Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini
Adsense
Rabu, 21 November 2012
Tianjin: Menaiki Bullet Train dan Sehari di Kota Moden
Anda pernah naik bullet train? Bullet train ini amat laju. Ia boleh bergerak selaju 300-320 km sejam. Pantas, kan? Apakah
rasanya menaiki keretapi laju ini? Bullet train ini boleh dinaiki dari Beijing ke Tianjin. Jarak sejauh 117 km
ini boleh didatangi dalam masa 30 minit sahaja. Rasa macam tak percaya, kan?
Tapi inilah teknologi yang berani dilakukan oleh China. Keretapi ini telah mula dioperasi sejak tahun 2008 dan ia keretapi
paling laju di dunia. Ia mengurangkan masa dalam perjalanan.
Bullet Train dari Beijing ke Tianjin - cuma 30 minit perjalanan
Untuk itu
saya merancang ke Tianjin bersama dua orang kawan, Asrul dan Syafiqa. Kami mengambil keretapi itu di stesen keretapi Beijing Selatan (Beijing Nan) pada pukul 9.30 pagi. Tiket berharga 55 yuan (RM27.50) dibeli ketika itu juga iaitu 10 minit sebelum keretapi bertolak. Ketika kami menuju ke platform yang disediakan di bahagian bawah kami dapati keretapi itu sudah sedia menunggu. Kepala keretapi itu berbentuk peluru dan ia bergerak pantas sepantas peluru sebab itulah ia dipanggil bullet train.
Keadaan di dalam bullet train ini amat amat berbeza dengan keretapi kelas bawahan yang saya pernah naiki ke Mongolia Dalam dan Xi’an dahulu. Kalau keretapi kelas bawahan itu sesak, tidak
selesa dan tandasnya tidak bersih, namun bullet train amat moden dan bersih. Kami merasa amat selesa duduk di kerusi di dalam gerabaknya. Kami dapat duduk di gerabak depan iaitu di belakang pemandu. Keretapi itu bergerak dengan pantas. Di skrin terpampang kelajuan keretapi itu bergerak, bermula dari 90, 120, 180, 280 hinggalah ke 340 km/jam. Terdapat juga suhu di dalam dan di luar keretapi. Di dalam keretapi, saya membeli cenderamata rantai kunci berbentuk bullet train berharga 10 yuan (RM5) sebagai kenang-kenangan.
Keadaan dalam bullet train dari Beijing ke Tianjin yang selesa
Kami sampai pada 10 pagi di Tianjin. Cepatnya! Kepantasanya amat mengagumkan kami.
Sarapan Halal di Tianjin
Sesampainya
kami di Tianjin kamu terus menuju ke sebuah kompleks yang letaknya
betul-betul di hadapan stesen keretapi Tianjin. Di dalamnya kami jumpa
sebuah restoren halal yang menjual makanan kegemaran kami iaitu lam mien
(mee tarik). Kami juga diajak oleh tuanpunya restoren itu yang beretnik
Hui makan di situ. Kami amat gembira dengan sambutan itu, lalu memesan
makanan kegemaran kami itu.
Mee
tarik ini kebiasaannya dibuat oleh
pengusaha restoren beretnik Hui yang semestinya beragama Islam. Kebanyakan
mereka berasal dari Lanzhou dan Gansu. Untuk membuat lam mien ini,
mereka menguli
tepong, memusing-musingkan, menarik-nariknya dan
mengoncang-goncangkannya.
Seperti silap mata, tepong yang tadinya beku kini pecah menjadi
tali-tali panjang yang dinamakan lam mien
atau mee tarik! Mee ini kemudiannya diletakkan sup yang bercampur daging lembu
dan sayur-sayuran.Ia dinamakan niuro lam mien atau mee tarik daging lembu. Sedap!
Tepung diuli dan digentel panjang-panjang
Doh yang lembut dipilin dan diputar-putarkan
Doh itu lalu digoncang-goncangkan dan ditarik panjang-panjang hingga terbelah
Doh tadi menjadi tali-tali yang panjang yang dinamakan lam mien
Ia lalu dicelur ke dalam air yang mendidih
Sayur-sayur dan daging lembu dimasukkan ke dalam mee ini
Lamien yang dipesan sudah hampir siap
Niuro lamien yang siap untuk dimakan...Hmm sedapnya!!!
