Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Ahad, 24 Ogos 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (13): Manga & Teh Kayu Manis Kyoto

J epun adalah masyarakat yang suka mencipta hobi yang lama kelamaan hobi ini menghasilkan peminat yang fanatik. Salah satu hobi itu ialah membaca manga yang kita kenali sebagai buku komik.

Manga menjadi kegilaan orang Jepun malahan menular ke negara-negara lain. Peminatnya yang fanatik menyimpan koleksi komik itu, meniru penampilan karektor manga yang digemari, mengikut fesyennya, mengadaptasinya menjadi game, siri televisyen dan filem. Didapati 40% daripada manga telah didapatasikan kepada filem.

Hasil daripada itu juga sebuah muzium manga telah dibina di Kyoto untuk menyimpan khazanah manga untuk dijadikan bacaan, rujukan dan pameran.

Oleh kerana anak saya peminat manga maka tempat ini tidak dilepasi. Kami sudah mendapatkan maklumat tentang muzium manga ini sebelum berangkat dari Malaysia lagi. 

Sayonara Yanushi! Arigato gozaimasu!

Untuk mencari muzium ini mudah sahaja kerana ia letak berdekatan dengan rumah tradisional Jepun cinoni kami di Kitaoji. Pada hari itu kami keluar dari rumah Jepun itu pada pukul 10 pagi dan mengucapkan "Sayonara" kepada  'Yanushi' (Tuan Rumah).

Kami menaiki keretapi dari Kitaoji lalu turun di stesen ketiga iaitu di Marutamachi. (Boleh juga turun di Karasumaoike). Di Marutamachi kami menyewa locker untuk menyimpan beg kami yang besar.

Pekerja membaiki mesin imbasan tiket keretapi di Kitaoji
Kami turun di stesen Marutamachi
Ada pelbagai saiz locker terdapat di stesen keretapi Marutamachi. Kami pilih yang paling tinggi untuk memuatkan kesemua beg kami. Kami masukkan duit 700 yen (RM21) ke dalam lubang untuk membayarnya.

Kemudiannya kami berjalan kaki kira-kira 10 minit ke Muzium Manga. Cuaca sebagaimana semalam, redup, mendung dan macam hendak hujan. Yang bagusnya, ia tidak panas dan memudahkan kami berjalan kaki.

Tak jauh berjalan kami sudah nampak Kyoto International Manga Museum. Ia beralamat di Karasuma-Oike, Nakagyo-ku, Kyoto. Sila lihat laman webnya di SINI.


Kyoto International Manga Museum terletak di tepi jalan
Harga tiket 800 yen (RM24.65) untuk dewasa

Apabila masuk kami kena bayar tiket. Untuk dewasa kena bayar 800 yen (RM24.65). Untuk pelajar 300 yen (RM9.22). Ingatkan kad pelajar universiti boleh digunakan di sini untuk dapat harga pelajar. Anak saya pun tunjukkan kad pelajarnya. Tapi kata pegawai di situ hanya pelajar sekolah di Jepun saja yang dapat harga pelajar itu. :(

Kami juga ditanya soalan survey seperti: "How did you know about this Museum?" dan "How did you know how to get here?"



Tingkat #1 ~ Pameran #kyoto MaGiC dan Koleksi Manga Seluruh Dunia


Muzium Manga ini ada 3 tingkat. Ada Bahagian Manga untuk Kanak-kanak, Manga untuk Perempuan, Manga untuk Lelaki  dan Manga untuk Dewasa.

Di ruangan lobi berdekatan dengan pintu masuk terdapat pameran "Kyoto Manga Girls Collection" (Kyoto MaGiC). Pameran ini berasaskan dua buah manga: 'Mairunovitch' (karya Zakuri Sato) dan 'Kimi ni todoke' (karya Karuho Shiina). Pameran ini memfokuskan kepada fesyen pakaian remaja perempuan yang dilukis di dalam kedua-dua manga berkenaan.

