H
ari ini adalah hari kedua 5 backpackers Malaya berada di Hohhot, Mongolia Dalam (Inner Mongolia). Hari ini adalah hari yang juga kami nanti-nantikan di Hohhot. Pagi ini kami akan berangkat ke Xilamuren iaitu salah sebuah padang rumput yang terkenal di Mongolia Dalam. Tujuan kami ialah untuk merasai kehidupan nomad Mongol. Selama ini kami baca dalam buku teks sekolah sahaja. Ingin juga kami mengetahui cara kehidupan nomad orang Mongol yang suka berpindah-randah itu. Masihkah mereka berpindah-randah? Ingin juga kami mengetahui keadaan padang rumputnya. Melihat sendiri lembu-lembu Friesian dan biri-biri meragut rumput. Menunggang sendiri kuda-kudanya. Eee seronoknya!
Van yang mengambil kami datang pada pukul 7.45 pagi di hotel kami dan membawa kami ke destinasi. Sepanjang jalan kami melihat banyak ladang-ladang yang luas. Bukit-bukau, kincir angin dan khemah-khemah yurt.
|
Pekan kecil dengan kincir angin yang dilalui dalam perjalanan ke padang rumput Xilamuren |
|
Dengan papan tanda jalanraya dalam tulisan Mongol dan China ini, bolehkah saya sampai kalau datang sendirian? |
Perjalanan memakan masa dua jam. Kami sampai hampir pukul 10 pagi. Van kami masuk ke dalam kawasan padang rumput Xilamuren yang luas melaut saujana mata memandang. MasyaAllah! Perkhemahan Mongul juga terdapat di sepanjang jalan. Pelbagai bentuk dan warna. Ada macam-macam kelas: esklusif, pertengahan dan marhaen.
Apabila kami masuk ke padang rumput Xilamuren yang bakal kami rejah kami dapat lihat banyak khemah putih dengan kedudukan yang rapat-rapat, sekelompok sekelompok. Jarak di antara satu kelompok dengan satu kelompok yang lain itu juga boleh tahan jauhnya, anggaran 15-30 km bagi setiap kelompok. Ada juga khemah-khemah yang berdekatan dengan bangsal batu-bata dengan kuda-kuda dan kambing biri-biri berkeliaran. Ada juga khemah-khemah yang tersendiri tanpa binatang-binatang ternakan.
Tapi minta maaflah kekawan, gambar yang saya ambil kurang elok sebab van yang kami naiki itu terlalu laju. Khemah-khemah itu pula terlalu jauh dari jalanraya. Hanya gambar-gambar di bawah inilah yang elok sedikit. Ce tengok.
|
Memasuki kawasan padang rumput Xilamuren |
|
Khemah-khemah orang Mongul yang dikenali dengan yurt di kawasan padang rumput Xilamuren. Gambar ini saya ambil dari van kami yang sedang bergerak masuk dengan laju.
|
|
Van kami berhenti di sebuah khemah besar. Di situ kami lihat ada seorang perempuan Mongol yang sedang menyanyi
Apabila kami turun kami disambut oleh beberapa orang lelaki Mongol yang memegang arak di tangan. Mereka menyuakan arak yang telah dituang ke dalam mangkuk ayan kecil kepada kami sebaik-baik saja kami turun dari van. Saya terpinga-pinga melihat mereka menyuakan arak itu ke arah saya. Namun saya pura-pura buat bodoh dan tidak langsung menyambutnya walaupun sudah dipesan di dalam van tadi supaya menyambutnya ataupun tunduk kepada mereka. Kerana kalau tidak buat begitu, bermakna kita tidak hormat mereka dan mereka tidak suka. Melihatkan saya tidak respons maka orang Mongolia itu menyuakannya kepada orang lain. Kalau tidak silap saya dia suakan pada Syafiqa. Syafiqa terkejut. Tanpa berfikir-fikir terus dia terima; tak tahu nak buat apa. Lalu cepat-cepat bagi balik kepada lelaki Mongol itu. Nak tergelak pun ada melihat gelagat Syafiqa yang terkejut dan gabrah itu. Lepas tu Syafiqa menyesal fasal terpegang benda haram tu! Sambil itu penyanyi wanita tadi terus menyanyikan lagu Mongolia dengan menggunakan mikrofon dan pembesar suara. Gegak gempita kawasan ladang itu dengan nyanyian serta muzik tradisional Mongol itu. Sudah tentulah sepatah harampun kami tak faham.
|
Menyambut tetamu cara orang Mongol |
Kami kemudiannya pergi ke arah padang yang luas yang terdapat beberapa ekor kuda. Lebih kurang 100 ekor kuda ada di situ.