Jadi kalau anda ke China, jangan lupa menikmati niuro lamien ini! Ia terdapat di restoren halal di serata China. Selain daging
lembu ada juga mee tarik daging kambing yang dikenali dengan yangro lamien!
Asrul bergambar dengan peniaga/pembuat lamien di hadapan stesen keretapi bawah tanah di Tianjin
Kota Tianjin
Bangunan di Tianjin
Kami dapati
bandar Tianjin amat berlainan daripada Beijing. Tianjin kelihatan lebih
tersusun dan kemas. Sampah dan debu-debu juga amat kurang berbanding dengan
Beijing yang penuh sampah yang dibuang merata-rata dan udaranya yang tercemar. Langit juga biru dan cerah
berbanding dengan langit di Beijing. Kami terasa seolah-olah berada di sebuah negara
lain!
Membeli-belah di Gu Lou Dong
Gu Lou Dong
Selepas makan, kami menaiki bas 824 ke Gu Lou Dong. Di sini kami lihat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan kasut. Harganya murah. Oleh kerana Tianjin terletak berdekatan
pelabuhan maka banyak barangan yang didatangkan dari luar negara terdapat di
sini. Di sini kami membeli pashmina (selendang) yang berharga antara RM5.00 hingga RM15.00
dan cadar katil bujang berharga RM25.00.
Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural
Street)
Budak penjual roti dan buah-buahan ini membawa kami ke Lorong Budaya Purba
Setelah membeli-belah di situ kami berjalan kaki menuju ke satu tempat membeli-belah yang popular di Tianjin iaitu Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street). Oleh kerana kami tidak mengetahui tempat itu dengan tepat, kami minta seorang budak penjual buah-buahan dan roti membawa kami ke sana. Budak ini beretnik Uyughur dan beragama Islam.
Lorong Budaya Purba
Di Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street), kami dapat melihat Tianjin purba, kedai-kedai tua dan lorong-lorong.
Putu beras yang dijual di Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street).
Ingatkah
anda pada Sichee, gadis 16 tahun yang kami kenali semasa menaiki unta di Gurun
Kubuqi? Sichee telah menjadi kawan baik kami dan dia telah menemui kami di
Lorong Budaya Purba (Ancient Cultural Street) dan membawa kami membeli-belah di sebuah
pasar dan makan-makan.
Sichee membawa kami membeli-belah di sebuah pasar
Masjid Besar (Qingzhendasi)
Setelah hampir petang, Sichee pulang. Kami kemudiannya ke Masjid Besar (Qingzhendasi) dengan menaiki beng beng (beca bermotor). Masjid ini letaknya di Jalan Dafeng di daerah Hongqiao dan tidak jauh dari Lorong Budaya Purba. Masjid ini besar tapi sayang amat kurang orang yang datang mengerjakan solat di situ.
Masjid Besar Tianjin
Kami solat jamak dan menunggu solat maghrib.
Muezzin dan Imam di pintu masuk masjid sedang bersiap sedia untuk melaungkan azan maghrib
Tidak lama kemudian, imam dan muezzin datang lalu melaungkan azan di muka pintu
masjid. Saya pun masuk ke ruang solat wanita dan menanti solat maghrib secara
berjemaah.
Tetapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada kedengaraan suara
imam atau iqamat. Saya pun solat sendirian.
Apabila selesai solat saya dan Syafiqa
memanggil Asrul yang sedang berbual-bual dengan 3 orang jemaah lelaki di ruang
solat lelaki. Rupa-rupanya dia juga menunggu solat berjemaah tetapi kemudiannya dia
mendapat tahu bahawa solat maghrib sudah selesai. Tiada solat jemaah. Imam dan muezzin solat sendirian. Begitulah
cara orang di sini solat. Bagi kita dua orang sudah boleh untuk solat jemaah
tapi tidak bagi mereka.
Gerbang Masjid Besar Tianjin
Wudadao (The Fifth Avenues)
Setelah
menunaikan solat, kami bertiga ke sebuah kawasan bandar yang mempunyai ciri-ciri Itali dan
Eropah. Ini disebabkan Tianjin dahulu pernah dijajah barat pada sekitar tahun 1800. Tempat ini dikenali sebagai Wudadao atau Fifth Avenues.
