Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Jumaat, 9 November 2012

Backpack ke Mongolia Dalam (7): Jumaat di Hohhot Yang Penuh Rahmat

H ari ini hari terakhir kami berada di Hohhot Mongolia Dalam. Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Banyak rahmat terkandung di hari ini. Banyak juga kejutan yang berlaku pada kami tanpa disangka-sangka pada hari ini.

Dalam entri ini saya ingin ceritakan bagaimanakah rahmat itu saya rasai di Hohhot, Kota Islam Monglia Dalam. Kota yang berada di sebuah negeri autonomi China yang dahulunya terlalu asing bagi saya. Tapi kini tidak lagi.

Nadiya, Yusuf, adalah manusia berhati emas yang saya temui di sini.  Hari terakhir ini saya dan rakan-rakan backpackers pastinya ingin bertemu dengan insan-insan mulia ini.

Sebelum kami meninggalkan bumi Hohhot ini pada pukul 9:22 malam, kami sudah buat temu janji dengan Nadiya pada pukul 6.00 petang itu. Yusuf tauke restoren yang menjamu kami makan tengahari tempoh hari tidak dapat berjumpa kami pada hari itu kerana dia ada urusan.


Kompleks membeli-belah di kota Hohhot yang bercirikan senibina Islam



Subuh-subuh sapie lagi saya, Syafiqa dan Najibah bersiap-siap untuk solat subuh secara berjemaah di Masjid Besar (Qinzhengdasi) Hohhot. Saya merasa sangat kesal kerana saya tidak membawa sebarang pakaian yang sesuai untuk ke masjid. Baju kurung pun tiada. Jubah pun tiada. Aaah kesal.

Baju kurung yang saya pinjam daripada Najibah untuk majlis makan malam di rumah Duta di Beijing tempoh hari saya bawa ke Hohhot lalu saya pulangkan cepat-cepat pada Najibah. Inilah hikmah yang Najibah perolehi kerana memberi saya pinjam baju kurungnya itu. Najibah dapat pakai baju kurung itu untuk ke masjid di Hohhot pada hari Jumaat yang mulia itu. Gembira saya melihat Najibah memakai baju kurung ke Masjid Besar Hohhot. 



Solat Subuh Berjemaah di Masjid Besar (Qinzhengdasi) Hohhot

Waktu solat subuh ialah pukul 4.00 pagi, tetapi di Masjid Besar Hohhot mereka solat subuh secara berjemaah pada pukul 6.00 pagi. Jangan ditanya mengapa? Sebabnya saya tak tahu? Saya, Syafiqa dan Najibah ke Masjid Besar yang letaknya di seberang jalan sahaja dari hotel kami. Tak jauh.

Semasa kami ke masjid itu, dewan solat wanita itu masih tutup. Remaja perempuan tahfiz yang tinggal di asrama di situ tak bangun-bangun lagi. Syafiqa mengetuk pintu asrama mereka. Syafiqa tahu cakap Cina. Dialah yang tanya dan minta dibukakan pintu musalla itu. Rupa-rupanya mereka semua tertidur. Barangkali malam semalam mereka menghafal quran atau qiamulail. 

Setelah iqamat barulah pintu dewan solat itu dibuka oleh seorang remaja perempuan yang bergegas menaiki tangga lalu membukanya dengan mata masih sembab dan terkebil-kebil. Alhamdulillah sempat juga kami ikut imam dalam rakaat pertama.

Selepas solat subuh remaja tahfiz perempuan di sini mentelaah


Remaja tahfiz perempuan yang mengemas bilik kuliah

Setelah selesai solat subuh kami pergi ke asrama dan bilik kuliah tahfiz perempuan itu. Kami melihat mereka membaca hadis, quran, mengemas dan mentelaah.

