Kami kemaskan beg kami dan meninggalkan hotel kami awal-awal pagi menaiki teksi kerana kami tidak mahu terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Ini disebabkan ketika itu musim pesta salji dan ais maka ramai pelancong tidak kira tempatan atau luar mengambil peluang untuk berada di Haerbin. Ketika ini jugalah pemandu teksi dan peniaga mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' pelancong.
Stesen Keretapi Haerbin Xi (Barat) Yang Luas dan Canggih
|
Pemeriksaan keselamatan di stesen keretapi Haerbin |
Kami sampai di setesen keretapi Haerbin Xi (Haerbin Barat) pada pukul 7.00 pagi. Setelah melalui pemeriksaan barangan di bahagian keselamatan untuk masuk ke dalam stesen keretapi, kamipun duduk di kerusi. Keadaan di dalam stesen keretapi Haerbin Barat ini amatlah luas dan bersih. Pelbagai kemudahan diadakan: kedai, air panas, tandas bersih.
Haerbin juga adalah antara kota yang mempunyai hub pengangkutan yang penting di China.
|
Stesen keretapi Haerbin Xi yang luas dan bersih |
|
Yanie duduk menunggu di kerusi stesen |
|
Tandas yang sentiasa dibersihkan |
|
Papantanda digital tentang ketibaan dan keberangkatan keretapi |
|
Papantanda tentang kemudahan yang terdapat di stesen keretapi Haerbin |
Ketika menunggu itu kami berkenalan dengan beberapa orang penumpang dari Malaysia. Mereka bergerak secara kumpulan yang terdiri daripada sebuah keluarga Melayu dan sebuah keluarga Cina Malaysia. Mereka dari Kuala Lumpur. Mereka juga akan ke Beijing dan setelah itu pulang terus ke Kuala Lumpur pada malam nanti. Kami berbual-bual dengan mereka. Antara topik yang dibualkan ialah tentang kesejukan Haerbin, tentang kasut but yang bertukar ganti demi mencari kesesuaian, tentang tahap kebersihan/kekotoran orang Haerbin, anak mereka sakit, pengalaman di Haerbin dan macam-macam lagi.
Dalam Keretapi Berkelajuan Tinggi (High-Speed Train) dari Haerbin ke Beijing
|
Dalam gerabak keretapi berkelajuan tinggi |
|
Nombor tempat duduk saya : 1A |
|
Tempat duduk dalam gerabak kami |
|
Suhu di luar: - 21°C, suhu di dalam 24°C |
Apabila keretapi sampai dan kami dipanggil masuk kamipun mengambil tempat masing-masing. Keretapi bertolak tepat pada waktunya iaitu pukul 9.30 pagi. Sebagaimana kami datang dulu begitulah kami pulang ke Beijing. Keadaan keretapi amat selesa dan nyaman. Di skrin terpampang kelajuan keretapi iaitu 196 km sejam, manakala suhu di dalam ialah 24°C dan di luar -21°C.
Pemandangan Indah Sepanjang Jalan dari Haerbin ke Beijing
Dalam perjalanan ke Beijing saya
sekali lagi dapat melihat keindahan bumi Haerbin yang indah diselimuti
salji putih. Oleh kerana Haerbin mempunyai tanah yang luas, ia mempunyai
ekonomi yang baik dalam bidang pertanian. Jadi saya dapat melihat
ladang-ladang, sungai-sungai dan gunung-ganang.
Salji
semakin lama semakin nipis dan semakin lama semakin meningkat suhunya.
Ini menandakan bahawa kami semakin menuju ke selatan.
|
Sungai beku ini menjadi tempat ice skating |
|
Rumah di kaki gunung di pinggir sungai beku |
|
Ladang mula diliputi salji nipis |
Sampai di Beijing
Kami sampai di Beijing tepat pada waktunya iaitu pada jam 5.30 petang iaitu 8 jam perjalanan. Suhu di Beijing ketika itu -4°C. Sebelum ini saya katakan suhu begini terlalu dingin. Kini tidaklah sedingin mana kerana saya sudah melalui suhu yang jauh lebih rendah daripada ini. Saya juga telah banyak belajar ilmu-ilmu baru terutama sekali berjuang dalam suhu dingin melampau. Syukur!
|
Fridge magnet yang saya beli di Sun Island dan Jalan Zhongyang |
|
Saya merenung fridge magnet yang saya beli di Haerbin. Ini membuatkan saya tersenyum. Saya tidak menyangka saya sudah sampai ke Haerbin yang sebelum ini saya lihat hanya di kaca tv. Pengalaman berada di kota yang sejuk ini amat bermakna bagi saya. Ia telah menambahkan khazanah ilmu dalam dairi hidup saya dan membuat saya lebih mengerti dan kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. Dengan pengalaman ini mungkin Haerbin boleh saya kunjungi lagi, tapi mungkin dengan keluarga.
