Entri kali ini adalah sambungan
dari kisah Naramas Aman Backpack ke Mongolia Dalam (Inner Mongolia) bersama 4 orang backpackers remaja Adi Putra, Asrul, Syafiqa dan
Najibah. Kembara yang amat mengujakan. Super excited!
Pada entri yang lepas kami menaiki keretapi-sesak-penumpang kelas marhaen dari Beijing ke Hohhot, ibukota Mongolia Dalam dan akan sampai selepas matahari terbit.
Setelah melalui perjalanan menaiki keretapi-sesak-penumpang kelas marhaen itu selama 10 jam, kami pun sampai ke Hohhot pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos 2012. Ketika itu 7.10 pagi. Keretapi tepat sampai pada waktunya. Kami turun, menggalas dan mengheret beg.
"Tapi betulkah kita sudah berada di Hohhot?" Ragu-ragu melanda benak hati kami. "Laju je turun keretapi. Tak nampak pun tulisan Hohhot pada papantanda. Semua tulisan pelik je."
Saya dan Asrul gesa Adi Putra untuk periksa. Adi Putra segera bertanya pada seorang lelaki beruniform yang berdiri dekat keretapi yang sedang bergerak meninggalkan stesen itu. Cepat-cepat tanya, fasal kalau sudah tersalah stesen bolehlah kami terkam keretapi yang sedang bergerak itu. Pegawai beruniform itu kata kami sudah sampai di Hohhot. Huh lega! Setelah itu kamipun berjalan keluar stesen.

Kami sampai di Hohhot pada pukul 7 pagi |

|
Orang
terlalu ramai di stesen keretapi Hohhot.
Apabila kami sampai di luar stesen kami nampak sebuah restoren halal. Betul-betul di hadapan stesen keretapi Hohhot itu. Kami semua senyum lebar dan jakun apabila nampak restoren halal tu.
Apabila kami sampai di luar stesen kami nampak sebuah restoren halal. Betul-betul di hadapan stesen keretapi Hohhot itu. Kami semua senyum lebar dan jakun apabila nampak restoren halal tu.
Restoren halal ini terdapat betul-betul di hadapan stesen keretapi Hohhot |
Kemudian kamipun
melilau melihat kedai-kedai di hadapan stesen itu.
"Kita cari hotel dulu." kata Adi Putra.
Tiba-tiba kami dipancing oleh dua orang dari ejen pelancongan yang dah lama memerhati kami. Mereka pujuk kami ke Padang Rumput Xilamuren dan berkhemah ikut cara nomad Mongol. Adi Putralah yang berurusan dengan mereka sebab dia yang paling pandai sekali cakap China. Asrul pun turut sama. Najibah dan Syafiqa pergi kedai cari selipar. Saya tengok saja dari jauh dan ambil gambar.
Mereka memujuk beberapa kali untuk ambil pakej mereka. Saya dan Asrul ingatkan Adi Putra supaya berhati-hati takut kena sembelih hidup-hidup. Jangan termakan pujuk rayu mereka. Kami tidak berjanji apa-apa dengan agen itu, cuma kami minta tempoh untuk berbincang.
Kemudian kami pun pergi mencari hotel yang terdapat di sekitar stesen subway itu. 3 buah hotel kami pergi tanya dan tengok. Kadarnya antara 130-160 yuan (RM65-80) semalam. Tetapi kami akan buat keputusan petang nanti.
Kami kemudiannya pergi jalan-jalan di situ dan cari makan. Ada banyak restoren halal di situ. Peniaga-peniaga restoren itu keluar pintu bila nampak kami. Mereka senyum, memberi salam kepada kami dan menggamit-gamit kami supaya masuk ke kedai mereka. Kami pilih sebuah restoren.

Youth Hostel, universiti dan deretan kedai yang kami pergi tidak berjauhan dengan stesen keretapi Hohhot. |
Kami kemudiannya pergi jalan-jalan di situ dan cari makan. Ada banyak restoren halal di situ. Peniaga-peniaga restoren itu keluar pintu bila nampak kami. Mereka senyum, memberi salam kepada kami dan menggamit-gamit kami supaya masuk ke kedai mereka. Kami pilih sebuah restoren.