Ia terletak di Bandar Tianjin di bahagian selatan. Ia berkeluasan kira-kira 1,000,000 meter persegi. Di sini kita boleh lihat
bangunan British, Peranchis, Itali, Jerman dan Sepanyol yang dibina pada 1920an dan 1930an. Stail senibina yang berwarna-warni dari gaya Renaissance, Greek, Gothic dan Carson menarik minat kami untuk melihat dengan lebih dekat. Terdapat juga vila-vila yang bercitarasa kolonial. Berjalan-jalan di sini seolah-olah melihat kilasan benua Eropah.
Sebuah bangunan yang terdapat di Wudadao
Malam di Tianjin
Pemandangan cantik ini terdapat tidak berjauhan dari stesen keretapi bawah tanah Tianjin
Pada waktu
malam kami dapat melihat persekitaran bandar Tianjin yang modern dan
pemandangan malam yang cantik.
Lampu dipasang pada bangunan di pinggir sungai di Tianjin
Pada malam
itu juga saya pulang menaiki bullet train ke Beijing. Tiket saya beli dengan
mudah dan diperolehi sepuluh minit sebelum bertolak.
Salam Mie, Sehari sudah cukup untuk mengenali Tianjin dengan sepintas lalu, tetapi kalau ingin melawat tempat-tempat lain di sini ada banyak tarikan lain yang dibuat secara moden dengan bauran sejarah purba. Di sini juga ada tembok besar yang fungsinya sama dengan Tembok Besar di Beijing.
Kawan-kawan yang boleh berbahasa China juga memudahkan kita untuk menuju destiniasi yang kita ingini di China.
Tentu Mie seronok menaiki bullet train di Jepun, tambahan pula Mie boleh berbahasa Jepun.
Salam Janggel/Rain, Pertama kali naik bullet train memang best...belum panas tempat duduk dah sampai.
Mee fresh dari dapur memang terbaik! Lam mien dibuat selepas kita pesan. Siap dalam masa 10 minit! Rasanya sedap. Lembut dan perut tidak rasa berangin. Tidak seperti mie kita di Malaysia yang dicampur air abu yang membuatkan perut kita berangin.
Kota Tianjin cantik dan nampak berlainan dari Beijing.
Salam Yong..nekcik ingatkan mee tu cuma untuk pertunjukkan je..rupanya mmg kna buat camtu ye!!! kalaulah ada rezeki nekcik ke Beijing..nnti nak cuba rasa..insya Allah
Salam Nekcik, Mee tarik ini memang dibuat begitu. Macam magic, diuli-uli, dipusing-pusing, ditarik-tarik, lepas tu jadi tali panjang-panjang! Magic! Orang membuatnyanya memang mahir. Selalunya lelaki. Tak pernah lagi saya tengok perempuan membuatnya. Rasa mee ni memang sedap. Don't miss this!
Waalaikumusalam Sayangku Raihana, Terima kasih singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan. Naik bullet train tak muntah sebab ia amat selesa dan tak rasa sebarang gegaran. Keretapi juga bergerak lurus dan tidak ada belok-belok. Tidak terasa jaraknya jauh kerana ia sampai dalam masa 30 minit, tak sempat panas tempat duduk pun :)
Salam perkenalan Muhammad Has1deen. Terima kasih kerana sudi baca dan meninggalkan ulasan di sini. Saya harap entri saya di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan Muhammad Has1deen nanti. Has1deen nak travel sorang ke?
susah la kalo cakap depan stasion keretapi..sy sesat ky stesen tuh turun naik taktau mana depan mane belakang..mane atas mane bawah.besar ya amat..pastu umat manusia bersepah..pening..
kenapela tak kuar entry sblom sy g beijing dulu tuh..bnyak tmpat best nmpaknye kt tianjin..
