T
erdapat pelbagai jenis kenderaan awam yang boleh dinaiki di Beijing seperti teksi, bas, keretapi, beng-beng dan basikal. Namun keretapi ialah pengangkutan yang paling cekap, pantas dan tepat di Beijing. Saya katakan begini kerana keretapi sentiasa beroperasi dan amat kerap. Sekiranya anda terlepas satu, dalam masa 2 minit keretapi berikutnya pun sampai. Ketepatan masa dan kekerapan perjalanan keretapi di Beijing membuatkan kita mudah mengagak masa perjalanan. Jadi sekiranya anda sudah membuat temujanji dengan seseorang di sesuatu tempat di Beijing, anda pasti tidak akan mengecewakan orang itu kerana anda boleh datang tepat waktunya.
Beribu-ribu orang menaiki keretapi di Beijing setiap hari dan keretapi sentiasa sesak terutama pada waktu kemuncak iaitu pada waktu orang keluar bekerja (7.00-9.00 pagi) dan balik kerja (6.00petang-8.00 malam). Anda perlu berasak-asak dengan orang ramai, berebut-rebut masuk, berebut-berebut mencari tempat duduk, bergayut di penyangkut tangan dan mungkin anda lemas dengan bau hapak manusia (terutama pada musim panas) atau dihimpit oleh badan-badan yang besar atau terpaksa memekakkan telinga kerana orang ramai bercakap-cakap.
Keretapi bawah tanah di Beijing sentiasa penuh dengan penumpang. Selalunya penumpang perlu berdiri. Ini ialah keretapi bawah tanah laluan 1 yang selalu sesak. |
Selalu juga pengemis-pengemis masuk gerabak dan menyua-nyua koleh untuk meminta habuan dari anda. Macam-macam ragam pengemis ini: ada yang menyanyi dengan pembesar suara yang kuat, ada yang menaiki kerusi roda, ada yang menjual brosur, ada yang menjual tisu, ada yang menjual peta keretapi bawah tanah ...
Pada waktu kemuncak apabila orang terlalu ramai dan gerabak tidak muat untuk mengisi penumpang, pekerja-pekerja beruniform yang mengawas penumpang-penumpang naik akan menolak-nolak dan menyumbat-nyumbat anda ramai-ramai sehingga gerabak sendat macam ikan sadin dalam tin! Ketika ini anda kena menahan nafas dan mengecilkan badan supaya anda dapat muat dalam tin sadin itu!
4 Jenis perkhidmatan keretapi di Beijing
Terdapat 4 jenis perkhidmatan keretapi di Beijing:
1) Keretapi bawah tanah (subway train)
1) Keretapi bawah tanah (subway train)
2) Keretapi ekspres (express train)
- Keretapi ini menghubungkan bandar-bandar di dalam Beijing.
3) Keretapi antara bandar-bandar utama di China (intercity train)
- Keretapi ini menghubungkan lapangan terbang Peking dan pusat bandar Beijing;
4) Keretapi antarabangsa
- Keretapi ini menyambungkan Beijing dengan bandar-bandar utama di China. Terdapat 3 jenis iaitu: 1) Keretapi Biasa, 2) Keretapi Berkelajuan Tinggi (High-Speed Train), 3 ) Keretapi Peluru (Bullet Train).
- Keretapi ini menyambungkan Beijing dengan negara-negara lain seperti Korea Utara (Pyongyang), Vietnam (Hanoi) dan Rusia (Moscow).
Di dalam entri ini saya akan memberi panduan kepada anda yang ingin menaiki keretapi bawah tanah (subway train). Panduan menaiki keretapi ekspres dan keretapi antara bandar-bandar utama di China (intercity train) akan saya berikan pada entri-entri akan datang. Manakala keretapi antarabangsa, tidak akan saya beri sebarang panduan kerana saya tidak pernah menggunakannya.
Bagaimanakah cara menaiki keretapi bawah tanah di Beijing?
1. Bawa peta keretapi bawah tanah Beijing (Beijing Subway Map)
Dapatkan jadual dan peta keretapi bawah tanah Beijing (Beijing Subway map). Anda boleh beli di kedai-kedai atau dapatkan melalui laman web. Bawalah bersama-sama anda yang berbahasa Inggeris (bagi anda yang tidak tahu bahasa China) kerana kalau anda tidak melakukannya, anda pasti kecewa apabila tiba di setesen subway anda dapati hampir kesemua arah ditulis di dalam bahasa China.
Bacalah peta ini dan kenalpasti stesen yang hendak dituju serta warna laluan dan nombornya. Kenalpasti juga sekiranya anda perlu menukar stesen. Kalau bertukar stesen bermakna anda perlu mengetahui nombor laluan dan warna laluan. Pertembungan warna laluan yang berbeza menunjukkan pertukaran laluan/keretapi perlu dilakukan.

