Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Isnin, 25 Februari 2013

Backpack Solo Ke Shanghai (2): Keliling Kota dan Jejak Masjid Xiaotaoyuan

 
H ari ini Jumaat di Shanghai. Ada dua tujuan utama saya hari ini: 1) Sungai Huangpu; dan 2) Masjid Xiaotaoyuan. Saya sudah ada alamat dan cara-cara menaiki keretapi bawah tanah untuk menuju ke kedua-dua tempat ini. Untuk ke Sungai Huangpu saya perlu naik keretapi laluan 4 kemudian turun di Century Avenue dan kemudian tukar ke Laluan 2, kemudian turun di Jalan Nanjing Timur (East Nanjing Road). Untuk ke Masjid Xiaotaoyuan pula saya perlu turun di Taman Yuyuan di laluan 10.

Jalan Nanjing ialah jalan untuk pejalan kaki membeli-belah. Apabila saya sampai di situ, saya lihat ada banyak kompleks membeli-belah dan ramai orang lalu-lalang. Menurut peta yang saya bawa Sungai Huangpu letaknya tidak berapa jauh daripada stesen keretapi bawah tanah Jalan Nanjing Timur ini. Nak ke kiri atau ke kanan? Yang mana satu arah ke Sungai Huangpu? Oleh kerana tidak pasti jalan mana yang patut saya ambil dahulu, sayapun ikuti jalan yang kelihatan ramai orang berpusu-pusu.

Apakah istimewanya Sungai Huangpu ini? Sungai Huangpu ialah kawasan tebing sungai (riverfront) yang terkenal di Shanghai. Di pinggir Sungai Huangpu terdapat tempat popular yang dikenali dengan The Bund atau Waitan. Sebelum ini saya pernah tengok kota Shanghai, sungai-sungai dan taman-tamannya dalam filem. Sangatlah cantik. Itu keindahan dalam filem, bagaimana kalau lihat secara langsung dengan mata kepala sendiri?


Sightseeing Bus

 
Sightseeing bus ini membawa penumpang melihat sekeliling kotaraya Shanghai


Apabila saya sudah sampai ke seberang jalan saya nampak Sightseeing Bus dan ada seorang pegawai perempuan sedang mempromosikan tiket bas itu. Saya lalu mendekatinya dan mendapatkan maklumat.

Saya hanya perlu membayar 30 yuan (RM15) sahaja untuk menaiki hop-on-hop-off bus itu untuk perjalanan selama 24 jam. (Bas ini beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang). Saya boleh turun di mana-mana yang saya suka, kemudian naik semula. Bas akan mengelilingi kota Shanghai dan berhenti di setiap perhentiannya. Saya tak perlu risau sebab bas datang setiap 30 minit. Bas ini juga lalu di Sungai Huangpu dan Taman Yuyuan. Tertarik dengan tawaran itu saya pun tanpa berfikir panjang terus membelinya dan menaiki Sightseeing Bus itu.

Laluan sightseeing bus di kotaraya Shanghai


Di dalam tingkat atas sightseeing bus yang saya naiki di Shanghai

Boleh pilih bahasa kegemaran kita melalui earphone yang disediakan dalam bas


Saya diberikan kad bas, pamphlet dan sebuah earphone. (Cakap Melayu earphone apa ek?). Di dalam bas saya memilih bahasa Deutsch Inggeris. Sambil bas itu bergerak membawa penumpang ke serata kota Shanghai dan berhenti di tempat tertentu saya berpeluang mendengar penjelasan melalui earphone di telinga saya. Maklumat ini membuatkan saya memahami sejarah Shanghai dan signifikasi tempat dan bangunan yang dilihat.





Banyak bangunan tinggi terdapat di kota Shanghai.





Kota Shanghai mempunyai pengaruh Barat dan ia terpamer pada senibinanya.

 


Kota Shanghai juga adalah pusat membeli-belah.





Kota Shanghai kelihatan kemas dan bersih berbanding dengan Beijing.



Apabila hampir pukul sebelas pagi saya berhenti di Taman Yuyuan kerana berdekatan dengannya terdapat masjid yang saya hendak tuju itu. Di situ terdapat banyak kedai dengan hiasan berbentuk bunga, ular dan maharaja di atas atapnya.


