Di Haerbin (Harbin) Sang Purnama amat cemburu dengan Sang Suria. Pada pukul 4.15 petang lagi Sang Suria sudah disuruh masuk cepat-cepat ke kamar peraduan dan Sang Purnama segera mengambil alih menghiasi langit.
Saya dan Yanie sudah siap memakai pakaian tebal malahan ditambah lagi lapisan pakaian kami berbanding siang tadi, kerana kami akan melalui malam yang amat dingin dalam seumur hidup kami: -30°C, namun menurut laporan kaji cuaca, walaupun -30°C tetapi "rasanya seperti" -40°C. Atau dalam bahasa orang kampung saya,
"The temperature in Haerbin tonight is -30°C but feels like -40°C".
Begitulah suhu di utara China ini, walaupun angka menunjukkan -30°C tetapi rasa dinginnya lebih dingin daripada angka yang ditunjukkan. "Rasa seperti" atau "feels like" itulah yang membuat kami gerun. Tak lalu nak dengar. Boleh tahankah? Mulalah saya seriau.
Untuk mengelakkan dari serangan "snow/frost bite", thermal dalam, setokin, sarung tangan, tudung dan jaket dipakai berlapis-lapis sehinggakan badan terasa terlalu berat, gedempul dan leher tak dapat berpaling ke kiri dan kanan sangat. Jadi dah rasa macam robot pulak.
Untuk mengelakkan dari serangan "snow/frost bite", thermal dalam, setokin, sarung tangan, tudung dan jaket dipakai berlapis-lapis sehinggakan badan terasa terlalu berat, gedempul dan leher tak dapat berpaling ke kiri dan kanan sangat. Jadi dah rasa macam robot pulak.
Untuk persediaan dan ketahanan pada suhu dingin melampau ini, Yanie sudah membeli warm pad di Watsons di Beijing. Warm pad ini ditepekkan saja di bahagian anggota badan yang mudah sejuk. Jadi saya menepeknya di tapak kaki, betis dan poket jaket saya. Ia mesti ditepek di atas setokin atau kain dahulu. Bukan ditepek terus di atas kulit. Setelah ditepek, bahagian anggota badan saya yang mudah sejuk itu terasa panas. Warm pad ini dapat menahan kepanasan selama 4 jam. Jadi saya tidaklah bimbang sangat yang kaki dan jari-jemari saya akan kebas dan beku.
Selain daripada itu saya telah menelan tiga biji penawar kedinginan musim sejuk dari perubatan homeopathy. Penawar homeopathy sentiasa saya bekalkan dan saya dapatkan daripada doktor homeopathy saya di Ipoh, Perak. Saya dan keluarga saya telah mengamalkan perubatan homeopathy sudah duapuluh lima tahun lamanya. Keistimewaan perubatan homeopathy ini ialah tidak mengandungi dadah dan tidak ada kesan sampingan. Alhamdulillah dengan izin Allah perubatan homeopathy serasi dengan saya dan keluarga saya.
Satu lagi cara untuk tidak mahu menanggung risiko terkena "snow/frost bite" kami menaiki van yang disediakan oleh Hotel Green Tea. Kami bayar 310 yuan (RM155) untuk pengangkutan dan tiket masuk. Kami boleh berjalan di Ice and Snow World selama 2-3 jam dan menelefon van itu kalau mahu pulang semula ke hotel. Ice and Snow dengan Hotel Green Tea ini bukannya jauh sangat. Kira-kira 15-20 minit perjalanan sahaja. Harga tiket untuk masuk ke situ ialah 300 yuan, jadi kami tidak rugi langsung menggunakan khidmat ini.
Pada pukul 5.00 malam/petang kami sudah bersedia menaiki van. Van itu penuh dengan penumpang tempatan dan rupa-rupanya ada sebuah keluarga dari Malaysia turut serta. Mereka tiga beranak dari Terengganu. Suami isteri itu kawin campur. Suaminya Cina. Isterinya Melayu. Anaknya Cinayulah kot. Tetapi mereka semua pandai cakap China. Mereka tolong terjemahkan kepada kami segala arahan yang diberikan oleh pemandu van dan pembantunya. Mereka suruh kami tunggu di luar pintu berdekatan dengan tempat parkir pada 7.30 malam kerana dia akan berada di sana mengambil orang pulang ke hotel.
