Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Sabtu, 21 Jun 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (3): Berbasikal di Pekan Rusa Nara

H ari ini Ahad, 1 Jun 2014, 10.30 pagi di Nara.

Oleh kerana hari masih awal pagi dan kami masih tak boleh check in ke dalam guesthouse lagi, kami pun mengayuh basikal. Basikal ini kami sewa daripada tuan rumah.

Sekarang nak ke mana? Nak pergi ke Nara Park  main dengan rusa atau nak round round dulu?

Nak ke mana? Kiri atau kanan? Redah jelah...

Kamipun ikut jalan sebelah kiri, melalui lorong-lorong rumah jiran, melintas jalan, menaiki bukit dan melalui taman-taman. Rupa-rupanya Nara ialah sebuah pekan yang berbukit-bukit. Lenguh juga kaki mengayuh menaiki bukit. Bila dah tak larat saya turun dan pimpin basikal tu. Tapi kalau menurun bukit, senang, laju je turun....weeeeeeeee..............

Bukit ini kami naiki dengan basikal

Rumah-rumah di lereng bukit di Nara. Bukit  tinggi macam ni, tak larat nak kayuh basikal..pimpin saja...
Tapi hairan penarik lanca ini tak tahu penat ke, naik turun bukit dengan bawa orang ni?

Bunga segar Musim Panas di Nara

Rusa, rusa, rusa


Nara amat sinonim dengan rusa. Di mana-mana kita pergi di Nara, kita boleh lihat rusa, samada rusa hidup, patung atau lukisan.

Kami kemudiannya mengayuh basikal di Nara Park yang terkenal dengan rusanya. Kami lihat banyak rusa berkeliaran dan bermain-main dengan orang ramai. Rusa-rusa itu dengan tidak segan silu mendekati orang ramai yang ada di situ dan meminta diberikan biskut. Biskut untuk rusa itu dibeli di gerai-gerai yang banyak di tepi jalan taman itu.

Memerhati gelagat manusia memberi makan biskut kepada rusa, amat menyeronokkan kami. Kami suka rusa. Kamipun berhentikan basikal kami dan pergi dekat dengan rusa itu. Rusa itu datang mendekati kami dan meminta biskut. Kadang-kadang disondol-sondolnya kami. Lalu kami menepuk-nepuk badan rusa yang berbulu itu. Ada juga rusa yang bertanduk. Kami usap tanduk rusa itu.

Terdapat lebih daripada 1,200 ekor rusa liar yang datang ke Nara Park dari gunung dan hutan yang berdekatan. Rusa ini makan rumput, tetapi mereka suka juga makan biskut rusa yang dipanggil Shika Senbei.

"Ni saya punya semekut"

Nah biskut..hee sukanya dia

Saya memegang rusa

Hmmm sedapnya garu....

Pelajar sekolah pun ramai datang bermain rusa di sini

Ramai juga budak-budak dan orang dewasa yang datang dan menyua biskut kepada rusa-rusa itu...ada yang rasa takut-takut, ada yang selamba je....jadi kamipun turut seronok melihat gelagat mereka.

Kami kemudiannya mengayuh basikal di bahagian lain taman itu. Rusa-rusa sedang makan rumput di bawah pokok. Kamipun duduk berehat di bawah pokok kerana cuaca ketika itu panas.  Rusa-rusa yang jinak itu datang ke arah kami. Minta biskut. Tapi kami tak ada biskut. Nak pergi belilah. Tetapi tetiba beberapa orang Mat Salleh datang dengan biskut dan beri makan rusa tu...Jadi kamipun tak jadi beli biskut...tengok saja.

Ketika itu jam sudah 11.30 pagi, tetapi matahari sudah memancar dengan panas. 34°C suhunya. Anak saya rasa mengantuk sebab dia tidak boleh tidur dalam kapalterbang semalam. Jadi dia berbaring di atas rumput di bawah pokok.

"Eh baik-baik, takut ada taik rusa!" kata saya.
"Mana ada," kata anak saya.
"Eh adalah..ni!" kata saya sambil menunjukkan ke arah taik rusa yang separuh kering.

Saya bergambar naik basikal di Nara Park dengan rusa kelihatan di belakang saya
Rusa makan rumput di bawah pokok pine
"Nak cium semekut cikit Bro... !"

"Nakkkkkkkkkkkkk!"
"Adoi panasnya hari ni...Kalau ada sirap bandung ni lega....Rileks kejaplah"
"Hmm sedapnya ulam ni..kalau ada sambal belacan lagi mantop."

