Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Ahad, 21 September 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (14): Dari Kyoto ke Osaka dan Mencari Rumah Untuk Bermalam

Kyoto, kota yang penuh sumber inspirasi terpaksa saya tinggalkan demi meneruskan perjalanan ke kotaraya Osaka yang belum pernah saya jejaki. Berat rasanya kaki melangkah meninggalkan kota inspirasi ini kerana saya dan anak saya tahu banyak lagi sudut-sudut kota ini belum sempat kami jelajahi.

Kami merasakan yang Kyoto sesuai dengan minat kami. Mungkin ini akan menjadi alasan utama untuk kami kembali lagi.

Setelah melawat Muzium Manga Kyoto, minum teh kayu manis dan mengambil beg di locker stesen Marutamachi kamipun menaiki keretapi menuju ke stesen Kyoto.

Menaiki keretapi JR dari Kyoto ke Osaka

Hampir pukul tiga petang kami berada di stesen keretapi Kyoto yang luas. Kali ini kami perlu menaiki keretapi Japan Railway (JR) ke Osaka. Setelah membeli tiket berharga 560 yen (RM 16.95) seorang kamipun menaiki keretapi JR.

Belum puas memanaskan punggung di kerusi keretapi JR yang pertama kali kami naiki itu, keretapi itupun sampai hanya dalam masa 29 minit sahaja. Dari sini dapatlah kami ketahui bahawa Osaka tidaklah jauh dari Kyoto ~ macam naik keretapi ekspres dari KLIA ke KL Central sahaja.

Laluan Kyoto-Osaka di stesen Osaka menggunakan keretapi JR (Japan Railway)

Kami turun di stesen Osaka dan ternyata stesen ini lebih besar dari Kyoto. Maklumlah Osaka ialah kotaraya yang kedua terbesar di Jepun. Kami ke tingkat atas dengan menggunakan eskalator.

Kami harus berjalan kaki ke stesen Osaka Umeda dan menaiki keretapi Hankyu pula. Ini disebabkan kami akan bermalam di rumah orang di Mikuni dan perlu menggunakan laluan itu. Untuk itu kami mencari arah stesen Osaka Umeda. Ia letaknya di sebelah stesen Osaka. Orang ramai. Namun kami tidak mengalami kesukaran untuk mencarinya kerana papan tandanya mudah dibaca.

Penggunaan eskalator dan papan tanda dalam bahasa Inggeris memudahkan kami mencari stesen Hankyu
Papan tanda yang mudah dibaca

Dari Osaka Umeda ke Mikuni Menaiki Keretapi Hankyu dan Memahami Sistem Keretapi Jepun


Setelah berada di tingkat atas, kamipun menuju ke Hankyu Umeda Station. Mengapa Hankyu pula? Untuk pengetahuan anda, di Kansai ini terdapat pelbagai sistem pengangkutan keretapi yang diusahakan oleh beberapa syarikat pengangkutan. Selain JR yang kami naiki dari Kyoto tadi, terdapat keretapi Hankyu. Ia diusahakan oleh pihak swasta yang beroperasi di laluan lain dan stesennya juga berlainan. Tidak seperti di China perkhidmatan keretapinya dikendalikan oleh kerajaan. 

Ketika mencari laluan Hankyu Umeda jam sudah menunjukkan 4 petang. Langit cerah. Jam ayam jantan ini mudah dilihat dari stesen Osaka
Bunga yang ditanam di antara stesen Osaka dan stesen Umeda
Inilah Stesen Hankyu Umeida yang bersebelahan dengan Hotel New Hankyu. Stesen Hankyu terletak bersebelahan dengan Stesen Osaka. Ia disambungkan dengan jambatan
Apabila kami lihat di bawah, ramai orang melintas jalan
Apabila kami mendongak ke atas, kami lihat bangunan tinggi Yodobashi Umeda
Jambatan ini dilalui untuk menuju ke Stesen Hankyu Umeda dari Stesen Osaka 
Buku ini mengandungi iklan jawatan kosong dan diletakkan di stesen Umeda
Tiket keretapi Hankyu perlu dibeli menggunakan mesin di Stesen Umeda
Laluan berwarna jingga ini adalah landasan 4,5,6 Laluan Takarazuka. Ini ialah laluan ke Mikuni
Hanya 3 stesen sahaja untuk ke Mikuni (HK41) dari Umeda. Perhatikan nombornya semakin besar