Kedai-kedai di hadapan Taman Yuyuan dihiasi dengan karektor dan kepercayaan masyarakat China

Di situ juga banyak terdapat kedai-kedai menjual cenderamata. Tapi saya tak singgah di kedai-kedai itu sebab saya hendak cari masjid dulu. Senang untuk solat. Sudah selesai kewajiban terhadap Allah barulah hati senang berjalan-jalan. Lebih baik saya datang semasa solat Jumaat. Orang Islam ramai datang ke masjid pada masa itu. Pada waktu lain, masjid biasanya lengang. Saya boleh pilih untuk ikut solat Jumaat atau solat jamak/qasar.


Menjejak Masjid Xiaotaoyuan, Masjid Terpenting di Shanghai

 

Papan tanda dalam tulisan China


Alamat masjid sudah saya perolehi. Tetapi kedudukannya yang tepat agak susah untuk mencarinya. Tambahan pula papan tanda di situ semua tulis China.


Kedai-kedai di Shanghai Old Street


Pusat Informasi


Saya kemudiannya ternampak pusat informasi. Saya masuk ke pejabatnya dan minta pegawai di situ tunjukkan arah jalan ke masjid itu. Mereka lalu beri saya peta. Tapi peta itupun semua tulis China. Saya tak faham. Buta huruf, kan? Saya minta mereka jelaskan. Merekapun jelaskan dengan menandakannya dengan pen. Saya pun keluar dan cari jalan itu. Susah juga baca peta itu.

Peniaga Muslim yang berniaga kekacang dan buah-buahan kering di Shanghai Old Street

Saya menapak lagi. Tak berapa lama kemudian saya ternampak beberapa penjual Islam di tepi jalan. Saya kenal mereka melalui ketayap/topi yang dipakai mereka. Biasanya mereka menjual kismis, kurma, pistachios dan buah-buahan kering.

"Qingwen, xiaotaoyuan libai si, zai nar?"  ("Tumpang tanya, di manakah Masjid Xiaotaoyuan?") Tanya saya dengan harapan mereka faham. 
Mereka dengan gembira memberitahu saya kedudukan masjid itu. Kegembiraan mereka itu terlihat melalui reaksi mereka.

"Ni si malasia ren, ma? " ("Awak orang Malaysia, kan?") teka mereka.

"Tui. Wo si malasia ren. Wo si muselin." ("Ya. Saya orang Malaysia. Saya Islam.") jawab saya yang dah hafal jawabannya.

Mereka sangat mesra. Ada yang menggenggamkan kacang dan kismis lalu meletakkannya ke tangan saya. Ya Allah baiknya! Seronoknya dengan layanan itu!

Kata mereka, "Ada dua masjid di sini. Satu di sebelah kanan. Satu di sebelah kiri."

"Orang perempuan boleh solat Jumaat di situ ke?" tanya saya dalam bahasa China, campur bahasa isyarat, campur bahasa Arab. (Kik kik kik, janji depa faham :)

 "Boleh. Boleh!" kata mereka.

Setelah berjalan kaki melalui lorong-lorong, kedai-kedai, belakang rumah, bawah ampaian kain, longkang-longkang dan jejantas akhirnya saya menemui masjid yang dicari. Alangkah gembiranya saya kerana saya telah berjaya sampai ke situ.

Gembiranya saya apabila melihat masjid Xiaotaoyuan

Wanita Islam China berniaga di perkarangan masjid


Saya melihat beberapa kaum ibu sedang berniaga di pintu masuk masjid itu. Saya amat kagum dengan nama masjid itu. Pernahkah anda mengetahui ada masjid hanya untuk wanita? Di sinilah saya melihat Masjid Wanita. Xiao Tao Yuan Masjed For Women tertulis di hadapan tembok batu. Inilah kali kedua saya melihat masjid untuk wanita. Pertama di Beijing. Tetapi yang di Shahghai ini lebih besar. Saya lalu diundang masuk. Oleh kerana masih terlalu awal untuk solat saya duduk-duduk dulu di ruang resepsi sambil berbual dengan seorang wanita yang juga datang untuk solat Jumaat di situ.

Masjid Wanita ini tiga tingkat. Ada  dewan solat dengan mihrabnya sekali, bilik kuliah, pejabat, bilik dapur, bilik wudhu, bilik mandi, tandas dan ruang resepsi. Keluasannya ialah 600 meter persegi.

Di dalam dan luar Masjid untuk Wanita di Shanghai

Setelah mengambil wudhu sayapun melakukan perkara yang patut apabila masuk ke masjid. Sayapun mendengar kutbah, bacaan hadith dan ikut solat Jumaat di situ pada pukul 1.00-1.30 petang.  Gambar imam dan jemaah lelaki dapat dilihat melalui flat screen tv yang terdapat di situ.

