Pagi ini suhu di Haerbin (Harbin) ialah -20
°C. Pagi ini kami berjalan-jalan di kota Ais Haerbin yang juga mendapat jolokan "Moscow di Timur" (Oriental Moscow). Ini disebabkan oleh pengaruh Russia yang amat ketara di Haerbin. Haerbin letaknya di utara China dan bersempadan dengan Russia. Sila klik di sini untuk melihat
peta Haerbin.
Kami pergi ke Daerah Daoli pagi itu. Di situ ada sebuah dataran yang mempunyai senibina Byzantine. Di dataran itu kami dapat melihat sebuah gereja Ortodok yang benar-benar bercirikan senibina bangunan di Russia. Di atas atapnya terdapat bentuk kubah, kon dan salib. Nama gereja ini ialah Saint Sophia Cathedral. Ia telah siap dibina pada tahun 1932.
Saya lihat lantai dataran di sekeliling gereja itu dibuat daripada batu empat segi yang kelihatan amat antik. Mungkin lantai ini dibina mengikut gaya kesenian Russia kerana ia kelihatan agak berlainan dengan senibina China.
Suasana pagi masih dingin dan jalan-jalan penuh salji. Di bumbung gereja itu juga dipernuhi salji. Kami hanya melihat dari luar sahaja dan mengambil gambar. Gereja itu tidak digunakan lagi sebagai gereja tetapi kini digunakan untuk memamerkan senilukis dan senibina Haerbin. Untuk pengetahuan anda, banyak gereja telah dimusnahkan oleh kerajaan China pada suatu ketika dahulu, jadi yang ini salah satu yang ditinggalkan.
Saya dapat melihat burung merpati yang jinak terbang melepasi bumbung gereja dan kadang-kadang terbang ke bawah mematuk makanan. Ketika itu Yanie sudah pergi ke belakang gereja mengambil gambar. Kami berjanji akan bertemu di bangunan yang berhadapan dengan gereja itu.
|
Dataran dan bangunan bercirikan senibina Russia |
|
Gereja St Sophia ini tidak lagi berfungsi sebagai sebuah gereja |
|
Ramai orang memberi makan burung merpati di luar gereja Saint Sophia |
Setelah berada di luar dengan suhu yang dingin, saya terasa jari tangan saya hampir kebas dan bengkak. Saya cepat-cepat masuk ke dalam bangunan yang terdekat di situ. Di dalam bangunan itu ada restoren McDonald. Saya lalu membeli secawan air cokolat panas dan duduk di situ memanaskan badan. Saya lihat Yanie sudah ada di situ sedang duduk, minum-minum.
Oleh kerana suhu terlampau sejuk, saya asyik hendak buang air saja. Jadi saya mencari tandas yang ada di bangunan itu yang juga adalah sebuah Mall. Sambil mencari tandas itu saya melalui kedai-kedai dalam Mall itu. Di situ juga ada menjual pakaian, kasut, roti dan macam-macam lagi. Saya dapati kasut boot di sini amat murah.
|
Dalam Mall |
Setelah badan panas semula saya dan Yanie berjalan kaki menuju ke Jalan Zhongyang atau Central Street atau dalam bahasa Russianya Kitaiskaya. Jalan Zhongyang ini tidak berjauhan dengan gereja tadi.
Di Jalan Zhongyang terdapat banyak bangunan yang bersenibina barat. Ia dibina sejak tahun 1898. Terdapat 75 buah bangunan yang bergaya Byzantine, Baroque dan Nouveau. Mengikut sejarahnya, Russia pernah berkuasa di sini. Ramai orang Russia berpindah ke sini, membuka perniagaan, membina bangunan dan jalan keretapi. Tetapi setelah China mengambilalih provinsi ini pada tahun 1925, jalan ini ditukarkan nama kepada Zhongyang. Jalan dan bangunan di sini kini sudah dianggap sebagai "muzium senibina Eropah" dan ini dinyatakan pada papantanda di sebuah bangunan yang terdapat di pangkal jalan.
Semasa kami berjalan-jalan di Jalan Zhongyang ini kami dapat melihat ukiran ais dipamerkan di tepi-tepi jalan. Jadi sesiapa yang tidak mahu ke Ice and Snow World dan Sun Island bolehlah datang ke sini melihat skulptur ais dan salji kerana di sini kita tidak perlu bayar.
Keunikan Jalan Zhongyang ini ialah jalannya dibina dengan batu empat segi yang berukuran 18 x 10 cm yang direka oleh jurutera Russia pada tahun 1924. Ia berbentuk roti Russia. Senibina begini amat jarang dilakukan di China
|
Jalan Zhongyang yang dikunjungi ramai |
|
Lorong pejalan kaki di Jalan Zhongyang yang dibuat daripada batu mengikut senibina Russia |
|
Keisitimewaan dan kemahiran skulptur ais dipamerkan di pinggir jalan di Jalan Zhongyang |
|
Skulptur ais di sepanjang Jalan Zhongyang yang kukuh dan tidak cair |
|
Beruang salji dan Coca Cola |
|
Gangnam Style...ukiran skulptur salji ini menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bergambar dan bergaya sepertinya |
Jalan Zhongyang ini adalah lorong pejalan kaki yang popular dan jadi tumpuan ramai. Terdapat perlbagai jenis kedai, restoren, pasar raya dan hotel. Kami singgah di beberapa kedai untuk membeli cenderamata. Kebanyakan cenderamatanya adalah cenderamata Russia seperti
fridge magnet Russia, anak patung Russia, barang kemas Russia dan macam-macam lagi. Saya hanya membeli tiga keping
fridge magnet berbentuk pembuka botol dan buah anggur dan ia diukir dengan kesenian Russia. Gambar
fridge magnet ini akan saya tunjukkan dalam entri akan datang. Kebanyakan
fridge magnet di sini berbentuk gereja Ortodok Russia dan gambarnya mengenai komunisme Russia, jadi saya tidak membelinya kerana ia bertentangan dengan akidah saya.