Apabila kami sampai di Ice and Snow World, orang terlalu ramai. Panjang beraturnya untuk membeli tiket. Tetapi alhamdulillah, tiket sudah dibelikan untuk kami oleh pembantu pemandu van kami dan dia yang membawa kami masuk terus, tanpa perlu beratur. Mereka dah buat kerja ini bertahun-tahun agaknya. Jadi mereka sudah ada kabel. Ini telah menyelamatkan masa kami dan tidaklah kami perlu beratur lama-lama dan merana kesejukan.
Pintu masuk Ice and Snow World yang dihiasi lampu berwarna-warni |
Di dalam Ice and Snow World itu kami terpukau dengan keindahan ukiran ais batu yang dijadikan bangunan yang tinggi-tinggi dan besar-besar. Lampu menghiasi bangunan itu dan imbasannya menyilaukan dan menyerikan malam yang gelap dan dingin itu.
Kereta kuda di hadapan istana aid |
Ada sebuah castle tersergam indah seperti dalam Fairytale. Kereta kuda menunggu di luar castle. Nampak klasik dan eksklusif.
Mulalah saya berangan-angan menjadi Cinderella yang terlucut sepatu tumit tinggi di tangga castle kerana bergegas menaiki kereta kuda yang karavannya berbentuk labu. Dan siapakah Prince Charming yang akan mengutip sepatu itu dan menyarungkannya ke kaki saya?
Adakah Prince Charming itu? Mahukah dia datang mencari saya? Sudikah Prince Charming itu dengan saya?
Mulalah saya berangan-angan menjadi Cinderella yang terlucut sepatu tumit tinggi di tangga castle kerana bergegas menaiki kereta kuda yang karavannya berbentuk labu. Dan siapakah Prince Charming yang akan mengutip sepatu itu dan menyarungkannya ke kaki saya?
Adakah Prince Charming itu? Mahukah dia datang mencari saya? Sudikah Prince Charming itu dengan saya?
Kalaulah Prince Charming itu menyunting saya. Dia mungkin membawa saya berbulan madu di Taman Syurgawi dan Inderaloka.
Papan gelungsur ais |
Lalu kami sama-sama bermain gelungsur di papan gelungsur ais.
Tetapi disebabkan Prince Charming itu mat salleh mungkin dia bawa saya ber'gumbira' ? Eeee..yuk? :(
Tetapi ... mungkin dia bawa saya ke gereja? :(
Bangunan ais |
Tetapi disebabkan Prince Charming itu mat salleh mungkin dia bawa saya ber'gumbira' ? Eeee..yuk? :(
Tetapi ... mungkin dia bawa saya ke gereja? :(
Atau bawa ke pagoda? :(
Atau candi? :(
Masjid ais yang dihiasi dengan lampu nampak indah pada waktu malam |
Atau ke masjid? :)
Menara masjid ais |
Mendengar azan? :)
Masjid ais |
Lalu kami disatukan di masjid dan ramai tetamu yang datang meraikan kami. :)
Saya lalu mencubit pipi saya. "Aduh!" Saya di Alam Fantasi rupanya. Saya mengerak-gerakan jari-jemari saya. Oh masih bergerak. Tetapi rasa macam hendak beku pula.
Disebabkan jari-jemari saya hampir membeku, saya masuk ke dalam pusat khidmat yang ada di situ. Di situ ada heater dan
sayapun memanaskan badan saya di situ. Semasa memanaskan badan itu,
saya berkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura. Menurutnya dia
tidak dapat mengambil gambar kerana terlalu sejuk. Dia terlihat ada
orang yang tergelincir dan jatuh lalu tangannya patah. Katanya, "Kalau
tergelincir, rebahlah di atas punggung, jangan tahan dengan tangan,
nanti tulang patah." Tips yang berguna tu.
Di luar Ice and Snow World |
Setelah puas berfantasi di Ice and Snow World, saya dan Yaniepun menanti van di tempat yang dijanjikan. Kami pulang ke hotel dengan rasa gembira dan penuh dengan kenangan indah. Alhamdulillah, kami semua sihat dan tidur lena pada malam yang dingin itu.
Besok kami akan mengembara melihat destinasi yang menarik di Haerbin. Oleh kerana Haerbin adalah bersempadan dengan Russia, maka ia menerima pengaruh Russia yang kuat. Kami akan melihat pengaruh-pengaruh Russia itu. Jadi teruslah mengikut Naramas Aman Backpack ke Kota Ais Haerbin dalam entri yang akan datang.