Promosi pakaian remaja perempuan melalui pameran # kyoto MaGiC ini terdapat di ruang lobi dekat pintu masuk muzium
Fesyen pakaian yang dipakai oleh karektor manga dalam pameran # kyoto MaGiC dari jarak dekat

Apabila masuk ke dalam muzium ini sesiapapun pasti ternampak banyak manga di atas rak-rak. Kami ternampak koleksi manga popular seperti Doremon, Detective Conan, Naruto, Dragon Ball dan macam-macam lagi. Manga yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa juga ada.

Kita boleh memilih manga yang kita gemari dan membaca di situ. Terdapat meja dan kerusi seperti di perpustakaan untuk kita duduk membaca.

Di sini kita boleh membaca 5,000 naskah manga yang diterjemahkan dari bahasa Jepun, termasuklah terjemahan ke bahasa Melayu













BahasaBilangan Manga
InggerisLebih kurang 1,000
JermanLebih kurang 150
PeranchisLebih kurang 140
Sepanyol dan CatalanLebih kurang 140
PortugisLebih kurang 200
ItaliLebih kurang 260
Bahasa Eropah yang lainLebih kurang 50
ThaiLebih kurang 490
VietnamLebih kurang 210
China(Tradisional)Lebih kurang 1,340
China (Dipermudahkan)Lebih kurang 300
MalaysiaLebih kurang 40
IndonesiaLebih kurang 90
KoreaLebih kurang 670

Komputer yang mengandungi perisian melukis karektor manga juga disediakan. Jadi kamipun mencuba melukis manga menggunakan perisian itu. 

Di tingkat bawah juga terdapat perpustakaan untuk kanak-kanak. Di sini kami nampak beberapa orang kanak-kanak berbaring sambil membaca manga. Kami pun turut berbaring dan membaca manga di situ. Kami dapati ramai peminat manga di situ tidak kira golongan tua dan muda sedang asyik membaca manga.

Ruang santai di Muzium Manga Antarabangsa Kyoto. Berbaring atau duduk membaca manga terasa lebih santai.
Warga emas juga peminat manga
Iklan pameran lukisan manga oleh Tsuchida Seiki di pintu lif di dalam muzium manga


Tingkat #2 ~ Pelukis Manga Bercerita 


Di tingkat kedua ada persembahan dari seorang pelukis manga. Dia bercerita dengan gaya yang menarik sambil menggunakan lukisan manga. Dia bercakap dalam bahasa Jepun walaupun 90% penontonnya orang asing dan tidak berbahasa Jepun. Sambil bercerita, dia bertanya soalan. Yang dapat menjawab soalannya diberikan hadiah biskut (berbentuk kartun) dan cincin. 

Anak saya dan beberapa Mat Salleh yang ada di situ dapat jawab beberapa soalan daripadanya. Walaupun tak berapa faham bahasa Jepun, tetapi soalannya mudah untuk dijawab bagi peminat manga. Soalannya seperti: Apakah nama karektor dalam manga ini? Apakah perkataan yang suka disebut oleh karektor manga ini?

Persembahan cerita menggunakan manga
Hanya manga, manga, manga di sini

Tingkat 2 ~ Manga untuk Remaja Perempuan 


Di tingkat 2 juga ada galeri untuk manga bagi remaja perempuan. Di sini terdapat patung-patung manga dan fesyen pakaian dipamerkan di sini.

Mairunovitch iaitu sebuah manga yang terkenal di kalangan remaja perempuan di Jepun juga dipamerkan di sini. Ia adalah hasil karya Zakuri Sato yang diterbitkan di majalah Magaret pada 2011 sehingga sekarang. Manga Mairunovitch bukan sahaja terletak pada ceritanya yang romantik tetapi pembaca juga tertarik dengan fesyen pakaian yang dipakai oleh wataknya.

