T ujuan utama untuk melihat dengan dekat Sungai Huangpu belum lagi terlaksana. Jadi petang ini saya mesti tunaikan hasrat itu. Sungai Huangpu adalah simbol Shanghai. Kena pergi.
Setelah sendawa sate gedebak 12 cucuk di Masjid Xiotaoyuan, sayapun menuju ke perhentian City Sightseeing Bus yang saya turun tadi untuk menyambung perjalanan keliling kota. Untuk ke situ saya perlu melalui Lorong Lama Shanghai (Shanghai Old Street).
Lorong Lama Shanghai (Shanghai Old Street)
Di Lorong Lama Shanghai terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata. Singgahlah dulu sekejap. Tengok-tengok, jamu mata.
Orangpun boleh tahan ramai. Pelancongpun ramai. Tempat ini nampak macam best saja. Jom tengok apa yang saya tengok:
Barangan antik seperti tembikar lama dilambakkan di sebuah lorong kecil. |
Ramai peniaga yang menggamit-gamit pelanggan untuk masuk ke kedainya |
Rata-rata kedai di sini menjual barangan kenang-kenangan untuk pelancong bawa pulang |
Saya
membeli beberapa fridge magnet dan brooch di kedai 10 yuan. Ada orang pesan suruh saya belikan. Semua barangan di situ dijual dengan harga 10 yuan (RM5). Di dalam kedai itu saya
bertemu dengan tiga orang pemuda Malaysia dan berbual-bual dengan mereka
seketika. Mereka mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah di
Shanghai kerana rata-rata orangnya tidak tahu bahasa Inggeris, tetapi
mujurlah mereka bawa kawan, orang Cina Malaysia, menemani mereka. Mereka menyangka
saya pandai cakap China. Rupa-rupanya mereka terdengar saya cakap China semasa saya membeli barang tadi. Tetapi saya katakan, "Tahu sikit sikit je." Mengetahui
saya backpack solo dan naik keretapi ke Shanghai, mereka
terkejut.
Ada juga peniaga yang bercakap Melayu apabila nampak saya |
Oleh kerana tidak lama lagi Tahun Baru China akan menjelang, banyak kedai menjual barangan untuk perayaan tersebut.
Di lorong ini terdapat dua buah restoren halal |
Kedai-kedai halal juga terdapat di Lorong Lama Shanghai ini. Terdapat juga dua tiga buah kedai cenderamata yang dimiliki oleh peniaga Islam. Saya mengetahuinya kerana mereka menegur saya dan memberi salam.
Bunga yang di tanam di tepi jalan di Shanghai Old Street |
Laluan 1 & 2 City Sightseeing Bus
Di tingkat atas sightseeing bas |
Saya kemudiannyanya menaiki semula City Sightseeing Bus dan mengelilingi Kota Shanghai yang belum habis saya jelajah. Orang tidaklah ramai di dalam bas itu. Tetapi semuanya pelancong. Basnya amat luas dan selesa
Ada dua laluan yang disediakan oleh City Sightseeing Bus ini. Laluan 1 mengelilingi 14 perhentian dan pergi ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di sebelah tebing Barat Sungai Huangpu. Manakala Laluan 2 mengelilingi 4 perhentian dan menyeberang ke tebing Timur Sungai Huangpu. Bas untuk laluan 1 adalah bas double decker manakala untuk ke laluan 2 pula bukan double decker.
|
Menaiki Sightseeing Bus itu memberi saya gambaran tentang tempat-tempat yang menarik dan memudahkan saya mencari jalan menuju ke Sungai Huangpu.
Town house di Shanghai di laluan 1 |
Ketika bas itu membawa saya ke kawasan metropolitan ini saya amat kagum, terkesima dan terpukau dengan keindahan serta ketinggian menara-menara ini. Dagu dan rahang saya jatuh dan mulut saya ternganga luas, "WOW! AWESOME! DASYATNYA DEPA!"
Ketika itu musim sejuk, jadi siang harinya pendek dan cepat gelapnya. Cahaya lampu yang menerangi menara-menara itu kelihatan sangat indah, gemerlapan, berkilauan dan memukau pandangan saya. Saya cepat-cepat ambil gambar. Namun begitu gambar yang saya ambil tidak menjadi kerana basnya bergerak laju serta bertingkap cermin. Jadi gambarnya kabur dan terlihat refleksi cermin pada gambar. Oleh kerana geram tidak dapat mengambil gambar yang baik, saya bercadang akan ke sini pada malam esok. Kena turun, jalan kaki, perlahan-perlahan ambil gambar.
Hari berikutnya saya ke sini lagi dan berpeluang mengambil gambar menara-menara ini. Gambar yang menjadi itu akan saya tunjukkan dalam entri akan datang.