Zai Jian Haerbin! Selamat Tinggal Kota Ais! Selamat Tinggal sungai-sungai beku!
Fridge magnet berukiran kasut ski, anggur Russia, snowflake dan pintu gerbang Sun Island saya genggam di tangan. Setiap kepingan fridge magnet ini mempunyai kenangannya tersendiri. Saya telah kehabisan perkataan bagi menceritakan keindahan Kota Ais ini, namun mereka yang telah berada di sini lebih mengerti maksud saya.
Keindahan Haerbin ini terpahat di sanubari bagaikan skulptur ais yang beku dan tidak cair-cair di Kota Ais ini. Kini Kota Ais ini ku tinggalkan dengan seribu kenangan indah.
rangkap akhir yang ditulis buat saya terkedu. bergenang air mata.. tak tau kenapa.
BalasPadamInsyaAllah satu hari, jika dipanjangkan umur dimurahkan rezeki akan saya jejak kaki ke sini dan kalau boleh ke serata negara China. Tak tau kenapa terlalu sukakan China.
PM - gigih belajar bahasa mandarin :)
Salam PM,
PadamTerima kasih PM kerana menghayati setiap perkataan dalam entri ini. Bergenang air mata mungkin disebakan PM terlalu sukakan China dan mempunyai impian dan harapan untuk menjejak kaki ke sana.
Usaha PM mempelajari bahasa Mandarin, saya puji. Memang itu yang sepatutnya dilakukan. Jangan ikut macam saya, masih buta huruf.
alhamdulillah berjaya kan akak. kalo kita bermimpi atau angan2 benda yang baik. Tak mustahil dengan mimpi tu akan mmbawa ia kepada kenyataan.
BalasPadaminsyaALLAH ade rezeki sy nak sampai sana jugak. ;)
Henry Fox @ Kaki Berangan,
PadamAlhamdulillah berjaya dan sihat. Teruslah Henry Fox menanam impian untuk ke sana :)
Saya x dapat bayangkan mcm manalah diri saya kalau berada dlm keadaan yg sejuk2 sampai -ve mcm tu... xtp memang pengalaman yg x dpt nak dilupakan kan? Sungai pon beku ya...?
BalasPadamFarikica,
PadamSungai dan tasikpun beku. Air dalam gelaspun boleh beku. Darah dalam badanpun boleh beku kalau tidak memakai pakaian yang sesuai. Memang pengalaman ini tak dapat untuk dilupakan.
Wah baca tajuk je dah cukup melankolik bagi saya! Pastinya kenangan kat herbin ni takkan dilupa sampai hujung nyawa( kalau x alzheimer la) .
BalasPadamBesar dan bersih kan stesen keretapi tu. nampak macam kat airport pulak!
Pemandangan sepanjang jalan pon cantik dan memujau. Sungguhindah ciptaan Allah.
Thanks for sharing bout Herbin!
Janggel/Rain,
PadamTajuk macam tu saja nak bagi feeling sikit he he he.
Stesen keretapi tu memang macam airport. Di dalamnya pun macam dalam kapalterbang :)
Pemandangan cantik, keretapi jalan laju, nak capture gambar yang bagus-baguspun susah.
Nak tanya sikit NA, apa beza kod trip D dan G bagi HSR tu...
BalasPadamSalam Mie,
PadamD dan G adalah kod keretapi untuk destinasi tertentu. Untuk ke Haerbin, Jilin atau Jinan West kodnya ialah D dan diikuti dengan nombor misalnya D26, D28. Manakala untuk ke Shanghai kodnya ialah G.
Salam Prof...
BalasPadamLa.....masih buta huruf lagi ker Yong ? tapi nampak tu ada macam celik2 dah sikit...hehe....
Best la pengalaman Yong pegi jelajah Utara China ni....* sambil merenung tabung itik seramik keme dengan penuh harapan*.....huhu....
Salam kembali Yong ASP,
PadamAah teman masih buta huruf lagi he he he.. Masalahnya disebabkan teman ni diserang penyakit...penyakit 2M. Manja dan Malas he he he...tapi dah celik sikit-sikit, bertambahlah sedikit vocabulary tu.
Sikit lagi bolehle kome pecahkan tabung tu yek :)
Bye2 herbin.tamat sudah...pengalaman yang berbaloi2,tempat yang sgt cantik n unik =)and sejuuuuukkkk hehe
BalasPadamSalam Orga,
PadamMemang berbaloi ke sini. Dapat habiskan masa di sini dua tiga hari, jadilah.