Kami brunch di sebuah restoren halal berdekatan dengan Inner Mongolia Normal University |
Setelah
makan kami pun menaiki bas ke pusat bandar Hohhot. Kami hendak mencari Monastery
Dazhao dan Masjid Besar atau dikenali di sini sebagai Qinzhengdasi. Kami tengok peta. Tengok papan tanda. Tanya orang. Naik bas. Turun bas. Naik. Turun. Sudah dua tiga buah
bas kami naik turun, tapi tak sampai-sampai, tak jumpa-jumpa. Fasalnya
ada yang tertidurlah, tersalah baslah, terlajaklah, singgah-singgah kedai dan window shoppinglah. Bila nak jumpanya?
Dalam mencari-cari itu, kami ternampak sebuah restoren halal. Kalau nampak je restoren halal di China ni kami rasa gembira. Asrul dan Adi Putra hampiri restoren itu. Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari restoren itu lalu bertanya ke mana kami hendak pergi. Setelah memberitahunya diapun menjelaskan cara-cara untuk pergi ke tempat-tempat itu. Entah macam mana dia kata dia hendak hantar kami dengan keretanya. Rupa-rupanya dia tauke restoren halal tu! Namanya Yusuf. Dia beri kami air mineral yang ada banyak dalam keretanya dan sebungkus biskut. Lalu kami masuk ke dalam perut kereta. Tauke restoren itu lalu menghantar kami ke Dazhao.
Yusuf menurunkan kami di hadapan Dazhao.
"Jalan-jalan di sini dulu ya. Nanti saya datang balik dalam 20 minit. Saya akan bawakan orang yang pandai cakap Melayu. Lepas tu kita pergi masjid," kata Yusuf.
Menaiki bas, membaca papan tanda dan bertanya orang di tepi jalan |
Pizza Hut dan kesibukan kota Hohhot. Lihatlah tulisan Mongolia pada bangunan Pizza Hut. Lain kan? |
Dalam mencari-cari itu, kami ternampak sebuah restoren halal. Kalau nampak je restoren halal di China ni kami rasa gembira. Asrul dan Adi Putra hampiri restoren itu. Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari restoren itu lalu bertanya ke mana kami hendak pergi. Setelah memberitahunya diapun menjelaskan cara-cara untuk pergi ke tempat-tempat itu. Entah macam mana dia kata dia hendak hantar kami dengan keretanya. Rupa-rupanya dia tauke restoren halal tu! Namanya Yusuf. Dia beri kami air mineral yang ada banyak dalam keretanya dan sebungkus biskut. Lalu kami masuk ke dalam perut kereta. Tauke restoren itu lalu menghantar kami ke Dazhao.
Yusuf menghantar kami menaiki keretanya. Di sebelah kanan ialah restoren halal kepunyaan Yusuf |
Yusuf menurunkan kami di hadapan Dazhao.
"Jalan-jalan di sini dulu ya. Nanti saya datang balik dalam 20 minit. Saya akan bawakan orang yang pandai cakap Melayu. Lepas tu kita pergi masjid," kata Yusuf.
Yusuf lalu meninggalkan kami.
"Eh biar betul! Nak panggil orang pandai cakap Melayu? Nak bawa kita jalan-jalan? Kenapa baik sangat ni. Baru kenal tak sampai lima minit dah baik macam ni? Ye ke? Dia orang travel agent ke? Hei entahkan kita kena paw nanti?" curiga kami.
Kamipun jalan-jalan di depan Monastery Dazhao itu. Kami lihat ada banyak gerai buah-buahan, kekacang dan pakaian bulu di situ. Lalu kami pergi membeli-belah di situ.

Tengah-tengah syok menerai baju bulu Mongol, tiba-tiba Yusof datang. Rasa macam tak puas kami di situ, tetapi Yusuf datang dengan keretanya terus mengambil kami dan menurunkan kami di Masjid Qinzhengdasi. Tak lama kemudian seorang perempuan datang. Dia tahu cakap Melayu sikit-sikit. Orangnya peramah. Dia memakai hijab. Umurnya dalam lewat 20an. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nadiya dan pernah belajar di Malaysia. Kami mula-mula ragu-ragu tentang kebaikan mereka ini kerana cepat sangat mesra. Kami ingin tahu samada mereka menolong kami kerana Allah atau ada udang di sebalik mee. Tapi macam mana nak tanya dengan sopan? Macam mana caranya supaya dia tak perasan kami sangsi pada mereka tu?