Apabila perkhidmatan bas kedua-dua laluan itu tamat pada pukul 6 petang sayapun turun di perhentian terakhir. Sayapun berjalan kaki menuju ke stesen keretapi bawah tanah yang terdekat. Di dalam bas itu ada seorang lelaki Islam dari Iraq. Diapun turun dan ikut saya jalan kaki ke stesen keretapi bawah tanah. Dia ialah siswa di sebuah universiti di Chengde dalam bidang petroleum. Dia sangka di situ tidak ada masjid kerana dia tidak jumpa masjid. Sayapun memberitahunya lokasi Masjid Xiaotaoyuan yang saya pergi tengahari tadi.
Untuk melihat Sungai Huangpu saya menaiki keretapi menggunakan laluan 8 dan 2 lalu turun di Jalan Nanjing Timur (East Nanjing Road). Setelah itu saya hanya berjalan kaki kira-kira 10 minit untuk sampai ke Sungai Huangpu .
Dikatakan bahawa Sungai Huangpu amat indah di waktu malam. Memang benar! Indahnya! Saya dah lihat sendiri! Anda bila lagi?
The Bund/Waitan Pada Waktu Malam
Dari jauh saya dapat melihat kilauan cahaya lampu yang keemas-emasan
dari bangunan-banguan bercirikan kolonial yang terdapat di hujung jalan tidak jauh dari East Nanjing Road.
Inilah The Bund atau Waitan. Dahulunya ialah adalah pelabuahan dan penempatan British. Kemudian menjadi pusat kewangan dan ekonomi selepas abad ke-20.
Kawasan The Bund ini kemudiannya diubahsuai dan diperindahkan untuk menarik pelancong. Selepas 2010 The Bund menjadi indah, kemas, beratmosfera nyaman dan telah menarik ramai pelancong.
Di sini terdapat senibina berbentuk Gothic, Renaissance, Baroque dan Classicisme.
Panorama Tebing Barat Sungai Huangpu Pada Waktu Malam
Di hadapan deretan bangunan kolonial itu terbentang tebing Barat Sungai Huangpu. Amat indah. Amat romantik (kalau bersama pasangan). Saya dapat melihat bot-bot yang dihiasi lampu berwarna-warni menyusuri sungai itu.
Inilah Sungai Huangpu. Sungai Huangpu adalah sungai terbesar di Shanghai dan sumber air yang penting. Sungai Huangpu mengalir sehingga ke Sungai Yangtze dan Sungai Suzhou.
Di seberang sungai itu saya nampak skyline yang indah dengan lampu-lampu gemerlapan. Cahaya lampu dari bot dan bangunan di pinggir sungai terbias di permukaan air sungai Huangpu yang jernih. Biasan itu bagaikan cat air yang tumpah di atas kanvas lukisan, berkilauan dan menyerikan malam yang gelap gelita. Bayu musim dingin berpuput lembut membelai wajah. Namun kedinginannya amat menyenangkan dan nyaman sekali.
Menyaksikan
bot mudik di Sungai Huangpu dengan cahaya lampu tumpah di atas air Sungai Huangpu amat mengasyikkan. Saya
berada di sini kira-kira dua jam untuk menyaksikan keindahannya. Terdapat
ramai orang di situ dan kebanyakannya mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik itu.
Oleh kerana kepenatan dan hari sudah malam sayapun pulang ke hotel menaiki keretapi bawah tanah yang selesa. Saya dapati penumpang di Shanghai lebih berdisplin dan keretapinya tidaklah sesak macam ikan sadin di dalam tin sebagaimana di Beijing.
Saya akan kunjungi lagi Sungai Huangpu pada hari lain demi menyaksikan keindahannya pada waktu siang pula.
Oleh kerana kepenatan dan hari sudah malam sayapun pulang ke hotel menaiki keretapi bawah tanah yang selesa. Saya dapati penumpang di Shanghai lebih berdisplin dan keretapinya tidaklah sesak macam ikan sadin di dalam tin sebagaimana di Beijing.
Saya akan kunjungi lagi Sungai Huangpu pada hari lain demi menyaksikan keindahannya pada waktu siang pula.
Esok saya hendak rejah Shanghai lagi. Keindahan kota metropolitan ini menanti saya menerokainya dengan tidak sabar-sabar. Hendak tahu ke mana saya pergi esok? Kalau mahu, bacalah entri saya akan datang.
...bersambung
Baca kisah seterusnya "Backpack Solo ke Shanghai (4)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack Solo ke Shanghai (2)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack Solo ke Shanghai (1)" DI SINI
Salam Yong
BalasPadamMemana pun senang jer dapat restoren halal....mmm.....kena masuk list ni....dan cari peruntukan....hehe....
Salam Yong ASP,
PadamSebenarnya tidak susah mencari restoren halal di China. Ada di mana-mana. Bolehlah nanti Yong ke sana.
Tak sabar dah ni... :)
BalasPadamSebelum Mie ke Shanghai bacalah entri yang saya tulis fasal Shanghai sampai habis ya :)
Padambanyak betul tips akak bagi, sampai nak salin pun tak dan, hehe...cantik sungai huangpu tu, baru gambar waktu malam, gambar waktu siang belum tunjuk lagi tu, nanti kami pakat-pakat nganga mulut luas-luas jugak, hehe...
