Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 13 Mei 2014

Vietnam Lagi (1) : Ho Chi Minh Setelah 2.5 Tahun

Saya ke Ho Chi Minh lagi. Kali terakhir saya ke Ho Chi Minh dua setengah tahun lalu. Dulu saya ke Ho Chi Minh untuk mengerjakan ibadat korban dan beraya, tetapi kali ini lebih kepada melancong. Ada banyak lagi tempat yang belum saya kunjungi.

Untuk membaca kisah saya mengerjakan korban dan meraikan Hari Raya Korban di Ho Chi Minh yang lalu  sila klik di SINI.


Perjalanan Udara ke Ho Chi Minh


Tentu ada banyak perubahan di Ho Chi Minh. Berdebar-debar juga saya. Saya pergi bersama kawan-kawan Wilayah Utara Travel Penang, seramai 10 orang.

Perjalanan MAS memakan masa cuma 50 minit dari Penang -KLIA dan sejam setengah dari KLIA-Ho Chi Minh

Kami menaiki MAS dan melalui laluan yang sama dengan MH370 yang hilang itu. Agak berdebar juga semasa saya ke sana baru-baru ini. Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan membantu kami sampai ke sana dengan selamat.


Hotel Penginapan Kami


Sewa bilik hotel ini cuma RM100 semalam
Dalam bilik Blessing 1 Hotel

Kami menginap di Blessing 1 Hotel, bersebelahan dengan Hotel yang saya kunjungi dua setengah tahun lalu. Hotel ini letaknya berdekatan dengan pasar Ben Thanh yang popular itu. Jadi di sekeliling hotel ini ada banyak kedai dan ramai orang. Sangat happening!

Suasana di luar Blessing 1 Hotel
Kedai makanan halal di hadapan Blessing 1 Hotel

 

Dulu dan Sekarang


Kedai mesra Malaysia di hadapan Blessing 1 Hotel

Perubahan ketara yang saya dapati ialah keadaan pasar yang bertambah meriah. Orang Malaysia pun ramai berjalan-jalan di sana.

Restoren makanan halal, kedai pakaian untuk orang Malaysia dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan peniaga dan pembeli lebih banyak di sini berbanding dengan dua setengah tahun lalu.

Penukaran wang ringgit boleh dilakukan di kaunter pengurup wang yang terdapat di hadapan pasar Ben Thanh
Penjaja menjaja barangan kepada pelanggan

Ke mana-mana sahaja kami pergi, peniaga di sini pandai berbahasa Melayu dan tidak henti-henti memanggil kami, "Kaka, kaka..." (bermaksud Kakak). Urusan jual beli juga tidak menjadi masalah. Peniaga meletakkan harga barangan jualan dalam ringgit Malaysia dan menerima ringgit tanpa perlu menukarnya kepada dong.

Namun begitu saya biasanya bertanya harga dalam kedua-dua mata wang kerana ada kalanya harga dalam ringgit lebih merugikan kita berbanding dengan dong.


Kota Ho Chi Minh Yang Padat


Senibina Peranchis terdapat pada Pejabat Pos lama di kotaraya Ho Chi Minh
Keadaan di dalam pejabat pos Ho Chi Minh
10% penduduk Ho Chi Minh beragama Kristian
65% penduduk di Ho Chi Minh mengamalkan kepercayaan terhadap roh nenek moyang dan 20%  beragama Buddha
Islam adalah agama minoriti di sini. Terdapat 16 buah masjid di sekitar kota Ho Chi Minh

Ho Chi Minh adalah sebuah bandar yang padat penduduknya. 10 juta penduduk tinggal di kotaraya ini. Sebagaimana di China, mereka juga mempunyai polisi seorang anak untuk setiap keluarga. Sekiranya mereka memiliki anak melebihi seorang, keluarga itu tidak menerima faedah daripada pemerintah dan menyukarkan kehidupan mereka.

Penduduk di sini tinggal di rumah yang kecil dan sempit. Untuk memiliki rumah, mereka perlu membeli dengan harga tunai kerana tiada sistem pinjaman bank untuk rumah di sini. Pada waktu petang, penduduk bandar ini suka lepak-lepak di taman kerana keadaan rumah mereka yang sempit dan panas membuatkan mereka menghabiskan waktu petang di taman.

Disebabkan masalah tempat meletak kereta adalah terhad dan sewaannya mahal, rata-rata penduduknya memiliki motorsikal. Maka tidak ganjil bagi kita melihat motorsikal membanjiri jalan raya kota ini.

Jalanraya di Ho Chi Minh yang dibanjiri dengan motorsikal

Berjalan-jalan Sambil Beramal


Saya sempat berjumpa Ustaz Haji Yusuf di Ho Chi Minh. Ustaz Hj Yusuf adalah orang Vietnam yang fasih berbahasa Melayu. Sebelum saya ke Ho Chi Minh saya telah menghubungi beliau dan memberitahu akan kehadiran saya. Saya kenali Ustaz Hj Yusuf semasa saya mengerjakan ibadat korban di sini dua setengah tahun lalu.

Saya mengutip wang daripada kawan-kawan saya lalu menghulurkan wang zakat, wakaf, fidyah dan derma kepada Ustaz Hj Yusuf untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Ustaz Hj Yusuf memaklumkan bahawa zakat dan fidyah beras akan diberikan kepada orang kampung yang miskin dan selebihnya diberikan kepada tabung pembinaan sebuah masjid.