"Nadiya kerja apa?" tanya saya. Kalau dia jawab dia kerja dengan agen pelancongan, siaplah kami. Bermakna kami dah masuk perangkap ulat-ulat yang menangguk di air keruh.
"Saya guru sekolah," kata Nadiya apabila saya tanya dia. Sebaik-baik dia kata begitu barulah hilang rasa sangsi kami.
"Saya mengajar Bahasa Inggeris. Saya belajar Bahasa Inggeris di British Council Kuala Lumpur dua tahun. Sebelum tu saya belajar bahasa Arab di Universiti Insaniah 4 tahun. Saya suka Malaysia. Saya suka petai! Ada bawa petai tak? 6 tahun saya di Malaysia. Mak saya kata saya dah macam orang Malaysia. "
Kamipun sudah mula sukakan Nadiya dan Yusuf.
"Yusuf ni, bapa saudara saya," sambung Nadiya lagi.
Kemudian kami dibawa Nadiya dan Yusof ke Masjid Besar (Qinzhengdasi) dan melawat kawasan masjid. Gambar-gambar di bawah ini memberi kenangan yang indah buat kami.
Bergambar untuk kenang-kenangan bersama Nadiya (berbaju biru) dan Yusuf (t-shirt putih) di Masjid Qinzhengdasi. Gambar ini diambil oleh Adi Putra. |
Senibina dan seniukir Masjid Qinzhengdasi yang unik |
Dalam kawasan Masjid Qinzhengdasi. Tangga kiri ini menuju ke madrasah/bilik kuliah pelajar lelaki. Bangunan kuning dan berkubah hijau di belakang sekali adalah Hotel Jupiter yang kami inapi. |
Kenangan indah dan berharga ini pasti tidak kami lepasi untuk diabadikan |
Kelihatan Nadiya membawa kami berjalan-jalan dan melihat-lihat kawasan Masjid Qinzhengdasi |
Batu bersurat di Masjid Qinzhengdasi |
Cuba teka ini bangunan apa? Masjid? Tak, bukan...Sebenarnya ia adalah sebuah spa untuk orang bukan Islam. |
Orang Kaya Berhati Emas!
Yusuf kemudiannya membawa kami ke sebuah restoren untuk makan. Restoren itu tidak jauh dari Masjid Qinzhengdasi, di belakang sahaja. Makanannya enak-enak belaka. Banyak pulak tu. Mewah! Tak habis kami makan. Rupa-rupanya restoren itu milik Yusuf. Yusuf ada 3 buah restoren halal di Hohhot. Dasyat kau! Orang berada tapi berhati emas! Kami dilayan dengan begitu mesra dan baik. Subhanallah baiknya orang Islam Mongol ini. Baru kenal tak sampai 5 minit dah bawa kami jalan-jalan dan makan-makan.
Yusuf menjamu kami makanan Islam Hohhot yang enak dan mewah di restoren miliknya |
Nadiya sarankan kami sewa hotel di situ kerana makanan halal senang didapati dan dekat dengan masjid. Kamipun suka dengan tempat itu. Nadiya rekomen kami sebuah hotel. Hotel itu dekat dan berhadapan dengan masjid. Di seberang jalan saja. Kamipun dibawa Nadiya ke hotel itu. Setelah bertanya di kaunter, kamipun masuk melihat bilik hotel itu. Semalam kami perlu bayar kira-kira 140 yuan (RM 70) sebilik. Terus kami confirm untuk menginap di situ.
Nadiya membawa kami melihat Inner Mongolia Jupiter Hotel di hadapan Masjid Qinzhengdasi |
"Saya suka orang Malaysia." kata Nadiya tanpa ditanya. "Semasa saya di Malaysia, ramai orang Malaysia TOLONG saya. Tolong cari rumah. Pindah rumah. Macam-macam. Jadi saya rasa amat bertuah dan terhutang budi. Itu sebab kalau ada orang Malaysia datang sini saya akan tolong mereka sebaik mungkin." luah Nadiya kepada kami.
Kemudian Yusuf offer untuk bawa Adi Putra dan Asrul ke bilik locker di stesen keretapi dan ambil beg-beg kami. Saya, Syafiqa dan Najibah tunggu di hotel.