Kaum ibu berniaga di hadapan masjid dan membeli-belah

Setelah selesai solat, saya keluar dan mendapati ramai kaum ibu berniaga dan membeli-belah. Nampak macam sedap je biskut kacang tu! Ada juga mee segera halal. Sayapun membeli biskut kacang dan mee segera itu yang dijual oleh kaum ibu. Biskut itu sedap, rangup. Yumm.

Biskut, kacang, mee segera halal jadi tumpuan


Tetiba, saya dapati ramai jemaah lelaki keluar dari sebuah bangunan berdekatan. Mereka baru selesai solat Jumaat.  Oh, itulah masjid untuk kaum Adam. Rupa-rupanya di sebelah masjid wanita saja.

Kaum lelaki Muslim China keluar dari masjid selepas solat Jumaat


Tulisan China dan Arab pada bangunan masjid Xiaotaoyuan


Terdapat ramai orang lelaki menjual sate, roti, kekacang, buah-buahan kering dan pakaian bulu di luar masjid. Penjual-penjual itu beretnik Uyughur dan Tajik. Penjual-penjual itu menegur saya dan posing khas untuk saya.

Saya juga berkenalan dengan beberapa orang Islam di situ. Ada juga yang datang dari Indonesia dan Mesir.

Peniaga Tajik sedang menjual roti. Dia senyum dan bergaya khas untuk kita


Saya lalu membeli sate kambing satu set 6 cucuk yang harganya 15 yuan (RM7.50). Seketul daging sate ni tiga kali ganda saiz sate Malaysia. Ngap! Hmm... SEDAPNYA sate kambing ni! Sekelip mata saja, sate gedebak 6 cucuk tu lesap dalam perut saya.


Sate kambing yang dijual di perkarangan masjid


Lelaki muslom dari etnik Tajik dan Uyughur sedang menikmati sate kambing

Saya nampak beberapa orang lelaki datang berkumpul di hadapan penjual sate itu. Mereka makan sate itu dengan roti nan yang dijual oleh peniaga Tajik tadi. Mereka makan beramai-ramai. Tapi taklah sampai 6 cucuk.

Saya:                Sedaplah sate ni! Saya rasa nak tambah lagi.

Suara Ghaib: Tak malu ke? Yang lelakipun makan secucuk dua je. Tapi kamu yang         perempuan dah lahapkan 6 cucuk.

Saya:               Tapi tak puaslah makan 6 cucuk.

Suara Ghaib:  Tak payahlah...Buat malu kaum je.

Saya:           Nak makan ke tak nak? Nak makan ke tak nak? (Sambil melambung duit sekupang).  Orderlah lagi.

Suara Ghaib:  Eh kuat melantaklah kamu ni!

Saya:              Tapi bila lagi nak makan? Ini mungkin yang pertama dan yang terakhir.

Suara Ghaib:  Ya Allah, buruknya makcik ni!

Saya lalu memesan lagi 6 cucuk dengan muka yang tak malu ini sehingga membuat penjual sate itu tersenyum sambil mengangkat kening. Hah ambik kau! 12 cucuk habis dilantak makcik ni he he he. Errkkk...sendawa makcik ini sehingga tengah malam....

Habis kisah ke Sungai Huangpu bagaimana? Tak jadi pergikah? Mana boleh. Tempat popular, cantik dan simbol kota Shanghai ini mesti dilawati. Untuk mengetahuinya, ikutilah Naramas Aman Backpack Solo ke Shanghai dalam entri akan datang.

...bersambung




32 ulasan:

  1. slm.tiap-tiap hari sya buka blog ni..baca n ikuti stiap pjlnn akak.berangan da ni n hrp jd knyataan.terutama harbien tuu..nk tya msim salji dr bln dec-jan je ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ninot=63,
      Terima kasih kerana sudi baca blog saya setiap hari :). Ninot=63 bagi saya semangat untuk menulis. Musim salji di China bermula pada November dan berakhir pada Februari.

      Selalunya kita beranga-angan dahulu. Dari situ timbul usaha dan tidak mustahil ia jadi kenyataan. InsyaAllah ninot=63 akan sampai ke sana.

      Padam
  2. wahhh dah sampai ke shanghai pulak akak ni. bestnya... sy selalu terbayangkan kotaraya shanghai ni mcm dalam cerita james bond "skyfall" tu yg mana view waktu malam mmg sgt2 cantekk!

    sate pun ada? mana nasi himpit dan kuah kacang? kekeke... 12 cucuk still ok akak. no worries. ;) sape suara ghaib tu? ke bermonolog sendiri? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Henry Fox aka Kaki Berangan,
      View malam di Shanghai memang cantik! Fuyuooo!