Hasil karya Karuho Shiina juga dipamerkan di sini. Karuho Shiina telah menghasilkan manga bertajuk "Kimi ni todoke" yang telah diterbitkan dalam majalah Bessatsu Margaret pada 2005. Kemudiannya dijadikan bersiri dan mendapat sambutan hangat. Kemudiannya diadaptasikan ke animasi. Pada 2008 ia memenangi Kodansha Manga Award dalam kategori Girls' Manga.

Kepopularitian watak dalam kedua-dua manga ini telah melahirkan industri rekaan pakaian untuk golongan remaja perempuan termasukalah seragam sekolah yang direka baru oleh syarikat pakaian seragam sekolah iaitu Muratado Ltd.


Fesyen remaja perempuan yang dipakai oleh watak manga dipamerkan di bahagian Manga Perempuan
Seragam sekolah rekaan Muratado yang baru
Muratado adalah syarikat yang mereka seragam sekolah sejak 1889 (Meiji 22)

Tingkat #2 ~ Manga untuk Remaja Lelaki


Kemudian terdapat manga untuk lelaki di galeri bersebelahan. 

Burung yang dilekatkan pada dinding muzium manga
'The Climber' adalah manga mengenai pemanjat gunung ais. Manga ini sesuai untuk pengembara dan pemanjat. 
Siri manga untuk lelaki "Jingi' ini diletakkan di rak
Manga Blood, Zietman, Lemon dan lain-lain lagi di atas rak 
Lukisan manga di dalam sebuah buku manga. Manga ini sesuai untuk lelaki

Tingkat # 2 ~ Manga untuk Dewasa


Di tingkat 2, di galeri yang berlainan terdapat manga untuk orang dewasa. Pameran pelukis manga terkini juga diadakan. Lukisan manga terdapat di mana-mana samada di dinding atau di lantai.

Lepak, merokok
Ragbi
Buli
Hanya di kelilingi manga
Lantai penuh manga
Pameran manga

Tingkat 3 ~ Bilik Penyelidikan Manga


Di tingkat 3 terdapat bilik penyelidikan manga. Terdapat pelbagai koleksi manga yang boleh dijadikan rujukan akademik. Kemudahan seperti tandas dan pantry juga disediakan.


Lukisan manga pada pintu tandas
Boleh buat penyelidikan di sini

Yang Kami Beli di Muzium Manga Antarabangsa Kyoto


Kedai cenderamata di Muzium Manga Kyoto menawarkan pelbagai koleksi untuk peminat manga
Buku Sketch Animatic untuk Animasi Televisyen bertajuk 'Star Driver' yang kami beli di kedai di dalam Muzium Manga Antarabangsa Kyoto. Berharga 2,667 yen (RM82.17)

Terdapat sebuah kedai cenderamata di pintu keluar muzium tingkat bawah. Di sini terdapat pelbagai bentuk cenderamata seperti Cardcaptor, lencana, t-shirt, buku dan sebagainya. Sebelum keluar dari muzium manga ini, anak saya sempat merembat sebuah buku rujukan tentang cara membuat animasi televisyen.


Video "Muzium Manga Antarabangsa Kyoto" Yang Kami Buat


Semasa melawat Muzium Manga Kyoto ini anak saya sempat merakamkan video suasana di dalamnya. Kemudian dia edit dan letakkan voice over narration dan muzik.  Jadi jom tengok video ini:






Minum Teh Kayu Manis di Cafe World Coffee


Waktu itu sudah tengahari dan perut ini minta di isi. Saya sudah masak nasi sebelum keluar rumah tradisional Jepun yang cinoni tadi. Jadi kami hendak mencari tempat yang boleh kami duduk makan nasi itu.

Pada mulanya hendak makan di bawah pokok di luar muzium manga itu, tetapi memandangkan di situ ada ulat bulu, maka kami tak jadi duduk kerana ulat bulu itu menggigit sebagaimana amaran yang tertulis pada papan tanda di situ.