Sentiasalah merujuk pada peta ini ketika menaiki keretapi di Beijing |
Bacalah peta ini dan kenalpasti stesen yang hendak dituju serta warna laluan dan nombornya. Kenalpasti juga sekiranya anda perlu menukar stesen. Kalau bertukar stesen bermakna anda perlu mengetahui nombor laluan dan warna laluan. Pertembungan warna laluan yang berbeza menunjukkan pertukaran laluan/keretapi perlu dilakukan.
2. Beli tiket
Belilah tiket samada di kaunter yang terdapat di stesen-stesen keretapi atau di mesin tiket. Harganya hanyalah 2 yuan (RM1). Bayaran ini adalah sama untuk semua destinasi di Beijing. Jauh atau dekat bayarannya ialah 2 yuan asalkan anda tidak keluar dari stesen. Tetapi sekiranya anda keluar dari stesen bawah tanah ini dan masuk semula, anda kena membeli tiket yang lain.

Bagi anda yang mahukan tiket itu dalam bentuk kad pintar (yang keras, dibuat daripada plastik), anda boleh membelinya di kaunter dalam jumlah yang tertentu misalnya 50 yuan. Kemudian anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Kredit akan ditolak dari kad pintar ini dan anda hanya menambah nilainya apabila kehabisan kredit. (Penambahan nilai ini boleh dibuat di kaunter tiket atau di mesin tiket). Dengan cara ini anda tidak membuang masa beratur membeli tiket setiap kali hendak naik keretapi. Kad begini sesuai bagi mereka yang ingin berada lama di Beijing.
Sekiranya anda tidak mahu ke kaunter membeli tiket (kerana penjual tiket rata-rata tidak tahu bahasa Inggeris), anda boleh menggunakan mesin tiket. Mesin tiket ini terdapat di kesemua stesen keretapi. Harga tiketnya juga sama iaitu 2 yuan (RM1).
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan ketika membeli tiket keretapi menggunakan mesin.
Cara-cara membeli tiket keretapi bawah tanah menggunakan mesin tiket
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan ketika membeli tiket keretapi menggunakan mesin.
Langkah 1: Pilih bahasa
Terdapat dua bahasa iaitu bahasa China dan Inggeris. Pilihlah bahasa yang anda kehendaki.
Langkan 2 : Pilih destinasi dan bilangan tiket
Pada paparan skrin terdapat nombor-nombor laluan, nama-nama bandar tujuan, bilangan tiket dan peta laluan. Pilihlah destinasi yang hendak anda tuju dan bilangan tiket yang hendak dibeli dengan menekan butang-butang pada skrin sesentuh (touch screen)
Terdapat dua bahasa iaitu bahasa China dan Inggeris. Pilihlah bahasa yang anda kehendaki.
Kelihatan anak-anak saya menggunakan mesin tiket automatik di stesen keretapi subway di Beijing |
Langkan 2 : Pilih destinasi dan bilangan tiket
Pada paparan skrin terdapat nombor-nombor laluan, nama-nama bandar tujuan, bilangan tiket dan peta laluan. Pilihlah destinasi yang hendak anda tuju dan bilangan tiket yang hendak dibeli dengan menekan butang-butang pada skrin sesentuh (touch screen)
Langkah 3: Masukkan duit
Setelah memilih destinasi anda dan bilangan tiket, paparan skrin akan menunjukkan harga tiket yang perlu dibayar.
Masukkan duit syiling atau kertas ke dalam slot bayaran. Mesin tiket hanya menerima 1 yuan (syiling), 5 yuan (kertas) , 10 yuan (kertas), 20 yuan (kertas) dan 50 yuan (kertas) sahaja.

Langkah 4: Buat keputusan/ketetapan (confirm)
Setelah memasukkan duit ke dalam slot, buatlah ketetapan dengan bayaran yang dibuat tadi dengan menekan butang "confirm". Sekiranya anda tidak buat ketetapan lagi, anda boleh tekan butang "cancel" untuk membatalkannya.

Paparan skrin menunjukkan mesin ini sedang mengeluarkan tiket dan meminta kita menanti. |
Langkah 5: Tunggulah tiket itu keluar
Setelah itu tunggulah tiket itu keluar dari lubangnya.
Tiket diambil melalui lubang di bahagian bawah mesin |
Langkah 6: Ambil tiket
Ambillah tiket yang keluar melalui lubang yang terdapat di bahagian bawah mesin.
Langkah 7: Pemeriksaan Keselamatan
Setelah mendapatkan tiket, sila masuk ke kawasan keretapi berlepas iaitu di bawah tanah dengan melalui pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu.
Imbas beg anda melalui mesin pengimbas. Barang-barang yang dilarang ialah senjata, benda-benda tajam dan bahan-bahan mudah terbakar. Dalam keadaan tertentu air minuman juga kadang-kadang dilarang.