      Sate pun ada. Selalu saya nampak dijual di tepi-tepi jalan di Shanghai. Orang Islam biasanya yang jual. Boleh kenal dari topi, rupa dan ada lambang masjid di gerainya. Nasi impit dan kuah kacang? kekeke. Sate di sini tak pakai sos. Makan gitu je. 12 cucuk gedebak tu banyak dik! Lepas tu tak payah makan malam. Suara ghaib tu diri akak yang kedua le ha ha ha..

      Padam
  3. As salam,

    Seronok baca kisah pengambaran sis. Semoga saya juga diberikan kesempatan untuk berbuat demikian. Melihat dunia ciptaan Ilahi adalah satu kepuasan yang sungguh indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Maza,
      Terima kasih kerana sudi baca kisah kembara saya dan meninggalkan ulasan. Ciptaan Allah ini maha hebat maha luas, tak terjangkau oleh kita. Melihat sedikit ciptaanNya pun sudah membuat kita terasa betapa kerdilnya kita, kan Bro?

      Padam
  4. Assalam NA,

    Bestnya ada bas Hop-on-hop-off tu sebab tambangnya agak murah. Saya ingat cuma ada big bus yang tambangnya agak mahal tu.

    Jadi di Yuyuan Garden tu ada dua Masjid rupanya. Saya akan cuba cari yang di Fuyou Road tu...

    Adakah jualan di situ hanya pada hari Jumaat saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Mie,
      Berbaloi juga naik hop-on-hop-off bus tu. Tambangnya tidaklah mahal mana. Tetapi kita kena pandai gunakan masa sebab bas itu beroperasi cuma dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang sedangkan tempat yang hendak dilawati banyak. Tetapi menurut seorang penumpang yang saya jumpa, dia kata tiket bas itu sah sehingga keesokan harinya (sehingga 24 jam). Tapi saya tidak cuba datang lagi keesokan harinya.

      Ya, ada dua masjid berdekatan Yuyuan Garden. Masjid Fuyou Road itu lebih mudah dicari sebab ia terletak di deretan kedai tidak jauh dengan Yuyuan Garden, manakala Masjid Xiaotaoyuan kena berjalan kaki jauh sedikit. Saya akan kongsi fasal Masjid Jalan Fuyou itu dalam entri akan datang, insyaAllah.

      Jualan di Masjid Xiaotaoyuan itu saya rasa hanya pada hari Jumaat, sebab apabila saya ke sana keesokan harinya saya tengok tempat itu sunyi sepi.

      Padam
  5. salam kenal tuan rumah
    seronoknya membaca catatan perjalan anda ke China...benarlah kata org jauh berjalan luas pengetahuan...tp saya menambah pengetahuan melalui pembacaan disini..
    follow..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah Kamsiah,
      Terima kasih kerana sudi singgah, baca, follow dan tinggalkan ulasan di blog ini. Saya amat berharap blog ini menjadi sumber pengetahuan dan rujukan. Membaca juga boleh menambah pengetahuan, lebih-lebih lagi kalau pengetahuan itu disebarkan. Tetapi mengembara dapat lebih lagi sebab ia ibarat mentelaah sebuah buku gergasi dan sipengembara dapat melihat di mana ada lubang dan duri. Terpulanglah kepada sipengembara untuk menjadikan lubang dan duri itu sebagai sesuatu yang bernilai/bermanafaat atau sesuatu yang merugikan.

      Padam
  6. Suka makan satay kambingnya...sedap,macam terasa lagi di lidah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak Mahh,
      Kak Mahhpun suka sate kambing he he he. Samalah kita. Tapi saya terlupa nak sebut yang itu sate kambing biri-biri. Memang sedap...yummm!

      Padam
  7. ahaha..kalau tambah lagi 6 cucuk pun ok apa akak, bukannya ada orang kenal pun di situ, alang-alang merasa, biar puas hati kan.dengar akak cakap cina, rasa-rasa saya kena ulangkaji balik mandarin saya ambik dulu, banyak kegunaanya kan. tunggu sambungan citer sg. huangpu pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Orga,
      Ha ha ha kalau tambah 6 cucuk lagi muntahkedarah namanya. Alah Mandrin saya tahap tadika je. Bolehlah nak tanya-tanya jalan, order makan, beli barang. Itu jelah yang saya tahu. Sebenarnya banyak kegunaan Mandrin ni. Orang yang pandai cakap Mandrin, pastinya dapat ramai kawan dan tidak mudah ditipu. Cerita Sungai Huangpu akan menyusul tak lama lagi. :)

      Padam
  8. salam. nak tanya sightseeing bas tu kan ada 2 line, puxi line 1 and pudong line 2. sy nak tnya line mana yg disyorkan?