Pokok di luar muzium manga ini ada ulat bulu

Kamipun beredar dari situ dan berjalan kaki menuju setesen keretapi. Dalam perjalanan kami mengharapkan ada bangku atau benteng untuk kami duduk makan. Tapi tak ada.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam Cafe World Coffee dan duduk di situ. Di dalam cafe itu agak nyaman dan ekslusif. Hiasan dalamannya menarik. Tak ramai orang di situ. Hanya ada 2 buah meja sahaja yang sudah ada orang duduk minum.

Kamipun memesan teh panas kayu manis. Boleh tahan mahalnya harga secawan teh di situ ~ 550 yen (RM17) untuk dua cawan teh. Oleh kerana tiada pilihan, kami terpaksa. Yang pentingnya kami dapat duduk makan nasi yang dimasak di rumah tradisional Jepun Cinoni tadi. Sambil minum sambil makan. 

Rasa segan itu ada juga sebab bawa makanan dari luar tetapi sebelum dapat gastrik lebih baik buat muka tembok. Walaupun nampak ada roti dijual di situ, tapi ragu-ragu juga, mungkin rotinya ada campuran bahan-bahan yang tak halal. Lainlah kalau perut meronta-ronta kebuluran dan tak ada pilihan. Ini dikira darurat. 

Rasa Teh Kayu Manis tu? Rasa teh itu biasa-biasa je, cuma tambah kayu manis je. Jadi adalah sedikit aroma dan rasa kayu manis.

Inilah cafe yang kami masuki
Wanita Jepun yang duduk minum-minum di sebelah meja kami. Minuman yang mereka minum macam ais cendol.
Teh Kayu Manis Kyoto yang kami minum. Tengoklah bilnya ~ 550 yen (RM17) untuk 2 cawan.

Setelah dapat mengisi perut dan minum kamipun mengambil barang-barang yang kami tinggalkan di dalam locker di stesen keretapi. Kami hendak ke Osaka pula. Janji dengan 'Yanushi' (Tuan Rumah) di Osaka, kami akan sampai 10 pagi. Tapi disebabkan syok duduk di Kyoto, perancangan awal tu tak menjadi.

Kami dah lambat ni. 'Yanushi' di Osaka tunggu kami tak? Dapatkah kami duduk di rumah orang di Osaka pula? Nantikan ceritanya dalam entri akan datang.

...bersambung                                                                                     ...baca entri akan datang di sini

24 ulasan:

  1. wah..teh kayu manis...saya suka...akan cari bila ke sana nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah cari cafe World Coffee ni. Bersebelahan dengan stesen keretapi Marutamachi je. Nanti boleh cuba teh kayu manis tu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan.

      Padam
  3. Assalam NA... Sumimasen... watashi wa manga ga amari suki ja nai... Mungkin disebabkan berlainan generasi. Ye lah masa zaman saya dulu mana ada semua benda ni... Yang bestnya muzium tu... pengunjung boleh bersantai secara bebas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Mie-san.
      Tak mengapa tak suka manga...Inai daremoga manga ga suki...bukan semua orang suka. Masing-masing ada hobi/minat yang tersendiri. Masa saya kecil--kecil dulu suka kumpul setem. Tetapi budak-budak hari ini mungkin tak pernah tengok setem he he he..

      Betul tu, santai baring habis di muzium tu. Sebelum ini tak pernah jumpa muzium macam ni.

      Padam
  4. Salam Prof..

    Saya tak pernah tahu pasal kartun Manga. Sampai ada museum khas untuk komik?? dasyat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zila.

      Saya harap entri ini berguna untuk Zila dan sesiapa sahaja yang ingin tahu pasal Manga. Memang orang Jepun ni dasyat. Hebat! Mereka mencipta 'hobbyist'. Sehingga muzium komik dibuat di Kyoto. Besar muziumnya dan ramai pengunjung datang (termasuk Mat Salleh). Peminat manga pasti tak mahu ketinggalan datang ke sini.

