Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Sabtu, 10 Mei 2014

Musim Mencandat Sotong di Terengganu Kembali Lagi

B ulan Mei adalah musim yang sesuai untuk mencandat sotong di Terengganu. Tahun lepas kami dah mencandat dan dapat banyak sotong.  Untuk cerita tahun lepas sila klik di SINI

Tahun ini awal-awal bulan Mei lagi kami sudah berada di tengah-tengah Laut China Selatan mencandat. Kalau tahun lepas kami sewa dua buah bot nelayan, tahun ini tambah sebuah lagi, sebab ramai yang turut serta. Ada orang dari Penang. Ada dari Pahang. Ada juga dari Kuala Lumpur.  Maklumlah kawan saya Hajah Salwa yang tauke Wilayah Utara Travel Sdn Bhd tu dah iklanlah trip mencandat sotong ni. Lama dah.

Seperti tahun lepas, kami sudah mengisi perut, rehat yang cukup dan menelan ubat anti muntah untuk mengelak daripada mabuk laut. Petua yang diamalkan menjadi. Tahun lepas seronok sangat, tak mabuk langsung!

Tahun ini saya yakin sangat-sangat tak mabuk fee laut. Eh, ye ke?


Bertolak dari Seberang Takir  ke Laut China Selatan


Bot yang kami sewa bertolak dari Seberang Takir pada waktu petang

Bot yang kami naiki bertolak pada pukul 5.00 petang dan bergerak menuju ke tengah lautan.

Memasuki muara Laut China Selatan
Alat mencandat sotong

Di Tengah-tengah Laut China Selatan


Setelah berada di tengah-tengah laut yang diketahui ada banyak sotong, ejin bot pun dimatikan.

"Dah boleh start?" tanya saya pada tekong tak sabar.

"Dah!"

Apa lagi kami pun labuhkan tali kail dengan harapan sotong kami perolehi. Saya tunjukkan cara mencadat kepada anak dan kakak saya yang pertama kali mencadat.

Di tengah-tengah laut
Melabuhkan kail di tengah laut
 
Laut berombak kuat dan bot yang kami naiki itu terumbang-ambing tanpa henti.

Candat. Candat. Candat.
 

He dapat dapat!

Ni sotong pertama yang Kak Long dapat hari ini. Mata sotong ni hijau, macam pakai contact lens he he he

Setelah mencandat seketika, ada yang dapat sotong. Gembiranya kami.  Satu persatu kawan-kawan kami dapat angkat sotong yang besar dari dalam laut. Saya tak dapat lagi. Mulalah rasa bosan.

Wahai sotong, marilah sini

Candat lagi. Tapi lama kelamaan tiada lagi sotong yang kami dapat. Bot kami pun beralih ke tempat lain. Kami mencadat lagi. Dapat lagi.


Kak Long dapat lagi. Bestnya! Kali ini sotong ni pakai contact lens merah he he he

Tekong dapat dua sekaligus! Terror!

Mabuk Laut


Hari semakin malam. Ombak semakin kuat. Bot berayun lebih kencang. Berjalan di atas botpun terumbang-ambing macam hendak jatuh. Kadang-kadang kelakar pun ada kerana ada yang moon walk, ada yang shuffle. Mesti tangan memaut pada kayu bot untuk mengelakkan tercampak ke dalam laut. Saya mula merasa pening-pening. Ada yang sudah berbaring di lantai bot dan menggosok minyak Cap Kapak di kepala.

Setelah masuk waktu maghrib dan menunaikan kewajipan di atas bot, saya berbaring kerana terasa kepala saya tidak stabil. Lalu saya tidur di atas bot dengan berbumbungkan langit dan bintang. Sambil berbaring, badan saya diayun-ayun oleh ombak yang kuat. Saya merasa sangat pening. Tidur adalah penyelesaian yang terbaik ketika itu.

Lama kelamaan, saya dengar seorang demi seorang turut tidur.

