Maka, malam terakhir di Kyoto itu saya dan anak saya merancang untuk mengusyar geisha yang terkenal di Kyoto. Geisha sering saya lihat di dalam filem-filem klasik Jepun seperti A Geisha dan Ugetsu Monogatari arahan Kenji Mizoguchi yang dibuat pada tahun 1953.
Peranan geisha dalam filem klasik berbeza dengan geisha hari ini. Disebabkan oleh peperangan dan negara Jepun mengalami kemelesetan ekonomi ketika itu, ramai wanita dan kanak-kanak perempuan dijual oleh ibu-bapa untuk menjadi geisha bagi menampung kehidupan. Mereka menjadi penghibur di okiya (rumah-rumah geisha) yang dikunjungi kaum lelaki. Tidak kurang juga yang terjebak dalam kancah pelacuran.
Namun peranan geisha pada hari ini berbeza. Geisha hari ini adalah penghibur dan biasanya berperanan sebagai hos di ochaya (kedai-kedai minum teh). Mereka menari dan bermain muzik di hadapan pengunjung samada di ochaya atau di atas pentas. Mereka juga menghidang teh dan menemani pengunjung minum. Perkhidmatan seks tidak dibenarkan di dalam kegiatan geisha.
Geisha dalam sebuah poster yang saya tangkap di stesen keretapi Marutamachi. Poster ini juga terdapat di luar ochaya (kedai-kedai teh) di Gion. |
Dikatakan bahawa geisha mudah dijejaki di Gion iaitu kawasan terkenal persembahan geisha. Jadi kamipun ke Gion dengan menaiki bas dari Kitaoji. Selepas 30 minit menaiki bas kamipun sampai di Gion. Ketika itu sudah pukul 9.00 malam. Hujan masih renyai-renyai. Kami mengembangkan payung untuk mengelakkan basah.
Kami lalu di sebuah lorong yang sunyi dan gelap. Ada tanglung-tanglung merah di situ. Mungkinkah ini tempat geisha? Tapi kami tidak memasuki lorong itu kerana ia kelihatan sunyi sepi.
Deretan kedai di Gion. Ketika ini 9.00 malam dan hujan renyai-renyai, |
Kami lihat ada deretan kedai yang panjang di kiri kanan jalan. Ada juga kedai-kedai yang masih dibuka. Lampu-lampu bergantungan di hadapan kedai menerangi suasana.
Kami kemudiannya ternampak sebuah kedai karikatur dan tertarik untuk melihat di dalamnya. Ada dua orang pelukis di dalam kedai itu sedang melukis karikatur. Ada seorang lelaki sedang duduk di hadapan salah seorang pelukis. Pelukis itu melukis gambarnya. Mereka dengan ramah menjemput kami masuk. Payung yang basah kami letakkan dekat pintu.
Mereka mempelawa kami untuk duduk dan mahu melukis karikatur kami. Katanya boleh siap dalam masa 10 minit. Tetapi kami hanya mahu meninjau-ninjau di dalamnya. Banyak lukisan karikatur dipamerkan di dinding dan di atas meja kedai.
Kami kemudiannya ternampak sebuah kedai karikatur dan tertarik untuk melihat di dalamnya. Ada dua orang pelukis di dalam kedai itu sedang melukis karikatur. Ada seorang lelaki sedang duduk di hadapan salah seorang pelukis. Pelukis itu melukis gambarnya. Mereka dengan ramah menjemput kami masuk. Payung yang basah kami letakkan dekat pintu.
Mereka mempelawa kami untuk duduk dan mahu melukis karikatur kami. Katanya boleh siap dalam masa 10 minit. Tetapi kami hanya mahu meninjau-ninjau di dalamnya. Banyak lukisan karikatur dipamerkan di dinding dan di atas meja kedai.
Karikatur yang dihiasi di bahagian depan kedai |
Hasil lukisan karikatur yang dipamerkan |
Pelukis ini melukis karikatur sepasang pengantin |
Kami lalu bertanya kepada pelukis wanita di situ tempat melihat geisha. Dia lalu memberitahu kami tempatnya dengan melakarkan di atas kertas. Katanya ketika itu sudah 9.30 malam dan persembahan geisha sudah selesai.
Walaupun persembahan geisha sudah selesai, kami masih mahu ke tempat itu. Untung-untung kami dapat lihat geisha keluar dari tempat persembahan dan berjalan pulang.
Kamipun ke lorong yang dikatakan tempat persembahan geisha itu ~ Hanamikoji nama lorong itu. Itulah lorong yang kami lalu tadi.