Pelajar tahfiz lelaki bermain badminton di hadapan masjid sebelum kuliah bermula

Setelah selesai di masjid kami pulang ke hotel. Pagi itu kami masak di hotel menggunakan rice cooker dengan bahan-bahan yang kami bawa sendiri dari Beijing. Sengaja nak habiskan bahan-bahaan yang kami bawa. Najibah tanak nasi. Syafiqa masak sambal tumis frankfurther. Saya tukang belasah semua tu sebab saya mem he.. he.. he..

Pagi yang amat mencemburui kami itu terpaksa kami bahagi-bahagikan. Melawat tempat-tempat yang belum dilawati dan membeli-belah souvenir.

Kami menawar dan membeli cenderamata hasil kraftangan Mongolia Dalam seperti tabung air, kotak menyimpan barangan kemas, rantai kunci dan tempat letak pen. Kedai ini dimiliki oleh orang Islam.

Kami membeli gula-gula dan coklat yang berasaskan susu. Terdapat logo halal pada bungkusannya

Pemilik restoren (wanita bertudung) ini sedang mencucuk satay


Satay kambing halal ini dicucuk dengan besi


Solat Jumaat dan Solat Jenazah di Masjid Besar (Qinzhengdasi) Hohhot

Ramai sungguh orang datang ke Masjid Besar Hohot itu untuk solat Jumaat. Kutbah disampaikan oleh khatib dalam bahasa mereka. Saya tak tahu apa isi kandungannya. Tidak mengapa. Yang penting saya berada di majlis agama dan majlis ilmu. Malaikat turut hadir di majlis begini.

Kami turut serta solat Jumaat. Kami dapati bahawa bacaan imam di sini sangat bagus. Amat lunak. Boleh menitiskan airmata mendengarnya.

Selesai solat Jumaat, saya keluar dan turun dari musalla. Saya lihat ramai orang solat di luar kawasan masjid. Melimpah di halaman. Ada permaidani di hamparkan di halaman masjid. Beberapa orang masih solat dan menunggu di situ. Tidak disangka-sangka, tidak berapa lama kemudian saya lihat jenazah diusung ke halaman masjid. Innalillahi wainna ila hirojiuun.


Jenazah diusung masuk ke kawasan Masjid QinzhengdasiAdd caption


Jenazah diletakkan di hadapan masjid


Kemudian kami berpeluang menyaksikan cara solat jenazah dilakukan di sini. Ramainya orang datang menyembahyangkan jenazah itu. Mulianya arwah itu. Barangkali mati dalam husnul khatimah. Mati pada hari Jumaat pula tu!

Orang ramai membetulkan saf untuk solat jenazahAdd caption
Orang Islam Hohhot sedang solat jenazah di hadapan masjid



Solat jenazah adalah fardu kifayah



Selepas solat jenazah selesai Al-Quran diedarkan kepada kaum lelaki di barisan depan...

...Al-Quran ini dipegang dan diangkat

...lalu dicium

Jenazah diusung keluar kawasan masjid dan dibawa ke kawasan perkuburan
Jemaah meninggalkan masjid
Bas yang membawa jemaah ke tanah perkuburan


Selesai solat jenazah semua orang meninggalkan masjid. Ada sebuah bas menunggu di hadapan masjid. Mereka mengajak kami ikut serta ke tanah perkuburan menaiki bas itu. Tetapi setelah disoal siasat, perjalanan ke situ memakan masa 4 jam pergi dan 4 jam balik. Jadi  kami tak jadi pergi sebab tak sempat. Kami nak balik ke Beijing malam itu.


Pertemuan Yang Tidak Diduga

 
Suasana selepas solat Jumaat di luar kawasan Masjid Besar (Qinzhengdasi)

Orang Islam berjalan-jalan di luar kawasan Masjid Besar

Selepas itu kami duduk lepak-lepak depan masjid. Saya duduk di atas sebuah tembok. Kawan-kawan backpacking saya yang empat orang itu bersembang-sembang di bawah pokok depan saya. Sedang saya duduk, tiba-tiba tiga orang lelaki mara ke arah saya. Mereka kelihatan sangat gembira melihat saya. Mereka senyum lebar dan mata mereka terbuka dengan luasnya. 