Kami diberitahu oleh seorang lelaki di situ (kemudian diterjemahkan oleh Adi Putra) sekiranya hendak menaiki kuda hendaklah membayar mengikut jarak atau pilihan destinasi. Ada pilihan 240 + 20 yuan. Ada yang 360 + 20 yuan, 480 +20 yuan dan 600 + 20 yuan. (Untuk convert ke duit Malaysia kena bahagikan dengan 50%. Yang + 20 itu insuran).
Kami memilih 2 destinasi iaitu; 1) menunggang kuda menuju kawasan padang rumput tempat kuda meragut dan; 2) memasuki khemah Mongol dengan layanan cara Mongol.
Kalau hendak mengambil insuran, kita perlu tambah 20 yuan lagi.
Setelah membayar harganya RMB240 (RM120) tanpa insuran, kamipun naiklah kuda dengan bantuan penjaga kuda di situ.
Inilah pertama kali saya naik kuda. Dah tua-tua ni baru saya nak cuba naik. Buang tebiat ke Opah Malaya ni?
(Perlu diingatkan di sini kekawan, mereka ini kalau boleh hendak kikis duit setiap orang yang datang, jadi kalau boleh tawar menawarlah dengan mereka. Misalnya insuran tak perlu bayar pun tak mengapa, sebabnya apabila ditanya, "Insuran itu cover apa?" Mereka tak boleh jawab. Mereka minta sangat-sangat kami ambil insuran itu, padahal insuran itu tak cover apa-apa pun).
Jarak perjalanan menunggang kuda ini adalah kira-kira 9 km. Jauh juga. Ketika menaiki kuda itu kami tidak dibenarkan membawa beg. Kamerapun tak boleh bawa. Mereka hendak simpankan untuk saya. Saya tak beri. Kalau hilang putihlah mata saya. Saya bawa kamera itu naik kuda. Kamera itu saya silangkan di bahu.Tapi tak boleh ambil gambar. Saya dah tahu kalau mereka tidak benarkan kita ambil gambar, bermakna mereka ada tukang gambar mereka sendiri. Jadi mesti nak cari untung lebihlah ni. Tapi saya tangkap juga gambar tanpa mereka sedari. Paspot dan duit saya letakkan di dalam pouch di bahagian pinggang saya.
Sepekara lagi, kalau ada sakit jatung atau tekanan darah tinggi tidak dibenarkan naik. Mereka dah tanyakan soalan itu pada saya. Mungkin mereka nampak saya OTAI, sebab itu mereka tanya. Saya beritahu mereka saya tidak ada semua itu. Alhamdulillah. Mereka kemudiannya memberitahu cara-cara untuk mengawal kuda itu dengan tali yang kami pegang itu. Kita boleh suruh kuda itu ke kiri, ke kanan, jalan perlahan, jalan laju dan berhenti.
Pada mulanya kuda kami berjalan perlahan-lahan. Rasa sangat seronok. Kami semua menyeringai dan ketawa kecil. Tetapi sekali-sekala kuda itu berjalan laju-laju. Ketika inilah saya rasa macam nak senak perut dan rasa sakit di bahagian dada. Begitu juga ada rasa sakit pada tulang paha disebabkan tulang belakang kuda yang keras itu mengena tulang paha saya. Tetapi sakit itu hilang kalau kuda itu berjalan perlahan-lahan. Walaupun kami rasa sedikit sakit kami tetap seronok. Keseronokan menaiki kuda di padang rumput Xilamuren dengan berjemaah ini menghilangkan kesakitan kami.
|
5 backpackers Malaya menunggang kuda Mongolia. Gambar ini diambil oleh orang Mongol di situ. Gambar ini dijual kepada kami 15 yuan sekeping. Tapi kami tawar dapatlah 10 yuan sekeping. Gambar ini Opah Malaya dah scan dan dah touchup untuk tunjuk di sini. Gambar yang ditangkap oleh tukang gambar Mongol ini asalnya tak cantik, mahal berdentum pulak tu. Tapi sebab susah nak dapat syot macam ni, saya beli juga. |
Agak jauh juga perjalanan kami menunggang kuda itu. Kami diberitahu bahawa perjalanan pergi adalah 4.5 km. Balik pula 4.5 km. Kami pergi menuju sebuah kawasan padang rumput yang luas. Oleh kerana kami memilih pakej menunggang yang murah, (sebab semekin, makan semekut), kami hanya menunggang kuda ke kawasan kuda meragut rumput dan mengalami suasana kehidupan orang Mongol di dalam khemah yurt mereka. Kalau ingin melihat tasik yang cantik di situ dan mengalami kehidupan penternak kambing biri-biri dan lembu kenalah bayar harga yang lebih tinggi.