Wow bestnya akak dah sampai Harbin, saya bercita2 jgk nk ke kota ais tu. Keretapi hispeed tu interior dia dh macam dlm kapal terbang..memang canggih la.. best betul bila akak kata toilet kt sana bersih! i like sesangat heheheh
BalasPadamSalam Chawanna Na,
PadamAlhamdulillah. Hi-speed train tu memang canggih, laju, bersih, luas. Interior macam dlm kapalterbang. Malah lebih bagus daripada kapalterbang. Nak buat mee maggie pun boleh, ada disediakan air panas. Toilet dan lantai sentiasa dibersihkan oleh cleaner :)
salammm Anne...
BalasPadamlinda ni...mmu melaka dulu tuh...hehehe i dpt url blog u ni dr juhanita...best nyerr u g jejalan....bebila nnt ajak la ai..kite g sesama conference memana ek....ari tuh i g conference kat Doha Qatar...best nyerr jenjalan...lpas doha tu ai sambung gi dubai..last kat oman...peh tu baru balik mesia...
so bile u balik usm nnt ..email2 la ke...
All the best ...take care n enjoy jenjalann....
Salam Linda!!!!!
Padamof coz ai ingat kat Linda, tak akan lupa sampai bila-bila, insyaAllah. Wah pi Doha, Dubai, Oman, mesti best punya...Zul MD mengajar kat Oman tau, tapi dia dah balik Msia. Student I pun la ni dok ngajaq kat Oman, ada jumpa depa tak?
La ni dah balik Penang, 9 bln kat China :)
Thanks for reading my blog.
Bertuah kak kerana dapat menjelajah hampir segenap ceruk bumi China.....Menjadi satu memori indah bila dah tua-tua nanti....
BalasPadamSalam Kayrol,
PadamAlhamdulillah. Akak cuma sempat jelajah bahagian utara, bahagian selatan belum lagi. Memori indah ini susah untuk dilupakan. Akak dah tua sebenarnya Kayrol, bukan muda lagi :)
Very nice!! Amazing travels :-). Bersih betul bilik air di Haerbin Xi, biasanya toilet yang I pernah pergi kat stesen keretapi kat China kotor sangat.
BalasPadamSalam Anis,
PadamTerima kasih kerana sudi baca blog saya dan tinggalkan ulasan.
Ya, bilik air dan tandas di Haerbin Xi memang bersih. Biasanya tandas awam di China sangat-sangat kotor, tapi yang ini terkecuali.
kalau saya bukak blog akak mesti terasa nak travel cina.. haha memang menarik2 tempat yang akak teroka kat area sana.. tapi cuma satu je sebab saya tak larat dgn language barrier.. cop! akak reti cakap mandarin ke?
BalasPadamSalam Dr shah_rule,
PadamYa ke terasa nak travel China lagi bila baca blog ni? :) Terima kasihlah, Dr beri saya semangat untuk menulis lagi.
Bahasa memang menjadi masalah paling besar di China, pada kebanyakan orang. Akak tak tahu cakap China, tetapi akak buat perancangan teliti sebelum pergi. Misalnya dapatkan alamat tempat-tempat yang hendak dituju itu dlm tulisan China, tulis beberapa perkataan China dan hafal. Alhamdulillah, setiap kali akak travel ada saja hamba Allah yang membantu :)
Kadang-kadang akak travel sesorang tau, walaupun tak tahu cakap China.
So, don't worry about language barrier :)
ye ke, sebab saye pernah masuk china 2 kali, tapi bila balek tuh rase cam relieve sgt.. rase kt sane cam susah sgt nak survive.. kene belajar language dulu la ni.. hehe
BalasPadamDr Shah_rule,
PadamSayapun rasa yang sama. Saya pun dua kali keluar masuk China. Bila sampai saja ke KLIA saya terus rasa lega ya amat-amat :)
Memang mula-mula tu susah nak survive di China tapi bila dah tahu sikit-sikit cakap China yang simple simple, rasanya ok.
Tapi kalau Dr nak belajar bahasa China, itu lagi bagus. Jangan ikut macam saya.
Prof..
BalasPadamCantiknya FM prof beli tu..susah atau senang time kt tempat orang tu sebenarnya 1 rahmat kan prof? Bila kita dah laksanakan apa yg kita fkr nak buat walaupun bnyk rintangan..once berjaya lakukan..itulah adalah 1 rahmat..syukur Alhamdulillah.
Salam Zila,
PadamFM itu mahal berbanding dengan FM yang dijual di Beijing. Tapi sebab saya minat kumpul FM, saya beli juga sebagai kenangan, saya beli 6 keping tu aje.