Lorong itu gelap. Tak ramai orang lalu di situ. Cuma ada dua tiga buah teksi masuk. Ketika itu hujan renyai-renyai. Kami sudah sedia mengembangkan payung dan memikul beg serta menggantung kamera di tengkok.
Walaupun persembahan geisha sudah selesai, kami masih mahu ke tempat itu. Untung-untung kami dapat lihat geisha keluar dari tempat persembahan dan berjalan pulang.
Kamipun ke lorong yang dikatakan tempat persembahan geisha itu ~ Hanamikoji nama lorong itu. Itulah lorong yang kami lalu tadi.
Lorong itu gelap. Tak ramai orang lalu di situ. Cuma ada dua tiga buah teksi masuk. Ketika itu hujan renyai-renyai. Kami sudah sedia mengembangkan payung dan memikul beg serta menggantung kamera di tengkok.
Lorong Hanamikoji ini terkenal dengan tempat persembahan geisha |
Lorong ini ada ochaya (kedai-kedai teh) bersenibina lama. Hujan turun renyai-renyai. Ketika ini 9.35 malam. Suasana sunyi.
|
Ochaya ini ada bertulis maiko di pintunya |
Kami berjalan perlahan-lahan dan nampak ochaya (kedai-kedai minum teh) yang bertulis maiko (geisha muda). Barangkali geisha dan maiko duduk di dalamnya sedang menemani tetamu minum teh? Tetapi sunyi sahaja di situ. Nampak gayanya tiada sesiapa di situ. Kamipun berpatah balik.
Ketika kami beredar dari situ, tiba-tiba kami nampak seorang geisha dan seorang okaa-san. Okaa-san ini berperanan sebagai ibu kepada geisha dan menjaga/memiliki ochaya atau okiya (rumah geisha). Geisha itu sedang keluar dari ochaya sambil itu mendengar kata-kata okaa-san di pintu. Ochaya itu di depan kami sahaja. Geisha dan okaa-san itu nampak kami. Muka geisha itu putih melepak kerana disolek tebal manakala okaa-san tidak memakai solekan. Kedua-duanya memakai kimono dan bersanggul.
Anak saya memberi isyarat kepada saya supaya mengangkap gambar mereka. Ketika itu saya ragu-ragu untuk tangkap gambar mereka sebab takut mereka marahkan saya. Tetapi anak saya terus menggesa saya.
Oleh kerana memegang payung, hari hujan dan gelap, saya pun kelam-kabut menangkap gambar mereka. Tanpa men'set' kamera, saya main tangkap saja. Geisha itu dengan segera pergi dari situ dengan berjalan laju macam lipas kudung. Tak sempat saya tangkap dengan elok. Tambahan pula saya terkejut. Tak sangka geisha dan okaa-san muncul depan mata...mana nak pegang payung, mana nak pegang kamera, dengan hujan dan cahaya yang gelap lagi. Jadi gambar yang saya tangkap itu kabur.
Geisha sedang berbincang dengan okaa-san di pintu ochaya. Gambar kabur kerana tak bersedia, malam gelap dan hujan serta tangan saya memegang payung serta kamera. |
Kamipun melihat geisha itu lalu di hadapan kami. Dia lalu menyeberangi jalan di Gion dengan lajunya walaupun memakai kimono dan geta (selipar/terompah) bertumit tinggi. Hairan kami melihat dia jalan laju begitu.
Kami masih berdiri di hadapan ochaya itu ketika geisha itu pergi dengan pantas. Okaa-san yang menemaninya tadi segera menutup pintu ochaya itu lalu menghilangkan diri di dalam. Kami pun terus angkat kaki.
Kami masih berdiri di hadapan ochaya itu ketika geisha itu pergi dengan pantas. Okaa-san yang menemaninya tadi segera menutup pintu ochaya itu lalu menghilangkan diri di dalam. Kami pun terus angkat kaki.
Tiba-tiba ada sebuah teksi lalu dan berhenti di belakang lorong. Tak semena-mena dua orang geisha datang dari arah teksi itu berhenti dan mendatangi ochaya tadi lalu masuk ke dalamnya. Sebenarnya geisha itu tidaklah jauh dari kami, tapi disebabkan mereka tetiba saja muncul, berjalan laju dan menutup muka mereka dengan payung apabila nampak kami, tak dapatlah kami tangkap gambar mereka dengan elok.
Kedua-dua geisha itu segera masuk ke dalam ochaya itu lalu menutup pintu.
Itulah pengalaman kami mengusyar geisha di Gion pada jam hampir 10 malam, ketika hujan dan gelap. Walaupun gambar kurang menjadi, namun dapatlah kami tengok muka geisha itu yang disolek putih melepak dan berkimono dari jarak dekat he he he....