|
Kami sampai di kawasan perumahan orang Mongol |
Akhirnya kami sampai ke sebuah khemah orang Mongol. Kami turun dan masuk ke dalam khemah orang Mongol itu.
Ada seorang wanita Mongol berusia 60an berada di dalam khemah itu dan sudah menghidangkan kami kudap-kudapan berasaskan susu dan butiran jagung. Kami tengok ia boleh dimakan. Kami pun duduk.
Dalam khemah itu terdapat gambar Genghiz Khan pemimpin Mongol yang menjadi kebanggaan mereka. Sebentar kemudian kami dihidangkan dengan susu dalam mangkuk kecil dengan butiran jagung kering di dalamnya. Kami tunggu juga Opah Mongol itu pelawa kami makan. Tapi dia asyik keluar masuk khemah je, pergi ke sinki, buat apa entah dan berlabun dengan kawan Mongol dia. Dengan kami tidak. Kami pun sapu sajalah kudapan itu walaupun tak dipelawa. Memang muka backpackers Malaya ni tak malu langsung! Opah Mongol ini tidaklah peramah, tak macam Opah Malaya. Dia buat hal dia sendiri. Buat muka sadin je. Opah Malaya tak gitu. Jadi tak berapa syok tang ini.
|
Khemah yurt orang Mongol yang kami masuki |
|
Makanan berasaskan jagung dan susu adalah makanan utama orang Mongol |
|
Opah Mongol bekerja di dapur sambil merokok. Opah Mongol ini juga tidak peramah. |
|
Suasana di dalam khemah yurt Mongol |
|
"Adoi! Sakit kepala aku! Rendahnya pintu khemah ni!" |
|
Bersiap untuk kembali semula menunggang kuda di kawasan perumahan/khemah Mongol |
Setelah mengudap makanan Opah Mongol yang tak mesra dengan tetamu dari Malaya itu tadi, kami kembali semula menaiki kuda dan kali ini kami harus kembali semula ke tempat kami mula-mula datang tadi. Kali ini kuda yang kami tunggang berlari semakin lama semakin laju. Dada saya terasa semakin lama semakin sakit. Sehingga saya rasa tak tahan lagi. Ingin cepat-cepat sampai. Agaknya kalau jauh lagi, saya mungkin sudah pitam. Ini disebabkan hentakan kuda dan gerakannya yang atas-bawah, atas-bawah itu membuatkan badan saya melambung-lambung di atas belakang kuda. Syafiqa dan Najibah pun rasa yang sama macam yang saya rasa. Tetapi Asrul dan Adi Putra selamba saja. Yalah mereka itu lelaki.
Saya rasa equestrian wanita memakai sejenis coli yang dibuat khas untuk menunggang kuda. Pergerakan kuda yang atas-bawah, atas-bawah
membuatkan berlakunya gerakan vertikal payu dara, tidak kira saiznya
kecil atau besar. Coli itu perlu ada "no bounce guarantee" kerana ia boleh menghalang pergerakan vertikal payu dara itu dan kalau terlalu lama menunggang tanpa memakai coli itu ia boleh menyebabkan bengkakan tisu payu dara. Dah menunggang kuda ini barulah Opah Malaya tahu. Sebelum ini tak pernah terfikirkan itulah masalahnya pada wanita.
|
5 backpackers Malaya menunggang kuda dan berhenti sebentar di kawasan kuda meragut rumput. Yang berbaju hijau dan berseluar jingga itu ialah pemandu kuda kami. |
Kemudian kami dipanggil makan tengahari di dalam sebuah khemah, ala-ala kantin. Kami telah memesan makanan halal atau sayur-sayuran sejak semalam iaitu sebelum kami sampai lagi. Kamipun lihatlah apa yang mereka sajikan. Setelah melihatkan makanan yang dihidangkan yang semuanya sayur, nasi dan pau kosong, kamipun bismillah, makanlah apa yang patut. Serunding dan ikan bilis goreng yang dibawa dari rumah tidak lupa kami keluarkan untuk menyesuaikannya dengan selera kami. Kalau tidak Opah Malaya tak berapa lalu makan masakan Mongol ni. Maklumlah tekak Opah Malaya, tekak gulai tempoyak!