Dr shah_rule, Memang stesen keretapi di sini besar-besar belaka. Mega! Gigantic. Lebih-lebih lagi Beijing West Railway Sation, setiap kali pergi saya selalu tak jumpa pintu masuk. Yang di Tianjin tu kebetulan je, sebaik-baik saja kami turun di stesen Tianjin, terus kami jumpa pintu keluar, lepas tu terus nampak kedai makan halal. Alhamdulillah. :)
Entry ini baru keluar je, sebab sayapun baru pergi ke Tianjin. Dr Shah_rule pergi lebih dahulu dari saya :). Saya baca blog Dr ke Tianjin dulu sebelum saya ke Tianjin :)
hahahahaha...saya pun hadapi masalah sama dgn shah-rule,kat tianjin tatau mana dpn mana blkg stesen ketapi tu...time sampai arah lain...bila balik mcm arah lain...dah la spatah haram tatau speking chinese.....nak amek teksi ke epot puas kena buat bahasa isyarat nak ke airport.....huhuhuhu....nasib baik tak terlepoas flight
Fauzi, Masalah Fauzi pun sama juga dengan masalah yang saya alami di China ini. Dahlah stesen dia besar-besar, signboard tulis China belaka..nak speaking (English) takut mereka tak faham...biasalah tu. Tapi kalau peramah sikit, biasanya ada je yang nak menolong. :)
saya ahad ni 22 dec ni akan bercuti di beijing bersama family smpi 27 dec , tapi skrg saya tgk di weather beijing belum turun snow tapi di tianjin dah turun dari semalam , harapan kami tulah teringin sngt2 nak pgg real snow tu yg nk singgah di tianjin kejap memandangkan beijing - tianjin 30 minit je hehe , kami tggl di Beijing Longdinghua Hotel tgk map mcm tak jauh sngt dgn station , agak2 mudah tak beli tiket bullet train di beijing south railway station ? ingt hari kedua tu pagi2 lps subuh gerak kt railway station sbb start tengah hari tu dah ada aktiviti dgn tour guide di beijing jadi tak boleh lama2 di tianjin , dtg tianjin ambil gmbr dgn snow jalan2 di kompleks yg Prof nyatakan tu boleh makan me tarik skali hihi , lps tu rus balik ke beijing , tulah sya cuma risau takut sesak dlm station keteapi tu , teksi di beijing murah tak Prof ? Ingt dri hotel nk trus dia hntr ke stesen kereta api
Amat mudah beli tiket Bullet Train dari Beijing South Station ke Tianjin. Sebabnya ia ada banyak trip, sejam sekali (kalau tak silap saya). Cuma penjual tiket di kaunter tak tahu cakap English. Tapi tak apa..tuliskan perkataan Tianjin dalam tulisan China, dan waktu nak pergi. Nanti boleh tengok pada skrin komputer penjual itu di kaunter. Bila sampai di Tianjin, keluar je pintu station boleh nampak kompleks perniagaan, dalam kompleks itu ada kedai-kedai, kedai halal lammien itu ada di sebelah kanan. Bolehlah try. Best! Lepas tu kalau ada snow, bolehlah main, tangkap-tangkap gambar. Nak balik Beijing semula pun boleh lepas tu.
Teksi tak mahal. Lebih kurang harga teksi di Malaysia je. Guna meter. Cuma pemandu teksi tak tahu cakap English. Jadi kena tulis siap-siap alamat dalam tulisan China. Beijing South Station disebut "Beijing Nan Zhan". Tapi intonasi kena betul, ikut telor Mandrin Beijing tau!
Fuad, Tadi saya tersilap, saya kata keretapi (bullet train) ke Tianjin ada sejam sekali, tetapi sebenarnya lebih kerap daripada itu, iaitu ada yang setiap 15 minit, ada yang setiap 10 minit sekali, malahan 5 minit pun ada. Ini Tianjin dalam tulisan China 天津; Ini Beijing South Station dalam tulisan China 北京南站; ( Běijīngnán Zhàn) Tunjukkan passport semasa beli tiket. Untuk tiket keretapi kena sebut: chē piào.
Dah tangkap gambar nanti hantarlah pada saya ya :)
Kembara cuma sehari... Memang kalau ada yang memandu kita, cepat je boleh cover sesuatu tempat.
BalasPadamBullet train... pernah naik dari Tokyo ke Kyoto, memang laju dan selesa...
Salam Mie,
PadamSehari sudah cukup untuk mengenali Tianjin dengan sepintas lalu, tetapi kalau ingin melawat tempat-tempat lain di sini ada banyak tarikan lain yang dibuat secara moden dengan bauran sejarah purba. Di sini juga ada tembok besar yang fungsinya sama dengan Tembok Besar di Beijing.
Kawan-kawan yang boleh berbahasa China juga memudahkan kita untuk menuju destiniasi yang kita ingini di China.
Tentu Mie seronok menaiki bullet train di Jepun, tambahan pula Mie boleh berbahasa Jepun.
Salam Yong
BalasPadamKalau Yong ambik video cara buat mee tu lagi best...hehe...
Bullet train tu....ish...bile ler keme nak naik ni...