Betul tu Zila, berpeluang ke sana, berjuang pula dengan suhu sejuk dan semuanya selamat adalah satu rahmat dan nikmat. Alhamdulillah.
Assalamualaikum... kami sekeluarga bercadang ke Beijing Februari 2017 dan agenda utama adalah Harbin. Tapi ingin bertanya... adakah manageable membawa anak2 ... 5 thn dan 3 thn? Dh mmg beli tiket pun utk mereka... tp bila baca psl frost bite ni... agak gerun jgk... harap dpt memberikan input.
BalasPadamTerima kasih
Waalaikumusalam Lady Mira...suhu di Haerbin memang sangat sangat sejuk. Malam hari lebih-lebih lagi: -30 C. Jari-jari saya dah beberapa kali rasa nak beku semasa ke Kota Ais tu...tapi saya di keluar sekejap dan cepat-cepat masuk dalam bangunan, lepas tu minum air halia panas yang disediakan, lepas tu duduk dekat heater. Lepas panas sikit badan, baru saya keluar balik sekejap, lepas tu masuk balik..pakaian dan sarung tangan pula berlapis-lapis. Kalau anak berumur 3-5 tahun tu, agak sukar juga sebab kulit mereka lebih nipis...tapi kalau mereka pernah berada di negara-negara sejuk sebelum ini mungkin tak jadi masalah. Cuma yang penting, pakaian mereka mesti cukup tebal, sapu losyen selalu dan jangan berada di luar lama-lama.
Padam.
BalasPadamMasa penerbangan paling singkat dari KLIA untuk sampai ke Harbin Airport adalah dengan melalui Beijing 北京. Atau pun melalui Guangzhou 广州. Kedua-dua journeys ambil masa 10 jam termasuk stopover di bandar-bandar saya sebutkan tadi.
Saya pernah sampai ke Harbin dengan penerbangan Eastern China dengan stopover di Shanghai. Pembelian tiket hanya 2 minggu sebelum dari tarikh perjalanan. Harga tiket adalah RM 1500 termasuk return. Saya singgah di Shanghai 上海 dan juga melancong di Nanjing 南京 selama 2 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Harbin.
Saya takut naik Teksi jadi semua perjalanan guna pengangkutan awam selain dari Teksi. (Sepanjang beberapa kali datang ke China atas urusan kerja, cuma pernah naik Teksi dari Airport Dalian ke tengah Kota Dalian. Sebenar tiada apa nak ditakutkan pun.)
Dari Airport naik bas berhenti di tengah kota Harbin dan naik Metro Mass Transit ke Stesen Metro Bowuguan dan jalan kaki ke Harbin Walker Coffee Hotel.
Harbin tempat cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Ramai orang indonesia di sini yang rata-rata bertutur Bahasa Melayu (indon) sahaja.
Saya makan di restaurant halal dimiliki orang Huizu 回族 yg sgt byk di kota ini. Hampir di mana shj saya singgah makan pasti ada sahaja yg bertanya saya asal dari mana. Saya balas balik, "bagaimana tahu saya bukan orang negara China?". Selalunya mereka akan reply, "Wajah, dialek dan fesyen pakaian!". Satu lafaz aqidah berbeza resam.
.
Menarik juga cara perjalanan Bob ke Haerbin. Saya pun jumpa orang Hui di Haerbin dan mereka memang sangat peramah dengan kita. Mereka biasanya boleh meneka saya orang Malaysia.
PadamYa, betul, Haerbin tempatnya cantik dan orangnya baik-baik. Selalunya kalau saya menghadapi masalah naik teksi di China, saya biasanya ditolongi oleh pemandu teksi beretnik Hui :) Termasuklah di Herbin. Biasanya pemandu teksi tak mahu ambil penumpang asing sebab mereka menghadapi masalah bahasa, tetapi yang akan ambil penumpang asing Islam hanyalah pemandu etnik Hui.
Rindu harbin... Kita repeat nak prof?.. Hhehehe... - yaNie-
BalasPadamTak sangka kita pernah backpack berdua ke tempat sejuk ni :D
Padamsalam Prof, saya memang berminat nak ke harbin. Tapi memandangkan ada anak2 yang umur 6th dan 9th. Rasanya macam takut laa pulak nk kesana sebab frostbite tu. suhunya melampau sampai -30C.
BalasPadamSalam Noramins. Memang sangat melampau suhunya. Agak berbahaya kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak mempunyai ketahanan pada suhu sejuk melampau. Tetapi kalau nak menyahut cabaran ikutilah tips yang saya berikan.
Padam