Sepetang di Kota Muslim, Hohhot
Kedai-kedai kuih halal |
Pelbagai pilihan kuih, makanan berasaskan susu dan tanda mata untuk dibawa pulang |
Petang itu kami jalan-jalan di bandar Hohhot. Seronoknya! Semua kedai-kedai di situ dimiliki oleh orang Islam. Kota Islam! Bangunan-bangunan di bandar Hohhot ini bersenibina Islam. Kubah-kubah dihiasi di atas bumbung-bumbung bangunan. Tidak kiralah ianya pusat membeli-belah, sekolah ataupun spa, kubah sentiasa menghiasi atas bangunannya.
Jalan Muslim di Kota Hohhot |
Bangunan-bangunan di sini bersenibina Islam |
Peniaga-peniaga di sini semuanya Islam |
Macam-macam makanan kami cuba rasa: cendawan goreng, satay kambing, dadih, air jus buah-buahan, roti canai Hohhot adalah antara makanan yang kami gemari.
Masakan asli orang Islam Hohhot terdapat dengan mewah di sekitar kota Islam ini |
Kami berjalan-jalan sambil makan-makan sehinggalah matahari hendak masuk ke peraduan. Kemudian kami ke masjid Qinzhengdasi untuk solat.
Pada malam hari itu kami bertemu dengan beberapa orang remaja. Saya pula jatuh cinta pada remaja itu. Jatuh cinta! Indah! Bolehkah? Mengapakah saya jatuh cinta? Untuk mengetahuinya ikutilah Naramas Aman "Backpack ke Mongolia Dalam" dalam entri berikutnya.
..bersambung
Baca kembara seterusnyaBackpack ke Mongolia Dalam (3): Jatuh Cinta Pada Remaja Tahfiz Hohhot
Baca kembara sebelumnya di bawah ini:
Ya ALLAH akak.... seronoknya baca entry mongolia nih. dan dan tu jugak saya rasa mcm nk pegi sana. sgt berbeza dgn beijing tu. tp bab yg akak cuak psl yusuf tu, sy rasa kalo sy ditempat akak pn akan rasa was2. sama mcm kat india. wlpn org tu btol2 baik pn pasti akan rasa was2 lepas dh kene tipu sebelum tu. alhamdulillah sgt kan jmpe org baik. happy tak terkata.
BalasPadampasal tudung nampak telinga tu, teringat lak entry kak senduk.. hahaha meriahuoll!
@Danny/John,
PadamTerima kasih Danny kerana menghayati kisah backpack akak ke Inner Mongolia ni.
Kalau dah teruja sangat ni kenalah pergi nampaknya he he he...Memang sangat berbeza suasana di Inner Mongolia ni. Cara kehidupannya menarik,amalan Islamnya lebih bagus.
Yalah Danny, kadang-kadang kita tidak tahu kalau orang itu benar-benar ingin membantu kita, maklumlah akak ni dah banyak kali kena tipu, phobia dan trauma kena tipu memang tetap ada. Tapi akak rasa tak salah kita curiga macam tu kan?
Memang happy sangat sangat bila dah jumpa orang yang baik-baik. Akak tak dapat nak membalasnya dengan setimpal. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Kak Senduk? :D Maaflah Danny, akak miss cerita tu he he he :)
PadamSubhanallah cantek sungguh pengalaman akak ni. Bertuah dapat jumpa orang baik2 di perantauan. Ye saya faham perasaan kalau kite berjumpa org baik, walaupun masih ada rasa ragu di atas kebaikan mereka tapi yg penting kita tawakal dan berserah kepada-Nya untuk melindungi kita ye tak? Doa org musafir mustajab.
BalasPadamAnyway, keadaan kat bandar tu sangat uniq dan rasanya susah nak jumpa kat tempat lain.
@Janggel/Rain,
PadamAlhamdulillah syukur yang amat amat sangat. Memang mereka orang baik-baik. Mereka betul-betul mengamalkan sunnah Rasululllah s.a.w: melayan tetamu, membantu musafir, pahalanya besar kan. Dengan melayan tetamu kalau tak salah akak, Allah ampunkan dosa orang itu dan Allah lipat gandakan rezekinya.
Betul Janggel, senibina di bandar Hohhot ni lain daripada yang lain. Semuanya bercirikan Islam. Sekolahpun ada kubah, spa pun ada kubah! Unique!
Tuah badan, selalu sahaja dipermudahkan bila berjalan-jalan. Kiranya Inner Mongolia ni wilayah autonomi Islam ke seperti di Xinjiang tu...