Salam Yong ASP,
PadamTeman tak ambil video cara buat mee tu, sebab teman malas nak edit he he he.
Kalau Yong ASP minat nak belajar buat mie ni, boleh datang belajar di Beijing. Ada kelas belajar buat mee ni.
Teman harap Yong boleh naik bullet train suatu hari nanti.
Wah bestnya dapat naik bullet train!
BalasPadamLepas tu makan mee yang fresh dr dapur!
Unik sungguh pengalaman akak.
Kota tianjin ni mmg sangat cantik dan unik!
Salam Janggel/Rain,
PadamPertama kali naik bullet train memang best...belum panas tempat duduk dah sampai.
Mee fresh dari dapur memang terbaik! Lam mien dibuat selepas kita pesan. Siap dalam masa 10 minit! Rasanya sedap. Lembut dan perut tidak rasa berangin. Tidak seperti mie kita di Malaysia yang dicampur air abu yang membuatkan perut kita berangin.
Kota Tianjin cantik dan nampak berlainan dari Beijing.
Salam Yong..nekcik ingatkan mee tu cuma untuk pertunjukkan je..rupanya mmg kna buat camtu ye!!! kalaulah ada rezeki nekcik ke Beijing..nnti nak cuba rasa..insya Allah
BalasPadamMenarik sungguh sungguh pengalaman ini.
BalasPadamSalam Kak Mah,
PadamSaya baru perasan ulasan Kak Mahh selama ini duduk dalam Spam. Tapi saya dah masukkan ke sini.
Kak Mahh rasa pengalaman ke Tianjin ini menarik? Sebenarnya banyak perkara baru yang saya belajar apabila ke Tianjin ni.
Salam Nekcik,
BalasPadamMee tarik ini memang dibuat begitu. Macam magic, diuli-uli, dipusing-pusing, ditarik-tarik, lepas tu jadi tali panjang-panjang! Magic! Orang membuatnyanya memang mahir. Selalunya lelaki. Tak pernah lagi saya tengok perempuan membuatnya. Rasa mee ni memang sedap. Don't miss this!
salamualaik, first time singgah nih.
BalasPadambesnya p china..naik bullet tren tu tak muntah ker??he3
salam ukhuwah dr ambo..=)
Waalaikumusalam Sayangku Raihana,
PadamTerima kasih singgah di blog ini dan meninggalkan ulasan.
Naik bullet train tak muntah sebab ia amat selesa dan tak rasa sebarang gegaran. Keretapi juga bergerak lurus dan tidak ada belok-belok. Tidak terasa jaraknya jauh kerana ia sampai dalam masa 30 minit, tak sempat panas tempat duduk pun :)
Salam ukhuwah juga.
Salam..bila baca trip tips ke Cina ni...teringin pulak nak ke sana for next plan...anyway..salam perkenalan...
BalasPadamSalam perkenalan Muhammad Has1deen. Terima kasih kerana sudi baca dan meninggalkan ulasan di sini. Saya harap entri saya di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan Muhammad Has1deen nanti. Has1deen nak travel sorang ke?
PadamJanganlah serik melawat blog ini, ya.
best best best giler blog ni.....berjya buat saya jeles gn tt blog ni
BalasPadamFauzi,
PadamTerima kasih kerana sudi singgah, baca dan meninggalkan ulasan di sini :). Jeles yang baik tak apa, kan?
susah la kalo cakap depan stasion keretapi..sy sesat ky stesen tuh turun naik taktau mana depan mane belakang..mane atas mane bawah.besar ya amat..pastu umat manusia bersepah..pening..
BalasPadamkenapela tak kuar entry sblom sy g beijing dulu tuh..bnyak tmpat best nmpaknye kt tianjin..