Ambillah tiket yang keluar melalui lubang yang terdapat di bahagian bawah mesin.
Anda perlu melalui pemeriksaan keselamatan. Imbas barang-barang anda melalui mesin ini. |
Langkah 7: Pemeriksaan Keselamatan
Setelah mendapatkan tiket, sila masuk ke kawasan keretapi berlepas iaitu di bawah tanah dengan melalui pemeriksaan keselamatan terlebih dahulu.
Melepasi pemeriksaan keselamatan |
Imbas beg anda melalui mesin pengimbas. Barang-barang yang dilarang ialah senjata, benda-benda tajam dan bahan-bahan mudah terbakar. Dalam keadaan tertentu air minuman juga kadang-kadang dilarang.
Langkah 8: Imbas tiket pada pintu masuk
Imbas tiket anda atau jolokkan ke dalam lubang pada mesin di bahagian masuk untuk berlepas. Simpanlah tiket itu di dalam tangan anda sehingga anda keluar nanti.
Imbas tiket anda atau jolokkan ke dalam lubang pada mesin di bahagian masuk untuk berlepas. Simpanlah tiket itu di dalam tangan anda sehingga anda keluar nanti.
Pintu masuk ke setesen bawah tanah. Anda perlu masukkan tiket ke dalam lubang atau imbas tiket anda untuk melepasi pintu ini |
Melepasi pintu masuk dan menuju platform bawah tanah. |
Langkah 9: Masuk ke dalam kawasan keretapi berlepas
Masuklah ke dalam kawasan keretapi berlepas iaitu di bawah tanah. Sila lihat anak panah mengikut arah destinasi anda.
Langkah 10: Turun ke platform bawah tanah.
Turunlah ke platform bawah tanah dan beraturlah di belakang garisan kuning. Pastikan anda berdiri di belakang garisan kuning ini kerana keretapi bergerak terlalu laju dan imbasan angin keretapi yang lalu boleh membuat anda tumbang dan terjatuh ke atas landasan.
Langkah 11: Tunggu keretapi sampai
Tunggulah keretapi sampai. Keretapi biasanya sampai dalam masa 2 minit.
Langkah 12: Naik keretapi
Setelah keretapi sampai, naiklah. Ketika waktu kemuncak, palang-palang disusun supaya orang ramai beratur dengan cara sistematik. Masuklah ke dalam gerabak keretapi yang terbuka secara automatik sebaik-baik ia singgah. Keretapi akan singgah sebentar sahaja. Jadi anda kena cepat-cepat masuk. Pintu gerabak akan tutup secara automatik juga.
Amat susah untuk mendapat tempat duduk di dalam keretapi bawah tanah di Beijing kerana orang terlalu ramai. Jadi, selalunya anda terpaksa berdiri dan bergayut.
Dengarlah pengumuman yang keluar melalui pembesar suara dalam bahasa China dan diikuti dengan bahasa Inggeris yang mudah difahami. Pengumumannya memberitahu tentang nama stesen-stesen yang dilalui dan hentian yang berikutnya.
Masuklah ke dalam kawasan keretapi berlepas iaitu di bawah tanah. Sila lihat anak panah mengikut arah destinasi anda.
Penumpang menunggi keretapi bawah tanah di platform berlepas dan berdiri di belakang garisan kuning |
Langkah 10: Turun ke platform bawah tanah.
Turunlah ke platform bawah tanah dan beraturlah di belakang garisan kuning. Pastikan anda berdiri di belakang garisan kuning ini kerana keretapi bergerak terlalu laju dan imbasan angin keretapi yang lalu boleh membuat anda tumbang dan terjatuh ke atas landasan.
Keretapi bawah tanah kelihatan menghampiri platform penumpang menunggu |
Langkah 11: Tunggu keretapi sampai
Tunggulah keretapi sampai. Keretapi biasanya sampai dalam masa 2 minit.
Penumpang sedang menaiki keretapi. Palang-palang besi disusun untuk memudahkan penumpang beratur dan menaiki keretapi ketika waktu kemuncak. |
Setelah keretapi sampai, naiklah. Ketika waktu kemuncak, palang-palang disusun supaya orang ramai beratur dengan cara sistematik. Masuklah ke dalam gerabak keretapi yang terbuka secara automatik sebaik-baik ia singgah. Keretapi akan singgah sebentar sahaja. Jadi anda kena cepat-cepat masuk. Pintu gerabak akan tutup secara automatik juga.
Amat susah untuk mendapat tempat duduk di dalam keretapi bawah tanah di Beijing kerana orang terlalu ramai. Jadi, selalunya anda terpaksa berdiri dan bergayut.