"Ok tak saya posing macam ni..ada macam Cik Ta tak?"

Makan Tengahari di 7Eleven


Kira-kira sejam kemudian, perut saya mula menyanyi lagu "Sukiyaki" minta diisi. Kamipun mengayuh basikal ke 7Eleven. Di dalam beg kami ada mee segera dan bubur nasi segera. Saya masuk ke dalam 7Eleven mencari air panas untuk merendam mee dan bubur itu. Tapi tak nampak air panas. Yang ada cuma microwave dan peti sejuk berisi makanan Jepun. Di dalam peti sejuk ada nasi Jepun, tapi saya tak tahu namanya. Saya membeli 2 bungkus nasi yang sejuk dan meminta dipanaskan dalam microwave. Harga sebungkus ialah 500 yen=RM15.80.

Nasi yang panas itu kami makan di luar 7Eleven. Ada ikan dan telur di dalamnya. Kami duduk atas tembok depan 7Eleven sambil memerhati gelagat orang Jepun di situ. Ada seorang lelaki Jepun yang menghisap rokok di luar 7Eleven. Selepas merokok, putung rokok itu dipijaknya lalu dia mengambilnya semula, lalu menyimpan di dalam kertas tisu. Hmm, kagumnya saya melihat caranya menjaga kebersihan awam. Walaupun ada tong sampah di depan 7Eleven, tong sampah itu untuk kitar semula botol kaca, plastik dan tin. Jadi bukan dicampuradukkan dengan puntung rokok. Kagum! Boleh tak orang Malaysia ikut cara orang Jepun ni?

Kami duduk bertenggek di benteng di luar 7Eleven ini sambil makan

Seketul nasi dalam bungkus kecil itu tidaklah cukup untuk makan tengahari. Tak puas makan nasi Jepun ni! Saya masuk sekali lagi ke dalam 7Eleven. Barulah saya perasan ada electric boiler disediakan, tetapi letaknya agak tersorok. Lalu saya tanyakan penjual di situ. Dia kemudiannya menunjukkan saya cara menggunakan electric boiler itu dan membenarkan saya mengambil air panas itu dengan percuma. Gembiranya saya apabila saya dapat merendam bubur nasi segera itu dengan air panas. Dapatlah kami mengisi perut kami. Kalau tidak perut saya akan menyanyi lagi "Chotto Matte  Kudasai" pulak...ahaks! :D


Check in di Guesthouse


Ketika itu 2 petang. Perutpun sudah sedikit lega dapat makan bubur nasi segera yang panas. Cuaca terasa panas dan mulalah rasa tidak selesa dan mengantuk. Badan kami hendak rehat sahaja. Lalu kami kembali semula ke Guesthouse Nara Backpackers.

Ini ialah bahagian luar tembok Guesthouse Nara Backpackers yang kami duduki

Lepak di luar dulu di bawah pokok yang redup sebelum masuk waktu check in.  Lebih kurang setengah jam kami di situ. Tuan rumah datang dan membenarkan kami check in awal. Kamipun masuk, mengisi borang dan membayar baki harga sewa bilik di situ. Baki bayarannya ialah 11800 yen =RM372.66 untuk dua malam.

Kamipun dibawa melihat bilik kami, dapur dan bilik mandi serta kami diberitahu peraturan di dalam rumah itu.
Belajar mengenal matawang Yen. Saya lambakkan di atas tikar tatami di guesthouse kami untuk mengecamnya.

Bagaimana keadaan bilik kami dan rumah kami itu? Cantik tak? Selesa tak? Dapatkah kami berehat, tidur, mandi dan makan?

Semuanya akan saya ceritakan dalam entri akan datang.

...bersambung                                                                                  ...baca entri akan datang di sini


32 ulasan:

  1. comel sangata rusa-rusa tu. tak takut dengan manusia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dede Ruslan,
      Memang sangat comel. Tambahan pula rusa tu jinak-jinak, kita terus jatuh cinta dengan rusa ini disebabkan kemanjaannya.

      Padam
  2. Comel sangat rusa2 tu. Saya ada jumpa kat Miyajima Island haritu tapi sebab datang dah senja, banyak dah balik 'rumah' kot. Tapi coat diorang x macam yang akak jumpa kat Nara ni. Haritu contemplating nak pegi sebab xsampai hati tengok rusa yang tanduknya dipotong. Tapi termakan hasutan DJ.