Dr shah_rule,
PadamMemang stesen keretapi di sini besar-besar belaka. Mega! Gigantic. Lebih-lebih lagi Beijing West Railway Sation, setiap kali pergi saya selalu tak jumpa pintu masuk. Yang di Tianjin tu kebetulan je, sebaik-baik saja kami turun di stesen Tianjin, terus kami jumpa pintu keluar, lepas tu terus nampak kedai makan halal. Alhamdulillah. :)
Entry ini baru keluar je, sebab sayapun baru pergi ke Tianjin. Dr Shah_rule pergi lebih dahulu dari saya :). Saya baca blog Dr ke Tianjin dulu sebelum saya ke Tianjin :)
hahahahaha...saya pun hadapi masalah sama dgn shah-rule,kat tianjin tatau mana dpn mana blkg stesen ketapi tu...time sampai arah lain...bila balik mcm arah lain...dah la spatah haram tatau speking chinese.....nak amek teksi ke epot puas kena buat bahasa isyarat nak ke airport.....huhuhuhu....nasib baik tak terlepoas flight
BalasPadamFauzi,
PadamMasalah Fauzi pun sama juga dengan masalah yang saya alami di China ini. Dahlah stesen dia besar-besar, signboard tulis China belaka..nak speaking (English) takut mereka tak faham...biasalah tu. Tapi kalau peramah sikit, biasanya ada je yang nak menolong. :)
Salam Prof :) ,
BalasPadamsaya ahad ni 22 dec ni akan bercuti di beijing bersama family smpi 27 dec , tapi skrg saya tgk di weather beijing belum turun snow tapi di tianjin dah turun dari semalam , harapan kami tulah teringin sngt2 nak pgg real snow tu yg nk singgah di tianjin kejap memandangkan beijing - tianjin 30 minit je hehe , kami tggl di Beijing Longdinghua Hotel tgk map mcm tak jauh sngt dgn station , agak2 mudah tak beli tiket bullet train di beijing south railway station ? ingt hari kedua tu pagi2 lps subuh gerak kt railway station sbb start tengah hari tu dah ada aktiviti dgn tour guide di beijing jadi tak boleh lama2 di tianjin , dtg tianjin ambil gmbr dgn snow jalan2 di kompleks yg Prof nyatakan tu boleh makan me tarik skali hihi , lps tu rus balik ke beijing , tulah sya cuma risau takut sesak dlm station keteapi tu , teksi di beijing murah tak Prof ? Ingt dri hotel nk trus dia hntr ke stesen kereta api
Salam Fuad,
PadamBestnya pergi tengok snow di Tianjin.
Amat mudah beli tiket Bullet Train dari Beijing South Station ke Tianjin. Sebabnya ia ada banyak trip, sejam sekali (kalau tak silap saya). Cuma penjual tiket di kaunter tak tahu cakap English. Tapi tak apa..tuliskan perkataan Tianjin dalam tulisan China, dan waktu nak pergi. Nanti boleh tengok pada skrin komputer penjual itu di kaunter. Bila sampai di Tianjin, keluar je pintu station boleh nampak kompleks perniagaan, dalam kompleks itu ada kedai-kedai, kedai halal lammien itu ada di sebelah kanan. Bolehlah try. Best! Lepas tu kalau ada snow, bolehlah main, tangkap-tangkap gambar. Nak balik Beijing semula pun boleh lepas tu.
Teksi tak mahal. Lebih kurang harga teksi di Malaysia je. Guna meter. Cuma pemandu teksi tak tahu cakap English. Jadi kena tulis siap-siap alamat dalam tulisan China. Beijing South Station disebut "Beijing Nan Zhan". Tapi intonasi kena betul, ikut telor Mandrin Beijing tau!
Ya Allah , Terima Kasih bnyk2 Prof di atas info yg sngt bermakna barulah saya rasa yakin sikit nak pergi hihi :)
BalasPadamFuad,
PadamTadi saya tersilap, saya kata keretapi (bullet train) ke Tianjin ada sejam sekali, tetapi sebenarnya lebih kerap daripada itu, iaitu ada yang setiap 15 minit, ada yang setiap 10 minit sekali, malahan 5 minit pun ada.
Ini Tianjin dalam tulisan China 天津;
Ini Beijing South Station dalam tulisan China 北京南站; ( Běijīngnán Zhàn)
Tunjukkan passport semasa beli tiket. Untuk tiket keretapi kena sebut: chē piào.
Dah tangkap gambar nanti hantarlah pada saya ya :)
Alhamdulillah , In sya Allah Prof. Terima Kasih bnyk2 :)
Padamassalamualaikum.. saya akan ke tianjin ahad ni melalui beijing naik keretapi.. mujur terjumpa entri ni... terima kasih.. :)
BalasPadamWaalaikumusalam Amin. Nak ke Tianjin Ahad ni? Wow bestnya :D Mungkin Amin dapat pengalaman yang lebih menarik dari saya.
PadamIkutilah juga panduan menaiki keretapi Beijing yang saya tulis baru-baru ini.