"Eh macam kenal je. Tapi siapa ek?" bisik hati saya.

Lelaki bertiga itu terus datang ke arah saya lalu bersorak dan bertepuk tangan apabila bertemu dengan saya. (Seriously! Mereka tepuk tangan!)

Gembira sangat-sangat kami bertemu secara tidak diduga itu. Sorakan mereka menarik perhatian orang lain dan sudah tentu Asrul, Adi Putra, Syafiqa dan Najibah pun berhenti bersembang dan mara ke arah saya untuk mengetahui apa yang riuh rendah sangat tu?

Mereka ialah Trio-bro yang kami jumpa di stesen Beijing Barat semasa kami menunggu keretapi tempoh hari! Ingat tak pada lelaki bertiga ini? Kalau lupa sila klik di sini.


Tengok ni, saya dah hantar SMS pada abang masa sampai hari tu," kata Asrul. "Ya ke? Tak dapat pun", kata trio-bro



"Kenapa tak telefon saya? Bukankah saya suruh telefon kalau sudah sampai Hohhot? Bolehlah kami bawa jalan-jalan," rungut mereka sebaik-baik melihat Asrul.

"Dah hantar sms pada abang masa sampai hari tu. Tapi abang tak balas," pertahan Asrul.

"Ye ke? Tak masuk pun sms tu!" pertahan trio-bro itu pulak.

Lalu Asrul mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan bukti. Jadi perdebatan kecil pun berlaku. Kesal sangat mereka sebab tak dapat jumpa kami lebih awal. Dah hari terakhir baru jumpa.
 
Tiga abang berkopiah putih ini membawa kami ke markas mereka


Mereka lalu membawa kami ke markas mereka. Apakah yang ada di markas mereka?


"Hah, tu dia apartment kami. Kalau kamu call abang hari itu, tak payah sewa hotel. Duduk di sini saja," kata trio-bro

Apartment yang digunakan sebagai rumah orang tua-tua Islam Hohhot di kawasan Masjid Kecil, Jalan Timur
Masjid Kecil, Jalan Timur, Hohhot


Trio-bro itu membawa kami ke Masjid Kecil di Jalan Timur Hohhot. Di sana kami disambut dengan begitu mesra dan meriah. Kami dijamu dengan pelbagai kuih-muih dan minuman. Alangkah gembiranya kami dengan sambutan dan layanan mereka. Beberapa kakitangan masjid itu datang berbual-bual dengan kami.


Kakitangan Masjid Kecil sibuk menyediakan minum petang di dewan makan/dapur masjid untuk kami


Minuman petang dan kuih-muih Hohhot yang disajikan untuk kami


Makcik ini menitiskan airmata melihat kehadiran kami



Ada seorang warga emas yang terharu dan menitiskan airmata apabila saya memeluknya. Saya pun turut menitiskan airmata.

Terdapat banyak buku-buku agama terdapat di situ. Mereka mempersilakan kami mengambil buku-buku itu sebanyak mana yang kami mahu. Kamipun pilih dan ambil.

Setelah minum dan makan-makan kamipun meminta izin daripada trio-bro itu untuk berjalan-jalan melihat masjid lain di Hohhot itu. Kami juga sudah berjanji untuk berjumpa dengan Nadiya sebelum kami pulang ke Beijing. Mereka menahan kami supaya jangan pulang ke Beijing. Mereka minta kami menginap sahaja di aparment di masjid itu. Ini disebabkan mereka mempunyai apartment yang disediakan untuk golongan emas Islam. Tetapi apakan daya kami, kami sudah beli tiket keretapi untuk pulang ke Beijing.