BalasPadam@Mie,
PadamAlhamdulillah, kita cuma merancang, Allah yang menentukan.
Terima kasih Mie kerana tanya soalan cepu emas tu. Saya cuba jawab soalan Mie itu ya. Bukannya saya pandai pun. Inner Mongolia ini ialah sebuah wilayah autonomi, tetapi bukan wilayah autonomi Islam seperti di Xinjiang dan Ningxia. Inner Mongolia ialah wilayah autonomi bagi etnik Mongol. Walau bagaimanapun di Hohhot ini ramai etnik Hui. Apabila kita menyebut etnik Hui, ini bermaksud orang Islam. Etnik Hui (Islam) di Hohhot ini melebihi 100,000 orang kata Nadiya kepada saya hari itu.
Salam Yong
BalasPadamwow....best...next please.....
Yong ASP,
PadamSalam kembali.
Next? Ha ha ha insyaAllah kalau sudah pilih gambar dan karang ceritanya akan saya kemaskinikan.
Permintaan Yong ni membuatkan teman bersemangat nak menulis ni :)
Hidup Yong....hehe...teruskan bersemangat menulis tu yer....
PadamCara penulisan orang pandai bersastera ni lain dengan lenggok bahasa nyer...
tak macam keme....ayat tonggang langgang....
aish....memang tak de skill menulih keme ni...cuma ada semangat jer nak kongsi cerita dengan pembaca...
Semangat dan keinginan itu yang paling penting Yong. Orang yang tak ada semangat menulis, tidak akan dapat menghasilkan sebuah cerita.Melalui cerita sebenar itu, dapatlah orang lain mengambil iktibar daripadanya.
PadamSalam Kak NA...Untung kalau tahu berbahasa cina kan..? senang ja nak communicate ngan mereka semua... Hohhot ni memang tempat muslim eh..? banyak masjid dan kedai makan muslim...
BalasPadam@John, ko pon baca kak sendok...? ha..ha...
@Farikica,
PadamWalaikumusalam. Memang untung tahu cakap China. Boleh dapat banyak kawan baru. Boleh eratkan silaturahim. Kalau tidak disebabkan kawan-kawan saya berempat tu, saya rasa keadaan macam ini, payah untuk didapati.
Hohhot ini memang tempat Muslim. Datuk Bandar Hohhot di sini minta bangunan di sini dibina dengan ciri-ciri Islam. Maklumat ini saya dapat masa saya ke sini, ada orang tempatan beritahu. Orang Islam di sini melebihi 100 ribu orang menurut Nadiya, tetapi menurut satu laman web orang Islam di bandar Hohhot ini berjumlah 210,000, tetapi orang Islam di seluruh Inner Mongolia ini melebehi 21 juta. Masjid di bandar Hohhot ini saja ada 17 buah. Masa kami ke Masjid Besar tu, beberapa meter jalan kaki saja kami jumpa 3 buah masjid.
Cerita Kak Sendok? Sorrylah saya miss pulak cerita tu :(
entah mengapa, saya rasa cam berdiri bulu roma saya baca entry kali ni.mungkin excited sbb dpt melihat saudara seislam kita di China. itu saya yg hanya tgk di dalam blog.kalu akak, mesti lg excited kan...teringinnya nak menyalami cara hidup org di sana
BalasPadam@eKa,
PadamKalau dah berdiri roma tu maknanya kena pergi jugaklah. Mungkin pengalaman eKa lebih menarik dari kami. Setiap pengembaraan itu berbeza. Selamlah eKa sedalam-dalamnya, nanti boleh kongsikan dengan kami :)
Salam. Sangat menarik blog ini. Saya sgt berminat utk ke mongolia. Adakah warganegara msia memerlukan visa utk ke sana? Btw, jika dilihat dalam peta dunia, hothot masih dalam kawasan negara China.
BalasPadamSalam Tanpa Nama,
PadamTerima kasih kerana membaca blog ini. Oleh kerana Inner Mongolia ini di negara China, maka orang Malaysia perlu dapatkan visa melawat ke China.
Perlu diingatkan Inner Mongolia dan Mongolia adalah berlainan. Mongolia ialah sebuah negara lain, bukan China.
Salam,akak..
BalasPadamSaye baru je bace blog akak & trus baca entry Inner Mongolia.