|
Kedai jualan barangan Russia di Lorong Zhongyang |
|
Bauran pelbagai tulisan pada papantanda: China, Russia, Inggeris
|
|
|
Jangkasuhu besar bergaya Baroque yang menunjukkan suhu -18°C di Haerbin pada pukul 11.15 pagi pada musim sejuk Januari 2013 |
|
|
Senibina Russia pada bangunan dan kiosk |
Jalan Zhongyang ini adalah semata-mata jalan komersial yang bersenibina Eropah, Russia dan China. Jadi sambil jalan-jalan melihat bangunan ini, kami jamu mata dengan barangan-barangan Russia yang dijual di sini dan menghargai kesenian skulptur ais dan salji yang dipamerkan di tepi jalan. Jadi kami telah menimba ilmu baru pada pagi itu.
Begitulah kami menghabiskan pagi kami di Jalan Zhongyang. Kami bercadang untuk makan tengahari di restoren halal berdekatan dengan masjid yang terbesar di Haerbin. Dapatkah kami berjumpa dengan masjid itu? Teruskan bersama Naramas Aman dalam menjejak masjid itu dalam entri akan datang.
...bersambung
Baca kisah seterusnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (5)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (1)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (2)" DI SINI
Baca kisah sebelumnya "Backpack ke Kota Ais Haerbin (3)" DI SINI
Salam Yong
BalasPadameerrrr.....sejuk sungguh ....hujan kat KL la ni.....tapi jangkasuhu teman menunjukkan 28C jer.....hehehe...
dasyat sungguh bahang gangnam ni...kat memana ada dia yer....
Salam Yong ASP,
PadamKalau kat KL suhu 28C, itu bagus..tak panas sangat dan tak sejuk sangat. Best cuaca macam tu.
Gangnam ni phenomenon, di mana-mana di China, sentiasa berkumandang lagu ni. Budak-budak umur 3 thn pun tahu :)
Dah panas sikit tu, banding dengan sebelumnya -30 degree. Tapi masih macam robot lagi kan...
BalasPadamJika tiada tulisan China tu, rasa macam kat negara Barat...
Mie,
PadamPanas sikit tu sekejap je. Pukul satu tengahari dia menurun balik, petang menurun jadi -25C, -27C, lepas tu waktu malam suhunya -30C. Walaupun -18C tapi masih terlalu sejuk lagi, masih macam robot lagi.
Ya, betul, kalau tiada tulisan China, nampak macam di Barat.
tu ler, sokong dengan pendapat mie, kalau takde tulisan cina tu, memang dah nampak macam dekat moscow dah. hebat masyarakat haerbin ni, berseni betul. semua tempat ada skulptur ais tu...
BalasPadamOrga,
PadamYa, tulisan China membuatkan kita rasa di China, tanpanya kita ingat kita berada di Moscow :). Di mana-mana saja di Haerbin, mereka tidak ketinggalan memamerkan skulptur ais. Berseni sungguh mereka.
salam kenal
BalasPadamseronok baca entry ni..satu pengetahuan baru bagi saya. nice sharing...and love the pictures.
Murni,
PadamSalam perkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan. Jangan lupa membaca sambungan kisah di Haerbin dalam entri akan datang :)
Alamak JM byk ketinggalan baru nk baca entri ni, ari tu pegi korea spring season pun dh x tahn dgn sejuk, kulit jd kering dan melupas, perlu byk minum air kan klau x bdn terhidrat. Cayalah prof boleh tahan ngan cuaca klau jm mesti gigil sambil ketap2 gigi sbb gigil sejuk. X boleh bygkan kesejukan sehingga ke -ve eeeee sambil baca pun dh boleh rasa sejuk hihihi
BalasPadamJarimanis,
PadamBoleh selak balik entri yang lalu kalau terlepas :). Alhamdulillah saya dapat atasi kesejukan di Haerbin itu dengan memakai pakaian yang sesuai dan beberapa kaedah tertentu.
Cantink sungguh rekaan bangunan2 kat sini. Saya sukq tengok kawasan lapang yg dikelilingi bangunan unik. Banyak bandar2 tua kat dunia selalunya ada susunatur sebegitu kan. Mungkin dulu dijadikan tempat berhimpun kot?
BalasPadamWah banyak jugak arca2 kat situ ye.
Janggel/Rain,
PadamYa, banyak bangunan lama yang mempunyai dataran luas, lapang dan di kelilingi bangunanan unik. Mungkin untuk tujuan orang ramai berhimpun.
Arca salji dan ais banyak juga di sepanjang jalan di sini, jadi kita tak perlu masuk ke dalam taman untuk menyaksikannya.
Saya g Harbin ni Januari 2013..memang cantik sgt..saya rasa nak g lagi..x puas
BalasPadamMasa saya ke Harbin ni bulan Januari 2013 juga. Tapi kita tak jumpa ya?
Padamseronoknya..!! cadang nak pergi harbin ujung tahun ni :D semoga berjaya menabung untuk diri sendiri.
BalasPadamCT Humairah,
PadamMemang seronok. Eloklah pergi kalau sudah cukup tabungnya. Selamat menabung :)