T
erowong Cu Chi (disebut Ku Chi) adalah jalan bawah tanah yang dibuat oleh tentera Viet Cong sebagai perkampungan dan kubu pertahanan menentang musuh.
Ramai blogger yang dah ke tempat ini. Teringin juga hendak ke sana. Pada kunjungan kali ini, dapatlah saya memenuhi hasrat saya itu.
|
Bas mini yang kami naiki |
Cuaca di Ho Chi Minh panas ketika itu. Mujurlah kami menaiki bas mini yang ada hawa dingin yang sempurna. Perjalanan memakan masa kira-kira 40 minit dari kota Ho Chi Minh. Dalam perjalanan dapatlah saya melihat pemandangan rumah-rumah orang Vietnam di luar kawasan kota dan melihat pokok-pokok yang gemar ditanam mereka di kawasan rumah. Antaranya ialah pokok nangka yang buahnya bersaiz cempedak dan lebat di atas pokok.
Apabila kami sampai ke kawasan Terowong Cu Chi kami masuk ke bilik air, membeli tiket dan duduk menunggu. Ketika menunggu semua kawan-kawan berkumpul, saya terpandang sebatang pokok nangka yang sama seperti saya lihat dari bas tadi. Pokok ini terdapat di kawasan pintu masuk Terowong Cu Chi
|
Pokok nangka Vietnam yang bersaiz cempedak. Buahnya lebah sehingga ke pangkal. |
|
Bangsal atap nipah dalam kompleks Terowong Cu Chi |
Kemudiannya kami masuk ke dalam kompleks Terowong Cu Chi yang berpagar. Ia adalah dalam sebuah hutan yang mempunyai pokok getah, gaharu dan pokok yang saya tak tahu namanya? Kawasan itu dijaga dengan baik. Ia mempunyai lorong-lorong dan bangsal beratapkan nipah. Ramai pelancong mat salleh ketika itu.
Terowong Cu Chi ini telah dibina oleh tentera Viet Cong (penyokong Komunis) pada 1940-1945 iaitu ketika penjajahan Peranchis. Ia dikorek menggunakan tangan. Panjangnya ialah 250 km. Apabila Vietnam dibawah pengaruh Amerika pada tahun 1960an pengorekan diteruskan sehinggalah ke sempadan Cambodia.
Terowong ini mempunyai tiga tingkat. Tentera Viet Cong tinggal di sini, menjadikannya sebuah kampung, melakukan serangan hendap, merancang serangan dan bersembunyi di dalamnya.
|
Jerangkap samar yang kelihatan seperti rumput. Apabila ia dipijak, musuh akan jatuh ke dalam lubang dan... |
|
... badan musuh akan tercucuk pada besi tajam di dalam lubang jerangkap |
|
Perangkap yang mencucuk bahagian ketiak musuh |
|
Rumput ditanam pada atas perangkap untuk mengaburi mata musuh |
Terdapat banyak jerangkap samar yang dibuat oleh tentera Viet Cong untuk memerangkap musuh. Tentera Viet Cong adalah tentera Vietnam dibawah pengaruh Komunis di Utara Vietnam.
|
Busut palsu dibina oleh Viet Cong untuk bersembunyi dan lubang ini sebagai lubang udara. Tetapi musuh meletakkan bom dan meletupkannya melalui lubang ini lalu membunuh tentera Viet Cong |
|
Lubang menuju bawah tanahnya kecil dan sempit |
Banyak lubang-lubang dalam tanah yang dikorek dan busut-busut palsu yang dibina untuk menyembunykan diri. Beribu-ribu tentera Viet Cong mati kerana kekurangan peredaran udara, banjir dan penyakit berjangkit.
|
Aktiviti tentera Viet Cong |
|
Mengetuk besi di dalam sebuah tingkat terowong |
Kami juga dapat melihat aktiviti yang dilakukan oleh tentera Viet Cong ketika peperangan Vietnam dahulu. Pada mulanya saya sangkakan orang betul, rupa-rupanya patung.
|
Laluan dalam hutan |
|
Hospital yang terdapat di dalam salah sebuah terowong |
|
Bengkel menjahit |
Terdapat juga bangsal-bangsal yang merupakan hospital, tempat menjahit, bertukang dan lain-lain lagi.
|
Selipar tebal dan kuat ini digunakan oleh tentera Viet Cong di dalam hutan untuk keselamatan |
|
Demontrasi membuat selipar |
|
Lebihan bom |
Kami juga dapat melihat selipar dibuat dan tinggalan bom.