Baru saye tau yang penduduk China ni ramai Muslim.sebelum ni ingatkan diorang ni kaum minoriti je.tak tau pulak di Inner Mongolia diorang hidup macam muslim di M'sia.
Sebelum ni sye ingat cuma Xian je ramai penduduk muslim.ni buatkn saye nak jelajah China ni.betul le orang kate,China ni memang banyak tempat dijelajah.
-feeza-
Salam feeza fauzi,
PadamTerima kasih kerana sudi singgah di blog ini, baca dan meninggalkan ulasan.
Saya dan kawan-kawan saya yang backpack bersama-sama ke Inner Mongolia, sebelum ini semuanya jahil tentang orang Islam di sini. Setelah melihat sendiri, bergaul dengan mereka barulah kami mengetahuinya. Pendedahan saya tentang orang Islam di Inner Mongolia ini telah membuka minda kebanyakan daripada kenalan saya dan juga pembaca. Selama ini tidak ramai yang tahu. Penulisan tentang Inner Mongolia pula tidak banyak tentang Islam. Saya berharap blog saya ini memberi pengetahuan dan manafaat kepada pembaca.
rezeki bermusafir.. alhamdulillah kadang2 bile kite travel banyak rasanya dapat pertolongan yang tak disangka kan..
BalasPadamseronok nyer layan citer ni..
tak sangka architecture sane sgt unik.. rasa cam tak caye plak keadaan yang camtu ade terletaknye dekat2 area china sanun..hehe
Dr shah_rule,
PadamPerkara yang tak disangka-sangka memang selalu terjadi. Ada yang baik. Ada yang buruk. Tetapi di Hohhot ini, kami dapat banyak pertolongan dan bertemu dengan orang baik-baik. Alhamdulillah. Semasa Dr shah_rule ke New Zealand pun banyak dapat pertolongan tak disangka-sangka, kan? Saya seronok membaca kisah Dr di sana tu.
Terima kasih kerana melayan cerita ni :) teruskan melayan :)
Memang unik bentuk masjid dan bangunan di sini. Lain daripada yang lain. Memang pengalaman kami ke Inner Mongolia ini unik dan di luar dugaan. Bila dah sampai di sini, barulah tahu yang komuniti Islam ramai di China. Ia telah membuka mata kami.
Setelah membaca entri dr kamu ni, terus rasa teringin nk xplore hothot ni..Nak minta pertolongan sikit bole?.. boleh ke mohon emailkan saya, cara-cara untuk smpai ke mongolia ni dari kuala lumpur.. da cr kat internet, kurang la info untk ke mongolia..
BalasPadamemail: foo_faiq@yahoo.com
bkn pe mohon email..kadang sy lupa dah nk bukak entri ni semula.,.ehehe..terima kasih bnyk2 taw :)
Faiq,
PadamKalau dari KL terus saja terbang ke Beijing. Pilihlah MAS atau Air Asia. Dari Beijing ambil keretapi ke Hohhot. Cara mengambil keretapi ini telah saya jelaskan dalam entri sebelum ini. Untuk pengetahuan Faiq saya tinggal di Beijing selama 9 bulan dan ramai yang telah ikuti kembara saya selama 9 bulan ini. Oleh kerana saya tinggal di Beijing ketika itu maka ia memudahkan perjalanan saya di merata China. Kadang-kadang saya kembara solo. Saya perempuan dan saya jauh lebih tua dari Faiq. Terima kasih kerana membaca blog ini. Janganlah serik melawat blog ini. InsyaAllah saya akan email Faiq.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BalasPadamSaya ada soalan. Saya ada tengok tiket, ada dua pilihan untuk turun; sama ada di stesen Hohhot atau stesen Hohhot East.
Sebelum ini puan turun di Stesen Hohhot saja?
Waalaikumusalam Jiha.
PadamSaya turun di stesen Hohhot saja bukan Hohhot East.
Puan, inasha Allah kami pesara akan rentas benua melalui Beijing, Ulaan bataar, irkust, kazan, Moscow st Petersburg Kiev , Bucharest Sofia dan berakhir di Istanbul. Seronok baca blog puan sejak dulu.. Kami nk singgah jgak di inner ni. Adakah ia jauh dari Ulaan Bataar? Tq puan..
BalasPadamNasa.
Wow menariknya!
PadamInner Mongolia di China dan Ulan Bator di Mongolia...dah tak jauh sangat, sebab kedua-duanya dekat sempadan.