Mereka amat mengharapkan supaya kami datang lagi dan kalau datang lagi mereka minta jangan sewa hotel tetapi tinggal sahaja di apartment mereka. Mereka kemudiannya meminta kami makan malam di situ selepas bertemu Nadiya. Sungguh mulia hati mereka! Kami rasa amat dihargai.

Pakcik ini memotong daging untuk makan malam kami


Mereka lalu meminta seorang lelaki remaja bernama Yusuf untuk membawa kami jalan-jalan dan melihat sebuah lagi masjid yang terdapat berdekatan. Yusuf pernah belajar bahasa Arab di Syria. Yusuf boleh berbahasa Arab sedikit-sedikit dan fasih berbahasa Inggeris.

Sebuah lagi masjid yang terdapat di kota Hohhot

Yusuf yang di belakang sekali (t-shirt hitam, seluar merah) membawa kami jalan-jalan melihat masjid lain dan mengangkat beg-beg kami. Nadiya (serba hitam, depan, paling kanan) turut serta bertemu kami sebelum kami berangkat ke Beijing.

Setelah berjalan-jalan itu kamipun bertemu dengan Nadiya lalu memberi beliau serta bapa saudaranya Yusuf (tauke restoren) sedikit ole-ole.

Kenangan bersama kakitangan Masjid Kecil, Jalan Timur, Hohhot


Setelah itu kami kembali semula ke Masjid Kecil di Jalan Timur. Ketika itu makanan malam sudah dimasak untuk kami. Nasi, ayam, daging dan sayur-sayuran dihidangkan kepada kami di dapur/dewan makan masjid.  Kami makan dengan berselera.

Remaja perempuan Hohhot yang hadir di Masjid Kecil begitu gembira menemui kami


Setelah itu kami ke dewan solat untuk solat maghrib berjemaah dan menjamakkan solat isya. Selepas solat maghrib ramai gadis-gadis remaja di situ mengerumuni kami, meminta nombor telefon dan emel. Ramai yang memeluk kami dan sangat gembira dengan kehadiran kami di situ. Mereka mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi solat di situ.

Gadis-gadis yang tidak dapat masuk ke dalam masjid kerana datang bulan menunggu kami di luar pintu. Sebaik-baik sahaja kami keluar dari dewan solat, mereka terus menerkam dan memeluk-cium kami. Terharu sungguh kami dengan sambutan mereka!


Gadis Hohhot yang hadir solat di Masjid Kecil mengucapkan terima kasih kerana kesudian kami solat di Masjid mereka.


Trio-bro itu meminta kami menunggu sehingga selesai solat isya, kerana imam masjid itu akan menghantar kami ke stesen keretapi Hohhot. Jadi kami tunggulah sehingga selesai wirid. Setelah selesai, ramailah kakitangan masjid itu menghantar kami ke kereta. Dua buah kereta menghantar kami ke stesen keretapi. Imam yang menghantar kami itu lulusan Universiti Al-Azhar! Patutlah bacaan imam di sini sangat bagus!


Hampir Ketinggalan Keretapi ke Beijing


Kami sudah agak terlambat ke stesen keretapi. Apabila sampai di stesen keretapi Hohhot, kami berempat berlari selaju-lajunya kerana takut ketinggalan ketetapi. Kami lari bagaikan masuk Amazing Race! Masa yang tinggal terlalu suntuk. Kalau kami tak sampai dalam masa 10 minit, sudah tentu kami akan ditinggalkan. Kami berlari dan berlari. Wah, dah berpuluh-puluh tahun tak lari laju macam ni! Sambil berlari itu kami membaca papantanda, membaca arahan, mencari platform, mencari keretapi, membaca nombor gerabak dan bertanya-tanya orang. Saat itu amat cemas sekali.

Sebaik-baik sahaja saya melihat nombor gerabak keretapi, saya terus masuk dan diikuti oleh rakan-rakan yang lain. Sejurus sahaja kami semua masuk ke perut gerabak dengan tercungap-cungap, keretapipun bergerak meninggalkan kota Hohhot. FUH! Nasib baik!