|
Saya tunduk dan merangkak di dalam lorong tikus bawah tanah yang gelap dan sempit. Inilah pemandu yang menemani saya di lorong tikus. |
|
Tangga dari bawah tanah |
|
Pemandu yang menemani saya di bawah tanah sedang keluar dari lorong tikus |
Kami juga berpeluang memasuki "lorong tikus" (lubang bawah tanah) dan merangkak di dalamnya.
|
Mengalami suasana minum dan makan ubi kayu di dalam hutan |
|
Ubi kayu rebus ini dicicah dengan cili kering, garam dan gula |
Kami dijamu teh dan ubi kayu rebus yang merupakan makanan utama tentera Viet Cong ketika itu. Dapatlah kami membasahkan tekak dengan air teh dan memakan ubi kayu rebus yang lembut di bawah bangsal. Teringat pula saya dengan peperangan di Malaya yang rata-rata penduduk Malaya makan ubi kayu kerana ketiadaan beras.
Sempat juga kami berehat di dalam bangsal sambil menonton filem tentang peperangan Vietnam. Hampir di pintu keluar kami dapat melihat kedai cenderamata tetapi tidak membeli.
Itulah pengalaman berharga kami untuk memahami sejarah peperangan Vietnam.
...bersambung
Ubi kayu dan buah nangka itu yg best.
BalasPadamDua-dua sedap. Tapi dua-dua angin.
PadamNi lokasi yg saya ingin pergi pd trip 27-30 mei ini...dah masuk kali ke-4 k HCM blm lg k chu chi tunnel...asyik masuk lorong tikus pasar Benh Thant..jumpa kain pasang, beg & kasut
BalasPadamje.
Juga ke Kedai Zaidah & Masjid Jamek yg prof ceritakan.
Mungkin Puan Nasa dapat masuk lorong tikus Cu Chi Tunnel tak lama lagi dan dapat pengalaman baru. Lorong tikus di pasar seronoknya lain sebab dapat kain baru he he he lorong tikus di Cu Chi Tunnel pula seronoknya lain, mungkin kain yang kita pakai tu akan kotor sebab kena merangkak :)
PadamOh Puan pun pernah ke kedai Zai Dah orang Melayu Champ tu ke? Kalau pernah ke situ, pho yang sedap tu tak jauh dari rumah/kedai Zai Dah.
Lorong tikus tu sempit betul kan prof...sbb org Vietnam kurus2 kan..kalau org msia badan agak besar mesti tak muat
BalasPadamHa'ah lorong tikus memang sempit. Betul tu JM, orang Vietnam kurus-kurus kalah orang Malaysia. Lubang yang diberikan pada saya untuk cuba tu agaknya besar ha ha ha kalau tidak tak celus si gedempul ni.
Padambanyak2 gambar kat atas tu gambar ubi kayu memng terbaik..susah nak makan ubi kayu sekrng nih...
BalasPadamMesti Fazial suka ubi kayu. Cicah dengan nira kelapa dan kelapa parut sedap, kan?
PadamOrang Malaysia dah kurang tanam ubi kayu agaknya.
Setiap kali ke sini, saya mesti tak masuk dalam lubang lorong tikus tu...
BalasPadamNA tak cuba menembak di situ...
Saya masuk lorong tikus tu sebab mungkin ini pertama dan terakhir di Cu Chi.
PadamSaya tak cuba menembak, tak pergi pun ke kawasan menembak tu, cuma dengar dari jauh saja, kami ambil jalan pintas, tak kuasa jalan jauh-jauh dengan cuaca panas terik.
Haritu rancang memang nak gi terowong ni, jeles duk tengok kawan bloggers lain dah jejak. Tapi bila tengok gambar lorong tikus tu, saya macam dah berbelah hati. Bathophobic saya ni. Cuma tulah, rasa rugi lak kalau dah sampai, tapi lepaskan peluang. Dah lah memang suka benda2 sejarah.
BalasPadamKalau Bibie tak mahu masuk lorong tikus tu pun tak mengapa. Tengoklah benda lain yang ada di situ. Masa saya pergi tu, tiga orang (termasuk saya) saja yang masuk lorong tikus tu..yang lain tak berani..
Padam1 pengalaman yg best..kalo kt penang saya cicah ubi kayu dengan kelapa yg diparut dan digaul bersama gula dan garam..sedap sangat!!! Tempat ni sure dah ramai org mati semua kan prof..xper ke visit??
BalasPadamSaya pun suka cicah ubi kayu dgn kelapa parut...hmmm sedap! Dah beribu-ribu orang mati di sini, tapi masa melawat tu tak rasa seram atau takut sebab ramai pelawat.
Padam