...bersambung
...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (13): Manga & Teh Kayu Manis Kyoto
Baca kisah sebelumnya melalui pautan di bawah ini:
Salam Prof...
BalasPadamIsk isk isk..dah macam paparazzi dah prof ni kat japan..hahaha. Kalo kat Japan jumpa Geisha xde lah pelik sangat..kalo kt mesia..mau pengsan kalo jumpa memalam..hahaha.
Salam kembali Zila,
PadamAaahlah dah macam paparazzi pulak saya ni...he he he..kalau boleh jadi kaya tak apalah tanggung risiko, ini habuk pun tarak!
Lawaklah Zila ni...kalau jumpa geisha kat Malaysia memalam ni, mesti orang lari lintang pukang, ingat kan pontianak ha ha ha
laju akak NA share ngan CT. suka suka barulah tak terlepas baca entry akak :D cerita akak kali ni macam cerita penyiasatan conan dah. lorong lorong sunyi ada dua tiga orang lalu hujan renyai renyai.. macam nak siasat sindiket aje.. lepas tu ambil gambar curi-curi hihiks. macam tengah undercover.
BalasPadamdiorang memang tak mahu diambil gambar ke ? kalau kita masuk kat kedai tea yang diorang jadi pelayan tu boleh ke ambil gambar or kedai teh tu lelaki saja yang pergi ? kalo CT rasanya tak lalu kot kat tempat macam ni hihiks.. sebab tahap penakut ni extreme sikit..
Betullah CT, macam dalam film noir yang settingnya malam-malam gelap, hujan renyai-renyai...ishh...filem hantu pun ada ala-ala macam ni..
PadamDia orang ni 'mahal' kot...'untouchable' agaknya. Maklumlah artis kelas atasan, mana boleh tunjuk-tunjuk muka pada khalayak, bila keluar je jalan laju-laju, malam-malam pulak tu masa orang dah tak ada...Kalau masuk kedai teh dia orang, mungkin kena bayar mahal dan bolehlah ambil gambar agaknya. Soalan CT bahagian akhir ni saya tak dapat jawab. Mungkin ada sesiapa yang baca boleh tolong bagi pencerahan pada kita.
Takut tu takut juga pergi lorong gelap memalam ni, tapi anak lelaki saya ada, rasa takut tu hilang.
rasanya cerita pasal geisha ni CT tengok memoirs of geisha aje kot. itupun dah tak ingat jalan cerita macam mana.
Padamhihiks tak apa. tapi CT buat conclusion sendiri la kan.. mesti laki aje ramai pergi. sebab nak geisha layan dok minum tea. perempuan tak kan nak ambil gambar dengan geisha. hihiks.. lain macam pulak kalo cenggitu. haa ada hero tak apa. hihiks.. boleh teman sana sini. geng jalan CT semua perempuan. teringat kes ke yuyuan garden.. kena approach dengan pakcik pakcik mai jual brg pun dah gelabah. takot kena paksa membeli.. CT ni nak jalan memang nak.. penakut saja lebih.
Memoirs of a Geisha amat terkenal. Ceritanya fasal budak perempuan yang dijual ibubapanya ke rumah geisha dan terpisah dengan keluarganya.
PadamBiasanya geisha itu perempuan dan pengunjungnya lebih ramai lelaki.
Kita orang perempuan memang penakut. Normallah tu. Jalanlah berteman ya CT Humairah supaya lebih selamat.
memang kalau nak travel syarat utama mak ialah kena berteman. walaupun sorang kawan tapi mesti kena berteman. kalau tidak cop mohor besar passport memang tak lepas hihi.. maklah kaunter imigresen teragung :D
PadamKena dengar cakap mak supaya bahagia di dunia dan akhirat.
Padamnasib baik dia tak mintak duit sebab snap pic dia kann
BalasPadampengalaman yang menarik ni puan :)
Ya, Tihara, nasib baik tak kena bayar. Lebih bernasib baik kami tak kena marah.
PadamPengalaman macam ini bukan selalu dapat, kan?
Gigih sungguh dua beranak ni menjejak geisha. Dahlah waktu malam, hujan pulak tu. Kira berhasil jugalah...
BalasPadamMie-san,
PadamAnak saya tak berapa minat nak usyar, saya yang lebih-lebih he he he...
Ya, kira berhasil jugalah...memang tak disangka-sangka. :)
Salam kak
BalasPadamGolongan ni mmg sebegitu rasanya yg tidak mahu sisi kehidupan mrk terdedah secara total, barulah ekslusif
Disebalik solekan yg tebal mcm tepung kormak tu, rasanya mereka ni cantik2 , kalau tak pasti tak boleh jadi geisha
Salam Rezeki.