Pada waktu tengah malam, saya terasa hendak buang air. Tetapi disebabkan ayunan ombak yang kuat serta kepala pening, saya tiada kudrat untuk bangun.

Lama kelamaan saya bangun juga. Saya telan ubat. Ketika itu 1.00 pagi. Saya lihat semua orang di dalam bot sedang tidur. Suasana sangat sunyi ketika itu. Bot kami terumbang-ambing dengan kuat. Saya berjalan terhoyong-hayang menuju ke bilik air kecil di bahagian belakang bot. Selepas saya keluar dari bilik air, saya rasa tekak dan ulu hati saya seperti dijolok-jolok lalu saya muntah.  

Saya kembali semula di bahagian depan kapal dan menyambung tidur saya.

Kira-kira 3.00 pagi, sambil tidur-tidur ayam tu, saya dengar tekong bot dan kawan-kawannya bangun mencandat. Merekalah yang banyak dapat sotong. Saya terus melayan tidur.

Apabila saya bangun hari hampir pagi. Ada yang sudah bangun.  Saya, keluarga saya dan beberapa orang lagi tidak dapat sotong, kerana kami tidur sepanjang malam akibat mabuk laut.


Kembali Ke Seberang Takir


Ketiga-tiga bot kami kembali ke pantai
Tentu banyak mereka dapat sotong
Bot sudah sampai ke Seberang Takir

Kami pulang ke pantai sebelum matahari terbit dengan membawa sotong tangkapan. Tidaklah banyak mana.  Ketiga-tiga bot pun menambatkan tali bot pada jeti.

Masing-masing bertanyakan sotong yang didapati. Kawan-kawan dari dua bot itu pun tak dapat banyak sotong. Ada juga kawan-kawan yang mabuk.

Melabuhkan sauh dan mengikat bot
Bawa pulang hasil tangkapan
Sotong yang kami dapat kali ini tidaklah banyak berbanding tahun lepas
 
Walaupun kali ini ramai daripada kami gagal mendapatkan walaupun seekor sotong, kami tetap gembira kerana kami dapat pengalaman menjadi nelayan selama semalam.

Sotong yang kami perolehi itu kami minta orang Seberang Takir masakkan, buat goreng kunyit dan ketupat sotong.  Hmm nymumm slurppp!!!

Nota: Trip mencadat sotong ini menelan belanja RM355.00 seorang. Bayaran ini termasuk sewaan bas dari Penang ke Kuala Terengganu (pergi & balik), sewaan bot nelayan, tiga kali makan sehari, homestay 2H1M, peralatan mencandat dan tambang bot menyeberangi Sungai Terengganu.

Saya minta maaf kerana saya lupa untuk mendapatkan nombor telefon tekong candat sotong itu.


22 ulasan:

  1. Best nya klau mencandat dpt sotong dan besar2 pulak, Jm ada mimpi ngeri bab mencandat ni maybe salah musim kot huhuhu bab mabuk tu mmg x boleh elak melainkan tido je ubatnya huhustnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sotong tu dahlah besar, jernih pulak tu. Makan semasa masih fresh tak gatal-gatal badan. JM negeri bab mencandat? Pasal apa?
      Ombak terlalu kuat yang buat kita mabuk, kalau tidur pun, badan kita bergolek-golek akibat ayunan ombak tu, tapi tidur saja ubatnya.

      Padam
    2. Prof..time JM pegi dulu..sewa bot mahal..pastu sekokr pun tak dpt..mabuk laut je lebih..huhuh..teringin nk mkn sotong segar..bakar je pun mesti ..manis je kan..bila ingat part masub tu yg tak tahan tu..cam nk tggu je hasil tangkapan di jeti :-)

      Padam
    3. Itulah kalau tak mabuk mesti lagi best, kan? Sotong segar memang manis dan sedap. Tapi kalau dah mabuk tu, nak makan apa pun tak lalu.