Keadaan sesak dalam gerabak keretapi ini adalah perkara lumrah di Beijing. Penumpang biasanya berdiri. |
Dengarlah pengumuman yang keluar melalui pembesar suara dalam bahasa China dan diikuti dengan bahasa Inggeris yang mudah difahami. Pengumumannya memberitahu tentang nama stesen-stesen yang dilalui dan hentian yang berikutnya.
Amat mudah untuk mengetahui nama stesen sekarang dan stesen berikutnya melalui papan tanda yang terdapat pada tiang-tiang di setiap setesen subway. Papan tanda ini mudah dilihat dari dalam keretapi. |
Peta keretapi, iklan, tempat berpaut dan pembesar suara disediakan di dalam keretapi |
Anda hendaklah bersiap sedia ketika hendak turun di stesen berikutnya kerana penumpang biasanya ramai dan kalau anda duduk jauh dari pintu, anda mungkin terlepas stesen. Pintu juga ditutup dengan cepat kerana ia singgah sebentar sahaja.
Penumpang turun di stesen yang ditujunya dan menaiki tangga untuk keluar dari bawah tanah. |
Oleh kerana terdapat banyak pintu keluar, sila pastikan exit yang betul untuk ke destinasi yang seterusnya |
Langkah 13: Turun di stesen destinasi
Turunlah di stesen destinasi anda dan carilah pintu keluar. Exit A atau B atau C atau D. Maklumat tentang arah tuju, semuanya dinyatakan pada papan tanda di dinding stesen. Oleh kerana terdapat 4 exit, anda mesti pastikan exit yang betul supaya tidak sesat.
Langkah 14: Tukar stesen/laluan (sekiranya perlu)
Pastikan exit yang betul supaya tidak sesat |
Langkah 14: Tukar stesen/laluan (sekiranya perlu)
Sekiranya memerlukan penukaran laluan keretapi, carilah laluan penukaran (transfer line) tersebut dengan mengikut papan tanda dan anak panah.
Selalunya, penukaran laluan keretapi berada jauh sedikit daripada stesen yang anda turun tadi. Anda perlu berjalan kaki melalui lorong-lorong di dalam stesen. Turn-naik tangga. Keadaan berjalan kaki di dalam stesen adalah perkara biasa di Beijing. Orang di Beijing pula berjalan pantas-pantas. Bagi kita orang Malaysia yang tidak biasa berjalan kaki begini, tentu memenatkan.
Dalam entri akan datang saya akan beri panduan kepada anda untuk menaiki keretapi ekspres yang menyambungkan lapangan terbang Peking ke pusat bandar di Beijing.
Sentiasalah merujuk pada panduan laluan, tempat penukaran dan nama-nama stesen sebegini yang terdapat di stesen-stesen bawah tanah |
Selalunya, penukaran laluan keretapi berada jauh sedikit daripada stesen yang anda turun tadi. Anda perlu berjalan kaki melalui lorong-lorong di dalam stesen. Turn-naik tangga. Keadaan berjalan kaki di dalam stesen adalah perkara biasa di Beijing. Orang di Beijing pula berjalan pantas-pantas. Bagi kita orang Malaysia yang tidak biasa berjalan kaki begini, tentu memenatkan.
Dalam entri akan datang saya akan beri panduan kepada anda untuk menaiki keretapi ekspres yang menyambungkan lapangan terbang Peking ke pusat bandar di Beijing.
...bersambung
orang pertama
BalasPadamTerima kasih Muhammad Khairuddin Lim sebab jadi komentator rajin dan yang pertama di sini :)
PadamSaya rasa suasana keretapi di Jepun dan Korea jauh lebih baik berbanding dengan China.
BalasPadamYa, sudah tentu sebab di China penduduknya terlalu ramai. Tetapi kalau menaiki High-Speed Train saya rasa di China lebih baik.
PadamSistemnya lebih kurang sama seperti di Shanghai. Mesin tiketnya juga agak senang digunakan. Tapi di Hangzhou mesinnya lain sungguh. Terpaksa minta penduduk tempatan tunjukkan caranya. Lagipun masa tu baru satu laluan yang dibuka...
BalasPadamYa, sistemnya memang sama dengan Shanghai. Mudah untuk digunakan.
PadamSaya belum pernah ke Hangzhou, jadi tak dapat nak beri komen.
Kalau seminggu di sana, sesuai tak kalau kita guna smart card tu...
BalasPadamKalau seminggu, saya rasa tak perlu guna smart card sebab tambang keretapi dan basnya amat murah. Melainkan Mie boleh habiskan semua kredit dalam kad itu semasa hari terakhir di Beijing.
PadamSemasa saya tinggal di Beijing dulu, pada hari terakhir, baki dalam kad itu tak dapat saya habiskan, jadi saya dermakan kad itu pada kawan China saya.
terbaik. amat details.
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih Azam.
Padam