Kamipun mencari tempat duduk kami. Kami lihat orang lain sudah mengambil tempat duduk kami. Orang yang mengambil tempat duduk saya lalu bangun dan mempersilakan saya duduk. Tetapi ada lelaki China yang telah mengambil tempat Syafiqa dan Asrul. Mereka enggan bangun dan mempertahankan tempat itu. Agak lama juga Syafiqa dan Asrul meminta tempat duduk itu, tetapi lelaki itu masih enggan. Adi Putra lalu berkasar dengan mereka. Dengan berkasar, barulah mereka bangun. Adi Putra kata, "Kita orang Malaysia, lembut sangat. Dengan orang China kena KASAR!"

Keretapi itu terlalu sesak. Ramai penumpang yang berdiri dan duduk di lantai kerana tidak dapat tempat duduk. Di dalam keretapi itu sekali lagi kami menjadi perhatian penumpang lain. Penumpang-penumpang di situ ingin berbual-bual dengan saya. Tetapi saya cakap, "Wo puk che tau chung wen. English only!" Jadi mereka terpaksalah membuka kamus Inggeris untuk berbual dengan saya.

Tidak berapa lama kemudian Sichee, gadis Tianjin yang kami kenali semasa menaiki unta di Gurun Kubuqi tempoh hari datang mencari kami lalu duduk dan berbual-bual dengan kami.

Keretapi terus meninggalkan Mongolia Dalam menuju ke Beijing. Pengalaman indah kami di Mongolia Dalam tidak kami lupakan. Banyak rahmat yang kami temui di sini. Kemesraan umat Islamnya menambat hati-hati kami. Kerana kemesraan ini kami sanggup datang lagi. Kerana uhkuwah ini kami telah lupa mimpi ngeri tandas awam mereka! Ia telah terbang bagaikan debu. Tetapi memori indah tetap terpahat di hati-hati kami. Tersimpul mati di sanubari! Terima kasih insan-insan Mongolia Dalam yang berhati emas. Jazakallahukhair! Semoga Allah membalas kebaikanmu.\

Kota Hohhot yang bersenibina Islam


Dengan ini Backpack ke Monglia Dalam Naramas Aman bersama 4 backpackers melabuhkan tirainya. Semoga bertemu di entri akan datang di tempat lain pula. Tianjin menjadi sasaran kami seterusnya.

14 ulasan:

  1. Boleh pulak terjumpa semula trio-bro tu...he..he.. jumpa masa awal2, pas tu jumpa balik waktu nak balik...

    sampai 4 jam nak pergi tanah perkuburan? jaoh sungguh.. tp alhamdulillah, ramai jemaah masa solat kan..

    So, habis ah journey to inner mongol..where to after this...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Farikica,
      He he he jumpa pulak trio-bro tu balik. Memang tak sangka! Itulah yang dinamakan takdir. Semuanya disusun oleh Allah.

      Jauh rupanya tanah perkuburan tu, kalau dekat boleh juga kami pergi. Subhanallah ramai orang yang solat jenazah tu. Bagusnya orang Islam di sini.

      Habis dah di Inner Mongolia. Lepas ni ke Tianjin, Jinan dan Xinjiang.

      Padam
  2. seronok sy baca tp kdg2 rasa meremang bulu roma sbb baik sungguh ummah manusia kat sana ye. alhamdulillah... suka tgk muka dorang sbb pure sgt mcm hati budi dorang jugak. insyaALLAH, satu hari akan smpai jugak. amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. @John,
      Saya pun puji sikap mereka yang meraikan tetamu, mengamalkan Islam dengan baik walaupun tinggal di negara yang diperintahi oleh bukan Islam.

      Saya doakan John dapat sampai ke sini dan mendapat pengalaman yang lebih baik daripada saya.