...bersambung
Baca sambungannya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (4)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (2)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (1)" DI SINI
Wah NA berfantasi sakan nampaknya...
BalasPadamTempat ni dibuka pada waktu malam saja ke...
Salam Mie,
PadamTempat ini dibuka siang dan malam. Tetapi lebih cantik pada waktu malam kerana lampu yang dipasang itu membangkitkan warna-warni melalui ais batu yang lutsinar itu.
Berfantasi sakan he he he :)
Wah..betul2 di alam fantasi ni, semua ice, plus lampu, cantik sgt. Tapi suhunya sangat ekstrem, kalo sampai sini mmg perlu sedia ketahanan mental n fizikal.
BalasPadamOrga,
PadamDi alam fantasi rasanya sebab tinggal di negeri ais dengan bangunan-bangunan ais he he he.
Suhu yang ekstrim tu membuatkan saya seriau pada mula-mulanya, tetapi setelah membuat pelbagai persedian termasuk mental dan fizikal, alhamdulillah selamat. Dah tahu caranya, Orgapun boleh pergi dan berfantasi tahun depan :)
Sangat cantiklah..kalau lah berpeluang ke sini,bertuah badan.
BalasPadamKak Mahh,
PadamMemang cantik ukiran ais ini. Kagum saya melihat kerajinan dan ketekunan pengukirnya. Kalau diizinkan Allah Kak Mahh pun boleh sampai ke sini :)
Salam Yong
BalasPadamAmboi Yong, Sakan nak jadi Cinderella.....nasib baik sedor diri dah beku....hehe...
Dah jadi macam robot tu, camna tekan button kamera yer ?
Keme rase sejuk bebenor membaca entry ni....
Salam Yong ASP,
PadamSesekali jadi Cinderella tua he he he. Nasib baik suhu sejuk dan badan dah beku kalau tidak sampai ke subuh tak sedor-sedor diri.
Memang susah bebenor nak tangkap gambor tu, sarung tangan dua lapis, nak bukak takut kena frost bite...jadi merab-raba jugalah. Dah tu pulak, guna manual je..ish ish...lagile payah.
Lawaklah Yong ASP ni, baca entry ini pun dah rasa sejuk.. he he he
tetiba pi bukak freezer tengok suhunye berapa...tak mandang....ahaks....
PadamYong ASP,
PadamAgaknya punat freezer tu dah rosak. Cuba ambil thermometer tengok :)
Subhanallah... gigihnya diorang buat gubahan Ais beso2 cenggituh!!!! Kagum sungguh saya tengok .. cantik pulak tu!
BalasPadamSalam Janggel/Rain,
PadamHebatkan ukiran mereka? Ukiran ini sebesar saiz yang sebenar. Besorkan? Kita boleh berjalan masuk di dalam bangunan-bangunan itu. Tapi saya tak berani, takut tergelincir. Dah tua-tua gini payah sikit. Saya jenguk dari luar je. Tapi Yanie masuk dan main gelunsur.
Seronok...seronok... mcm kat disneylan pula... pukul berapa gelap masa skrg ni kat Harbin. Mesti awalkan?
BalasPadamFarikica,
PadamSeronok juga berangan macam kat Disneyland. Pukul 4.15 petang gelap dah di Harbin masa ni.
wahhhh!!!! akhirnya smpai jugak ye. survived dgn kesejukkan. tp sy mcm skeptikal skit dgn warm pad tu. yela tak penah try kan. hehehe. mmg betol2 menahan sejuk la ni ye. ;)
BalasPadamberfantasi? sy pengsan kejap kat sini. hehehe
Henry Fox,
PadamSaya pun pertama kali pakai warm pad tu. Tapi memang panas masa pakai tu. Di dalam pad itu ada butiran bahan galian (tak tahu nama sebab tulis China) yang mengeluarkan haba panas. Ya, betul-betul menahan daripada kaki akak sejuk, kepanasan itu boleh tahan 4-5 jam. Berguna juga.
Berfantasi ha ha ha...kenapa pengsan???
Assalamualaikum Yong, ohhh patutu dia sejuk sangat, dekat-dekat dgn Rusia rupanya.
BalasPadamWaalaikumusalam Halimaton Ibrahim,
PadamYa, provinsi ini bersempadan dengan Rusia, sebab itu sejuk sangat. Dalam entri akan datang saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang pengaruh Rusia ini :)