Bagi anda yang ingin mengerjakan amal untuk orang Islam di Vietnam bolehlah hubungi Ustaz Hj Yusuf 0084909156641 (panggilan dari Malaysia), 0909156641 (panggilan dari Vietnam) atau emel: yusuf.mach@gmail.com

Ustaz Haji Yusuf adalah orang Vietnam yang pandai bercakap Melayu. Hulurkan bantuan anda melaluinya.
 
Ada banyak tempat menarik yang saya kunjungi kali ini. Antaranya: menyusuri Sungai Mekong, Sungai Saigon dan macam-macam lagi. Akan saya ceritakan dalam entri akan datang.

...bersambung


28 ulasan:

  1. Hch ni syurga borong kain kan prof, kwn Jm kat opis ni setahun berkali2 turun ke HCM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu JM, seronok memborong kain di sana, tambahan pula nak raya ni, kan. Ramai orang Malaysia ke sana berkali-kali setahun semata-mata shopping je :)

      Padam
  2. thn lepas gi sana..tapi tak berpeluang singgah ke Masjid depa.. InsyaAllah satu hari nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa Kopiolimauice. Bukannya jauh Vietnam ni, cuti hujung minggu pun boleh pergi.

      Padam
  3. Balasan
    1. InsyaAllah entri akan datang menyusul dengan cerita menarik :)

      Padam
  4. Banyak perubahan ketara... terutama semakin bercambah restoran halal dan penggunaan Bahasa Melayu... tumpang bangga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini disebabkan ramai orang Malaysia menjadikan Ho Cho Minh sebagai syurga membeli-belah dan tempat bercuti :)

      Padam
  5. dah 2 thn tak pegi HCMC...member ada ajak pegi shopping kain bulan Jun ni...rasanya tak jadila sy nak ikut...tp tengok gmbr2 tu mcm makin mudah cari mknn halal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pu TrimaRyam,
      Shopping kain seronok di HCM. Kalau pergi bulan Jun boleh buat baju raya :) Memang mudah sekarang nak cari makanan halal di HCM. Nanti saya buat satu entri tentang tempat makanan halal di HCM.

      Padam
  6. Saya ada kawan di hcm & ada sebuah kedai menjual pakaian. Dia boleh berbahasa melayu, klu prof perlukan pertolongan boleh hubungi beliau ketika disana

    BalasPadam
  7. Assalam Prof
    Keme tak berkesempatan lagi nak terbang ke sana....kengkawan keme pun asyik ulang HCM ajer...kaki shopping sungguh deme...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Yong ASP,
      Kalau ada peluang pergilah, hujung minggu pun tak mengapa. Bukannya jauh Yong.

      Padam
  8. Makanan halal agak mudah di sana jk kena tempatnya terutama di Malay Street..tapi belum jumpa makanan tempatan yang halal kecuali "pho".
    Prof ada jumpa kedai yang makanan tempatannya halal + Ummmhh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Puan Nasa makanan halal mudah ditemui. Ya, saya ada makan makanan tempatan yang halal, dimasak sendiri oleh isteri Ustaz Hj Yusuf semasa beraya di rumah mereka pada kunjungan saya dua setengah tahun dulu. Saya juga jumpa makanan tempatan yang sedap seperti Pho dan lain-lain lagi berdekatan dengan kawasan perumahan Ustaz Hj Yusuf. Saya ada ceritakan dalam entri bertajuk "Selera Halal Tepi Jalan - Sila klik: http://nota-kembara.blogspot.com/2011/12/selera-halal-tepi-jalan.html

      Padam
  9. Teringin jugak nak ke sini nnt~~huhu

    BalasPadam
  10. Salam... cantik gambar... boleh tau guna kemera apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Harrizam,
      Ye ke cantik? Terima kasih. Saya guna kamera DSLR Nikon D7100 :)

      Padam
  11. Saya baru ke sana tahun lepas....best shopping Prof...menunggu tempat-tempat baru yang menarik..cuba prof post tempat-tempat shopping yang best untuk kaum Adam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhammad Khairuddin Lim,
      Tempat shopping untuk kaum Adam ...hmm idea yang bagus tu...nanti saya selitkan dalam salah satu entri, insyaAllah.

      Padam
  12. salam prof...waa dah pgi nyopink baju rsya yer...nekcik dah bli tiket HCM tapi terbang nyer dis nnti insyaallah
    bolelah cari tips kat ntry prof ni ye
    prof nekcik tadi terima pos laju..kiriman prof ropernya
    terima kasih atas kiriman yg comel comel tu..
    suker nekcik ..tak sangka pulak nama nekcik terpilih
    semuga dimurahkan rezeki untuk terus menjejaki bumii Allah ini ye prof

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Alhamdulillah dah sampai kiriman itu. Semoga ia berguna untuk Nekcik.

      He he he nyoping baju raya seronok di HCM, murah-murah. Kalau Nekcik ke sana Disember ni bolehlah nyoping untuk bisnes atau untuk raya tahun depan :)

      Padam
  13. Wow, di luar hotel mcm area hotel bajet sahaja tetapi dalam hotel tu nampak kemas dan selesa. Mcm banyak tempat menarik utk dikunjungi ni. Maybe, saya pun should go there one day. Thanks atas perkongsian menarik ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah keadaan di bandar Ho Chi Minh, sentiasa sesak dengan manusia dan motorsikal. Di luar nampak berserabut, di dalam tidak. Memang banyak tempat menarik untuk kita kunjungi. Bolehlah Ismail pergi nanti.

      Padam
  14. pos opis tu dah macam Camden market kt London design nya..saya baru ada masa nk baca entry prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pejabat pos tu sentuhan Peranchis. Vietnam pernah dijajah Peranchis. Terima kasih Zila sebab rajin baca blog saya.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.