      Padam
  3. Wah banyaknya masjid kat sana. Syukurlah Islam tetap segar di daerah yang begitu terasing.

    Nak mengulang ke Inner Mongolia? boleh ikut tu... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Mie,
      Banyak masjid di Inner Mongolia ini. Di kota Hohhot ini sahaja ada 11 buah. Jaraknya juga dekat dekat.

      Semoga Islam tetap segar dan berkekalan di sini.

      Kalau ada kesempatan, kalau dizinkan Allah, ingin juga datang lagi ke sini...nak ikut? InsyaAllah.

      Padam
  4. Kak, Seronok kan kalau dapat bergaul dengan masyarakat setempat, lepastu makan. Bestnya. Teruskan becerita pasal monggolia ni eh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Janggel/Rain,
      Ya, seronok dapat dekat dengan masyarakat setempat,merasa masakan mereka, mengetahui kehidupan dan budaya mereka. Terasa begitu kukuh persaudaraan sesama Islam walaupun kita berlainan bangsa dan bahasa. Persaudaraan begini tidak terdapat dalam agama lain. Inilah yang menjadi kekuatan Islam dan menggerunkan orang kafir.

      Cerita tentang Mongolia Dalam ini berakhir di sini, sebab kami dah balik ke Beijing. InsyaAllah dalam entri lain saya akan ceritakan kisah kembara di tempat lain pula. Janganlah lupa baca ya :)

      Padam
  5. Akak seriusly saya masih terkesima sebab orang2 Islam kat Mongolia baik sangat sesama Islam yg lain, walaupun tak sama bangsa, diorg layan baik punya..kt Malaysia pun susah nk cari mcam tu, kalau ada pun mungkin segelintir.. hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam BlueEwoke,
      Kebaikan dan sambutan orang Islam Hohhot memang membuat kita terharu. Ini menunjukkan yang mereka itu mengamalkan Islam dengan baik. Kita patut ikut contoh mereka, kan?

      Melayan tetamu dan menolong musafir adalah sunnah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

      Padam
  6. rindu maggi halal China yg dlm mangkuk tu!:)
    memang meriah masjid di Hothot ni, suka tengok jemaah yg memenuhkan ruang sampai keluar. dekat masjid ni ada ruang solat perempuan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ilyani,
      Rindu maggi halal China dlm mangkuk? Hmmm ramai yang kata sedap!

      MasyaAllah, orang Islam di Hohhot, solat sampai melimpah keluar masjid! Seronok tengok, kan?

      Ya, ada ruang solat wanita di masjid ini. Saya ada gambarnya di entri yang lepas, sila klik di sini: http://www.nota-kembara.blogspot.com/2012/10/backpack-ke-mongolia-dalam-jatuh-cinta.html

      Padam
  7. Ya Allah..terus sejuk bace entry ni tengok budak2 tahfiz,ramainye umat solat jenazah, terjumpa trio tu & keramahan umat Islam kat sini.Dari panas sebab bace entry sebelum ni pasal tandas kotor & org mongol yang tak peramah,terus cool balik.hihi..
    Memang betul,Islam itu indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. feeza fauzi,
      Budak-budak tahfiz tu comel-comel, baik-baik dan peramah. Mereka cakap China sahaja, jadi Syafiqa yang dapat ramai kawan sebab dia pandai cakap China. Saya tidak.

      Ramainya umat Islam solat jenazah menunjukkan betapa kukuhnya ajaran Islam di sini. Mereka memahami hak dan tanggungjawab yang patut diberikan sesama Islam.

      Sambutan orang Islam terhadap kita orang Malaysia amatlah baik. Ini membuatkan hati kami sangat kasihkan mereka. Walaupun berlainan bangsa dan bahasa, namun Islam telah mengikat hubungan ini. Orang Islam adalah ibarat satu badan, kalau satu bahagian itu sakit maka seluruh anggota badan itu merasakan sakit. Indahnya Islam.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...