Sistem laluan keretapi di sini amat mudah difahami. Ia menggunakan sistem nombor dan nama stesen. Misalnya untuk ke Mikuni dari Umeda kami perlu menaiki landasan nombor 4, 5, 6 dan turun di stesen Mikuni yang bernombor HK41. 

Semakin besar nombor stesen itu semakin jauh perjalanan kami. Jadi sistem nombor ini memudahkan kami untuk mengecam bilangan stesen, tidak seperti di China yang mana sistem nombor tidak digunakan. Di Jepun, sekiranya kami terlajak, kami boleh berpatah balik dengan mudah, hanya dengan berpandukan nombor. 

Inilah keretapi Hankyu. Ia berwarna merah manggis
Penumpang ada yang berdiri dan duduk di dalam keretapi Hankyu
Penumpang Hankyu asyik melayan gadget masing-masing

Sampai di Mikuni


Stesen Mikuni
Mikuni di stesen nombor HK41

Di stesen ketiga sahaja kami sudah sampai di Mikuni. Kamipun mencari rumah untuk kami bermalam selama 2 hari di Osaka. Kami hanya berpandukan emel yang yanushi (tuan rumah) berikan kepada kami untuk menuju ke rumah itu.

Mikuni adalah pekan kecil dan tidak sibuk. Tidak ada pelancong atau kawasan tarikan pelancong di situ. Ia sesuai untuk kami yang sesekali ingin berada lebih dekat dengan orang tempatan. 

Yamato Transport atau Kuroneka (kucing hitam) ini ialah perkhidmatan pindah dan menghantar barang yang selalu kami lihat di Kansai.
Bangunan di Mikuni ~ Kita Osaka, 'Kita Serupa' :)

Kami terus mencari rumah itu yang dikatakan tidak berjauhan dari stesen keretapi. Kami cari dan cari. Tapi tak jumpa-jumpa. 

Dapatkah kami menemui rumah itu? Ikutilah kisahnya dalam entri akan datang.

...bersambung                                                                                  

 ...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka 

Baca kisah sebelumnya melalui pautan di bawah ini:
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (7): Naik Keretapi dari Nara ke Kitaoji, Kyoto
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (8): Jumpa Makanan Tradisional Kyoto Yang Halal Tetapi...
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (9): Menginap di Rumah Tradisional Jepun Yang Cinoni|Small World Guesthouse, Kyoto
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (10): Menyapa Keindahan Arashiyama, Kyoto
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (11): Membeli-belah, Fesyen Jalanan dan Dua Sungai di Arashiyama, Kyoto
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (12): Usyar Geisha di Gion, Kyoto
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (13): Manga & Teh Kayu Manis Kyoto

34 ulasan:

  1. Sgt menarik..next trip nk kemana ..nk ikut kembara prof boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti lagi nak ke mana lepas ni. Bergantung kepada kelulusan cuti, kesihatan dan izin Allah. Aishah sanggup ke ikut orang tua jejalan?

      Padam
  2. hihi last sekali tu ada teaser pulak untuk entry berikutnya.. dapatkah kami mencari rumah itu ?

    CT kagumlah dengan orang yang pergi jepun. Memang tabik. Sebab diri sendiri tak yakin nak jejak ke sana. Faktor utama adalah duit. Belum berkemampuan hihi. Tapi suka sebab sign board in english jadi tak adalah susah sangat kan. Bila dah terdesak sangat barulah mintak tolong dengan orang lain. Berdua okay kalau CT sorang agaknya clueless dah bila sampai stesen ketapi or even airport. Teringat masa mula-mula belajar naik kapal terbang.. di LCCT pun sesat dah rasa nak menangis. Macam mana lah kalau ke negara orang sorang sorang.

    ketapi merah langsat tu laju macam komuter kita ke :P hihi.. nampak macam classic sikit binaannya.