PadamSaya pun rasa begitu, mereka nampak amat berhati-hati menjaga penampilan mereka. Keluar ketika orang sudah tak ada, jalan laju-laju dan tutup muka dengan payung apabila nampak kami.
Solekan putih macam tepung gomak tu adalah pengganti topeng yang dipakai oleh pemain teater. Saya rasa yang cantik-cantik sahaja terpilih jadi geisha, macam dalam filem Memoirs of a Geisha.
Menyesal tak pergi ke Gion masa gi Jepun hari tu. menyesal betul..
BalasPadamTak mengapa tak pergi. Pasti ada hikmahnya.
PadamUntung akak dpt nmpk geisha...susah gk nk jupe diorg ni kan...hehe
BalasPadamMemang tak sangka dapat jumpa geisha depan mata sebab ingatkan malam-malam gitu geisha dah tak ada. Selalunya orang pergi petang-petang. Ada yang jumpa dan ada yang tidak walaupun tunggu berjam-jam.
Padamsuka baca cerita kak naramas tapi kalau pergi waktu siang rasanya kawasan gion ni lebih cantik.Gion ni mengingatkan saya pada red light district di Amsterdam.Paling best akak boleh jumpa geisha.Bersihnya persekitaran Gion tu.
BalasPadamYa ke lebih cantik di siang hari? Lain kali kena pergi sianglah. Mungkin boleh tengok lebih ramai geisha.
PadamRed light district di Amsterdam tu banyak lampu merah dan ada perkhidmatan seks kan?
Ya, kira berbaloi jugalah dapat jumpa geisha memalam hujan tu :).
Jepun ni, di mana-mana pun bersih.
Menarik juga cerita tentang Geisha ini Bu Nara. Oh ya Geisha ini mukanya putih banget ya ? sekilas wajahnya agak menakutkan juga.
BalasPadamMas Gunadi,
PadamCerita Geisha ini menarik kerana mereka punyai banyak rahsia sehingga orang menulis novel dan membikin filem mengenainya.Ya, mukanya putih banget kerna disolek supaya kelihatan seperti topeng. Kalau malam-malam ketemu dia di Malaysia atau Indonesia harus kita lari ketakutan kerana menyangka dia kuntilanak he he he..
kak nara..ciku tak pernah tengok geisha ni masa g jepun hari tu tengok kawasan gion je sampai..hihi dan macam susah juge nak dapat gambar dia..byk kak nara dapat snap gambar untuk tatapan kami pembaca setia blog akak..hihi.
BalasPadamCiku,
PadamAgak susah juga nak tangkap gambar geisha tu sebab mereka sangat berahsia. Bila jumpa pun menyorok-nyorok, jalan laju-laju dan keluar malam-malam. Tetapi ada juga orang yang dapat jumpa terang-terang, ambil gambar terang-terang. Ada juga yang tunggu berjam-jam tetapi tak jumpa-jumpa. Mujurlah saya dapat jumpa walaupun tak tunggu lama. Tetapi gambar yang dapat tak elok mana.
nice sharing ...salam syawal.
BalasPadamSalam Syawal Muhammad Khairuddin Lim. Nanti ke Jepun nak ke Gion ke?
Padamagaknya golongan ni ntah-ntah ada kerjaya lain kot di hari siang.. sebab tu kalau boleh taknak dikenali..
BalasPadamPada siang hari mereka berlatih menari dan bermain muzik. Malam pula menjadi hos di kedai teh. Mungkin kerana bayarannya mahal, maka itu sebab mereka tak mahu dikenali.
PadamProf : JM pun sempat tgk Geisha dari jauh je tapi tak sempat nk snap gambar sbb dorang jalan laju-laju pastu cepat-cepat lari masuk rumah tutup pintu...mesti dorang cakap mcm ni "kalau nak ambik gambar kasi bayar lah..mana boleh FREE" hhehehe
BalasPadamOh JM pun alami yang sama macam saya. Mereka jalan laju betul, lari masuk rumah. Agaknya berapalah kita kena bayar kalau mereka minta?
Padamsalam prof...lama tak singgah rumah prof ni. .sbb bila bca pakai hp ni...kejap kejap bateri habis..bca lelama..sskit bijik.mata pulsk sakit..bila nak komen semedang typo error..risau nak tulis cakap jadi dakap pulak nanti
BalasPadamSalam Nekcik.
PadamSaya pun sama Nekcik. Matapun dah rabun. Skrin yang kecil asyik typo je. Nak tulis public jadi pubic :D