BalasPadamOrga,
PadamTips sebenarnya banyak lagi tapi kalau tulis semua nanti orang muntah..Tak payah salin-salinlah. Print out pun tak payah sebab ia guna banyak kertas, save paper for the planet :) Ambik point point tertentu je. Memang cantik Sungai Huangpu dan menara di situ...mai kita pakat-pakat nganga :D
tahun 2001 i pegi Beijing.. sampai kat sini i rasa amat tak selesa esp bila menghidu bau makanan.. i tak lalu food depa. plus rasa amat geli dgn bau toilet depa.. then the next day i jatuh sakit. food depa langsung i tak leh jamah.. i mmg rasa geli geman.
BalasPadamthen my partner berura2 nak travel ke China in 2014.. i dah start risau ni.. cam ne ek....depa teringin nak ke Guilin..
Salam Puan Azian,
PadamGuilin tempat yang menarik. Saya teringin nak pergi, tapi belum sampai lagi.
Kalau puan ada masalah makan, rasanya kena bawa makanan dari Malaysialah. Bawa makanan dalam paket spt kari Brahim yang dah siap, rendang, serunding, nasi impit, sadin, maggie etc. Bawa rice cooker. Masak sendiri bila sampai sana.
Semasa puan ke Beijing dulu mungkin puan salah pilih tempat makan.
Saya berada di China 9 bulan, boleh dikatakan setiap hari saya makan di restoren halal di sini, semuanya sedap-sedap. Saya tidak ada masalah makan langsung selama di China. Pendek kata, saya sanggup terbang ke China semata-mata hendak makan semangkuk lam mien. Apabila kawan-kawan dan keluarga datang melawat saya di sini, saya bawa mereka makan ke restoren-restoren itu. Semua suka, semua kata sedap. Ada yang pernah datang ke Beijing sebelum ini guna pakej pelancongan, mereka ceritakan pada saya masa mereka datang dulu tak dapat makan sesedap ini. Jadi saya membuat kesimpulan, travel agent membawa rombongan makan di restoren kaum kerabatnya saja demi kepentingan tertentu atau utk mengaut keuntungan daripada pelancong walaupun makanan itu tak sedap.
setakat sy pergi dulu, semua sy telan...bg sy mkanan sana semua ok jer, as long halal..sy jer yg asyik berselera mgkn sbb cuaca sejuk, kena makanan panas2...semua best..
PadamSalam Don't Afraid to Try,
PadamBetul tu. Saya pun sama macam Don't Afraid to Try. Makan panas-panas, halal dan lepas tu jalan kaki, semua itu membuat kita bertambah berselera.
Salam kak NA
BalasPadamOK gambar2 entry ni semua saya takleh tengok.. takpe, nanti saya try buka blog kak NA kat rumah pulak.
Gamaknya gomen Malaysia ada block apa2 kot dari China? ntahle.
Salam kembali Rain,
PadamAlamak Rain tak boleh tengok gambar ni satu pun???? :( Pasal apa ek? Padahal saya dah balik Malaysia, saya upload gambar-gambar & entri ni kat Malaysia. Rain kerja dengan gomen ke? Mungkin office Rain block kot..entah saya pun tak tahu. Nanti kalau Rain balik rumah, Rain try tengok ya, nanti beritahu akak gambar keluar ke tak? Alah tak syoklah macam ni, kan?... :(
Saya tengah baca blog anda...pergi habis khatam pasal akan ke sana dalam beberapa hari lagi.
BalasPadamGunalah panduan ini untuk ke The Bund/Waitan. Tempat ini wajib pergi tau.
PadamAssalam,sya akan ke shanghai december ini nanti dan sya hnya ada lbh kurang 2hari setengah je disana...agak2 sempat ke sya nak naik sightseeing bus ke2.dua arah n pgi ke water town? Nti sya duduk di hotel sekitar huahai...dekat mna saya boleh ambil sightseeing bus tu? Trima kasih ☺
BalasPadamWaalaikumus salam Riza.. Sightseeing bus itu boleh diambil berdekatan dengan East Nanjing Road. Sila baca entri saya yang lalu (siri 2 Shanghai)
Padamhttp://nota-kembara.blogspot.com/2013/02/backpack-solo-ke-shanghai-2-keliling.html
Tetapi boleh juga diambil di tempat-tempat lain yang berdekatan dengan stesen keretapi seperti di dalam peta.
Saya rasa 2 hari sempat untuk ke dua-dua arah dan pergi ke water town.
Salam sis.. Saya nk ke Shanghai bersama family December ni.. dah start baca2 blog.. your blog is so awesome :).. terimas kasih byk.. in sha Allah memberi ilmu yg manfaat.. semoga sis diberkati Allah.. ameen..
BalasPadamTerima kasih Linda kerana sudi membaca blog saya dan meninggalkan komen.
PadamTerima kasih juga atas doa itu. Semoga Linda juga diberkati Allah. Aamiin.