|
Hidangan makan tengahari bersayur cara Mongol di dalam khemah yurt |
Selepas makan tengahari cara orang Mongol, kami menyaksikan pertandingan gusti orang Mongol dan kehandalan mereka menaiki kuda.
|
Gusti (judo) Mongol dan pertunjukan kemahiran menunggang kuda |
Petang ini kami akan menginap di khemah Mongol, menyaksikan matahari terbenam dan menyaksikan piao yen iaitu persembahan tradisional orang Mongol.
Bagaimanakah rupa khemah kami itu? Apakah persembahan tradisional Mongol itu? Bagaimanakah rupanya suasana waktu matahari terbenam? Kalau hendak tahu, ikutilah Naramas Aman dalam entri akan datang.
...bersambung.
Baca kembara sebelumnya di bawah ini:
bestnya naik kuda tuh! walaupun mahal jugak kot? yela kan naik kuda, mana ada yang murah plus, takde orang yg heret time naik tu tu. perghhh! best gilakkk tu akak. hehehe. tp yg x syiok x leh bawak kamera, adehh... kenangan tu. takpelah dpt gak kan amek skit2 yg mana patut.
BalasPadambrape lama masa abes time naik kuda+lepak dlm khemah?
@Danny/John,
PadamTerima kasih Danny kerana cepat baca dan cepat respons. :D
Memang best naik kuda. Kita boleh tunggang sendiri, tak ada orang heret. Dia orang monitor dari belakang je. Kami seronok dan gelak je sepanjang kami naik tu. Dia orang memang tak bagi kami bawa kamera dan tangkap gambar tapi kami tangkap juga, peduli apa, kita dah bayar mahal, mungkin lepas ni tak datang lagi kan?
Lama juga masa habis tu, sejam setengah tu adalah. 1 jam naik kuda, lepak dlm khemah +-20 minit. Jarak perjalanan menunggan tu adalah 9 km. Fuh kira puaslah. Berbaloi jugaklah bayar mahal macam gitu.
yela...byr mahal2 harus la amek gmbr. yg penting posing tetap ada. hehe. btw, nape kaler langit kat atas tu kaler purple bukan biru? ke mmg mcm tu?
Padam@Danny/John,
PadamLangit itu, biru sebenarnya, tapi akak sengaja bermain dengan warna :)
Assalamualaikum Opah Malaya,
BalasPadamNi Yong Malaya, singgah jap eh.
Ohhh sakan naik kuda ya...sampai melantung-lantun!
Ater bila baca tajuk Monggolia, teringat Altantuya, ngape ehh?
Salam kenal dan Selamat Hari Raya Qurban.
Dari Yong Perak/Opah Perak!
Waalaikumusalam Yong Malaya a.k.a Yong Perak/Opah Perak,
PadamTerima kasih kerana sudi bertanggak di blog teman yang tak seberapa ini.
Oh teringat kat Altantuya, ate orang popular selepas mati, gitu le gamaknya.
Singgah-singgah le lagi ke sini ya Yong. Besok hari Arafah, jom puasa.
Selamat berkenalan dan Selamat menjalankan ibadat Qurban. Di Turki raya Qurbannya macam mana ek?
Ohhh naik kuda... saya tak pernah naik kuda waima di Malaysia sekalipon. Coli khas? ala napela saya takleh nampak gambar2 kat entry akak ni. tak keluar pulak gambarnya.
BalasPadam@Janggal/Rain,
PadamYa naik kuda, best. Tapi lepas tu sakit badan he he he. Itulah pertama kali saya naik kuda. Dah naik tulah baru tahu pasal coli khas tu.
Alamak, ya ke gambar tak keluar. Sedihnya saya. Saya tak tahu macam mana nak buat supaya Janggel/Rain dapat tengok. Mungkin Janggel tengok kat office kot. Office Janggel mungkin block? Cuba tengok di rumah, boleh nampak gambar tak? Lepas ni beritahu akak.
Wahh nak kuda...bagus2!!! saya geli binatang berbulu..hahaha. memang menarik pengalaman prof kt sini..pernah tengok dalam tv keadaan tempat ni...