    Betul lah memang salute cara Japanese jaga alam sekitar. Masa kat Tokyo, saya nampak budak tadika simpan wrapper gula2 dalam bag sebab masa tu xde tong sampah berdekatan. Kecil2 dah diterap disiplin yang tinggi terhadap kebersihan. Harapnya Malaysian akan adapt cara hidup yang ni xlama lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya rusa bukan saja ada di Nara tetapi ada di tempat lain di Jepun. Rusa dianggap ada kaitan dengan agama Shinto. Saya tak pernah ke Miyajima Island, tapi mungkin Miyajima Island ada banyak shrine, jadi rusanya dijaga dengan baik di situ. Spesis rusa mungkin berbeza-beza di setiap tempat.

      Di Nara ada upacara memotong tanduk rusa setiap tahun. Mereka dah buat upacara ini beratus-ratus tahun lamanya. Ini dilakukan kerana ketika musim mengawan, rusa jantan menjadi sangat agresif dan membahayakan rusa lain dan manusia.

      Ya, saya setuju dengan Bibie, orang Jepun memang berdisiplin sejak kecil lagi. Kebersihan dan alam sekitar amat dijaga. Orang Malaysia patut contohi sikap terpuji ini.

      Padam
  3. bestnyaaaa .. teringin nak kesana .. cepat cepat sambung entry.. dah tak sabar nak tahu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aniesa dah boleh buat perancangan untuk ke sana sekarang :) InsyaAllah entry pasal Jepun akan disambung tak lama lagi. Terima kasih kerana sabar menunggu.

      Padam
  4. Besor benor bawa bagpack tu naik basikal... mana tak penat... :)

    Chotto matte kudasai... Nihingo ga dekimasu ne... hehe

    Kalau dah biasa tidur atas tilam dan berkatil... tidor atas tatami agak kurang selesa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada dalam bagpack tu Mie...maggie, duit, tupperware, baju, tisu, sudu he he he..tapi taklah berat mana.

      Hai, hanashimasu he he he

      Saya biasa tidur di atas lantai, guna tilam kekabu..jadi tak ada masalah tidur atas tatami. :)

      Padam
  5. Nasi+ikan+telor = Rm15.80.... mahal sara hidup di Jepun.. sewa bilek pun mahal jugak.. entah berapa pulak harga hotel di Jepun untuk semalam.?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mahal nasi Jepun tu sebab ianya sikit sangat, saiznya sebesar nasi lemak bungkus daun pisang jual tepi jalan pagi-pagi tu. Nasi macam tu kita boleh beli dengan harga RM2.50, tapi di Jepun RM15, hmmm memang kena fikir banyak kali nak membeli makanan di sana.

      Sewa bilik guesthouse pun mahal, tetapi lebih murah daripada hotel.

      Padam
  6. Prof! Jm jelez sama kamu, dulu x jumpa rusa cantik dan besar mcm ni huhuhu klau cantik mcm ni mahu Jm peluk sakan rusa rusa tu

    Wahh best nya berbasikal d nara. Makin menarik citer prof ni x sabar nk tggu next entri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan gitu sekali jeleznya dong!!!..JM kan sudah sampai sana, cuma masa JM sampai tu rusa di situ tengah tidur kot...orang lain ramai tak pernah sampai langsung, kan? Tapi JM dah buat satu perkara yang baik, iaitu tulis dalam blog supaya jangan datang ke Nara Park sebelah petang. Saya dengar nasihat JM tu. Terima kasih, JM :)

      JM boleh ulang lagi ke Nara, lepas tu naik basikal dan peluk rusa puas-puas he he...

      Padam
  7. Assalam Yong
    Tak ketor lutut ke kayuh basikal tu..?
    Panaih cuaca nye... Idok ler keme

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yong ASP,
      Tak ada le ngetor lutut, sebabnya di Beijing tahun lepas, hari-hari ngayuh basikal di atas jalan yang berlekuk-lekuk, becak dan berbatu-batu.
      Cuaca panaih hari tu, tapi gagah juga sebab 2 hari je kat sana. Tak nak buang masa.

      Padam
  8. wohaaa besnya dapat pengang rusa...teringin nak backpacker ke jepun gak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faizal boleh mula merancang sekarang untuk backpack ke Jepun. Rusa tu memang jinak dan manja. Bolehlah pegang puas-puas nanti, tapi hati-hati takut ada rusa jantan yang jadi garang semasa musim mengawan, suka menanduk.

      Padam
  9. Untungnya dapat pegang rusa...kagum dgn laki isap rokok kutip balik tu..disiplin dia orang mantap...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dapat pegang rusa tu, tak rasa takut langsung pada rusa tu walaupun bertanduk dan ada papantanda "Warning" di situ.