    BalasPadam
  9. Salam Leya,
    Naik kedua-dua line itu. Line 1 mengeliling 14 perhentian di sebelah sini Sungai Huangpu yang banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti The Bund, Yuyuan Garden, Nanjing R0ad, Shanghai Museum, City Square, Shanghai Old Street dan lain-lain. Manakala Line 2 mengelilingi 4-5 perhentian tetapi kita boleh menyeberangi Sungai Huangpu melalui terowong dan dapat melihat TV Tower, Jinmao Tower yang cantik apabila lampu dinyalakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ for the info!! menanti next2 update.. puan pegi x suzhou or wuzhen perkampungan china yang cantik? =)

      Padam
    2. Leya,
      InsyaAllah entri seterusnya akan menyusul tak lama lagi. Saya tak pergi ke Suzhou dan Wuzhen sebab tak sempat.

      Padam
  10. Hahaha..entry ni kelakar la prof..ada pulak dialog..haahha.

    BalasPadam
  11. Salam Yong

    bab2 makan kan Yong....tak leh malu kan....deme nak gelakkan ker, senyumkan ker..pedulik kan...kalau keme pun akan kata dalam ati.....ada aku kisah....haha...tapi dengan 12 cucuk tu.macam.tak padan ngan kecik Yong ni...dah ler sate deme ni besor2...sengkiak makan....ish ish ish...memang buruk lantak sungguh Yong ni...hahaha

    Kalau jenjalan sampai waktu solat, memang rasa gelisah jer kan....selagi tak tunaikan....

    Maklumlah..jenjalan sorang2, tak de geng nak bersembang...so sembang ngan diri sendiri jer la yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Ha ha ha memang makcik ni buruk lantak...

      Ya, betul tu Yong selagi tak tunaikan tanggungjawab selagi itu gelisah.

      Tulah jalan sorang sorang cakap dengan orang ghaib je le :)

      Padam
  12. Dulu pegi Shanghai xtau pon ada masjid nie.. insyaAllah bulan dpn pegi lagi skali bole la pegi makan sate kat area masjid nie.. tgk dlm peta pon x jauh sgt.. thanks for the info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Dan Arif,
      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan. Betul, masjid ini tidak jauh sangat dari Yuyuan Garden dan Shanghai Old Street. Nanti Dan Arif bolehlah makan sate tu. Tapi kena pergi hari Jumaat (waktu solat Jumaat), hari lain tak ada orang datang berniaga di situ.

      Padam
  13. Assalamualaikum...
    Saya baru balik dari Shanghai beberapa hari yang lalu. Sedikit informasi, cara yang cepat untuk menuju Mesjid Xiaotoyuan : naik subway line 10 turun di Laoximen, Keluar gate 7. Dari gate 7 jalan lurus,menyeberang jalan akan jumpa restoran halal, terus jalan sekitar 10 menit. Insya Allah akan jumpa Masjid Xiaotoyuan. Semoga bermanfaat. Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Terima kasih dengan info yang berguna ini. Sangat bermanafaat.

      Padam
  14. Sedikit tambahan, boleh juga turun di Yuyuan Garden(line 10) keluar gate 3, jalan terus sekitar 10 menit akan jumpa Hotel Yun's Paradise. Masjid Xiaotoyuan berada di seberang Hotel. Semoga bermanfaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya juga menggunakan cara ini pada kali ke-2 saya ke sana. Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini. Semoga maklumat ini memudahkan mereka yang ingin ke masjid ini.

      Padam
  15. Tengah membaca,pasal akan ke Shanghai tak lama lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan membaca Muhammad Khairuddin Lim. Moga entri ini membantu perjalanan Muhammad di Shanghai nanti

      Padam
  16. Assalam, saya akan ke shanghai awal december nti dan sya hanya ada lbh kurang 2hari setengah sahaja di sana...sempat ke saya nak naik sightseeing bus di kedua2 laluan dan pergi ke watertown? Sya akan mnginap di hotel sekitar huahai road, dimna boleh sya naik sightseeing bus itu? Trima kasih☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumus salaam Riza.
      Soalan Riza saya telah jawab di entri siri 3 Shanghai.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.