      Padam
  2. sedapnya makan sotong fresh....tp bila nak ingat balik pengalaman mabuk tu, dah tak sanggup dah...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sotong fresh, bakar begitu saja pun dah sedap, kan?. Mabuk laut tu yang tak tahan.

      Padam
  3. Saya orang Ganu pun tak pernah gi mencandat walaupun banyak peluang..jika memancing di laut pernah join.
    Sebabnya selalu dapat sotong segar bercahaya dengan tunggu bot nelayan mendarat...terus beli.
    Masa di laut saya ok..tapi bila bawa kereta macam gelombang...mabuk darat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Nasa,
      Biasalah tu, yang excited lebih ni orang luar. Orang tempatan anytime, lagipun boleh beli je, lagi jimat.
      Puan jenis mabuk darat tapi tak mabuk laut....Oh macam tu pulak :)
      Saya ni jenis mabuk laut. mabuk darat, mabuk udara, mabuk naik lif.. sapu semua ... :(

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul manis, bakar macam tu je pun lazat...lagipun tak gatal

      Padam
  5. alahaii tak dapeklah nekcik nak ikut prof...kami ni takut di lambung ombak...tapi suka berumah di tepi pantai!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nekcik,
      Tak apa berumah tepi pantai sebabnya boleh berenang dalam swimming pool dan mencandat sotong di pasar je he he he

      Padam
  6. wohaa...aku x pernah nak mencandat sotong ni..teringin gak nak cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faizal boleh pergi besok atau sebelum hujung bulan ni sebab sekarang musim sotong membiak.

      Padam
  7. Bestnya prof..terliur bila teringat sotong segar goreng tepung + padprik sotong nyum nyum..tapi masalahnya saya ni susah nak bangun tgh2 mlm mencandat sotong sedangkan waktu tu la sotong tgh bercanda2 berjimba2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap makan sotong segar. Masak apa pun sedap. Bubuh garam je pada sotong terus bakar pun sedap. Ya, betul, sotong lebih banyak tengah-tengah malam. Tapi petang-petang pun ada. :)

      Padam
  8. Teringin sangat sebenarnya nak ikut trip mencandat sotong ni. In fact, office pun ada buat rombongan untuk mencandat last week. Tapi tu la Prof, belum ada kekuatan sbb takut mabuk laut. Takut nanti terbawak-bawak sampai berhari2 mabuknya. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang apabila ombak kuat, ramai yang mabuk, terutama saya yang memang mudah mabuk walaupun di darat. Tetapi ada masanya ombak tak kuat bolehlah pergi. Masa tu tak mabuk. Kena tengok-tengok juga ramalan cuaca. Lepas tu makan ubat dan jangan biarkan perut tu kosong sebelum pergi.

      Padam
  9. Wah dua tahun berturut NA datang ke sini ye...

    Memang kalau boat di parking tanpa injinnya dihidupkan, olengnya agak kuat dan menjadikan kita lebih cepat mabuk laut... Begitu juga kalau boat bergerak,,, tak payahlah duduk di depan kerana terlebih lambungannya dan boleh membuatkan mabuk juga... betul ke ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dua tahun berturut-turut saya ke sini sebab bawa ahli keluarga yang tak dapat joint tahun lepas supaya mereka dapat menikmati keseronokan yang saya rasai tahun lalu. Nampaknya tahun ni tak seseronok macam tahun lepas sebab kami semua mabuk :(

      Betul juga pendapat Mie, kalau bot tu diparking tanpa enjin dihidupkan, olengannya memang kuat bangat, tambahan pula bot yang kami dapat ringan dan lebih kecil. Betul juga, patutnya kami duduk di belakang saja, tapi di belakang semua lelaki duduk hu hu hu...lagipun masa tu mabuk tak sempat nak fikir :(

      Padam
  10. bestnyaaa dari dulu teringin.. tak dapat2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah Zila pergi hujung minggu ini atau depan. Sekarang musim sotong. Mungkin pengalaman Zila lebih menarik daripada saya. Mungkin juga tak mabuk laut.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.