      Padam
  5. Orang Jepang itu memang kreatif banget ya Bu Nara. hebat lah mereka itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mas Gunadi Firdaus. Orang Jepang emangnya kreatif BANGET! Sehingga manga mereka ini dibaca di seluruh dunia dan peminatnya meniru gaya pemakaian karektor manga. Semasa saya mengunjungi museum ini ramai sekali bulek yang turut melawat.

      Padam
  6. Salam..Best...!kalu ke museum ni sah capai komik naruto dulu..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cik Nun.
      Berlambak komik Naruto di situ. Macam-macam siri ada. Kalau Cik Nun datang ke sini, sah Cik Nun capai Naruto dulu sebab ia letaknya di rak tingkat bawah. Masuk je dah jumpa komik Naruto tu. Saya rasa tak cukup sehari di situ buat Cik Nun :)

      Gambar komik Naruto di muzium tu saya dah letakkan dalam entri pertama pasal trip saya ke Jepun ni:
      http://nota-kembara.blogspot.com/2014/06/backpacker-ciput-main-redah-di-jepun-1.html

      Padam
    2. Doa ada rezeki ke jepun ni..salah satu bucket list dah ni.banyak info dalam blog Prof.

      Padam
    3. Aamiin.

      Kalau Cik Nun pergi ke sana nanti pamerannya tentu telah berubah. Mungkin ada aktiviti yang lebih menarik seperti pertunjukan Cosplay atau pelukis manga buat demonstrasi melukis manga.

      Padam
  7. bagi peminat manga, muzium tu ibarat syurga la prof. heaven on earth katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu John. Peminat manga pasti tak puas berada di sini.

      Padam
  8. Bila sebut Manga...ingatkan buah mangga..apa lah JM ni...teruk benar..bila prof kongsi di sni siap ada muzium lagi baru tahu..komik rupanya..kat msia pun ada kan majalah mangga...waktu zaman remaja dulu ada gak selak2 :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manga tu perkataan Jepun untuk buku komik. Buah mangga ada dua 'g', manga ada satu 'g' je. Satu boleh dimakan, yang satu lagi tak boleh, tapi kedua-duanya memberi kepuasan kepada orang yang menggemarinya he he.. Tak mengapa JM, bukan ramai orang yang tahu pasal manga ini. Itu sebab saya tulis tentangnya di sini.

      Majalah Mangga di Malaysia tu majalah hiburan. Amat popular.

      Padam
  9. wow ini memang heaven untuk peminat manga. CT ada sorang kawan yang suka baca manga online and she is a girl.selalunya lelaki yang suka baca manga kan.. kalau dia dah mula baca jangan diajak bersembang. tak dilayan. dia akan tengok screen and sangat khusyuk. makan pun tanak. sampai macam tu sekali hihihi.

    kalau CT masuk museum ni rasanya CT cari mana-mana kerusi and tido kot. ambil gambar seround dua then tidur hihihi. sesuai untuk peminat manga tegar saja ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tempat ini memang sesuai untuk peminat manga. Peminat manga ni macam-macam golongan: ada lelaki ada perempuan, ada tua ada muda. Yang fanatik sangat tu sampai tak mahu kawin dengan manusia...nak kawin dengan kartun je he he he...

      Orang yang tak minat manga, pasti hairan melihat gelagat peminat manga tegar ni.

      Padam
    2. baru perasan laah orang lain panggil Akak NA Prof.. huurm selamba saja CT panggil akak.. nak cute nak manja.. CT panggil Akak Prof NA yeee lepas ni :D

      uuuish ape sampai nak kawen ngan katun kekeke.. tapi ade kan kes yang dia beli patung manekuin then dia daftarkan perkahwinan. parah parah..

      Padam
    3. Panggil makcik pun tak apa :)

      Kawin dengan kartun, dengan manequin - dah jadi penyakit. Pelik tapi benar.

      Padam
  10. heaven!nak kena terjah ni...nak jumpa conan;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sai peminat Manga ke? Kalau ya, Sal tak mahu keluar kalau dah masuk muzium Manga ni :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...