      Kita patut terapkan sifat-sifat terpuji ini pada orang kita. Kena didik dari kecil.

      Padam
  10. Salam kak nara..lama ciku tak terjah sini..dah balik jepun lak..ciku tak sempat g nara pun hari tu..huhu..tapi kami tengok rusa di miyajima island hiroshima aje..okla maybe rusa tak sebanyak kat nara ni kot.:)
    nanti akak sambung entry lagi di jepun..ciku suka baca n tengok pic dan tengah tengok2 stori muslim di xian kat blog akak ni..hihi....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ciku,
      Saya belum pernah ke Miyajima Island, tapi pernah tengok gambarnya. Cantik. Rusa pun banyak di situ, tapi spesisnya mungkin berbeza sikit. Di Nara ketika saya pergi sudah mula musim panas, mungkin disebabkan itu rusa banyak keluar.

      InsyaAllah saya akan sambung lagi cerita Jepun :) Terima kasih kerana berminat hendak mengetahui kisah selanjutnya.

      Sekarang ni dah ada kapalterbang dari Malaysia terus ke Xian, senanglah orang Malaysia nak ke situ. Kalau tidak dahulu kena melalui Beijing atau Bangkok. Saya ke Xian dulu dari Beijing, naik keretapi sorang-sorang je...Ciku dah pergi Xian ke?

      Padam
  11. Wah bestnya naik basikal keliling nara..jumpa pula rusa polkadot tu...comel je...saya dulu dh jumpa rusa di Miyajima, tu yg tak jadi nakpi nara dah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok juga naik basikal keliling Nara, tapi Nara berbukit-bukit, tak larat nak kayuh, panas pulak tu.

      Rusa polkadot tu comel sangat dan manja pulak tu...tak takut langsung dengan orang, selamba je dia datang kat kita.

      Padam
  12. Prof bermalam di nara ya? Slalu saya bca tntg daytrip ke nara.. ini 1st time saya bca mengginap di sana. Mahalnya set nasik kt 7e tu prof... mesti kecik ja mangkoknya.. si bujang saya mkn 3 mangkok pon x tentu kenyang....huhu... saya ade bca rusa2 di nara ni tanduknya dh dipotongkan? Untuk keselamatan pengunjung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farikica,
      Ya, saya bermalam di sana 2 malam sebab nak explore lebih banyak tempat, lagipun nak rasa pengalaman tidur di rumah tradisional Jepun puas-puas.
      Nasi tu sikit bebenor, bukan dalam mangkuk pun, bungkus dengan plastik je, adalah sebesar nasi lemak bungkus daun pisang yang jual tepi jalan kita tu. Memang tak kenyang, ikan dan telornya pun secotet je. 3 bungkus mungkin baru kenyang kot, tapi siaplah duitnya. Ya, tanduk rusa di Nara dipotong, setiap tahun ada upacara khas yang disaksikan orang ramai, demi keselamatan, sebab pada musim mengawan, rusa jantan cepat berang, dan gemar menanduk.

      Padam
  13. waaah rusa bebanyak dilepaskan macam tuh saja.. boleh tahan manja lah kalau diorang nak memain dengan orang ramai. alaaahai teringat bambi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rusa-rusa tu lepas bebas. Datang dari hutan gunung mencari biskut di pekan Nara. Rusa-rusa tu manja, jinak dan tak takut orang langsung ini yang membuat kita seronok memain dengannya. Bila CT Humairah sebut Bambi saya pun baru teringat rusa comel dalam buku/komik.

      Padam
  14. Seronok betuii dikelilingi sambil dosondol rusa-rusa yg terlajak manja ni! Dan..duit shiling jepun special ye..ada lubang kat tengah2!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang manja terlajak rusa-rusa ni he he he...geram dibuatnya... Ya, duit syiling Jepun ada yang berlubang, memang special. Tak tahu apa sebabnya.

      Padam
  15. Balasan
    1. Baki bayarannya ialah 11800 yen =RM372.66 untuk dua malam. 11-12% downpayment (dlm USD) sudah dibayar kepada hostelworld ketika booking secara online. Ini bermakna kena tambah lebih kurang RM38-40 lagi,

      Kalau sewa sehari bahagikan separuh daripada harganya

      Padam
  16. Balasan
    1. Ada baki sebab downpayment dibayar dalam USD sebanyak 11% kepada hostelworld semasa booking. Downpayment dibayar menggunakan kad kredit. Baki dibayar dengan tunai di Guesthouse Nara Backpakers semasa check-in.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...