemah di atas gunung tersebut.

Gunong Stong mempunyai lebih kurang tujuh tapak kem yang tersedia dengan pelbagai kemudahan. Pendakian mengambil masa lebih kurang lima jam untuk sampai ke tapak kem yang mana lapisan air terjun paling tinggi. Untuk turun pula mengambil masa lebih kurang empat jam.

Di samping itu juga, para pendaki akan ditemani oleh seorang atau lebih tenaga pengiring yang mahir tentang corak atau laluan pendakian. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan para pendaki daripada pelbagai kejadian yang tidak diingini.


Penulis bersama pendaki lain di lapisan keempat air terjun sebelum sampai ke puncak Gunong Stong

Anugerah Alam


Di sepanjang laluan pendakian, para pendaki dapat melihat pelbagai jenis habitat flora fauna yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar sendiri. Para pengunjung juga dapat menyentuh sendiri habitat yang ada selagi ia tidak membahayakan keselamatan pengunjung.

Gunong Stong bukan sahaja terkenal dengan tujuh lapisan air terjun yang menjadi lambang kemegahannya, namun ia juga terkenal dengan adanya gua-gua kecil yang mana boleh didapati sepanjang pendakian. Namun, ia haruslah mendapat kawalan daripada pihak yang mengiringi pengunjung.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, anugerah alam yang terdapat sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak sangatlah indah dan penulis terasa sangat nyaman. Perasaan takut berada dalam hutan dapat diselindung dengan keindahan alam yang berada di sekeliling.

Penulis berada di salah sebuah air terjun di Gunong Stong


Panorama pemandangan


Tidak dapat di selindung lagi pemandangan Gunong Stong sangatlah indah terutama pada sebelah pagi dengan kehadiran matahari. Jika keadaan pagi itu tidak berkabus, kehadiran matahari terbit sangatlah ditunggu-tunggukan oleh para pendaki di puncak gunung. Penulis bangun awal pagi untuk menyaksikan sendiri panorama pemandangan matahari terbit dan ternyata keindahannya tidak dapat dinafikan lagi.

Di kemuncak Gunung Stong ketika menanti matahari terbit

Selain itu juga, keindahan Air Terjun Jelawang iaitu lapisan paling teratas mempunyai panorama yang tersendiri dengan air terjunnya yang sejuk dan jernih. Pengunjung juga boleh melihat sendiri pertembungan di antara Air Terjun Gunong Ayam dengan Gunong Stong yang mana membentuk Air Terjun Jelawang.


Kenangan penulis bersama pendaki lain sebelum turun dari puncak Gunong Stong

Nyata, pengalaman pendakian penulis di Gunong Stong ini selama dua hari semalam di tapak Kem Baha, Gunong Stong ini menjadi memori yang sangat indah buat penulis.

20 ulasan:

  1. Kalau saya memang tak termampu untuk sampai di atas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak mampu.

      Sampai suku pun dah bagus Mie.

      Untuk sampai ke puncak perlu 5 jam ..phew!!! Mungkin saya dah lama pengsan!

      Padam
  2. Tempat saya dan sepupu jatuh tergolek sebab nak naik atas zaman kecil-kecil dulu, haha..

    BalasPadam
  3. Saya suka aktiviti thrill tapi panjat gunung saya surrender.Takut jatuh tak boleh nak travel lagi hi hi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang memanjat gunung suatu aktiviti yang sangat mencabar. Perlu stamina, kegigihan, ketabahan dan cita-cita untuk capai ke puncak.

      Padam
  4. Saya pon x brp fancy trekking apwtah lg mount climbing... tp lain org lain citarasanya... to some, climbing can give them satisfactions. Tp addicted sbnrnya memnjt ni kn prof? . Saya tngk kwn2 saya yg kaki mnjat gunung bukit tu sumer mmg nk memanjt saje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang biasa memanjat gunung, pasti tak mahu ketinggalan memanjat Stong. Selagi ada gunung dan bukit pasti dicarinya. Ia menguji ketahanan dan kesabaran. Sejauhmanakah seseorang itu mampu mencapai cita-citanya sehingga tercapai boleh dilihat melalui pendakiannya.

      Padam
  5. Balasan
    1. Kalau suka panjat gunung dan jungle trekking tentu best...

      Padam
  6. Balasan
    1. Tentu cantik pemandangan alam dari puncak, kan?

      Padam
  7. mampu cuci mata tengok pictures je kak !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah daki. Nana boleh lihat sejauhmanakah pencapaian Nana. Boleh jadikan pendakian sebagai satu motivasi kejayaan diri.

      Padam
  8. Terima kasih daun keladi. Teringin juga untuk ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajak kawan-kawan yang kaki panjat, lagi seronok

      Padam
  9. hehehe CT xkan smpai punya ke atas.. memang mampu baca saja pngalaman orang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat kena ada Siti. Perlahan-lahan pun tak apa, lama-lama sampai juga. :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.