BalasPadam@Zila,
PadamCubalah naik. Alah lupakan bulu-bulu tu. Bayangkan itu ialah bunga :)
Salam Kak NA, Mcm mana u all naik kuda x payah org pegang..? ni mesti dah biasa naik... saya naik hari tu pon ada guide pegang, takot semacam, rasa mcm nak jatoh aja... org2 kat sini communicate bahasa apa ya besides their local dialect..? cuaca panas ke?
BalasPadamSalam Farikica,
PadamKami semua tak pernah naik kuda. Itu First Time! Saya rasa sesiapa pun boleh naik walaupun pertama kali kerana kuda itu jinak, sudah biasa bawa orang baru/asing. Jadi tak perlu guide pegang dia. Saya rasa Farikica pun boleh naik malahan mungkin lebih handal daripada kami :)
Orang di sini cakap China dan Mongolia.
Masa kami pergi tu, cuaca di siang hari panas, tapi panasnya tidaklah kuat. Just ok. Tetapi malamnya sejuk mendadak, kena pakai baju tebal/winter jacket.
oohh..kat situ kawasan desert eh? cuaca blh berubah mendadak cengitu
Padam@Farikica,
PadamYa, Inner Mongolia terletak di bahagian utara negeri China yang berdekatan dengan gurun. Fenomena cuaca yang berubah secara mendadak itu adalah keistimewaan Inner Mongolia. Jadi kita kena sentiasa bersiapsiaga dengan pakaian yang sesuai. Siang hari panas (summer), malam pula sejuk (winter). Pelik, kan?
Jadi ketika cuacanya terlalu panas di Beijing, orang Beijing suka ke Inner Mongolia untuk menikmati cuaca sejuk.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Bagaimana akak tempah van dari hotel ke padang rumput ni? Adakah berhubung dengan pihak hotel?
PadamTerima kasih.
Terima kasih
PadamWaalaikumusalam Jiha Jahari. Van itu kami tempah semasa kami mula-mula sampai di stesen keretapi Hohhot dari Beijing. Kalau Jiha baca entri saya "Backpack ke Mongolia Dalam (2)...", Jiha boleh tahu yang kami diserbu oleh ulat-ulat di stesen keretapi Hohhot supaya ambil pakej mereka untuk ke padang rumput Xilamuren, gambar ulat-ulat tu pun ada. Pada masa itu kami tak buat lagi keputusan untuk ambil pakej itu sebab kami belum cari hotel lagi. Setelah kami dapat hotel, petang itu barulah kami buat keputusan. Jadi kami hubungi ulat-ulat itu balik dan suruh mereka ambil kami dengan van pagi esoknya di hotel.
PadamOkay, clear :) Boleh saya tahu berapa pakej yang akak bayar untuk ke sana?
PadamDalam entri "Backpack ke Mongolia Dalam (3):..." ada saya ceritakan yang kami bayar 250 yuan (RM125) untuk pakej itu. Jiha boleh baca balik entri itu untuk penjelasan lain.
PadamSaya memang ada baca keseluruhan entri untuk ke Inner Mongol, soalan saya mungkin kurang jelas.
BalasPadamMaksudnya, untuk keseluruhan aktiviti (dua hari satu malam) di padang ragut dan aktiviti menaiki unta kesemuanya ialah 250 yuan?
Saya fikir 250 yuan untuk menaiki kuda sahaja.
Terima kasih Jiha kerana membaca entri-entri saya dan bertanyakan soalan. Bayaran 250 yuan ialah pakej bagi pengangkutan van & bas dari Hohhot-Xilamuren, Xilamuren-Kabuchi, Kabuchi-Hohhot, penginapan khemah, makan 3 kali sehari, tengok 3 pertunjukan, melawat kilang dan kedai cendermata.
PadamSebenarnya untuk menaiki kuda sejauh 9 km itu, kami kena tambah 240 yuan lagi, sebab itu aktiviti tambahan untuk dipilih sekiranya berminat. Sebagaimana yang saya nyatakan di atas, sesiapa yang berminat perlu tambah lagi kalau jaraknya lebih jauh dan perlu tambah lagi kalau mahukan insuran. Tapi kami pilih jarak yang paling dekat sekali. Begitu juga dengan menaiki unta.
Keseluruhannya kami bayar 250 + 240 (naik kuda) + 240 (naik unta) = 730 yuan.