    Cepat cepat Akak NA hihi next entry :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha...bagi suspens sikit hujung tu...dapatkah kami cari rumah tu? Ce teka?

      Ke Jepun tak susah. Sebab Jepun maju. Susah lagi ke China.

      Memang kita kena rajin bertanya..orang Jepun pun suka menolong. Saya ke USA dulu sorang-sorang, umur masa tu dua puluhan, masa tu saya sambung belajar di universiti, lagilah terkontang-kanting, zaman belum ada IT lagi...bayangkan macam mana susahnya saya masa tu...tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Ada saja Allah hantar orang untuk membantu.

      Ya, keretapi tu macam komuter kita lajunya. Warnanya nampak klasik, mungkin disengajakan.

      Insya Allah akan sambung entri selanjutnya tak lama lagi.

      Padam
    2. woooah.. Akak NA dulu study di USA yeee. CT ade bukak jugak entry entry lama tu gambar gambar klasik pun ade :P itulaah pengalaman. lain orang lain kan..

      hihi ingatkan semua nak bullet train. tak sampai 1 minit dah sampai kekeke berdesup lajunya..

      Padam
    3. Ya, dulu saya study di USA. Cerita lama klasik di USA ada saya cerita sikit...nak cerita banyak-banyak takut orang bosan, pasal cerita tu dah lama berlalu dan dah basi :)

      Nak juga merasa naik bullet train, tapi pegawai yang kerja di situ (dalam gambar paling atas, perempuan pakai topi dekat mesin tiket tu) kata bullet train tak ada. Hairan juga kami, sebab kami ada baca bullet train ada dari Kyoto ke Osaka. Tapi tak mengapalah naik JR pun boleh, sekejap juga sampainya.

      Padam
    4. cerita klasik best jugak nak mengimbau memori :D hihi..

      mungkin tak berbaloi kot buat bullet train sebab distance yang dekat. hihi pepandai pulak lah CT :D

      Padam
    5. Cerita kembara klasik boleh dijadikan panduan untuk melihat kembali cara kembara zaman belum ada IT. Namun tempat-tempat bersejarah yang dilawati masih tetap ada dan sama walaupun zaman telah berlalu.

      Mungkin tak berbaloi naik bullet train sebab dekat sangat, mungkin duduk dalam train cuma 5 minit je tapi bayarannya mahal...

      Padam
  3. Salam prof..melihat gmbr2 serta membca citer2 prof ni membuatkn saya makin x sbr nk ke sana..haha.... tp saya x bermlm di osaka. Cuma nk balik hari dr kyoto. Rumah yg prof sewa tu vacation rental ke? Dr mna ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica.
      Kalau bermalam di Kyoto, pergi ke Osaka dan balik hari pun tak mengapa sebab dekat je. Semua rumah yang saya sewa di sana bukan vacation rental. Bila-bila pun boleh sewa bergantung kepada kekosongan. Saya booking melalui hostelworld.

      Padam
    2. ooh hostelworld... saya x pernah guna lagi khidmat hostelworld..pernah skali untuk booking asrama di sokcho tp lps tu cancel coz x jd pegi... Prof belik osaka pass x?

      Padam
    3. Saya tak beli Osaka pass sebab tak pergi jauh-jauh. Cuma pernah beli sekali One-day Pass di Kyoto.

      Padam
  4. Bukan main khusyuk saya baca...tiba-tiba habis....frust betul!!!...sebab Osaka dah jadi sasaran selepas ke Nagoya tahun depan.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke? Saya ingatkan dah panjang dan membosankan...he he he. Maaflah ya Puan Nasa. Nanti kita sambung ceritanya...:)

      Padam
  5. Sudah tentu lah jumpa rumah tu... Nihongo o hanaseru... daijobu desu yo...

    Stesyen kereta api di bandar utama di Jepun memang besar-besar... kekadang boleh sesat dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie-san, Nihongo [yoku] hanasemasen... iie, daijoubu janai. Kami melilau juga.

      Walaupun stesen keretapinya besar, tetapi ada banyak papan tanda (Bahasa Inggeris) yang mudah dibaca.

      Padam
  6. Hamboi en mie tunjuk bakat bernihongo tu...hehehe haaa saya pun yakin akak akan jumpa rumah tuu...hehehe haish tgk entry ni rindu pula ke jepang...naik train sambil makan onigiri...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie memang terror bernihongo. Saya bantai je he he he...

      Semua yakin saya jumpa rumah tu...ha ha ...

      DJ memang pandai cari makan di Jepang. Saya "fail" bab tu,

      Padam
    2. DJ sebenarnya saya dah banyak lupa Nihongo tu... maklumlah belajar maa zaman Jepun.. hehe. NA lagi tera...

      NA... JJCM tu memang aktiviti sampingan DJ kalau kemana-mana...Kalau saya pun fail juga....

      Padam
    3. Saya merapu je Nihongo ni. Entah betul entah tidak. :D Tiap kali Mie tulis Nihongo, saya gabrah macam mana nak jawap ha ha ha....

      Padam
  7. Saya sangat sangat sangat teringin ke Jepun. Sedang berusaha melangsaikan apa yang lebih penting sebelum mula mengumpul dana ke sana. Hubby saya pernah belajar di Jepun, jadi saya sangat teringin nak jejak memory lane beliau.

    Prof, saya sering refer entry prof tentang Pulau Pinang. Terima kasih banyak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sangat sangat sangat teringin ke Jepun, kenalah pergi. Hubby Aziela boleh bawa menjejak memory lane-nya dan tentu boleh bernihongo. Mesti pengalaman Aziela lebih menarik daripada saya sebab dia pasti tahu tempat-tempat yang ramai orang tak tahu.

      Aziela suka baca entri saya tentang Pulau Pinang? Insya Allah kalau ada bahan menarik Pulau Pinang untuk dikongsi saya akan tuliskan lagi.

      Padam
  8. Pengembaraan Bu Nara ini sudah seperti cerita sinetron juga..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha ...kasi sedikit suspens...hidup ini pun umpama sinetron :D

      Padam
  9. Balasan
    1. Ya ke? Ha ha ha...di mana letaknya drama itu pada entri ini? Di hujung ke?

      Padam
  10. belum puas memanaskan punggung?..hahahaah lawak lah prof ni..ye lah sbb naik JR train kan?
    pengakhiran entri dgn scenw saspen..berdebar pulak rasa :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita duduk di kerusi, mesti kerusi tu panas, kan? Ini tak sempat panas, dah sampai... he he he

      Suspens macam drama Ariana Rose ke? Ha ha ha...

      Padam
  11. walaupun tak komen setiap entry
    tapi saya baca (silent reader..kunun)
    cara penyampaian prof mencerminkan keperibadian tersendiri
    saya suka sebenarnya
    entry jepun prof mengimbau memori jugak untuk saya di sini
    teruskan berkarya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pun mengimbau Tan Sree Cocoa sibaju hijau, berkasut tumit tinggi di Kansai :D

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

      Padam
  12. 1st time jumpe jln kesini masa mencari info tentang jepang :-)
    setiap entry prof ( ramai yg memanggil begini, so sy ikut serta) NA unik ..
    sy suka cara prof menyampaikan setiap cerita hehe boleh jd novelis unggul neh .. ke dh ade novel sbnrnye ? hehe .. BTW , suspen setiap entry amat terasa ... hehe ... tak sbr nak baca hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eda,
      Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini serta meluangkan masa meninggalkan ulasan.

      Saya belum ada novel...berangan-angan nak jadi novelis le tu... he he he

      Padam
    2. Assalam prof, prof sudah pergi melawat pekan Nishinomiya berdekatan dgn laluan hankyu-koyo...saya suka tempat tu 😊

      Padam
    3. Waalaikumusalam. Saya belum lagi melawat pekan Nishinomiya. Apa yang menarik di situ? Taman? Tempat sejarah?

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.